Anda di halaman 1dari 8

http://www.pkb.edu.my/elearning/piranti.

pdf
6.1 Penerus Terkawal Silikon (SCR)
Rajah 6.1 menunjukkan struktur binaan dan rupabentuk fizikal Tiristor yang lazim
digunakan. Manakala rajah 6.2 merupakan rajah simbol Tiristor.
Rajah 6.1 : Struktur binaan dan bentuk fizikal SCR
P
N
P
N
A n o d
K ato d
G etBab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008
Rajah 6.2 : Simbol SCR
6.1.1 Struktur dan Simbol SCR
SCR adalah peranti separa pengalir empat lapis seperti ditunjukkan di Rajah 6.1 dan
Rajah 6.2. Terdapat tiga terminal yang dipanggil Anod, Katod dan Get.

peranti.

Peranti ini adalah peranti satu arah yang mana ia akan membenarkan arus mengalir pada
satu arah sahaja.
6.1.2 Pemicuan SCR
SCR hanya akan dihidupkan apabila satu denyut arus positif dikenakan di terminal
getnya. Picuan ini akan menyebabkan arus pincang hadapan mengalir dari anod ke
katod. Apabila ini berlaku SCR berada dalam keadaan pengaliran arus pincang hadapan
yang mengalir dari anod ke katod berterusan sehingga arus arus pincang hadapan tidak
dibekalkan lagi.
SCR ini boleh dihentikan beroperasi dengan salah satu cara berikut:
a. Arus yang mengalir kehadapan dikurangkan dari nilai arus pegang
peranti( Ih Iholding) yang boleh didapati dari helaian data pembuat.
b. Pintaskan anod dan katod.
c. Arus mengalir dari arah yang bertentangan.
*Nota --- Jika SCR digunakan dengan arus ulangalik, operasi akan terhenti apabila
bekalan utama bertukar kutub.Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008
Rajah 6.3
Ketika S1 dibuka tiada arus yang mengalir pada beban RL(lampu) seperti yang
ditunjukkan di Rajah 6.3. Apabila suis S1 ditutup maka terminal get akan menerima arus
picuan dan memicu SCR. Picuan ini menyebabkan arus mengalir dari anod ke katod
SCR dan lampu akan menyala. Apabila suis S1 dibuka arus masih mengalir ke beban
atau lampu masih menyala.
Rajah 6.4 Rajah 6.5
Rajah 6.4. Mematikan SCR dengan cara memintaskan terminal A-K.,
Rajah 6.5. Mematikan SCR dengan cara memutuskan arus IA.
Rajah 6.4 menunjukkan bagaimana SCR dimatikan dengan cara memintaskan anod
dengan katod. Dengan ini tiada arus akan mengalir dari anod ke katod. Kaedah lain
untuk mematikan SCR adalah dengan meletakkan suis S2 seperti Rajah 6.5. Apabila suis
S2 dibuka maka tiada arus dapat mengalir dari anod ke katod atau arus pincang hadapan
adalah sifar iaitu kurang daripada Ih.
Untuk menghidupkan SCR ini maka kedua-dua suis S1 dan S2 perlu ditutup. Pada
keadaan normal SCR tidak akan hidup jika arus mengalir dari katod atau pada arah yang
bertentangan.Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008
Kebaikan SCR yang nyata adalah dengan arus picuan yang kecil ia dapat mengawal arus
beban yang tinggi. Selain daripada itu SCR adalah sebagai peranti pensuisan yang laju.
Dengan hanya satu denyut lazimnya hanya satu mikrosaat hingga dua mikrosaat pada get
ia dapat menghidupkan SCR.
6.1.3 Ciri-Ciri SCR
Rajah 6.6 Lengkung ciri SCR
Dengan mengalirnya IG iaitu arus yang disebabkan oleh voltan positif pada get seperti
Rajah 6.6 (IG2), voltan pecahtebat hadapan akan berlaku lebih awal (lihat VBRF2). Takat
VBRF boleh direndahkan lagi dengan menambah nilai IG. Begitulah seterusnya sehingga
IG dilaras kepada satu nilai yang cukup tinggi, SCR akan berfungsi seperti diod biasa
Sewaktu SCR dipincang belakang (VR), SCR tidak akan mengalirkan arus kecuali sedikit
arus bocor (arus sekat songsang). Jika VR terlalu tinggi sehingga ke takat voltan
pecahtebat songsang, SCR akan bertindak seperti diod biasa. Arus Pegang (Holding
