Anda di halaman 1dari 15

1

Cinta rasul
2
Rasulullah Membantu Melakukan Kerja Rumah

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya:
Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki
yang bernama al Aswad bin Yazid tentang
apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw
ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah
menjawab: Rasulullah SAW sentiasa
membantu ahli keluarganya dalam kerja
rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu
solat, Baginda keluar untuk solat.
3
Tidur
Rasulullah saw tidur hanya beralaskan
belulang iaitu kulit yg diisi pelepah tamar. Siti
Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur
Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang
diisi dengan serabut [Riwayat Bukhari].
Apabila tidur, baginda berbaring disebelah
kanan dan meletakkan tapak tangan
kanannya dibawah pipinya.


4
Makan
Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah duduk
di atas lantai dan bukannya di meja. Tidaklah
salah makan di meja, cuma tidak mengikut
sunnah. Semasa makan, Nabi duduk seperti
duduk tahiyyat pertama atau duduk
bertinggung.
Baginda tidak mempunyai meja makan.
Makanan diletak di atas lantai. Baginda
menyuap makanan yang ada dengan 3 jari.
Baginda tidak pernah mencela makanan.
[Riwayat Bukhari dan Muslim].
5
Mengutamakan kanan
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:Jika kamu memakai sandal
(kasut), pakailah yang kanan terlebih
dahulu. Tetapi jika membukanya, yang
kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan
adalah yang mula-mula dipakai dan
yang terakhir dibuka.
(al-Bukhari)
6
DERMAWAN
Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah
S.A.W. adalah seorang yang paling
dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih
menonjol pada bulan Ramadan yakni ketika
ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya
pada setiap malam bulan Ramadan,
dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka
Rasulullah S.A.W. lebih murah hati melakukan
kebaikan dari angin yang bertiup. Hadis
Riwayat Bukhari
7
BERSALAMAN
dari Anas bin Malik r.a. yang berkata, aku pernah
mendengar seseorang berkata kepada Rasulullah
saw, Wahai Rasulullah, jika seseorang bertemu
dengan saudaranya atau temannya, apakah ia mesti
menundukkan (kepala)?
Tidak, jawab Rasul.
Ataukah menghormat dan memeluknya?
Tidak juga.
Apakah memegang tangannya (berjabat tangan)?
Ya, jawab Rasul singkat.
8
BERSIWAK
Kalau tidaklah memberatkan atas
ummatku, sungguh aku akan menyuruh
mereka bersiwak setiap kali berwudhu
!. Hadits Riwayat Bukhari
9
SENYUM
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda : Senyummu di
depan saudaramu adalah sedekah. Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu
saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan
senyuman). Hadis Riwayat Muslim.
10
MEMAKAI WANGIAN
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah
para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai
wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif-
Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: Tiga perkara yang disukai oleh
ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2.
wangian 3. rasa seronok dalam solat. (Hr
Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
11
SOLAT MALAM
Al-Mughirah bin Syu'bah Radhiallahu'anhu
berkata:
"Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam berdiri
(sholat pada waktu malam) sehingga kedua
kaki beliau bengkak. Maka beliau ditanya;
Bukankah Allah telah mengampunimu dosa
yang telah lalu dan yang akan datang? Beliau
menjawab: Apakah tidak sepatutnya aku
menjadi seorang hamba yang bersyukur"
(HR. Bukhari dan Muslim).
12
KE MASJID
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
apabila kita melangkah ke dalam masjid
rumah suci Allah s.w.t mesti didahului
dengan kaki kanan dan melangkah
keluar didahului dengan kaki kiri terus
memijak sandel kiri dan sarung
didahului dengan kaki kanan
13
KETANDAS
Manakala sunnah Rasulullah s.a.w
ketika masuk ke tandas mesti
melangkah dengan mendahului kaki kiri
dan keluar tandas dengan mendahului
kaki kanan
14
BERMUSAFIR
Antara sunnah Rasulullah S.A.W dalam bermusafir
ialah sunat kita bertakbir ketika pada paras
ketinggian dan bertasbih ketika turun ke paras
rendah. Ketika menaiki kapal terbang apabila kita
mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita
bertakbir. Allahu Akbar! dan bertasbih ketika turun.
Subhanallah! Begitu juga kalau kereta kita mendaki
bukit, jejantas atau kawasan tinggi. Sunat bertakbir
setiap kali naik ke atas. Dan bertasbih ketika
menurun. Juga sunat digunakan di mana-mana
tempat dan bandar.
15
7 sunnah utama
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana
pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk
memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni
dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa
kita akan dijauhkan oleh Allah.

Anda mungkin juga menyukai