Anda di halaman 1dari 3

Langsing tanpa modal besar

January 23rd, 2008 at 4:59 pm (Petua Langsing)

Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun
diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga
sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.

11 Comments

Membuang Lemak Badan


May 26th, 2007 at 9:26 pm (Petua Langsing)

Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini.
Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan
minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di
waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan
bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman
dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke
dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan
malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan
langsing.

23 Comments

Ingin Kekal Langsing


May 26th, 2007 at 5:07 pm (Petua Langsing)

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan
berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan.
Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg
ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara
berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini
terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka
yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa
kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua.
Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan
dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan
adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada
satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya
dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar
buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa
sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah
sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari
Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak
berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit
atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman.
Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia
itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia
mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya
salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan
sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg
dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas
7-14 hari mengamalkannya.

Oleh azdriana9

8 Comments

Mengurangkan Kolestrol dan Lemak


May 21st, 2007 at 3:22 pm (Petua Langsing)

Pilihan Makanan
Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan
Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
Kurangkan minyak semasa memasak.
Bakar, kukus atau rebus makanan.
Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

Anda mungkin juga menyukai