Anda di halaman 1dari 2

Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis

Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material)
yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester),
lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda.
Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna,
dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok,
sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat
daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar
bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas,
bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau
sempadan mengasingkan warna.
Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum
mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi
pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan
lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak
yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan
lakaran pensil.
Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh
dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan
ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang
memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri,
namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada.
Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.
Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain.
Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan
lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis
terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu
sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat
digunakan dengan lancar.
Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini
dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.
Ia menj
Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan
direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang
telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi
memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh
sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar
warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain
daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama
tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand. Pembikinan batik
cara lain adalah seperti batik cap/cop/blok, batik stensil dan tie and dye. Kesemua
batik dengan menggunakan teknik ini dapat dihasilkan oleh MasterWan Batik
kami.
BATIK NIG (NEWS - INFO GUIDE)
BY MASTERWAN BATIK

Anda mungkin juga menyukai