Anda di halaman 1dari 24

PERGERAKAN BUMI RELATIF

KEPADA MATAHARI
Jarak matahari dengan bumi
Jarak dari bumi ke matahari secara puratanya
adalah sejauh 149 juta KM.

Dengan kata lain, sekiranya secara purata kita
memandu sejauh 50,000km

Setahun, dan secara purata kita memandu
selama 50 tahun dalam seumur hidup, maka kita
memerlukan 60 keturunan untuk memandu
kereta ke matahari.
Saiz bumi dan matahari
Jika dibandingkan dengan bumi, diameter
matahari adalah 100 kali lebih panjang.

Jika digambarkan matahari sebagai satu
balang yang kosong, maka ia boleh diisi
dengan 1,000,000 (1 juta) biji bumi.

Bayangkan keluasan alam semesta ini dan
kekuasaan Allah!
Matahari di pusat sistem suria
Pada awal perkembangan sains,
orang-orang seperti Copernicus,
Kepler, Galileo & Newton
berpendapat bahwa Matahari
berada di pusat, sementara Bumi
& planet-planet berputar
mengelilingi Matahari.
Bumi mengelilingi
matahari

Jisim matahari yang jauh lebih besar
daripada planet-planet membuat
planet-planet terikat pada ikatan
graviti Matahari, sehingga planet-
planet tersebut bergerak mengelilingi
Matahari sebagai pusat.

Demikian dari hukum Graviti Newton.
Bukti Pertama;
Pergerakan bumi mengelilingi
matahari - Aberasi bintang
Ditemukan oleh James Bradley (1725). James
Bradley menemukan adanya aberasi bintang.
Apa itu aberasi bintang? Bayangkan kita sedang
berdiri di tengah-tengah hujan, dan air hujan
jatuh tepat menegak / tegak lurus kepala kita.
Kalau kita menggunakan payung, maka muka &
belakang kepala kita tidak akan terpercik air
bukan? Kemudian kita mula berjalan ke depan,
perlahan-lahan & semakin cepat berjalan, maka
seolah-olah air hujan yang tadi jatuh , malah
membelok dan memercik muka kita. Untuk
mengelakkan-nya maka kita cenderung
mencondongkan payung ke muka.
Bumi mengelilingi matahari
Sebenarnya air hujan itu tetap jatuh tegak lurus,
tetapi kerana kita bergerak relatif ke depan,
maka kesan yang terjadi adalah seolah-olah
membelok dan memercik ke muka kita.

Demikian juga dengan fenomena aberasi
bintang, sebenarnya kedudukan bintang selalu
tetap pada suatu titik di langit, tetapi dari
pemerhatian astronomi, didapati bahawa
kedudukan bintang mengalami pergeseran dari
titik awalnya, pergeseran-nya tidak terlalu besar,
tetapi cukup untuk menunjukkan bahawa
memang sebenar-nya lah bumi yang bergerak.
Bukti ke dua;
Paralaks bintang Pergerakan bumi
mengelilingi matahari
Bukti kedua adalah paralaks bintang. Bukti ini diukur
pertama kali oleh bessel (1838). Paralaks boleh berlaku
jika kedudukan suatu bintang yang jauh, seolah-olah
tampak 'bergerak' terhadap suatu bintang yang lebih
dekat.

Fenomena ini hanya boleh berlaku, kerana adanya
perubahan kedudukan dari Bintang akibat pergerakan
Bumi terhadap Matahari.

Perubahan kedudukan ini membentuk sudut p, jika kita
ambil posisi hujung-hujung saat Bumi mengelilingi
Matahari. Sudut paralaks dinyatakan dengan (p),
merupakan setengah pergeseran paralaktik bilamana
bintang diamati dari dua kedudukan paling ekstrim.
Paralaks bintang
Bukti ke tiga;
Pergerakan bumi mengelilingi
matahari - Kesan Doppler
Bukti ketiga adalah adanya kesan Doppler.
Ternyata pengamatan-pengamatan astronomi
menunjukkan bahawa banyak perilaku bintang
menunjukkan banyak objek-objek langit mempunyai cap
jari yang tidak berada pada tempat-nya.
Penjelasannya diberikan oleh Doppler (1842), bahawa
jika suatu sumber maklumat 'bergerak' (maklumat ini
boleh bunyi, atau sumber optis), maka terjadi
'perubahan' maklumat.
Kenapa bergeraknya perlu tanda petik? Ini boleh terjadi
kerana pergerakannya adalah pergerakan relatif, apakah
kerana pengamatnya yang bergerak? Atau sumber-nya
yang bergerak?
Kesan pada sumber cahaya
Demikian pada sumber cahaya, jika
sumber cahaya dilihat dari dekat,
gelombang cahaya yang diperhatikan
menjadi lebih biru, jika sebaliknya akan
menjadi lebih merah.
Ketika Bumi bergerak mendekati bintang,
maka bintang menjadi lebih biru, dan
ketika menjauhi menjadi lebih merah
Bumi bergerak dari Timur ke Barat
atau sebaliknya
Setiap hari kita mengalami siang dan malam
secara teratur. Pada pagi hari matahari terbit di
sebelah timur tanda hari mulai siang dan
tenggelam di sebelah barat tanda hari mulai
malam. Kejadian alam tersebut disebabkan
kerana bumi berputar.

