Anda di halaman 1dari 3

PETUA KEMPISKAN PERUT

1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1
ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan
yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid,
lower dan obliques.

3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the
work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan


“crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set
bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya
lapisan lemak antara otot dan kulit!

7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan
makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang
seimbang.

8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit
untuk membakar lemak berlebihan!

9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie
berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan
pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued.
Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
PETUA UNTUK KURUSKAN BADAN DAN KEMPISKAN PERUT
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan
perut.

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji
limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan
air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali
selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air
perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum
tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas
ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda
makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan
bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis
dan Madu 

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
 Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
 Tumbuk kesemua sehingga lumat.
 Perahkan air Limau Nipis.
 Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba
petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur
dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk
tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan
meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang
yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur
dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda
akan lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai