Anda di halaman 1dari 16

PENGURUSAN PERUBAHAN

ADAPTASI DARI SEBUAH BUKU YANG


BERTAJUK
BERANI GAGAL
( BILLI LIM )

“Hanya mereka yang berani gagal teruk


boleh meraih kejayaan yang besar.”
Robert F. Kennedy
PENDAHULUAN
 Hidup ibarat putaran roda. Adakalanya, kita berada di
atas dan ada ketikanya kita berada di bawah. Apabila kita
berada di bawah, kita lebih banyak menimba
pengalaman bagaimana untuk meletakkan diri kita di
atas. Penat lelah dan susah payah kita yang mendorong
untuk kita naik ke atas. Akhirnya, kita akan berjaya
sampai di atas. Orang yang berada di atas pula, tidak rasa
apa yang kita rasa kerana mereka seolah- olah berada di
zon selesa. Apa yang mereka tahu adalah untuk mencari
formula untuk sentiasa kekal di atas.
 Perbandingan yang boleh saya buat ialah usaha untuk
mencapai kejayaan adalah lebih bermakna daripada
usaha untuk mengekalkan kejayaan. Dalam perjalanan
untuk menaiki tangga kejayaan itu, mesti ada melakukan
kesilapan. Belajar dari kesilapan merupakan usaha yang
sangat menarik untuk mencapai kejayaan. Malangnya,
tidak ramai yang mempunyai sikap sedemikian.
PERBINCANGAN
 Mari renungkan….

Berakit-
rakit ke hulu,
Berenang- renang ke tepian,
Bersakit- sakit dahulu,
Bersenang- senang kemudian.
Ada ketikanya, terlintas di fikiran
kita, hidup tidak adil. Kenapa perlu
ada manusia yang cemerlang dan ada
yang kecundang? Pernahkah pula kita
fikir, sebenarnya seseorang itu telah
menemui kegagalan sebelum meraih
kejayaan.
 Inilah perkara yang cuba Bill Lim
sampaikan kepada kita menerusi bukunya
yang bertajuk “Berani Gagal”. Dalam buku
ini, terdapat begitu banyak contoh teladan
yang boleh kita jadikan sebagai panduan
untuk cemerlang. Buku ini tidak
menceritakan bagaimana untuk terus kekal
cemerlang, tetapi lebih menjurus kepada
bagaimana kegagalan itu boleh menjadi
penjana kecemerlangan.
 Langitnya tenang di Pulau Bertam,
 Berpuput bayu dek senja nan merah,
 Apa dikenang sejarah yang hitam,
 Kiranya gunung hendak dilangkah.
 Kita tidak perlu meratap kegagalan yang telah menimpa kita
sebaliknya, lihat kegagalan itu sebagai satu perkara yang akan
memberi satu sinar harapan baru ke arah kecemerlangan.
Jangan sesekali terkenang akan kegagalan tetapi belajar dari
kegagalan. Billi Lim ada menyentuh tentang seksaan,
masalah, kesukaran dan penderitaan yang seseorang itu
mengalami kegagalan. Sememangnya tidak dapat kita nafikan
bahawa kebanyakan daripada kita amat benci terhadap
seksaan dan penderitaan. Tetapi, hanya apabila kita
memahami dengan lebih lagi tentang kedua perkara ini,
barulah kita lebih mampu menanganinya apabila perkara-
perkara tersebut berlaku.
 Doktor Norman Vincent Peale, “masalah itu adalah tanda
kehidupan!” Semakin banyak masalah kita, semakin
hidup diri kita. Jikalau kita mengkajinya dengan teliti,
masalah itu memberikan kita peluang untuk
menyelesaikannya. Dengan kegagalan, akan berlakunya
perubahan. Andaikata kita lihat kesukaran itu sebagai
satu peluang untuk berjaya, kita akan berubah menuju
kejayaan dan begitulah sebaliknya. Kesusahan adalah
peluang untuk memperbaiki keadaan. Ia merupakan batu
loncatan ke pengalaman yang lebih besar. Sebagai
hukum alam, apabila sesebuah pintu tertutup, sebuah
pintu lain akan terbuka. Ini semestinya berlaku untuk
mempastikan keseimbangan.
Andaikata kita lihat kesukaran itu sebagai satu peluang
untuk berjaya, kita akan berubah menuju kejayaan dan
begitulah sebaliknya. Kesusahan adalah peluang untuk
memperbaiki keadaan. Ia merupakan batu loncatan ke
pengalaman yang lebih besar. Barangkali suatu hari nanti
kita akan bersyukur kerana dengan sesuatu kegagalan
sementara dalam sesuatu arah yang tertentu. Sebagi hokum
alam, apabila sesebuah pintu tertutup, sebuah pintu lain
akan terbuka. Ini semestinya berlaku untuk mempastikan
keseimbangan.
APLIKASI KEPADA PENGURUSAN
PERUBAHAN
 Sekolah merupakan sebuah pusat inteligensia yang begitu
menakjubkan. Hal ini kerana, di situlah anak- anak akan mula
belajar untuk bermasyarakat dan menyemai nilai- nilai yang
harmoni. Hal ini kerana, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ) iaitu bagi memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek sekaligus dapat mencapai
kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian keluarga, masyarakat dan Negara. Kita
seharusnya terus pandang ke hadapan dan sentiasa bersikap
positif dalam merealisasikan hasrat FPK demi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara yang unggul di mata dunia.
 Mestiberani menghadapi risiko dan
cabaran dalam melakukan perubahan
terhadap mutu dan kualiti pendidikan kita.
Segalanya perlu bermula dari akarnya lagi.
Kita perlu ingat, kita tidak mampu untuk
merubah dunia tetapi, dunia akan berubah
sekiranya kita melakukan perubahan
terhadap diri kita terlebih dahulu
9 UNSUR KE ARAH PERUBAHAN BERSEPADU