current) ialah paras dimana arus SCR berpindah daripada keadaan tersekat kepada
keadaan pengaliran.
6.1.4 Kegunaan SCR
Peranti ini sangat popular digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam sistem pengawal
kuasa tinggi. Ia boleh beroperasi dengan voltan yang bernilai sehingga 1000 volt dan
beroperasi pada nilai arus sehingga kepada 1000 Amp. jika dibandingkan dengan peranti
diod biasa. Oleh kerana ia dinamakan penerus terkawal silikon maka ia banyak terlibat
dalam penukaran voltan dan arus au kepada voltan dan arus at. Ia juga berfungsi untuk
mengawal magnitud-magnitud gelombang keluaran ini. SCR juga membolehkan
pensuisan voltan dan arus beban yang besar dari sumber arus dan voltan pensuisan yangBab 6
Peranti Elektronik Kuasa 2008
kecil. Contoh penggunaannya adalah seperti Litar Kawalan Statik yang boleh digunakan
dalam Litar Sistem Amaran Penceroboh seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.7.
Rajah 6.7 : Litar Kawalan Statik
Suis-suis S1 dan S2 adalah suis yang sentiasa tertutup. Jika salah satu suis terbuka
SCR akan dihidupkan dan jika beban adalah mentol maka ia akan menyala. Apabila S1
atau S2 ditutup semula SCR masih berfungsi.
Untuk mematikan SCR suis RESET perlu dibuka semula ini menyebabkan arus yang
mengalir dari anod ke katod kurang dari Ih.
6.2 TRIAK
Triak merupakan peranti dwi arah iaitu ia boleh beroperasi ketika masukan positif
mahupun negatif. Triak adalah peranti tiga terminal dan boleh dianggapkan dua SCR
yang disambung depan belakang.
6.2.1 Struktur Dan Simbol
Triak mempunyai lapisan NPNP selari dengan lapisan PNPN. Susun atur bahan empat
dan get (G). Jika keseluruhan struktur PN triak diteliti, arus dilihat boleh melalui lapisan
PNPN atau NPNP. Oleh kerana triak boleh mengalirkan arus dalam kedua-dua hala,
simbol triak mengandungi dua diod yang bersemuka dalam arah yang berlawanan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 6.8.Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008
Rajah 6.8 : Struktur dan simbol Triak
6.2.2 Ciri-ciri Triak
Graf dalam Rajah 6.9 mewakili pengendalian triak yang lazim tanpa pembekalan arus
get. Apabila voltan mara bertambah, arus kecil mengalir dalam triak. Arus yang kecil
ini ialah arus bocor. Apabila voltan mara mencapai titk pecah lampau, arus pada triak
mula mengalir. Perhatikan voltan telah jatuh melintangi triak. Voltan ini dibekalkan
kepada beban
Rajah 6.9. Graf ciri volt-ampiar untuk triak
.
6.2.3. Aplikasi Triak
Triak sesuai digunakan untuk mengawal litar yang menggunakan arus A.U. SCR adalah
merupakan peranti satu arah sahaja oleh itu ia hanya boleh beroperasi bagi separuh kitar
positif sahaja manakala Triak boleh beroperasi dalam kedua-dua kitar iaitu pada kitar
positif dan kita negatif. Rajah 6.10 menunjukkan salah satu contoh sambungan litar
penggunaan TriakBab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008
Rajah 6.10 : Litar Penggunaan Triak
Kapasitor C1 akan mengecas dalam arah berbeza sehingga titik pecah lampau. Triak
akan dipicukan bagi setengah kitar pertama. Triak akan terhenti beroperasi apabila arus
ulangalik menghampiri sifar (arus bekalan). Nilai arus litar akan menurun sehingga
kurang daripada arus pegang (Ih). Kawalan fasa akan naik dengan melaraskan R2.
Apabila R2 ditambah, C1 akan mengecas perlahan-lahan, seterusnya memicukan Triak
yang kedua. Dengan penambahan ini menyebabkan tenaga yang dibekalkan kepada
beban berkurangan. Apabila R2 dikurangkan, C1 akan mengecas dengan cepat,
seterusnya memicukan Triak yang pertama. Dengan pengurangan ini menyebabkan
tenaga yang dibekalkan kepada beban bertambah.

Anda mungkin juga menyukai