Anda di halaman 1dari 13

Bangun Potensi Pelajar Secara Seimbang

Berikut adalah pandangan saya mengenai had 10 matapelajaran SPM yang disiarkan di
ruangan rencana Utusan Malaysia pada 10 Jun 2009.

BANYAK yang telah diperkatakan tentang keputusan Kementerian Pelajaran untuk
mengehadkan jumlah 10 mata pelajaran yang boleh diambil oleh para pelajar dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam sistem terbuka yang diamalkan sebelum
ini, tiada had tertentu ditetapkan.

Di samping pandangan-pandangan yang bersifat konstruktif, yang paling banyak
diperkatakan ialah keputusan ini kononnya membatasi potensi pelajar untuk menunjukkan
kecemerlangan mereka dalam sebanyak mungkin mata pelajaran yang diambil.

Jika sebelum ini kita boleh berbangga dengan pencapaian anak Malaysia memperolehi 19A
atau 20A, selepas ini tidak lagi.
Penulis ingin melihat aspek potensi ini dari sudut yang berbeza. Benar bahawa sistem
pendidikan di mana-mana negara pun perlu mengenal pasti dan mengasah potensi pelajar.
Setelah potensi ini dikenal pasti, para pelajar akan dijuruskan ke dalam bidang yang paling
serasi dengan potensi mereka.

Dengan yang demikian, kita boleh mengasah potensi modal insan dalam bidang-bidang
khusus yang terbaik, baik bagi diri mereka, sekaligus memajukan negara.

Prinsip ini bukanlah sesuatu yang baru. Teringat penulis tentang falsafah pendidikan Plato
ketika mengajar subjek pemikiran politik di universiti dahulu. Menurut Plato, sistem
pendidikan perlu dirangka untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu layak dikelaskan
sebagai golongan artisan (pekerja) atau golongan guardian (pemerintah).

Pendidikan rendah bagi Plato bermula dari umur tujuh hingga 20 tahun di mana para
pelajar diajar ilmu gimnastik dan muzik. Kedua-dua ilmu ini penting untuk mengenal pasti
potensi fizikal dan minda pelajar.

Bagi pelajar yang cemerlang, mereka akan meneruskan pengajian di peringkat menengah
di mana ilmu logik dan astronomi diajar. Kedua-dua ilmu ini khusus untuk mengasah
potensi intelek para pelajar bagi mempersiapkan mereka sebagai golongan pemerintah.
Yang paling cemerlang antara mereka akan menjadi raja-filasuf (philospher-king).
Bagi pelajar yang menunjukkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam kemahiran fizikal,
mereka akan menjadi golongan pekerja yang menghasilkan barangan keperluan terbaik
untuk kegunaan masyarakat.

Baik golongan pemerintah atau pekerja, kedua-dua golongan ini memberi sumbangan yang
besar kepada negara dengan melakukan pekerjaan yang paling sesuai dengan potensi
mereka.

Peranan sistem pendidikan ialah untuk mengenal pasti dan mengasah potensi insan agar
setiap orang melakukan perkara yang terbaik bagi mereka. Matlamatnya ialah untuk
mewujudkan kemajuan, keseimbangan dan ketertiban dalam negara.

Bukanlah maksud penulis untuk bernostalgia dengan falsafah klasik Plato. Namun, jika
direnungkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita pun membicarakan tentang aspek
potensi dan keseimbangan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang ingin dibangunkan oleh sistem pendidikan
kita ialah insan yang seimbang dari segi potensi akal, jasmani, emosi dan rohani. Ini
bererti, yang ingin dibangunkan ialah insan Kamil yang cerdas akalnya, cergas jasmaninya,
cemerlang budi pekertinya dan jitu rohaninya.

Dengan menetapkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar
dalam peperiksaan SPM, sistem pendidikan kita sebenarnya berada pada landasan yang
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Para pelajar tidak akan dibebankan dengan sistem yang terlalu berorientasikan
peperiksaan sehingga mengabaikan aspek perkembangan potensi jasmani, emosi dan
rohani mereka.
Kita sering mendengar keluhan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang tidak mempunyai
masa yang cukup untuk beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan
kemahiran hidup dan sosial mereka kerana terpaksa menghadiri tuisyen demi tuisyen atau
melakukan kerja rumah yang bertimbun.

