Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Bola Jaring

7:13 AM Mat King No comments



1.3 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring
Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu
dipatuhi semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas
yang telah ditetapkan, iaitu:
1. Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.
2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak
dibenarkan.
3. Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
4. Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.
5. Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.
6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan
diteruskan.
7. Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.
8. 2 orang pengadil mengawasi permainan.
9. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan
10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan
mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.
1.3.1 Penalti
Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan. Terdapat dua
jenis penalti, iaitu:
1) Lontaran percuma
2) Lontaran penalti
Lontaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran
percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga
saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini
menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang bola
b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika
semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh
dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu
langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.
c) Memainkan bola
pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak
boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam permainan
bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak
boleh diambil semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa
disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil
akan meniup wisel.
e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja. Pemain tidak
dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola
ataupun tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan pemain itu berkeadaan
ofsaid.
Lontaran Penalti
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar,
mengau melonjak pemain lawan, lontaran penalti akan diberikan kepada pihak
lawan. Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki berdiri ditepi. Pemain
tersebut boleh bermain semula hanya selepas bola dilontar atau dimainkaan semula.



Rajah 1: kesalahan melebihi kawasan: bola dihantar satu pertiga kawasan
permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain lain.

a) Melanggar
Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penalty akan diberikan kepada
pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau
menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkkan
berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu boleh
mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9
meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi kamu tidak boleh mendepakan
tangan.

1.3.2 Lontaran penalti ke arah gol
Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar
pemain lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti
ke arah gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa
halangan.
1.3.3 Lontaran lambung
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti
yang berikut:
a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat
menentukan pemain yang menguasai bola.
b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari
kawasan permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang pemain
yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua
pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan
berada di sisi tubuh. Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel
dibunyikan, bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk
menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.
Posted in: Bola Jaring

Anda mungkin juga menyukai