Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Perubatan

Dalam rencana kali ini, saya ingin memaparkan berkenaan dengan rahsia kehebatan Al Quran, dari sudut
pandangan yang lain, iaitu dari sudut Al Quran sebagai agen penyembuhan penyakit. Ramai pesakit yang datang
berubat dengan saya bertanya, mampukah Al Quran mengubati penyakit? Bagaimana hanya dengan membaca
rangkaian ayat-ayat Al Quran, sakit yang dihidapi mampu sembuh?

Percayalah.. Al Quran adalah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah saw dan kepada kita sebagai
umat Baginda. Al Quran merupakan kalam ALLAH swt dan sememangnya kuasa penyembuh itu adalah milik
ALLAH swt. Justeru, bukanlah sesuatu yang janggal apabila Al Quran itu dikatakan mampu menjadi agen
penyembuh penyakit. Seperti mana firman ALLAH swt :

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman.... - Surah Al-Israa, ayat 82

Umum mengetahui bahawa kaedah perubatan yang diamalkan oleh saya dan perawat-perawat di Pusat
Rawatan Islam Al Hidayah, adalah 100% menggunakan ayat Al Quran. Kami di Al Hidayah, sangat meyakini
dengan mukjizat Al Quran sebagai agen penyembuh. Bagi saya, jika bukan kita sebagai orang Islam, siapa lagi
yang mahu mengangkat martabat mukjizat agung ini?

Ingin di sini, saya mahu menjelaskan kaedah utama rawatan kami di Al Hidayah. Secara umumnya, rawatan
akan bermula dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Kalimah mulia ini adalah sebagai pembuka pintu
kepada setiap sessi rawatan saya bagi setiap pesakit. Kalimah inilah yang membezakan antara muslim dan
bukan muslim. Serta kalimah inilah sebagai penyaksian sewaktu lahir dan sebelum dijemput kematian. Maka,
saya memulakan rawatan saya dengan lafaz dua kalimah syahadah ini terlebih dahulu. Ini menunjukkan
tawakkal dan kebergantungan kita kepada zat yang Maha Penyembuh, iaitu ALLAH s.w.t.

Seterusnya, saya akan membacakan surah Al Fatihah terlebih dahulu. Surah ini bukanlah hanya boleh digunakan
semasa solat sahaja, sebaliknya surah Al-Fatihah turut terbukti sebagai agen penyembuh penyakit yang luar
biasa kemujarabannya. Kerana itulah surah ini digelar sebagai ibu segala surah. Dan dimuliakan menjadi surah
pembukaan di dalam mushaf Al Quran.

Di dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a., ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat
Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi bermusafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah
perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan
memberinya.

Dengan takdir ALLAH swt, salah seorang daripada penduduk kampung itu telah disengat binatang berbisa.
Maka, salah seorang sahabat Rasulullah saw pun bersedia untuk mengubatinya. Lalu membaca sesuatu lalu
ditiupkan ke tempat luka lelaki tersebut. Dengan kuasa ALLAH swt, lelaki tadi pun sembuh. Para sahabat yang
lain berasa hairan, apakah ayat yang dibacakan oleh sahabat mereka tadi? Sedangkan sahabat mereka itu
bukanlah seorang tabib ataupun pernah mengubati penyakit. Lalu sahabat itu menyatakan, bahawa dia hanya
membacakan surah Al Fatihah. Lalu berita ini sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, dan Baginda sendiri
megesahkan perbuatan lelaki tersebut.

Riwayat ini membawa pengajaran kepada kita mengenai betapa besar fadhilat surah Al-Fatihah itu. Kalau
difikirkan dari sudut logik akal, mustahil hanya dengan membaca ayat, lalu bisa dari binatang boleh sembuh.
Namun, inilah yang dikatakan kuasa penyembuh itu adalah milik mutlak ALLAH swt dan kita haruslah berikhtiar.
Apa yang pasti, kisah ini membawa pengajaran yang berguna, bahawa ayat-ayat suci Al Quran itu bukan sahaja
bertindak sebagai
panduan hidup, malah ianya juga sebagai agen penyembuh penyakit yang sangat mujarab.

Di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia ini pula, ramai yang sudah meyakini bahawa ayat-ayat
suci Al Quran mampu untuk menjadi penawar, namun hanya bagi penyakit-penyakit yang bersifat spiritual atau
penyakit kerohanian. Misalnya sihir, santau, saka, rasukan, jin, dan sebagainya. Masyarakat kita masih ramai
yang kurang yakin bahawa ayat-ayat suci Al Quran mampu malah berkesan dalam merawat penyakit yang
bersifat fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, tyroid, ketumbuhan dalam otak, dan kanser.

Contohnya, surah AL-Isra ayat 40 hingga 55 untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berkaitan dengan
jantung, surah Qaf ayat 16 hingga 45 untuk menyembuhkan penyakit-penyakit khususnya berkaitan dengan
urat saraf dan tulang, dan surah Muhammad ayat 21 hingga 32 untuk menurunkan tekanan stres dalam pesakit.
Rata-rata di antara kita tidak melihat proses penyembuhan melalui ayat-ayat Quran tersebut. Sukar untuk
diterima akal, hanya dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran, penyakit-penyakit yang bersifat fizikal ini dapat
sembuh tanpa mengambil sebarang ubat atau melalui pembedahan.

