Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Lukisan

Tema : Keindahan Alam Semulajadi


Tajuk : Pemandangan Senja Di Tepi Sungai.













Lukisan ini menggambarkan pemandangan di tepi sungai pada waktu senja.
Keindahan alam semulajadi bukan sahaja dapat dilihat pada waktu pagi dan siang malah
pemandangan alam semulajadi pada waktu senja juga sangat unik dan menarik. Pancaran
senja matahari dapat dilihat mengubah warna-warna pemandangan kehidupan dimuka bumi
ini. Seperti warna langit dan awan yang berwarna putih dan biru berubah menjadi kuning
keemasan. Begitu juga dengan warna sungai dan tumbuhan yang terkena pancaran senja
tersebut. Suasana ini hanya dapat dilihat pada waktu senja sahaja. Sungguh indah cipta Tuhan
yang menjadikan alam ini. Pemandangan ini juga menggambarkan suatu tempat yang aman,
damai, sunyi dan tenang. Tempat tinggal disebuah desa terpencil yang jauh daripada hiruk
pikuk bunyi bising kenderaan dan bunyi-bunyian hasil manusia. Kehidupan yang dikelilingi
dengan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan pandangan mata, ditambah lagi dengan air
sungai yang tenang melengkapkan keindahan alam semulajadi. Dilengkapi dengan jeti yang
boleh dijadikan tempat berehat, rumah desa yang comel dan pokok besar yang rendang.
Keindahan alam semulajadi ini dapat memberikan inspirasi dan ketenangan jiwa dan mental
kita dalam menjalani kehidupan.


Teknik :
1. Kolaj :
Pokok Menggunakan Crepe Paper.
Dahan pokok Menggunakan ranting kayu.
Atap dan jeti Menggunakan Kad Board.

2. Catan :
Warna latar, rumput dan bahan ( kolaj ) Menggunakan warna plaka.

3. Capan :
Air Sungai Menggunakan renyukan plastik.

4. Gosokan:
Awan Menggunakan span.( Awan berwarna keemasan apabila terkena pancaran
matahari senja )

5. Lukisan:
Teknik lukisan digunakan ketika menghasilkan lakaran seperti rumah dan pokok.

Bahan :
Cat plaka, kad board, span, berus, crepe paper,plastik,pallete, gam polystrine, pensel,

Anda mungkin juga menyukai