Apabila tiba musim peperiksaan, ada ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti untuk
memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran dan melakukan latih tubi sebagai
persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Ada juga anak-anak yang terganggu emosi mereka kerana bebanan akademik yang
melampau dan harapan ibu bapa yang menggunung terhadap mereka.

Saya fikir, sekarang inilah masanya untuk kita memperbetulkan keadaan ini. Jangan
menganggap bahawa potensi pelajar hanya boleh dibangunkan secara maksima dengan
membenarkan mereka mengambil seberapa banyak jumlah mata pelajaran yang terlarat.
Kita tidak akan ke mana dengan pemikiran megalomania ini.

Kita seharusnya memberi tumpuan juga kepada perkembangan potensi pelajar dalam
aspek kemahiran hidup, sahsiah dan sosial mereka melalui kegiatan ko-kurikulum,
kerohanian dan sukan. Transformasi pendidikan yang tidak terlalu berorientasikan
peperiksaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan insan Kamil.

Bagi penulis, tujuh atau lapan mata pelajaran sudah mencukupi untuk mengasah potensi
intelek pelajar dalam bidang bahasa dan kesusasteraan; kemanusiaan dan
kemasyarakatan; dan sains dan teknologi.

Di negara-negara yang lebih maju, seperti di Singapura, para pelajar biasanya mengambil
tujuh atau lapan mata pelajaran dalam peperiksaan GCE "O" Level, yang setara dengan
peperiksaan SPM. 10 mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran adalah
lebih daripada mencukupi.
Adalah lebih baik sekiranya sistem pendidikan kita mengasah potensi ilmiah pelajar secara
mendalam dalam bidang-bidang yang tertentu daripada membiarkan mereka membuat
pilihan secara rawak.

Yang penting ialah potensi pelajar perlu dibangunkan secara seimbang sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memandu sistem pendidikan kita.

Mengenai kerisauan sesetengah pihak bahawa beberapa subjek teras, termasuk sejarah
dan pendidikan Islam/moral, terpaksa dikorbankan sekiranya had 10 mata pelajaran ini
dilaksanakan, saya fikir baik juga kita menunggu keputusan Kementerian Pelajaran
mengenai hal ini.

