Anda di halaman 1dari 12

Sunday, 11 December 2011

KAJIAN TINDAKAN 3026



KAJIAN TINDAKAN
BAHASA MELAYU TAHUN SATU
(LINUS DAN LINUS TEGAR)
SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP



1.0 ABSTRAK
Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan.
Program ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah
boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu
program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ).
Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun
Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya.
Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis)
dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai
murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb. St. Anthony Cawangan Langkap,yang
masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan
murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar
(Literasi ).


2.0 REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu
dan saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum
menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini
tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai
kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca ayat dan menulis.


3.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN
Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami
oleh murid-murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb.St.Anthony Cawangan Langkap
(Tahun 2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja
dan membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi
masalah sukar mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv ).


4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang
ingin dicapai terbahagi kepada dua iaitu :
a.Objektif Umum
1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.

b.Objektif Khusus
1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )
2) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka (kv + kv)


5.0 KUMPULAN SASARAN
Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum
menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

Jumlah murid sasaran = 20 orang
Jumlah murid lelaki = 14 orang
Jumlah murid perempuan = 6 orang


Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :
Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu 6 orang 1 orang 7 orang
India 5 orang 4 orang 9 orang
Lain-lain(Asli) 3 orang 1 orang 4 orang



6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
a)Temubual dengan guru
Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :
i.guru yang mengajar mata pelajaran teras
ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

b)Temubual dengan murid
c)Temubual dengan waris/penjaga
d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru
Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1
Pesona ,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat
menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka (kv) ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai
kemahiran mengenal huruf huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan
sepenuhnya.
Menurut guru-guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras pula,
kebanyakan murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pengajaran guru. Di samping itu , murid-murid ini juga cepat
berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan yang lain.

ii. Temubual dengan murid
Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah
mereka berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv)
dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa
huruf vokal dan huruf-huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.
Mereka juga menyatakan kurang mendapat sokongan dan motivasi
daripada keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat
mengulangkaji pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga
Hari Interaksi diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan
pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk
berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak
di bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk
berinteraksi bagi mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa
mereka berada di rumah.
Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga
murid-murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah
yang diberikan oleh guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-
rata bekerja di kebun atau bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras
dan bekerja lebih masa . Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan
tidak sempat untuk memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah.
Ditambah pula dengan kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan
rendah, mereka berasa rendah diri dengan menyatakan tidak pandai untuk
mengajar anak-anak mereka di rumah.


d) Temubual dengan rakan sebaya
Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam
memastikan peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh
rakan yang tidak baik akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak baik.
Daripada temubual rakan sebaya daripada kumpulan murid Perdana, murid-
murid yang bermasalah ini suka mengganggu rakan yang lain dan tidak suka
belajar. Kebanayakan murid Perdana kurang selesa untuk membimbing rakan-
rakan linus dan linus tegar yang suka mengganggu rakan lain.


5.2 Rumusan Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga
rumusan yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang
bermasalah ini tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini.
Tindakan segera perlu dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada
kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA
( Nilai Keberhasilan Utama Negara)
Rumusan :
i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan
motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.
ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran
mengecam dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.
iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka
(kv ) dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3 Melaksanakan Tindakan
Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan
prestasi murid-murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar
daripada kepompong murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti
yang dirancang ialah :

a) Permata Hati
Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa
dilaksanakan. Melalui program ini, Ibu bapa berperanan memantau
perkembangan prestasi anak-anak mereka di rumah. Mereka hanya memastikan
anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain daripada itu,
mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anak-anak agar belajar
bersungguh-sungguh.
Ibu bapa atau penjaga akan diberikan Kad Pemantauan Kerja Rumah
(Lampiran 1). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani
juga oleh ibu bapa penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru.Di samping keja rumah, mereka diharapkan dapat
memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak agar berminat untuk
belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga secara langsung dan tidak
langsung juga diadakan bagi memastikan program ini berjalan lancar.
Pemerhatian :
Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula
menunjukkan minat belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan
walaupun tidak sepenuhnya.
Refleksi :
Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam
diri murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-
murid untuk belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

b) Sinar Pagi
Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana
diadakan perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara
berlagu tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap
kebolehan. Seorang ketua dilantik bagi memastikan semua ahli kumpulan yang
hadir pada hari tersebut melakukan aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah
diharapkan akan dapat memberikan sinar yang baharu kepada murid-murid ini.
Pemerhatian :
Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang
murid telah mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku
kata terbuka (kv).
Refleksi :
Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif
kepada murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil
dapat memberikan lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat
penting wujud dalam diri untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa
rendah diri yang begitu tinggi dalam diri muridmurid yang lemah.


c) Program Menggapai Bintang
Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid
untuk meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak bintang dan boleh
ditukarkan dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota
dan sebagainya. Bagi mendapatkan bintang yang telah disediakan oleh guru,
murid-murid perlu berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid
perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Di samping menguasai
kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau
mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran bintang.
Pemerhatian:
Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan
minat untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-
sungguh. Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan
oleh guru.
Refleksi :
Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan
kerana untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat
menggalakkan. Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping
wujudnya semangat persaingan yang sihat di kalangan murid-murid. Mereka
perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang
diharapkan.

d) Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)
Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegar
dijalankan, aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi
pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru
dipelajari.Buku rujukan membaca yang digunakan mengandungi suku kata
terbuka (kv + kv ) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Contoh
buku Bacalah Sayang

Pemerhatian:
Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji
daya ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
menunjukkan murid-murid dapat menjawab hampir 70% soalan yang dinyatakan
oleh guru.

Refleksi :
Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat
mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau
kekal tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

5.4 Penilaian
Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja
sama semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat
peningkatan prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus
tegar.
Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan
murid tegar.

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)
Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu 6 orang 1orang 7 orang
India 5 orang 4 orang 9 orang
Lain-lain(Asli) 3 orang 1orang 4 orang


Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)
Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu 1 orang tiada 1 orang
India 4 orang 1
orang
5 orang
Lain-lain(Asli) 2 orang tiada 2 orang

Analisa daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :


SEBELUM KAJIAN TINDAKAN
(SELEPAS SARINGAN 1)




SELEPAS KAJIAN TINDAKAN
(SELEPAS SARINGAN 3)



6.5 Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat
kesimpulan bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang
dihadapi di sekolah dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya.
Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah
dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik . Walau
bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras
yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang
yang bernama guru.
Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan,
masih terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang
mewakili 70.37% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum
mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah diharapkan mencapai 90% daripada
keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian
murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan
murid termasuk dalam kumpulan Perdana. Dengan kajian tindakan yang telah
dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid Perdana ke satu tahap yang
boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa
ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.

7.0 Kajian Untuk Kajian Seterusnya.
Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan
kajian yang seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi
lebih awal lagi. Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan
yang lebih baik apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan
sesuatu program atau aktiviti juga akan dapat dipantau dengan lebih telus. Di
samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk
murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan , peruntukan masa yang lebih
perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama semua
pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu
dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di
cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0 Rujukan
1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur
Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam
Darjah, Kuala Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi
&Penaksiran Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim:Fakulti Pendidikan
&Pembangunan Manusia, UPSI

5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999),
Pembelajaran Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai