Anda di halaman 1dari 2

INVENTORI BELAJAR

Berikut senarai 25 item yang berkaitan dengan tabiat belajar. Fikirkan dengan
mendalam bagi setiap item. Jika item itu AMAT TIDAK BERTEPATAN dengan diri anda,
bulatkan nombor di ruangan ( A ). Jika item itu AMAT BERTEPATAN dengan diri anda,
bulatkan nombor di ruangan ( C ). Sekiranya tabiat belajar anda antara 2 pilihan
tersebut, bulatkan nombor di ruangan ( B ). Jumlahkan semua nombor yang sudah
dibulatkan bagi mendapatkan skor anda.
Bil Item A
Amat Tidak
Bertepatan
Dengan Diri
Saya
B C
Amat
Bertepatan
Dengan Diri
Saya
Tabiat umum belajar
1 Oleh kerana saya tidak suka kepada
mata pelajaran tertentu, saya tidak
akan mempelajarinya
1 2 3
2 Saya cuba gunakan apa yang sudah
dipelajari daripada suatu mata
pelajaran bagi mata pelajaran lain
3 2 1
3 Saya lebih suka menonton televisyen
walaupun saya tahu saya sepatutnya
belajar
1 2 3
4 Saya dapati sukar untuk belajar
dengan baik
1 2 3
5 Saya akan mencari beberapa orang
kawan apabila tiba waktu belajar
1 2 3
Konsentrasi / tumpuan
6 Saya suka belajar di tempat sunyi 3 2 1
7 Saya suka berkhayal apabila hendak
memulakan pelajaran
1 2 3
8 Saya mengambil masa yang lama
untuk mula belajar
1 2 3
9 Saya dapati sukar memberikan
tumpuan semasa belajar
1 2 3
10 Saya memerlukan mood yang baik
untuk belajar
1 2 3
Pengurusan Masa
11 Saya tidak dapat belajar jika sudah
terikat dengan masa yang sudah
ditetapkan bagi menyiapkan tugasan
1 2 3
12 Saya banyak menghabiskan masa
pada perkara-perkara tidak penting
1 2 3
13 Saya selalu mendapati masa belajar
tidak mencukupi
1 2 3
14 Saya pastikan saya tahu masa
tugasan perlu dihantar
3 2 1
15 Saya menyiapkan tugasan yang
penting terlebih dahulu
3 2 1
Membaca dan mengambil nota
16 Saya cuba menyimpulkan apa yang
sudah saya pelajari
3 2 1
17 Saya menghadapi masalah semasa
membaca semua bahan pelajaran
1 2 3
18 Saya menyusun nota-nota dengan
rapi
3 2 1
19 Saya dapati sukar mencatat nota
dalam kelas
1 2 3
20 Saya cuba membaca semua isi
pelajaran dengan seberapa segera
yang boleh
1 2 3
Peperiksaan
21 Saya berasa takut dan sering tidak
dapat menjawab soalan dengan baik
1 2 3
22 Saya fikirkan dan merancang
sebelum menjawab soalan
3 2 1
23 Saya menyiapkan lebih awal dan
menghantar kertas jawapan sebelum
masa tamat
1 2 3
24 Saya merancang pembahagian masa
bagi setiap soalan sebelum saya mula
menjawab
3 2 1
25 Saya cuba menjawab setiap soalan
berdasarkan nota-nota yang saya
sediakan.
3 2 1
Jumlah Skor

TAHAP BELAJAR SAYA : ________________________________________________
INTERPRETASI
SKOR TAHAP BELAJAR
25 30 TABIAT BELAJAR CEMERLANG. Anda pasti memperoleh keputusan
peperiksaan yang cemerlang. Kekalkan tabiat anda itu.
31 40 TABIAT BELAJAR BAIK. Tumpukan pada mana-mana aspek yang
lemah.
41 50 TABIAT BELAJAR SEDERHANA. Masih ada ruang dan masa untuk
memperbaiki tabiat belajar anda.
51 75 TABIAT BELAJAR LEMAH. Perlu berusaha dengan lebih gigih untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan tabiat belajar supaya anda
tidak kecewa.

Anda mungkin juga menyukai