Anda di halaman 1dari 1

10 CARA MENGEMPISKAN PERUT YANG BERKESAN.

Ramai orang sekarang mengalami sindrom lemak di perut atau buncit.



Di bawah ini diberi pelbagai kaedah mengempiskan perut yang berkesan. Untuk lebih berkesan, kaedah ini erlu
diamalkan secara berterusan.
Ps : Teknik ni boleh juga diamalkan bagi mengempiskan perut selepas bersalin dengan bengkung bersalin.
TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN.
1. Memakai bengkung/barut/corset sepanjang hari. Ianya memperbaiki postur badan dan sendal lemak
serta membantu mengeluarkan angin perut. Material dan design, mahal atau murah tidak memberi
banyak perbezaan. Material yang baik akan menyendal lemak dengan baik tanpa menyebabkan
pernafasan terganggu dan melancarkan peredaran darah serta memberi postur badan yang betul.
Ps: Cara ikat bengkung yang betul akan membantu mengawal amalan makan juga.
2. Pastikan duduk dan berdiri dalam postur yang betul. Jangan slouch.
3. Sentiasa lakukan stomach vacuum technique. Oleh kerana pakai bengkung, automatically kita akan
sentiasa aware yang kita dalam proses nak mengempiskan perut. Sambil buat vacuum technique,
kena kawal pernafasan dengan baik.
4. Senaman 10 minit setiap hari. Plank adalah salah satu teknik senaman berkesan untuk menguatkan
tubuh sambil mengempiskan perut.
5. Makan sedikit tapi kerap dan bersarapan selepas bersenam.
6. Banyakkan pengambilan serat fiber; sayuran dan buah buahan.
7. Minum teh hijau dan pastikan minum air yang cukup. Teh hijau sangat sangat membantu melawaskan
buang air besar. Selain dari tu bantu menurunkan kadar kolestrol kalau diambil berterusan dalam
masa 12 minggu (menurut kajian) Kalau rasa lapar macam craving nak makan. Minum air kosong
segelas dulu. Lepas tu baru tengok. Kalau lapar jugak, makan lah. Ps: Teh hijau jangan ditambah gula.
Baik untuk meningkatkan kadar metabolisme.
8. Paling baik kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
9. Lebih baik lagi kalau elakkan dari makan makanan yang diproses.
10. Amalkan secara berterusan. Dua minggu pertama, nafsu makan secara berlebihan akan berkurang.
Badan akan terasa lebih "ringan" kerana senaman berterusan.

Anda mungkin juga menyukai