Anda di halaman 1dari 17

1

Prepared By: Mr Sun


(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


1
TOPIK SUBTOPIK EVIDENS
Bab 1 :
Respirasi
Menganalisa mekanisma
pernafasan manusia
B6D1E1
Membina model sistem respirasi
manusia untuk menunjukkan proses
tarikan dan hembusan nafas
Bab 1 :
Respirasi
Menyedari kepentingan
sistem respirasi yang
sihat.
B6D2E1
Pembentangan hasil buku skrap
dalam pelbagai bentuk
persembahan bertajuk
Kepentingan sistem respirasi yang
sihat:
1. Bahan cemar udara
2. Pelbagai penyakit yang berkaitan
dengan sistem respirasi
3. Cara untuk memperbaiki kualiti
udara
4. Amalan mengekalkan udara yang
bersih.





TEMA: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN : 1. RESPIRASI

2

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


2
MINGGU
PdP
Objektif
Pembelajaran

Cadangan Aktiviti
Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Evidens
Pentaksiran

1.1
Menganalisa
mekanisma
pernafasan
manusia.

Memerhatikan model atau
perisian komputer untuk
mengenalpasti struktur
sistem respirasi manusia
yang terdiri daripada
rongga hidung, trakea,
bronkus paru-paru, tulang
rusuk, diafragma dan otot
interkosta.

Mengkaji model paru-paru
bagi mengenal pasti
bronkus, bronkiol dan
alveolus.

Membina model sistem
respirasi manusia yang
berfungsi untuk
menunjukkan hubungan
antara tekanan udara
dalam rongga toraks
dengan proses tarikan dan
hembusan nafas.

Membincangkan
mekanisma
pernafasan.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur
sistem respirasi manusia.

mengenal pasti struktur
paru- paru.

memerihalkan proses
menarik dan menghembus
nafas.

menghubung kait
perubahan tekanan udara
dalam rongga
toraks dengan tarikan dan
hembusan nafas.

memerihalkan
mekanisma pernafasan.




B2D1E1
melabel struktur sistem respirasi dan
struktur peparu manusia (18.1)






B6D1E1
membina model sistem respirasi
manusia untuk menunjukkan proses
tarikan dan hembusan nafas (18.1)


B3D1E1
menerangkan mekanisme pernafasan
(18.1)

3

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


3


MINGGU
PdP
Objektif
Pembelajaran

Cadangan Aktiviti
Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Evidens
Pentaksiran

1.2
Memahami
pengangkutan
oksigen dalam
badan
manusia.

Menayangkan video atau
perisian komputer dan
mengumpul maklumat serta
mentafsir data tentang
perkara berikut:

a) Resapan oksigen
daripada alveoli ke
dalam kapilari darah dan
daripada kapilari darah
ke dalam sel.
b) Pengangkutan oksigen
oleh sel
darah merah dalam
bentuk
oksihemoglobin.

Murid boleh:

memerihalkan resapan
oksigen daripada alveoli ke
dalam kapilari darah.

memerihalkan
pengangkutan oksigen
oleh darah.

memerihalkan resapan
oksigen daripada kapilari
darah ke
dalam sel.




B3D2E1
menghuraikan proses resapan dan
pengangkutan oksigen oleh darah dari
peparu ke sel badan(18.2).










4

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


4
MINGGU
PdP
Objektif
Pembelajaran

Cadangan Aktivii
Pembelajaran

Hasil Pembelajaran
Evidens
Pentaksiran

1.3
Menyedari
kepentingan
sistem
respirasi yang
sihat.


Mengumpul dan
mentafsir data tentang
perkara berikut:
a) Bahan yang
memudaratkan system
respirasi seperti nikotin
dan tar (daripada asap
rokok),
sulfur dioksida (daripada
kilang), dan karbon
monoksida (daripada
asap kenderaan) serta
jerebu.
b) Kesan pelbagai bahan
yang memudaratkan
sistem respirasi seperti
toksin dan karsinogen.
c) Pelbagai penyakit
sistem respirasi.

Menjalankan aktiviti
untuk menunjukan
kesan merokok
kepada paru-paru.

Mengadakan atau membuat
lawatan ke pameran tentang
kesan merokok dan
pelbagai penyakit yang
berkaitan dengan paru-paru.

