Anda di halaman 1dari 1

Program Patrol Denggi

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa denggi merupakan suatu masalah yang
serius dewasa ini. Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Penyakit ini
sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini
ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh yang demikian , Sanofi Pasteur
dengan usahasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia
bersetuju untuk menganjurkan DENGUE PATROL PROGRAM 2012 untuk membawa kesedaran, mendidik
dan mengubah minda serta gaya hidup para pelajar dan masyarakat mengenai bahaya denggi, kaedah
untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes dan amalan gaya hidup sihat.

RASIONAL

Memberi kesedaran tentang masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan mengawal dan
mencegah demam denggi. Ia juga akan mendatangkan manfaat dan membantu membawa kesedaran
mengenai bahaya denggi kepada para pelajar dan masyarkat sekitar.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid agar mengamalkan penjagaan kesihatan kebersihan
khususnya di persekitaran rumah dan diri mereka.

OBJEKTIF
Mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap denggi dengan seruan untuk bertindak bagi
mengurangkan kes denggi dan angka kematian akibat denggi.
Untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usaha mengubah gaya hidup.
Mengenali nyamuk aedes dan tempat-tempat pembiakannya.
Mengawal dan mencegah demam denggi.

Anda mungkin juga menyukai