Saya percaya bahawa apa jua keputusan yang diambil, aspek keseimbangan dalam
pembangunan insan, termasuklah apresiasi sejarah dan penghayatan rohani, tidak akan
diabaikan.
1. KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-GURU
a) Bilakah sesi kokurikulum dijalankan di sekolah? b) Bagaimana guru / penasihat kelab, persatuan,
badan beruniform dilantik?c) Adakah guru / penasihat tersebut mempunyai latihan dalam aktiviti
berkenaan?d) Siapa yang membuat perancangan aktiviti? Adakah ini sama untuk tiap-tiaptahun?e)
Adakah dan sejauhmana guru / penasihat melibatkan diri dengan aktivitikokurikulum?f) Adakah guru
/ penasihat jelas mengenai tujuan dan objektif kokurikulum yangdijalankan?g) Sejauhmana tujuan
aktiviti kokurikulum tercapai?
PELAJAR
a)Apakah sambutan pelajar terhadap jenis-jenis aktiviti kokurikulum? b)Adakah penyertaan dalam
aktiviti tersebut kerana minat atau diwajibkan?c)Kerelevenan aktiviti ko kurikulum dalam masa
senggang.d)Siapa yang menentukan aktiviti?e)Cadanagan untuk meningkatkan penyertaan dan
aktiviti ko kurikulum.f)Adakah aktiviti sama setiap tahun?g)Peluang untuk bergaul dengan rakan
sama etnik/etnik lain.h)Adakah aktiviti bermanfaat dan memberi pengetahuan/kemahiran baru?
PENGENALAN
Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yangmemberi
tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalammelahirkan individu
yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuanuntuk melahirkan seorang
warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalamsegala bidang serta mampu
menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan
bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini
akan dicapai sekiranya generasi
muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yangseimbang
dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitukurikulum (akademik) dan
gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itudiberi pendidikan yang menyeluruh
merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1990
Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajarandan pembelajaran
bagi sekolah sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri pelajar tidak lagi tertumpu di
dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar
darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukansahaja tempat untuk mengasah minda pelajar
bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang
tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula
kepadamasyarakat dan negara.Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan
membawakeberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi
pendidikannegara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang
kokurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadapaktiviti yang
dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorongmereka menghadapi dunia
sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.
PERNYATAAN MASALAH.
Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh pihak
pentakbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yangdititikberatkan oleh
sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlanganakademik menyebabkan ko
kurikulum diabaikan.Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan
pulasikap sambil lewa guru dalam melaksanakan ko kurikulum itu menyebabkan ianyaterabai. Ini
adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang inginmembangunkan jasmani, rohani,
emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum
memainkan peranan yang penting.Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru.
Fretwell(1931)menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum
dengansepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selaindaripada
tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum. Masalah guru kurangterlatih juga disebut oleh
Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan
baik kerana setengah guru yang menyelia adalahkurang terlatih.Sistem pendidikan tradisional
sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang danianya terlalu mementingkan kecemerlangan
akademik (pencapaian di dalam peperiksaan)sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti
luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolahdalam konteks
penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum yang
telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini jugadilihat sebagai satu cara mengenalpasti
masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga
diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah
dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada
pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosiseperti mana
yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti masalah-masalah yang dialamiketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum
di sekolah. Ia juga mengenalpasti persepsi guru terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.
Selain dari itu persepsi pelajar tentang perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira.
Dapatan dari persepsi guru dan pelajar inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi
mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN :
Guru1.Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam menguruskan ko kurikulum
disekolah.2.Mengenalpasti perancangan aktiviti ko kurikulum di sekolah.3.Menenalpasti penglibatan
guru dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah.4.Mengenalpasti sejauhmanakah aktiviti ko kurikulum itu
tercapai
Pelajar
1.Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yangdilaksanakan di
sekolah.2.Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan pelajar
di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah
3.Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada pelajar.4.Memberi
cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik membataskan
kajian kepada guru-guru di tiga buah sekolah di daerah Kuala Rompin,Pahang Darul Makmur.
Sekolah yang terlibat ialah SMK Rompin, SMK Agama Pahang,SMK Perantau Damai dan SMK Seri
Rompin. Responden dalam kajian ini adalah guru-guru SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK
Perantau Damai dan SMK Seri Rompin.Jumlah guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK
Agama Pahang seramai 75orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang dan SMK Perantau Damai
seramai 85orang. Sebanyak 57 soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-
sekolah berkenaan.Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan
sampelmencukupi dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan
biassemasa pemilihan. Pengkaji memilih sejumlah 57 orang sampel dari populasi kajian yang bersaiz
N = 206 secara rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar bangsa
lain dan dari tempat dan negeri yang lain.
DEFINISI KOKURIKULUM
Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isikandungan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan jugayang dilakukan diluar
bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses ini lebih dikenali
sebagai mata pelajaran akademik. Manakalakokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di
luar bilik darjah dan ada jugadilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja
kokurikulum merupakanpersekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran
akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar
gerak kerjakokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaranakademik.
( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman
pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulumlebih banyak dilaksanakan secara tidak
langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulumlebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan,
sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.Menurut Omar Mohd Hashim
(1993), kokurikulum adalah masa senggang dalamkonteks kehidupan harian, di mana masa senggang
adalah suatu jangkamasa waktuseseorang itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya
sebagai seorang individudan sebagai seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum
dalam konteks pendidikan adalah pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan
pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong.Kegiatan
kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan
pembelajaran dengan lebih mendalam.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar-pelajar adalah digalakkanuntuk menyertai
sekurang-kurangnya salah satu kumpulan aktiviti di bawah:a. Membina kemahiran psikomotor dan
efektif selaras dengan pembinaansahsiah. b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan
timbang rasa.c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dansemangat
kesukanan serta kesedaran sosial.d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk
menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari.e. Memperoleh semangat perpaduan di
kalangan pelajar berbilang bangsa danmempunyai kesedaran dan identiti nasiona
Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum
Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, sebagai
pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supayamenyuburkan lagi nilai murni,
mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, danmemupuk sikap sedia berkhidmat di
kalangan masyarakat pelajar.Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk
Pendidikan SebagaiSuatu Proses: Asas Pendidikan 1
, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang.
Gerak kerja ini merupakan lanjutandaripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang
dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan unit permainan serta
sukan.Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagimurid untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah
dipelajari di dalam bilik dilaksanakan dengan tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi
membentuk etikaseseorang pelajar itu.Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(Rajah 1.1), ko-kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri
individu.Tugas ko-kurikulum adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni
danPendidikan Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan pentingdalam
membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.darjah. Ini bermakna,
aktiviti ko-kurikulumajah 1.2
:Struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).
KOMUNIKASI
Kemahiran Asas(Membaca, Menulis dan Mengira)Bahasa Matematik
PELAJAR MANUSIA DAN ALAM SEKITAR PERKEMBANGAN DIRIINDIVIDU
Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni,Kemanusian dan Alam Sekitar, PendidikanAgama Islam, Muzik,
Pendidikan Moral,dan Alam dan ManusiaRekreasi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmani,
Ko-kurikulum
Sumber
: Pendidikan di Malaysia, 1993:113
MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH
Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatankokurikulum. Ini
adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab,
berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras denganlaporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pembelajaran 173 menyatakan:
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk
dan menanam perasaan kekitaan atau esprit de corps di antaramurid-murid berbagai keturunan
yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya
