Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Konsep tatabahasa wacana dalam penulisan karangan peringkat sekolah rendah


Sebagai seorang guru bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, guru perlu mendedahkan
kepada murid mengenai dua jenis penulisan wacana, iaitu wacana berformat dan tidak berformat
dalam penulisan.
3.1 Konsep wacana berformat dalam tatabahas bahasa Melayu
Menurut Kamarudin Husin 1!""#, konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu
ialah penulisan berkesinambungan yang mengandyngi format$format tertentu untuk
menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren. %enulisan yang
tergolong dalam kategori ini adalah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog,
syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan.
Konsep wacana ini adalah merangkumi komponen$komponen yang bersepadu iaitu
penggunaan rangkai kata secara tersusun dan kohesif, kedua penentuan format penyampaian dan
jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan mklumat. Ketiga pengenalpastian gaya bahasa
dan penggunaannya dalam penulisan. Keempat penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya
secara koheren dalam penulisan. Kelima penyampaian isi yang bernas dalam kerangka penulisan.
Keenam pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Ketujuh
penyusunan ini dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif
dan koheren. &khir sekali, tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. 'a perlu diajar
dengan terancang agar ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas
dapat dikuasai.
3.( Konsep wacana tidak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu
Merujuk pernyataan Kamarudin Husin 1!""# konsep wacana tidak berformat dalam bahasa
Melayu memfokus kepada pengujian kefahaman mengenai topik penulisan, pengujian
kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran, pendapat
dan idea, dan pengujian pengukuran pembacaan.
Konsep wacana tidak berformat ini turut merangkumi komponen yang bersepadu.
%ertama penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat
dengan tersusun dan kohesif. Kedua penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang
sesuai dan wajar untuk memberikan maklumat. Ketiga pengaplikasian gaya bahasa dalam
penulisan. Keempat penganalisisan gaya bahasa dan penggunaan bertulis secra koheren serta
penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. Kelima pembinaan ayat utama
dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Keenam penyusunan isi dan penggunaan
penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheren dan akhir sekali,
tatabahasa dijadikan dasar dalam kecekapan berbahasa dan diajarkan dengan terancang dalam
konteks untuk ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang tepat dan jelas.

Anda mungkin juga menyukai