Anda di halaman 1dari 4

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.

Contoh : Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Contoh Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam
longkang.
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan
wang sebanyak RM2.00.
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi
penyakit denggi dari merebak.
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and
seluar sendiri.
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum
loceng berbunyi.
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan
kawannya.
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-
lorong kecil yang sunyi.
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika
berbelanja.
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum
turun dari bas itu.
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan
lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.
Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh
semangat.
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain
di tepi jalan raya.
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak
yang terjatuh ke dalam sungai itu.
Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil
wang itu.
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang
bertugas.
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan
tengah hari.
Mereka membaca buku di perpustakaan.

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan
pemimpin Negara ke sekolah.
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang
berkhasiat and seimbang.
Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat
Malaysia pada hari ini.
Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila
melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana
tidak membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya.
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong
membersihkan kawasan masjid.
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.



























Jawapan :

Contoh

Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

adil / saksama
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

baik hati
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

baik hati
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang
sebanyak RM2.00.
baik hati
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit
denggi dari merebak.
bekerjasama / bergotong-
royong
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

berdikari
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.

berdikari
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng
berbunyi.
berdisiplin / bertatatertib
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

berdisiplin / bertatatertib
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil
yang sunyi.
berhati-hati / berwaspada /
cermat
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

berjimat-cermat
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

berjimat-cermat
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

berjimat-cermat
Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

berjimat-cermat
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari
bas itu.
bersopan / beradab /
berbudi bahasa
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih
apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.
cekal / keazaman /
berazam
Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.

cinta akan negara /
semangat patriotik
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

cinta akan negara /
semangat patriotik
Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

cinta akan negara /
semangat patriotik
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

cinta ilmu
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

hormat, taat
Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan
raya.
patuh
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh
ke dalam sungai itu.
keberanian / berani
Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Kebersihan
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

kejujuran / jujur
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

kejujuran / jujur
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Mereka membaca buku di perpustakaan.

kerajinan / rajin / ringan
tulang
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin
Negara ke sekolah.
menghormati
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

patuh, menghormati guru
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

menjaga kebersihan
persekitaran
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and
seimbang.
menjaga kesihatan
Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

menjaga kesihatan
Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia
pada hari ini.
peka kepada isu-isu sosial
Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat
Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang
saku.

prihatin
Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

prihatin
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya.
sabar
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan
kawasan masjid.
semangat kejiranan
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

semangat kejiranan
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

toleransi / bertolak ansur

Anda mungkin juga menyukai