Anda di halaman 1dari 16

Asas Kawad Kaki KRS

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya
gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di
tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga
barisan cepat gerak.

J adikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke
kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan
kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke
belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri,
belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng,
kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas
bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga
tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas

Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Hukuman Kawad Statik
Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki
dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam tentera).
Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu kawad
yang belum melibatkan pergerakan berjalan.


Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3. langkah sebelah
4. hentak kaki
5. buka dan tutup barisan
6. luruskan barisan
7. hormat

Bahasa Hukuman Kawad Statik


1 - sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"


2 - senang diri
"SENAAANG DIRI!"


3 - rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"


4 - berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"


5 - berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"


6 - berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP
KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP
KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk
menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP
KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"

[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun
platun anda sedang menghadap]


7 - langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"


8 - hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"


9 - buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"


10 - luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad
"PANDAAAANG..DEPAN!"


11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"











Syarat Pertandingan Kawad Kaki
0 KOMEN3:15 PM Dicatat oleh Sarjan FalaH ImraN
Nama Kandungan: Kawad Kaki
1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di
sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan
peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori).
a. Kategori lelaki
b. Kategori perempuan

1.3 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan
hanya
2.
3. menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai
oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.


2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang
menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan
anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak
dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang
disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi
Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan
sahaja ( pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket,kolar dot dan sarong tangan )


4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )


5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian
markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan
persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari
padang kawad. Selepas 15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum
melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas
dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului
oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:
a) pada minit ke 12
b) tamat masa


6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN


6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja Sekolah
yang telah ditetapkan.


6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika
bertanding.

b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang
ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang
kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan,
maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c) Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan.
Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk
setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.



6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk
/giliran pertandingan dijalankan.
( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )


6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan,
dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 -
135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan
ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri
pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor,
skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan)

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut
:
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

h) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

i) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri
belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

k) Hukuman tukar langkah perlahan diberikan setelah platun melepasi kon D dan
sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)


l) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
hukuman menghadap ke hadapan; kanan pusing diberikan apabila anggota platun
selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang
melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman bergerak ke kiri; kiri pusing
diberikan.

o) Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada antara
kon C dan kon D.

p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan
pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan
Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat
ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

q) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman:
Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat.jalan).

r) Tamat bahagian kawad asas.


Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5
markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat
persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.


6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan
membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau
pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki )
formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. (
Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke
hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak
melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik
yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki
atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

h) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.


6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran
meneruskan tugastuan. )


6.7 PENGHAKIMAN
a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah
tidak diambil kira.

c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri
daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad
dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan
diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad
dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.
f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:
v. Persediaan (pakaian) : 10%
vi. Kawad asas : 50%
vii. Kawad formasi : 30%
viii. Ketua platun : 10%

g) Keputusan hakim adalah muktamad,

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik ( Menggunakan
borang pemarkahan Ketua Platun ).


6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :
i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Kebangsaan.
4. Format Buku Log.
5. Cover:

Logo kadet
Nama kadet
Nama Sekolah
Nama
Tahun
Kelas
Kandungan


1.Biodata diri - gambar, nama, kelas, tarikh lahir, pangkat/jawatan, unit beruniform, alamat, no tel ibu
bapa, kumpulan darah.
2.Misi dan Visi sekolah
3.Struktur Organisasi sekolah
4.Matlamat KRS
5.Objektif KRS
6.Logo
7.Keterangan logo
8.Bendera KRS
9.Keterangan bendera
10.Lagu KRS
11.Moto/Cogan kata
12.Ikrar KRS
13.Organisasi Jabatan(guru)
14.Organisasi KRS
15.Jadual latihan
16.Catatan kehadiran peribadi
17.Perjumpaan


Perjumpaan ke berapa -
Tarikh -
Hari -
Masa -
Tempat -
Bilangan kadet -
Jurulatih -
Kemahiran -
Aktiviti -
Nota/Catatan

Anda mungkin juga menyukai