Anda di halaman 1dari 7

1.

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 6. AMBIL SARAPAN PAGI Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di

dalam peti ais anda. 12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! 21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 9. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 32. Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba 33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

2.

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

3.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

4. 5.

3) Minum banyak air Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari. 4) Banyakkan pergerakan Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV. Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal. 5) Mulakan sedikit demi sedikit Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan

6.

7.

bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

8. 9.

6) Jangan terlebih makan Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap. 7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

10.

Kesan jangka masa panjang Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

11. 9) Fokus pada sihat, bukannya kurus


Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

12. 10) Atasi tekanan emosi


Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

13. 11) Motivasi


Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

14. tips diet menurunkan berat badan yang dapat anda lakukan sehari hari
15. Tips 1. Hindari lemak dan kurangin karhobidrat.
Asupan karbohidrat tetap diperlukan meskipun sedang program menurunkan berat badan, jadi jangan Anda hilangkan asupan karbohidrat ini. Makanlah dengan jumlah karbodihrat yang dikurangin.

16. Tips 2. Kurangin gula dalam minuman anda.


Soft drink mengandung gula yang tinggi, berhentilah mengkonsumsi soft drink. Selalu biasakan mengkonsumsi air mineral jika Anda sedang berada di luar. Jika Anda ingin minum teh manis, sesekali tidak apa apa. minumlah air putih minimal 8 gelas per hari untuk program menurunkan berat badan

17. Tips 3. Makanlah minimal 3x sehari untuk diet menurunkan berat badan yang efektif.
Tetaplah untuk makan 3x sehari. Jangan mengurangi frekuensi makan anda menjadi 2x sehari karena justru akan memperlambat metabolisme, bisa bisa justru Anda terkenamaag.

Tetaplah makan minimal 3x sehari, dengan tentu saja porsi yang sedikit. Melewatkan makan utama merupakankesalahan dalam diet.

18. Tips 4. Makanlah paling akhir 3 jam sebelum tidur.


Makan mendekati jam tidur Anda akan menyebabkan makanan yang anda makan tidak sempat diubah menjadi energi untuk aktifitas Anda, akibatnya penumpukan lemak Anda akan bertambah. Jika Lapar, lebih baik Anda mengkonsumsi susu non fat ataupun makanan nutrisi yang rendah kalori.

19. Tips 5. Latihan kardio (lari, renang, threadmill, aerobik).


latihan kardio sangat efektif untuk membakar lemak, lakukan olahraga ini secara rutin tiap hari. Selain itu olahraga mempunyai banyak manfaat bagi kesehatan.

20. Tips 6. Kurangin makanan gorengan, gantilah dengan makanan rebus.


Jangan melupakan bahwa ikan bakar dan ayam bakar kadang kadang diolesin minyak, jadi tetap hindarin juga makanan ini.

21. Tips 7. Pagi hari yang indah untuk berlatih.


Berlatih pada pagi hari akan lebih efektif, karena perut anda sudah kosong dan tentunya pembakaran yang utama akan mengambil dari lemak anda.

22. Tips 8. Selalu memilih jalan kaki daripada eskalator.


Pilihlah berjalan kaki jika jaraknya tidak terlalu jauh. jika di kantor selalu pilihlah untuk menggunakan tangga jika Anda hanya ingin turun 1 atau 2 lantai saja. Olahraga kecil ini akan bermanfaat untuk menurunkan berat badan anda jika anda lakukan tiap hari.

23. Tips 9. Menikmati hidup.


Aturlah semua diet yang meliputin pengaturan pola makan dan olahraga sehingga menjadi sesuatu yang menyenangkan, dengan menjadikan diet Anda sesuatu yang menyenangkan maka akan semakin memperbesar keberhasilan diet .

24. Tips 10. Istirahatlah secukupnya .


Waktu istirahat yang baik adalah 6 8 jam sehari. Jangan lebih dari 8 jam per hari, pernah ada penelitian yang menyebutkan bahwa tidur berlebih meningkatkan resiko kematian.

25. Tips 11. Jangan mencoba semua jenis makanan pada jamuan buffet.
jangan mencoba semua menu makanan saat ada jamuan buffet. Cukup pilih satu atau dua jenis yang paling Anda suka, lalu lanjutkan dengan salad, ingatlah bahwa Anda sedang mencoba cara menurunkan berat badan . 26. Masih banyak tips diet menurunkan berat badan yang lain yang tentu saja tidak akan muat untuk kami tulis disini. Tips tips diatas adalah tips diet yang berperan besar dalam diet menurunkan berat badan Anda.

27. Selain tips tips untuk menurunkan berat badan di atas , bacalah juga tentang kesalahan
kesalahan umum penyebab kegagalan diet menurunkan berat badan.
Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat. 1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan. 2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan. 3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayursayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang. 6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah
sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam. 9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat. 10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif. 11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Anda mungkin juga menyukai