Ramai di antara kita yang memilih untuk lebih mempercayai perubatan moden, yang jelas kelihatan proses
penyembuhan dan rawatan seperti pembedahan, menelan ubat, suntikan dan sebagainya. Secara peribadi, saya
tidak menolak rawatan cara moden ini, malah turut menggalakkan pesakit untuk merujuk kepada doktor atau
menjalani rawatan berbentuk moden ini. Namun, apa yang mahu saya tekankan di sini adalah, Al Quran juga
mampu menjadi penawar untuk penyakit-penyakit fizikal yang lain seperti yang dinyatakan di atas tadi. Firman
ALLAH swt;

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-
penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.. - Surah Yunus,
ayat 57

Bagaimana Al Quran boleh bertindak sebagai agen penyembuh? Persoalan ini tidaklah dapat dijelaskan oleh
logik akal manusia, namun sebagai sedikit gambaran kepada para pembaca, pertama sekali kita harus yakin
bahawa Al Quran itu adalah mukjizat agung, dan firman Allah swt sendiri seperti di atas menyatakan bahawa di
dalam ayat-ayat Al Quran itu sendiri mempunyai syifa, atau penyembuh.

Ayat-ayat Al Quran mempunyai aura-aura tersendiri yang sepadan dengan jenis-jenis penyakit. Misalnya, sakit
kanser, ayat-ayat Al Quran yang selari dengannya adalah seperti di dalam surah Al-Mukminun ayat 91 hingga
100 dan surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55. Ada lagi ayat-ayat lain yang berkaitan dengan penyakit kanser.

Begitu juga dengan sakit-sakit lain, terdapat ayat-ayat Al Quran yang tersendiri, yang fungsinya sebagai
penyembuh untuk sakit-sakit tersebut. Apabila ayat-ayat ini dibaca oleh pesakit, maka aura-aura daripada ayat-
ayat suci ini akan bertindak terhadap penyakit yang dihidapi. Misalnya penyakit buah pinggang, apabila si
pesakit mengamalkan ayat-ayat Al Quran yang fungsinya untuk penyembuhan penyakit itu, maka aura-aura
kalimah suci ini akan bertindak ke atas buah pinggang pesakit, dan menyembuhkannya dengan izin ALLAH swt.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini bertindak umpama rawatan moden,
namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar, dan dijelaskan dengan logik akal.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, sudah ada ramai pesakit Al-Hidayah yang sembuh dari penyakit-penyakit
mereka seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, masalah saraf, kanser, gangguan seperti sihir dan saka
dan sebagainya, selepas pesakit-pesakit tersebut, dengan tekunnya, mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang
diberi oleh perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengikut jenis penyakit yang dihidapi oleh
mereka.

Selain daripada amalan pembacaan Al-Quran secara istiqamah dan konsisten, doa kepada Allah swt dan
keyakinan yang tinggi terhadap mukjizat agung Al-Quran sebagai agen penyembuhan turut diamalkan oleh
pesakit-pesakit tersebut.

Dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser selama 13 tahun, saya telah mengumpulkan
testimoni-testimoni pesakit kanser Al-Hidayah yang telah sembuh dari sakit mereka dengan keizinan Allah swt,
untuk tujuan memberi contoh dan bukti kepada pesakit-pesakit kanser lain akan kemujaraban ayat-ayat suci Al-
Quran dalam menyembuhkan penyakit kanser.

Kisah-kisah pesakit tersebut menceritakan akan cabaran dan dugaan mereka dalam mengharungi hidup
bersama penyakit kanser. Kisah-kisah tersebut pasti akan menyentuh sanubari pembaca-pembaca dan
memberi motivasi kepada pesakit-pesakit kanser untuk terus berikhtiar mencari penyembuhan sakit kanser.

Untuk pengetahuan anda, kisah-kisah tersebut beserta dengan penerangan mengenai mukjizat Al-Quran dalam
menyembuhkan penyakit kanser telah dibukukan dalam buku saya yang bertajuk Perubatan Al-Quran Rawatan
Kanser(Quranic Medicine in Healing Cancer; terbitan MustRead Sdn Bhd) yang boleh didapati di kedai-kedai
buku bermula dari 1 Mac 2013. Buku tersebut turut boleh dibeli di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya. Al Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan oleh ALLAH untuk kita umat Nabi Muhammad
s.a.w. dan kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu mendaulatkan Al Quran? Maka rugi besarlah jika orang Islam
sendiri mempersia-siakan Al-Quran dan tidak meyakininya. Yakinlah dengan Al Quran, bukan sahaja sebagai
kitab yang dibaca setiap hari sebagai pertunjuk, tetapi juga sebagai ubat yang diamal setiap hari sebagai
penyembuh.

Akhir sekali, harapan saya agar suatu hari nanti, ramai doktor-doktor Muslim dapat menerima Al-Quran sebagai
medium penyembuh penyakit serta mengguna pakai ayat-ayat Al-Quran bersama-sama rawatan perubatan
moden mereka.
Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi apabila kita
membaca terjemahan ayat-ayat tersebut, ia langsung tidak berkaitan dengan ubat tahan sakit, ini merupakan adalah
kehebatan Al Quran.
Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 adalah untuk penyakit yang ada kaitan dengan masalah urat saraf (nerve). Kalau
dibaca terjemahan ayat-ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem
daya pertahanan diri (immune system.
Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 pula merupakan ayat penerang hati dan
sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 adalah untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kesuburan, kewangan dan harta
kekayaan

Anda mungkin juga menyukai