Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Rumah Banglo

Aku sebuah rumah banglo yang tersergam indah di atas sebuah


bukit. Badanku berwarna putih dan rambutku berwarna biru laut.
Keadaan persekitaran di sini nyaman dan udaranya segar.
Aku dibeli oleh seorang jutawan terkenal.Namanya Dato'
Hazim atau lebih dikenali sebagai "Ajim".Tuanku dan keluarganya
mendiamiku. Tuanku berasa megah dan gembira memilikiku
kerana aku merupakan sebuah banglo yang termahal dan tercantik
di bandar ini.
Keluarga tuanku amat mementingkan kebersihan. Aku dijaga
dengan baik. Tuanku mempunyai ramai kenalan perniagaan. Hampir
setiap bulan tuanku mengadakan jamuan. Aku menjadi bualan
tetamu yang hadir. Mereka memuji kecantikanku.
Kegembiraan yang kukecapi cuma selama lima tahun. Tuanku
bersama-sama keluarganya berhijrah ke luar negara. Aku bertukar
menjadi usang. Tahun demi tahun keadaanku menjadi lebih teruk.
Beberapa orang pemuda menjadikan diriku tempat menagih dadah.
Kegiatan para penagih diketahui oleh pihak polis dan aku
diarahkan untuk dirobohkan. Walaupun aku berasa sedih, namun
aku bersyukur kerana pernah berbakti dalam hidupku

Anda mungkin juga menyukai