Anda di halaman 1dari 18

Mengenal pasti

Respon Mendengar
dan Respon Empati
Disampaikan oleh:
Nursyuhada bt Zukafle
Noranati Nadhirah bt Khairul Azlan
Nurul Ilyani bt Omar
Aktiviti 6

Pelajar diminta melaksanakan aktiviti
seperti Lampiran 4 iaitu Recognising
Listening Responses and Producing
Emphatic Responses. Melalui aktiviti ini
pelajar akan mengenal pasti respon
mendengar dan respon empati. Pelajar
juga dikehendaki memberi contoh-contoh
lain.
Kemahiran Mendengar
Merupakan kemahiran menerima, menaakul
dan memproses maklumat dalam
komunikasi secara lisan.
Tujuan :
Menerima dan memahami idea yang
disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat dan
penjelasan dalam sesuatu proses P&P.
Peringkat Mendengar
Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
Memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut
Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut
Kelebihan Kemahiran
Mendengar Aktif
Mengikut Teori Barker (1971)
1.Mendengar membantu mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran.
2.Dapat memajukan perkembangan
perbendaharaan kata dan kemudahan
berbahasa.
3.Mendengar dapat mengenal pasti mesej
yang tidak penting dan penting.
SIMULASI:
MENGENAL PASTI RESPON
MENDENGAR
Situasi 1
Murid : Sekolah ini busuk la!

Jawapan :
B. Kamu nampak kecewa dengan sekolah ini.

Alasan:
Guru dapat mengenakan tindakan pembetulan
ke atas salah laku yang ditunjukkan dengan
tenang.


Simulasi 2
Murid : Saya tidak mahu duduk sebelah
mana-mana lelaki lagi

Jawapan :
D. Apa masalahnya sekarang?

Alasan
Guru ingin memberi peluang kepada murid
untuk meluahkan perasaan.
Situasi 3
Ibu bapa : Anak saya begitu sedih dan memerlukan
pertolongan cikgu, jika tidak dia mungkin tidak akan
lulus. Dia memberitahu saya, dia tidak memahami
perkara yang dipelajari.
Jawapan :
A. Teruskan. Saya sedia mendengar selanjutnya
dari puan/tuan.

Alasan :
Guru perlu tenang, tunjukkan guru faham akan perasaan
ibu bapa dan elakkan daripada bertelagah dengan ibu
bapa.

Definisi Empati
Kemampuan seseorang untuk mengenali,
mempersepsi dan merasai perasaan
orang lain.
Menurut buku socialpsychology ( Robert A
Baron) :
Empati adalah kemampuan seseorang
untuk bereaksi terhadap emosi negatif
atau positif orang lain seolah-olah emosi
itu dialami sendiri
Pemahaman
Merasa
Kesamaan dirasakan
Aksi
Komponen Empati ( Henry Montgomery)
SIMULASI:
MENGENAL PASTI RESPON
EMPATI

Simulasi A
Moneca merupakan pelajar tahap
sederhana dan mempunyai tulisan tangan
yang buruk. Suatu hari, Moneca
membawa tugasannya dan pergi berjumpa
dengan guru. Dia tidak berpuas hati
dengan markah yang diperolehinya dan
berkata Saya rasa, saya telah buat yang
terbaik.
Alasan :
1. Memahami
Guru memahami masalah yang dihadapi oleh
Moneca.
2. Merasa
Guru menyelami perasaan Moneca yang
menghadapi masalah.
3. Kesamaan dirasai
Guru membayangkan dirinya dalam situasi
Moneca
4. Aksi
Guru membuat keputusan.

Simulasi B
David merupakan murid yang cerdas. David
memberi satu nasihat kepada gurunya,
Kelas ini akan menjadi lebih menarik jika
kita tidak perlu membuat sebarang
lembaran kerja. Bolehkah sekali-sekala
kami membuat sendiri lembaran kerja
yang kami ingini?
Alasan :
1. Memahami
Guru memahami kehendak David.
2. Merasa
Guru mengenal pasti motif kehendak David.
3. Kesamaan dirasai
Guru mengenal pasti kewajaran kehendak
David.
4. Aksi
Guru menggalakkan dan membimbing David
untuk bertanggungjawab atas kehendak
yang dipilih.

Bibliografi
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel.(2009). Pengurusan Bilik dan
Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

www.wikipedia.com/empati
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=emo
si;&d=10
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai