Anda di halaman 1dari 12

Corak bahasa Melayu dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi,

iaitu:

i. Bentuk (lisan dan tulisan).

ii. Tahap Penguasaan

iii. Tahap Penggunaan

iv. Mutu bahasa
Bentuk Bahasa Melayu

Dari segi bentuk, bahasa Melayu dapat
dianalisis melalui ciri pengungkapan
bahasa lisan dan bahasa tulisan.
Terdapat perbezaan antara bahasa lisan
dan bahasa tulisan.
Bahasa Lisan

i. Bersifat agak bebas, seperti yang digunakan dalam temu
bual atau wawancara.

ii. Bersifat mesra atau kehadiran tanda kemesraan, misalnya
menggunakan kata ganti nama yang mesra.

iii. Tatabahasa: tidak mementingkan kesempurnaan
tatabahasa kerana menggunakan strategi seperti
memendekkan kata atau menggugurkan bahagian
tertentu dalam ayat. Selain itu, terdapat juga
penggunaan unsur bukan bahasa atau parabahasa
(paralinguistik).
Bahasa Tulisan

i. Terkawal dan dapat diedit atau disunting.

ii. Bersift rasmi dan kerasmiannya lebih ketara
dalam wacana tulisan.

iii. Tatabahasa: mementingkan tatabahasa yang
sempurna
Bahasa Lisan
Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

i. Bahasa lisan subbaku: bahasa lisan yang tidak terkawal,
mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek).
Jenis bahasa yang tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan
bahasa pasar.

ii. Bahasa lisan umum: adanya unsur bahasa basahan, seperti
kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi
tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan.

iii. Bahasa lisan terkawal: diungkapkan dalam konteks rasmi,
menggunakan bahasa terkawal. Sistem panggilan, tatabahasa dan
intonasi amat dipentingkan
Tahap Penguasaan
Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu.

Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan
berbahasa yang berpadanan.

Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa
mengikut konteks dan bidang.

Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan
tahap fungsional.
Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya
mempunyai ciri yang berikut:

i. Mengandungi unsur tempatan.
ii. Mengandungi unsur individu dialek dan ideolek.
iii. Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal.
iv. Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya
menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum,
seperti kependekan dan kemesraan.
v. Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten)

Tahap Fungsional


Dimaksudkan dengan taraf penggunaan bahasa yang diperlukan
oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam
kehidupan seharian.

i. Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal.

ii. Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam penyampaian berita
di radio atau televisyen.

iii. Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah,
jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan sebagainya
Tahap Penggunaan

Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan
pengolahan bahasa yang baik.

Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang
pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut:

i. Kemahiran bahasa
ii. Penghayatan
iii. Pengetahuan
iv. Penglahiran
v. Penghujahan
vi. Kekritisan
vii. Mekanik Penulisan


Mutu Bahasa
Mutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang
menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi
ciri yang berikut:

i. Ketepatan
ii. Kewajaran
iii. Kematangan
iv. Kelancaran
v. Keluwesan
vi. Gaya
vii. Laras

Anda mungkin juga menyukai