Sumbangsaran
pelbagai ide
tentang cara untuk
menperbaiki kualiti

Murid boleh:

menyenaraikan pelbagai
bahan yang memudaratkan
sistem respirasi.

menerangkan kesan bahan
cemar kepada sistem
respirasi.



menyenaraikan pelbagai
penyakit yang
mempengaruhi
sistem respirasi.

mempraktikkan amalan
baik untuk meningkatkan
kualiti udara.



B1D1E1
menamakan pelbagai bahan dan
penyakit yang memudaratkan sistem
respirasi (18.3)

B3D3E1
menjelaskan kesan bahan cemar
kepada sistem respirasi (18.3)


B6D2E1
Pembentangan hasil buku skrap
dalam pelbagai bentuk persembahan
bertajuk Kepentingan sistem respirasi
yang sihat:
Bahan cemar udara
pelbagai penyakit yang
berkaitan dengan sistem
respirasi
Cara untuk memperbaiki kualiti
udara
Amalan mengekalkan udara
yang bersih.
(18.3)

5

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


5



BAB 1: RESPIRASI TARIKH BAND TARIKH BAND
B2D1E1
Melabel struktur sistem respirasi dan struktur peparu manusia
B6D1E1

Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan
proses tarikan dan hembusan nafas

B3D1E1
Menerangkan mekanisme pernafasan
B3D2E1

Menghuraikan proses resapan dan pengangkutan oksigen oleh
darah dari peparu ke sel badan

B1D1E1

Menamakan pelbagai bahan dan penyakit yang memudaratkan
sistem respirasi

B3D3E1
Menjelaskan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi
B6D2E1

Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk
persembahan bertajuk Kepentingan sistem respirasi yang sihat:
Bahan cemar udara
pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi
Cara untuk memperbaiki kualiti udara
Amalan mengekalkan udara yang bersih.

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA

Mekanisme Pernafasan Manusia

Sistem pernafasan manusia.














Bahagian Struktur Fungsi
Rongga nasal Rongga yang terdiri dari tisu
lembap dan rerambut halus.
Melembapkan udara yang
melaluinya serta
memerangkap habuk pada
udara.
Trakea Dinding luaran terdiri dari
gegelang tulang rawan,
manakala dinding
dalamannya terdiri dari dari
sel-sel epithelium dengan
silia dan sel-sel yang
merembeskan mucus.
Gelang tulang rawan
menghalang trakea daripada
binasa. Silia dan mukus
membantu untuk
memerangkap habuk dan
mikro organisma yang ada
dalam udara.
Bronkus Dua cabang dari trakea yang
menuju ke paru-paru.
Udara terus ke paru-paru kiri
dan kanan.
Paru-paru Lembut, seperti span, serta
kaya dengan saluran darah
dan alveoli.
Tempat berlakunya pertukaran
gas.
Tulang rusuk Tulang-tulang yang
berbentuk sangkar di dalam
rongga toraks.
Melindungi paru-paru.
Diafragma Otot berbentuk kubah ketika
dalam keadaan rehat.
Memisahkan rongga torak
daripada rongga abdomen.
Otot
intercostal
Tisu otot di antara dua
tulang rusuk. Ia juga
dikenali sebagai otot rangka.
Menggerakan tulang rusuk.
7

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


7
Struktur paru-paru manusia.














Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ)
manusia.

Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks
(thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).

Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran
(friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan.

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol.
Bronkiol dicabang keluar dari bronkus.

Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli.
Pertukaran gas berlaku di sini.

Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga
mekanisme:
bernafas untuk mendapatkan oksigen.
mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen
dalam sel-sel badan.

Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari
tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan
8

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


8
menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam
paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari
paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan
diafragma dan otot intercostal.
Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan
rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga
toraks.
Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk.
Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot
intercostal dalam.
Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.




























9

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


9
Mekanisme pernafasan

Menarik nafas (inhalation)

Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel
badan.

Semasa menarik nafas,
diafragma mengecut dan mendatar.
otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke
hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan
isipadu rongga toraks.

Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada
tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai
udara yang disedut semasa menarik nafas.


Menghembus nafas (exhalation)

Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada
sel-sel badan.

Semasa menghembus nafas,
diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk
seperti kubah.
otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan
kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan
isipadu rongga toraks.

Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera
luar.

Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus
semasa menghembus nafas.





10

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


10
Pengangkutan Oksigen Dalam Badan

Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih
tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.

Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea,
bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli.

Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.


















Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel
badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk
dikeluarkan melalui paru-paru.

Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:
Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi
oleh banyak kapilari darah.
Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap
alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding
dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah
dengan cara resapan mudah (simple diffusion).
Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh
itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.
Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat
menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran
darah.
11

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


11


















Pengangkutan oksigen oleh darah:
Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap
disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).
Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah
merah (eritrosit).
Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya
lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin
yang mana lebih stabil. Dengan kata lain; Hemoglobin +
Oksigen Oksihemoglobin.
Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian
badan yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:











12

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


12






Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen,
oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin.
Dengan kata lain; Oksihemoglobin + Oksigen Hemoglobin.
Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala
hemoglobin akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.

Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke
dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.

Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa
proses menghembus nafas.

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar
(pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas
(gaseous pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon, sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri
daripada habuk atau bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik
(carcinogenic). Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan
sel-sel hidup, manakala karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa
kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan
karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem
pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas
putih boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru
manusia.
13

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


13






















1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi
daripada suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh
meningkatkan suhu paru-paru.
Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-
tompok hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan
pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa
asap rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel
epitelium pada alveoli.
Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat

Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus
bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita
bernafas untuk terus hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia
14

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


14
dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita
mestilah:
Menjauhkan diri daripada merokok.
Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan
sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap
ditutup.
Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan
di dalam bilik.
Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan
paru-paru.
Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia
yang melepaskan gas toksik.
Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu
melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-
otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.
Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa
bernafas bebas daripada habuk dan kotoran.
Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam
dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara
dengan cara:
Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks
kualiti udara.















15

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


15
Latihan

1. Labelkan gambar rajah di bawah:











2. Labelkan gambar rajah di bawah:











3. Gariskan perkataan dalam kurungan supaya pernyataan berikut
adalah betul.
a. Tarik nafas adalah proses membolehkan udara (masuk ke / keluar dari)
peparu.
b. Hembus nafas adalah proses membolehkan udara (masuk ke / keluar dari)
peparu.
4. Gariskan jawapan yang betul untuk mengaitkan perubahan tekanan
udara di dalam rongga toraks semasa penyedutan dan penghembusan.
a. Semasa penyedutan, tekanan udara dalam paru-paru (kurang / lebih)
daripada tekanan udara di luar badan.
16

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


16
b. Semasa penghembusan, tekanan udara dalam paru-paru (kurang /
lebih) daripada tekanan udara di luar badan.
5. Rajah di bawah menunjukkan mekanisme pernafasan semasa
penyedutan dan penghembusan nafas.







Gariskan jawapan yang betul dalam penyata di bawah untuk
menggambarkan mekanisme pernafasan semasa penyedutan dan
penghembusan. Semasa menyedut nafas:
a. Tulang rusuk bergerak ke atas dan (ke / keluar).
b. Kontrak diafragma dan bergerak (ke atas / ke bawah). Semasa
penghembusan:
a. Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan (ke / keluar). b. Diafragma
melegakan dan bergerak (ke atas / ke bawah).
6. Rajah di bawah menunjukkan penyebaran oksigen dari alveolus ke dalam
darah kapilari.

17

Prepared By: Mr Sun
(Your Science Coach)
PUSAT TUISYEN CERGAS JAYA


17

Gariskan jawapan yang betul bagi soalan-soalan berikut untuk
menggambarkan penyebaran oksigen dari alveoli ke dalam kapilari darah.
a. Dalam paru-paru, oksigen meresap dari (alveoli / kapilari darah) ke
(alveoli / kapilari darah).
b. Satu alveolus mempunyai dinding yang (nipis / tebal) dan permukaan
dalaman yang lembap.
c. Udara disedut dalam alveolus mempunyai kepekatan gas oksigen yang
(tinggi / rendah) berbanding darah dalam kapilari.
7. Lengkapkan pernyataan di bawah untuk menggambarkan pengangkutan
oksigen oleh darah. Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah
merah untuk membentuk ____________________________ dan diangkut
dari paru-paru ke sel-sel badan kita.
a.Darah mengandungi oksihaemoglobin dalam kapilari darah mempunyai
kepekatan (tinggi / rendah) oksigen.
b. Sel-sel badan kita sentiasa menggunakan oksigen untuk pernafasan dan
dengan itu mempunyai kepekatan (tinggi / rendah) oksigen.
c. Ini perbezaan dalam kepekatan oksigen antara kapilari darah dan sel-sel
keputusan dalam penyebaran oksigen dari ke (sel / kapilari darah). (Sel /
kapilari darah)

Anda mungkin juga menyukai