bersikap bertanggungjawab , berdikari danberkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka
sertai. Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadiseorang
insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang
hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan
secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhitanggungjawab masing-masing dalam
pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersamadengan unit beruniform dan persatuan ini telah
diperuntukkan dalam peraturan-peraturanKursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985,
kegiatan ini diberikan peruntukkanwaktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu
persekolahan.Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan
peribadi yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secaraamnya kesemua
gerak kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri
manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamataktiviti ko-kurikulum boleh
diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut
A.
Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras DenganFalsafah Pendidikan Negara
.
Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akandibentuk dengan
sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk denganaktiviti-aktiviti pasukan
berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan sebagainya.
B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.
Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama akan
memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpamengira bangsa, keturunan, agama,
taraf kekayaan dan sebagainya.
C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan KepadaTuhan.
Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan bersandarkan kepada
keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar- pelajar yang beragama Islam, aspek
keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkanibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi
pelajar bukan Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan
pengukuhansahsiah.
D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani,Jasmani Dan Emosi
Pelajar.
Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga pencetus
kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu ko-kurikulum akan bertindak
sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani danemosi pelajar. Dengan ini secara tidak
langsung akan dapat menyamai dengan perkembangan mental pelajar.
E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar DiSekolah.
Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah berlandaskan gerak kerja
berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk berinteraksi di kalangan pelajar dan juga
mengeratkan perhubungan di antara mereka.Kesinambungan daripada itu juga pergaulan di
kalangan pelajar dapat diperkukuhkandan melahirkan pelajar yang ramah serta berhemah.
F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.
Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasankepada pelajar.
Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik
yang berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan denganmenyertai aktiviti yang
diminati dengan cabaran.
Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk
personaliti pelajar yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan
dan pemikiran.
OBJEKTIF KO-KURIKULUM
Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah berhasrat
untuk membolehkan pelajar:
A.Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.
Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminatioleh mereka.
Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktivititersebut kerana mendapat
kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertaiaktiviti sebegini juga pelajar-pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dandugaan. Dalam keadaan sebeginilah, iaitu dalam
usaha untuk mengatasi cabaran, bakat para pelajar akan diasah terutama daripada aspek
kepimpinan, pengurusan, membuatkeputusan dan sebagainya. Serentak dengan itu kemahiran-
kemahiran seperti kemahiranuntuk berfikir, ikhtiar hidup dan lain-lainya akan diperolehi untuk
dipraktikkan padamasa depan.
B.Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti YangBerfaedah Di Samping
Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.
Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisianmasa
lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk terjerumus ke lembah
maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perludilakukan untuk menganjurkan
satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewarisnegara ini. Usaha ini tentulah daripada pihak
berwajib dengan dibantu oleh ahli
masyarakat yang prihatin. Sebagai suatu institusi pendidikan, maka sekolah bolehdijadikan wahana
untuk mempraktiskan usaha ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salahsuatu penyelesaian ataupun
sebahagian daripada usaha yang telah dilaksanakan. Ko-kurikulum menyediakan aktiviti yang padat
dan bermanfaat sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam
aktiviti ko-kurikulum dapatmengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang
kurang sihat.
C.Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.
Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di bangku sekolah
tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasananti adalah susah dimulakan.
Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini berlaku maka hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun2020 tidak akan tercapai. Sejajar dengan itu,
gerak kerja ko-kurikulum diserapkan denganelemen-elemen khidmat masyarakat. Setiap sub-unit
ko-kurikulum akan diterapkandengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk melahirkan rasa
kebertanggungjawabandi kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar sudah biasa dengan aktiviti ini
makakesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa kasih sayang ini akan menyerap masuk
disanubari masing-masing. Apabila sudah dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbaktiakan terus
berbakti sama ada secara individu ataupun berkumpulan seperti yangdilakukan oleh Yayasan Salam
Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
D.Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.
Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah
(KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar tidak diberi peluang untuk
berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukansahaja berbentuk material tetapi juga
menaikkan nama sekolah dengan memenangikejohanan atau mengaut sebarang anugerah serta
pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-kurikulum, pelajar masing-masing berpeluang untuk berbakti
kepada sekolah sama adadengan sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan
nama baik
sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti pertandingan di
peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-royong pula banyak
memberi sumbangan kepada pihak sekolah.Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar dengan
aktiviti ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu
sebagai sekolah yang aktif. Ini akanmenaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Ibu bapa akan berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan
bukannya kesekolah yang pasif dan lembab.
E.Meningkatkan Disiplin Diri.
Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplinmengajar erti
sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpadisiplin manusia akan hidup
dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhanyang dinamakan haiwan. Disiplin juga
adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang berjaya. Masyarakat yang berdisiplin mudah untuk
mencapai kejayaan dankegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri yang tidak boleh
dipaksa dandibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan soal disiplin ini. Unit
berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti mereka. Semua aspek tingkahlaku, gerak
kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian dan segalanya bermula dan berakhir dengan disiplin.
Begitu juga dengan gerak kerja lain samada rekreasi, pertubuhan, kelab atau persatuan juga
mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpadisiplin, segala perancangan tidak akan dapat
dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaanakan menjadi tidak terkawal bahkan juga akan membawa
kepada kemusnahan organisasi.Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang
membantu pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung
masalahsosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.
F.Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.
Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktivitiko-
kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dansemangat
setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung diantara satu sama lain.
Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkanmasyarakat yang bersatu padu tanpa
mengira adat resam, agama dan pengkat.
G.Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah DanMasyarakat.
Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di persekitarannya
ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itusendiri memerlukan
sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolahtidak berjaya dilaksanakan.
Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telahdisusun sedemikian rupa untuk bertindak
sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasamadi antara sekolah dan masyarakat. Perhubungan
yang dimaksudkan bukan sekadar perhubungan sehala, akan tetapi merupakan perhubungan dua
hala yang membawamanfaat kepada kedua-dua belah pihak. Masing-masing mempunyai peranan
sendiri.Konsep memberi dan menerima perlu dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasamaini.(
Sumber
: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,1993)
METODOLOGI KAJIANi. Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat kedudukan ko kurikulum disekolah mengikut
persepsi guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini diklasifikasikan olehMohd Majid (1998) sebagai
penyelidikan deskriptif. Kajian bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai padangan guru
mengenai kedudukan kokurikulum disekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik sepenuhnya yang
ditadbir kepada 57 orang
guru. Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalammasa yang
singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpulmaklumat 30 orang pelajar
dari satu sekolah Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri
daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah
dipilih secara rawak.
ii. Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di sekolah menengah daerah RompinDarul
Makmur. Sampel adalah terdiri daripada 57 guru lelaki dan perempuan di SMK Rompin, SMK Agama
Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlahguru di SMK Rompin ialah seramai 88
orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang,SMK Perantau Damai 85 orang dan SMK Seri Rompin
seramai 43 orang. Sebanyak 57set soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-
sekolah tersebutyang terdiri dari berlainan jantina diambil secara rawak berstrata untuk
mengurangkan

guru. Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalammasa yang
singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpulmaklumat 30 orang pelajar
dari satu sekolah Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri
daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah
dipilih secara rawak.
ii. Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di sekolah menengah daerah RompinDarul
Makmur. Sampel adalah terdiri daripada 57 guru lelaki dan perempuan di SMK Rompin, SMK Agama
Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlahguru di SMK Rompin ialah seramai 88
orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang,SMK Perantau Damai 85 orang dan SMK Seri Rompin
seramai 43 orang. Sebanyak 57set soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-
sekolah tersebutyang terdiri dari berlainan jantina diambil secara rawak berstrata untuk
mengurangkanralat persampelan dan diharap boleh mewakili populasi.

Manakala responden bagi relajar pula hdala dari sebuah sekolah Populasi bagi kajian ini ialah
murid-murid sekolah diSekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian
terdiridaripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semuaresponden
adalah dipilih secara rawak.
iii. Alat Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu;-
Guru
i.Bahagian A untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina, pengalaman
mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dansurat perlantikanii.Bahagian B
adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru, perancangan ko kurikulum, penglibatan
guru.Pelajar iBahagian A : DemografiiiBahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah
iv. Tatacara Penganalisisan Data
Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripadaresponden. Segala
data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diprosesmelalui program SPSS ( Statistical
Package For The Social Sciences ). Analisis secaradeskriptif dilakukan untuk mengetahui kekerapan,
min, sisihan piawai dan peratus setiapitem soalan yang dijalankan serta latar belakang responden

