Anda di halaman 1dari 3

Kesan Buruk Penggunaan Gadget

Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak




Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu, hari sabtu tetapi rasa seperti ahad kerana setelah
johor bertukar cuti kepada jumaat dan sabtu. Jadi hari ini banyak kenduri
kawin kawan-kawan sebaya yang perlu pergi. Di hujung minggu ini mesti masa
berkumpul sesama keluarga. Teringat zaman dulu-dulu apabila waktu cuti ini
mesti akan berkumpul bersama rakan-rakan untuk main guli, tembak rusa,
baling selipar, kunda kundi dan pelbagai lagi.

Seperti biasaanya acik memang suka pada budak-budak dan banyak pekara
yang bertanya pada kanak-kanak dan berbual dengan mereka.

Acik : Hafiz jomlah main baling selipar ,dah lama acik tak main
Hafiz : tak nak bang, panas kat luar dan mama tak bagi nanti hitam katanya,
baik main PSP nie
Acik : okey kalau acik ada di sini semua peralatan gadget tak boleh boleh di
gunakan, jadi semua berbaris kita main kunda kundi
Haziq : kunda kundi tu apa acik ? kejap aziq nak ambil tab nak google
Acik : ishh kunda kundi pun tak tahu, dah semua pergi laman depan, hari ini
acik ajar semua permainan kampung.

Itulah telatah mereka yang mengikuti perkembangan zaman sekarang yang
terlalu maju dan moden. Anak-anak di biarkan main dengan gadget, main
"game" di rumah dan makan makanan segera. Badan tak sihat dan tak ada
keluar peluh. Bila anak menangis di sogok dengan permainan di telefon
bimbit.

Kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa seperti
yang selalu disebut-sebut dalam masyarakat anak ibarat kain putih. Oleh itu,
menjadi tugas ibubapa dalam membentuk dan mencorak anak-anak tersebut
sama ada baik atau buruknya budi pekerti mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi
Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan di dalam keadaan fitrah. Kedua
ibu bapanyalah yang meyahudikannya, memajusikannya atau
mengkristiankannya.

Kanak-kanak juga telah dilahirkan daripada perut seoarang ibu tanpa
mengetahui sesuatu pun. Ibu bapalah yang bertanggung jawab memberi
didikan kepada anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna dan
berakhlak mulia.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati akal fikiran, supaya kamu bersyukur.

Memang betul ianya memudahkan kita untuk buat kerja, mahupun ketika kita
berbual .Tetapi biarlah pekara yang berilmiah selaras dengan
pertumbuhbesaran kanak-kanak. Seperti kak long acik, dia seorang cikgu , Dia
pastikan anak-anaknya seimbangkan pembelajaran dan pemainan. Contohnya
ketika masa cuti 3 jam untuk belajar dan setengah jam untuk bermain aplikasi
permainan. Memang dari kecil di ajar macam tu dan kadang tengok "game" itu
pun ada unsur pembelajaran.

Mengikut laman web pmr.penerangan.gov.my Kanak-kanak didefinisikan
sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub
dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

Kanak-kanak
0 - 1.5 Bayi
1.5 - 4 Kanak-kanak bertatih
4 - 11 Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
10 - 11 (lebih
kurang)
Prapubesens; subset yang atas
11 - 12
Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat
prapubesens
13 - 17 Remaja dan baligh

Dari pemerhatian yang acik tengok sebenarnya tak sihat sangat jika kanak-
kanak di biarkan sahaja bermain lebih dari 5 jam dan terdapat beberapa
masalah terhadap mereka. Antaranya

Cepat rabun

Sekarang ini tak pelik kalau lihat kanak-kanak usia 6 tahun dah pakai cermin
mata dan "power" cermin matanya juga tinggi. Kerana mereka di biarkan
menggunakan komputer dan gadget dengan kerap. Kanak-kanak ini biasanya
menumpukan dengan permainan yang bersungguh-sungguh dan dengan jarak
penglihatan yang dekat.

Kurang keyakinan diri

Segelintir kanak-kanak apabila ingin membuat sesuatu meraka akan rasa ragu-
ragu. Pertanyaan bila "boleh ke saya buat nie ? " dan ada yang cakap kalau kat
"game" bolehlah. Pernah acik menjadi fasilitator untuk pelajar sekolah di kem
motivasi. Bila di tanya mereka memang menghabiskan main gadget di rumah
lebih dari 5 jam.Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk jadi ketua mahupun
lakukan aktiviti dengan ragu-ragu. Ini kerana apa ? kerana mereka tiada
terbiasa dengan aktiviti luar dan persekitaran luar.

Kelemahan interpersonal komunikasi

Komunikasi yang baik dapat memastikan mesej itu sampai mengikut
kefahaman individu. Jika terlalu banyak menghabiskan masa bersama gadget
mereka ianya membuat kemahiran itu semakin terhakis. Bila bersama dengan
sanak saudara semuanya senyap, tak tahu nak bercakap apa ,masing-masing
sibuk dengan gadget. Komunikasi yang terhad dan hanya tertentu sahaja. Dan
proses komunikasi 2 hala itu akan terhalang dan di menghadkan mereka
membina kemahiran komunikasi sesuai dengan peringat umurnya.

Selain itu perkembangan bahasa mereka lemah dan mereka kurang bercakap,
kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara
berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan
masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan , sekarang ini dalam
kereta,jadi terhad sedikit, nanti acik kongsikan lagi kepada kamu semua di
bahagian kedua. Tak salah nak berikan gadget kenapa anak-anak tetapi
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2014/02/kesan-buruk-
penggunaan-gadget.html#sthash.IzXogW18.dpuf

Anda mungkin juga menyukai