Ketika bumi berputar, daerah-daerah di bumi
yang terkena sinar matahari mengalami siang
dan kawasan-kawasan di bumi yang tidak
terkena cahaya matahari mengalami waktu
malam. Setiap hari kita melihat matahari seolah-
olah bergerak dari Timur ke Barat.
Bumi berputar dari Barat ke Timur
Oleh kerana bumi berputar dari Barat ke
Timur, bahagian Timur bumi mendapat
cahaya lebih awal daripada bahagian
Barat bumi.
Hal ini menyebabkan matahari seolah-olah
naik dari Timur pada waktu pagi, berada
di tengah langit pada waktu tengahari dan
turun ke Barat pada waktu senja.

Bulan mengorbit bumi (27 hari)
matahari
bumi
bulan
...Bumi mengorbit matahari (365 hari)
Kalau bumi bergerak dengan lebih
perlahan?
Bumi yang berputar pada kelajuan yang paling
ideal ini juga boleh menyebabkan wujudnya
sebahagian kawasan yang terlalu panas untuk
hidupan, kerana menerima cahaya matahari
yang terlalu banyak pada siang hari, contohnya
di gurun-gurun di Timur Tengah dan
sebagainya.

Apatah lagi kalau bumi bergerak dengan lebih
perlahan?


1 TAHUN - MENGIKUT PUTARAN DAN
PEREDARAN BUMI

Masa yang diambil oleh bumi untuk
melengkapkan satu orbit mengelilingi
matahari ialah selama 365 hari.

Masa ini dipanggil satu tahun. Hal ini
bermakna bumi mengelilingi matahari
sekali dalam setahun.
Pergerakan bumi relatif kepada
matahari.
Begitu juga apabila bumi bergerak dengan
lebih laju, kadar penerimaan cahaya
matahari pula akan berubah.

Bumi mengalami kurang penerimaan
haba, maka suhu bumi akan menjadi lebih
sejuk dan tidak sesuai untuk hidupan.
Kedudukan matahari dan bumi
yang sangat relatif
pertukaran siang dan malam menggambarkan
satu sistem yang sangat teratur yang tidak boleh
silap walau sedikit.

Sekiranya paksi bumi mengalami kecondongan
yang berbeza, bumi berputar lebih laju atau
perlahan, kedudukan matahari dan bumi yang
tidak relatif, hidupan tidak dapat hidup kerana
suhu menjadi tidak sesuai.

Bolehkah anda tinggal di kutub
utara?

Malah kadar kelajuan putaran bumi juga menentukan
sama ada bumi boleh didiami oleh hidupan atau tidak.

Lihat sahajalah di bumi ini, bolehkah anda tinggal di
kutub utara?

Kawasan tersebut terlalu sejuk, hanya boleh didiami oleh
makhluk tertentu.

Ini kerana kutub Utara kurang menerima cahaya
matahari. Syukurlah, kawasan lain masih banyak yang
bersuhu sesuai untuk kita diami beramai-ramai.
Musim sejuk
di sini
Musim panas
di sini
Musim panas
di sini
Musim sejuk
di sini
Musim luruh
di sini
Musim bunga
di sini
Musim bunga
di sini
Musim luruh
di sini
Di hemisfera
utara
Di hemisfera
Selatan
Putaran bumi lebih laju daripada
kapal terbang!

Kadar perubahan siang dan malam juga
memainkan peranan penting untuk
membenarkan manusia dan hidupan lain hidup
selesa di bumi ini.

Ukur lilit bumi adalah kira-kira 40074.1 km
maka untuk melakukan putaran yang konsisten
bumi bagi menghasilkan siang 12 jam dan
malam 12 jam ia harus berputar selaju 40074.1
km / 24 Jam = 1669.75 KM/J, sangat laju
bukan?

Lebih laju daripada kapal terbang!
Sekiranya kelajuan bumi menjadi
perlahan

Sekiranya kelajuan bumi menjadi perlahan,
jangka masa siang malam di bumi akan
berubah, kadar penerimaan suhu di bumi juga
berubah, maka julat suhu di bumi akan turut
berubah.
waktu siang, bumi akan menjadi lebih panas
kerana menerima terlalu lama cahaya matahari.
manakala waktu malam akan menjadi lebih
panjang dan suhu bumi akan menjadi terlalu
sejuk.
Lama kelamaan hidupan akan beransur-ansur
mati.
Bandingkan dengan pergerakan
planet lain dengan matahari
Ada planet di luar sistem suria kita yang mempunyai
paksi seperti Uranus namun kedudukan cahaya matahari
menyinari hanya kutub utaranya iaitu bagaikan sebatang
kayu bergolek yang menerima cahaya hanya di salah
satu hujungnya.

Maka kejadian siang dan malam tidak dapat berlaku di
planet tersebut. Hanya sebahagian kawasan planet
tersebut yang mempunyai waktu siang sepanjang masa,
manakala sebahagian lagi malam sahaja sepanjang
masa.

Alangkah sengsaranya kalau kita hidup di planet
tersebut. Sebahagian planet panas gila sampai boleh
terbakar, manakala sebahagian kawasannya yang lain
sejuk gila melebihi tahap beku, sampai udara pun boleh
berhenti bergerak kerana beku.
"Sesungguhnya Allah melakukan segala
sesuatu ada tempoh-tempoh masanya," Al
Talak..


( 38
"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di
tempat ketetapan baginya, yang demikian
itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan
Maha Mengetahui" Yaasin : 38

Wallahua'lam
Sekian Terimakasih

Anda mungkin juga menyukai