Kesimpulan
Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajianuntuk melihat
kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di sampingmengenalpasti masalah-
masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerjako kurikulum di sekolah. Selain dari itu
persepsi pelajar tentang pelaksanaan kokurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi
guru dan pelajar ini bolehdijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko
kurikulum disekolah.
DAPATAN KAJIANKEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH-GURU
Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan persoalan-persoalankajian.
Dapatan kajian adalah berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh guru-gurudi dalam soal
selidik. Pembentangan dapatan kajian diberikan dalam bentuk statistik deskriptif. Statistik deskriptif
yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan deskriptif akan
memerihalkan taburan sampel mengikut jantina danmenjawab persoalan kajian berkaitan dengan
kedudukan ko kurikulum di sekolah dari persepsi guru.Bagi menjawab persoalan kajian tentang
kedudukan ko kurikulum di sekolah dari persepsi guru, penyelidik menggunakan interpretasi skor
min seperti dalam Jadual 1 bagimenentukan tahap persepsi guru terhadap ko kurikulum.
4.1. Profil Sampel Responden Kajian4.1.1Jantina.
Kajian ini melibatkan 57 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di daerahRompin. Sampel
kajian terdiri daripada 23 lelaki (40.4%) dan perempuan 34 (59.6%)seperti dalam Jadual 1 dan
sepertimana dipaparkan di dalam Rajah 1
http://www.scribd.com/doc/14532615/Kedudukan-Kokurikulum-Di-Sekolah-Persepsi-Guru-Pelajar

Anda mungkin juga menyukai