 Perubahan hati
 Perubahan minda

 Perubahan tindakan dan penampilan

 Perubahan yang berkaitan dengan jaringan persahabatan


dan kumpulan sokongan
 Perubahan amalan kerohanian

 Perubahan yang menyentuh budaya keilmuan

 Perubahan persekitaran

 Peningkatan keberkatan

 Mengimbangi berbagai prioriti kehidupan


APA YANG DIKATAKAN DENGAN
MENGIMBANGI PRIORITI KEHIDUPAN
DALAM PERUBAHAN
 Agama
 Keluarga
 Tanggungjawab ( contohnya sebagai guru )
 Sanak saudara
 Jiran
 Kawan
 Umat sejagat
 Kesihatan
 Harta benda
 Pembangunan diri
 Hobi
 Harapan ( masa depan yang cerah )
PENUTUP
 Pendidikan tidak boleh dilihat sebagai satu usaha untuk
membangunkan aspek keterampilan dan pembangunan
pengalaman diri semata- mata, tetapi lebih dari itu
pendidikan seharusnya membangunkan insan yang
sejahtera dirinya, masyarakatnya dan negaranya. Seperti
yang sedia kita maklum, pembangunan mestilah
melibatkan pembangunan jati diri insan, sistem nilai,
sahsiah dan pemantapan budaya, bukan kehebatan dalam
mengeksploitasi alam ini semahunya sebagaimana yang
kita saksikan sekarang ini.
 Segalaisi yang terkandung di dalam buku
Berani Gagal sama ada yang tersurat
mahupun yang tersirat begitu banyak
memberikan 1001 panduan yang berguna
dalam menjalani kehidupan seharian.
Jangan takut untuk melakukan perubahan!
Berani menempuh segala dugaan dan
cabaran! Kita pasti di mercu kejayaan!

Anda mungkin juga menyukai