Anda di halaman 1dari 2

Aspek bahasa dan gaya bahasa Definisi gaya bahasa 1.

Nathesan(1995) Cara /bentuk bahasa yang digunakan dalam pertuturan/penulisan untuk menimbulkan kesan tertentu(menarik minat pembaca untuk terus mengikuti perkembangan idea & penyampaian maklumat & mesej yang cuba disampaikan). 2.Kamaruddin(1995) Cara seseorang penulis mempersembahkan hasil karya yang melibatkan pemilihan perkataan & ekspresi,susunan perkataan dalam ayat& keragaman ayat. Gaya bahasa seseorang penulis akan membezakannya dengan penulis yang lain.

Laras bahasa Cara penggunaan sesuatu bahasa Menurut Asmah(1984) laras bahasa ialah ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang. Pilihan perkataan yang tepat-penulis perlu mahir dalam pemilihan perkataan & istilah ketika menulis karya ilmiah kerana perkataan yang sama berkemungkinan mempunyai konsep berlainan dalam bidang tertentu. Menurut Abdullah(1987) pula,penggunaan laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan yang baik. Laras bahasa ilmiah Definisi Bertujuan menyampaikan kebenaran ilu secara logik & objektif. Menurut Kamaruddin (1995)-laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.Ia merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa,penggunaan perbendaharaan kata & melalui struktur tatabahasa. Jenis Laras Bahasa Ilmiah 1.Lisan Penyampaian kuliah,kolokium ,ceramah,syarahan.

2.Berbentuk tulisan

Penulisan buku teks,jurnal,tesis & kertas kerja.

3.Struktur ayat Tidak seharusnya terlalu kompleks kerana dikhuatiri pembaca akan kehilangan punca. Penulis digalakkan menggunakan struktur ayat yang mudah bagi menjamin kejelasan & pemahaman pembaca. Tidak digalakkan menggunakan sudut pandang orang pertama seperti menggunakan kata saya bagi merujuk diri penulis.Ini untuk mengelakkan unsur peribadi antara penulis dengan pembaca.

4.Gaya penulisan Gaya pertanyaan & arahan,gaya pemaparan & gaya penerangan. Penulisan boleh menggabungkan sesebuah karya bersesuaian dengan maklumat yang hendak disampaikan. Olahan gabungan gaya penulisan yang baik dapat menghasilkan sebuah karya yang menarik &memberi kesan yang mendalam kepada pembaca.

5.Sifat Kejelasan Elakkan guna perkataan yang boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca seperti mungkin,boleh jadi,saya rasa,ada kemungkinan. Elakkan pengolahan ayat yang terlalu panjang / meleret-leret agar pembaca tidak keliru. Maklumat/mesej perlu disampaikan secara teratur dengan menekankan pertalian satu idea dengan idea yang lain agar mempunyai pertalian idea yang baik.

Rujukan 1.Mohd.Sidin Ahmad Ishak(2002).Ketrampilan Malaya.Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Menulis.Jabatan Penulisan Universiti

2.Sulaiman Masri(2003).Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan,Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai