Anda di halaman 1dari 20

Sejarah Bola Tampar

Permainan Bola Tampar mula popular di Pulau Pinang dan Selangor. Pelajar-
pelajar yang baharu pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai memperkembangkan
di Pulau Pinang. Di Selangor, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor diadakan
pada tahun 1927. Bola Tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu
penggunaan net dari sukan lawan tennis dan dan bola daripada bola keranjang.
Permainan ini diperkenalkan oleh William G. Morgan pada tahun 1895. Pada
mulanya, ia dikenali sebagai minonette sebelum digantikan dengan nama
volleyball oleh Alfred Halstead pada tahun 1896.
Peraturan rasmi yang pertama diperkenalkan pada tahun 1916. Antara
perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang telah berlaku dalam
permainan bola tampar adalah pada tahun 1900, sistem skor 21 poin diperkenalkan.
Pada tahun 1912, sistem bergilir (rotation) diperkenalkan. Undang-undang
permainan diterbitkan pada tahun 1916. Sistem skor poin diamalkan pada tahun
1917 dan pada tahun 1918 bilangan pemain ditetapkan enam orang sebelah dan
tinggi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. Garis tengah diwujudkan dalam
gelanggang bola tampar pada tahun 1921. Pada tahun 1922 pula ialah sentuhan tiga
kali diperkenalkan. Selain itu, pada tahun 1923, saiz gelanggang 9m X 18m
dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini. Pada tahun 1947, IVBF (Internasional
Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di
Paris untuk mengawal permainan bola tamapa. Di samping itu, kejohanan bola
tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague pada tahun 1949.
Permainan bola tampar untuk lelaki dan perempuan menjadi salah satu acara sukan
dalam olimpik di sukan Olimpik di Tokyo.
Pada tahun 1927, perkembangan sukan tersebut di Selangor tidak begitu
jelas. Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1932.
Pada awal tahun 1930-an, pasukan daripada Universiti Hong Kong dan China
sentiasa melakukan lawatan secara tidak rasmi dan mengadakan perlawanan
persahabatan di bandar-bandar besar. Pada tahun 1935, orang cina Malaya
menubuhkan 1 pasukan bola tampar untuk mengambil bahagian di dalam
Kejohanan Sukan Mini Olimpik seluruh China di Shanghai. Penyertaan tersebut
mendorong peminat-peminatnya di tempatan. Pada bulan April 1937, Kejohanan
Bola Tampar Seluruh Malaya telah diadakan dan ia melibatkan bahagian lelaki dan
wanita. Singapura sebagai johan sementara naib johan ialah Pulau Pinang.
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya didaftar pada 9 Julai 1959
menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan yang pada tahun 1960 di Pulau
Pinang. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung Persekutuan Bola Tampar
Dunia dan seterusnya menjadi ahli penuh dalam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun
1962, Malaya buat kali pertama menyertai kejohanan peringkat antarabangsa. Pada
tahun 1993, MAVA telah melancarkan Liga Bola Tampar Semi-Pro. Untuk kejohanan
peringkat antarabangsa, MAVA telah berjaya menganjurkan Asian Junior Men
Volleyball Grand Prix di Stadium Negara (Jun 1993) serta Junior men Volleyball
Championship ( Ogos 1995).
















KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
1. MENYANGGA
2. SERVIS
3. MENGUMPAN
4. MEREJAM
5. MENGADANG

1. Menyangga
kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan.
Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau
rejaman pihak lawan.

Fasa Persediaan
Buka kaki seluas dengan bahu.
Kaki dominan di hadapan.
Fleksi lutut dan siku.
Kedua-dua tangan di hadapan badan.
Mata pandang pergerakan bola.


Fasa pelaksanaan
Terima bola di hadapan badan.
Genggam tangan dan luruskan siku.
Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola.
Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan.
Mata pandang bola.

Fasa ikut lajak
Siku kekal lurus.
Mata pandang pergerakan bola dan sasaran.



2. Servis
Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang
ditetapkan.
Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena
ke gelanggang pihak lawan.
Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan menyebabkan pasukan
hilang servis dan pihak lawan memperolehi mata.
Kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas kepala/
gaya tenis.

Kemahiran servis bawah tangan
Fasa persediaan
Berdiri dengan kaki kangkang dan buka kaki seluas bahu.
Kaki dominan di hadapan.
Fleksi lutut
Pegang bola dengan tangan bukan dominan pada paras pinggang.
Pandang bola dan arah sasaran.
Genggam tangan memukul.


Fasa pelaksanaan
Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
Hayun tangan memukul ke belakang. Berat badan pada kaki belakang.
Melambung bola.
Hanyun tangan memukul ke hadapan. Pindah berat badan pada kaki
hadapan.
Kontak mata pada paras pinggang.
Memukul bola dengan pangkal tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak
Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
Berat badan pada kaki hadapan.
Mata sentiasa mengikut laluan bola.

Kemahiran servis atas kepala atau gaya tenis
Fasa Persediaan
Buka kaki seluas dengan bahu.
Kaki dominan di belakang.
Memegang bola dengan tangan bukan dominan di hadapan badan.
Meletak tangan memukul di atas bola.
Pandang bola dan arah sasaran.


Fasa pelaksanaan
Bola dilempar ke hadapan tangan yang memukul dengan sedikita ataupun
tiada putaran.
Bola dilempar dengan sebelah tangan.
Tangan memukul menghayun ke belakang dengan siku tinggi dan tangan
rapat ke telinga.
Bola dipukul dengan pergelang tangan yang terbuka dan perhatian
sepenuhnya.
Mata ditumpukan pada bola sehingga menyentuhnya.
Berat badan dipindahkan ke tapak kaki hadapan.


Fasa ikut lajak
Berat badan pada kaki hadapan.
Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.






3. Mengumpan
Kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan
sepasukan melakukan rejaman.
Mengumpan boleh dilaksanakan sama ada di tepi jaring atau di tengah
gelanggang mengikut strategi permainan.
Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan
dengan pemain yang akan melakukan rejaman.

Fasa Persediaan
Buka kaki seluas dengan bahu.
Kaki dominan di belakang.
Fleksi lutut dan siku.
Tangan bersedia di atas kepala.


Fasa pelaksanaan
Bergerak ke arah bawah bola.
Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi.
Ekstensi kaki dan tangan serentak.
Fleksi pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak
Ekstensi tangan dan keseluruhan badan.
Arahkan tangan pada sasaran.
Berdiri di atas bebola kaki.






4. Merejam
Ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam
gelanggang pihak lawan.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan.
Merejam adalah kemahiran yang kompleks.
Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan
larian,lompatan,pergerakan di udara,memukul bola dan mendarat.
Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berad dekat dengan jaring.
Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang
garisan serangan.

Fasa persediaan
Bergerak ke arah bola yang diumpan.
Hayun kedua-dua belah tangan ke belakang.
Mata pandang bola.
Fleksi kedua-dua belah lutut.
Lompat dengan kedua-dua belah kaki.



Fasa pelaksanaan
Hiperekstensi ke belakang bahu semasa melompat.
Kontak bola dengan tangan lurus.
Pukul bahagian atas bola.
Fleksi pergeralangan tangan.


Fasa ikut lajak
Mata pandang pergerakan bola.
Fleksi lutut semasa mendarat.



5. Mengadang
Kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan
jaring pada aras atas jaring.
Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan
pihak lawan.
Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa
otot kaki ketika melompat.
Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan

Fasa persediaan
Buka kaki seluas dengan bahu. Berdiri di atas bebola kaki.
Tapak tangan menghadap ke jaring.
Tumpukan mata pada pengumpan pihak lawan.
Jarakkan jari-jari tangan.
Selepas pengumpan lawan kontak bola, bergerak ke arah umpan tersebut.


Fasa pelaksanaan
Lompat dengan kedua-dua belah kaki selepas perejam melompat.
Ekstensi tangan ke atas.
Jarakkan jari-jari tangan.
Mata pandang bola.
Fleksi pergelangan tangan apabila menyentuh bola.
Badan tegak.

Fasa ikut lajak
Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Fleksi lutut semasa mendarat.
Kedudukan tangan dekat dengan jaring.
Mata pandang arah bola.












Sistem Skor

Untuk mendapatkan mata
Satu pasukan memenangi satu mata atau rali dengan menjatuhkan bola di
gelanggang pihak lawan atau apabila pihak lawan melakukan kesalahan atau
menerima penalty

Untuk memenangi suatu rali
Uatu rali ialah turutan perlakuan permainan daripada servis hingga bola di luar
permainan. Jika pasukan membuat servis, ia mendapat satu mata dan terus
melakukan servis. Jika pihak lawan menang rali tersebut, ia mendapat satu mata
dan mendapat peluang melakukan servis pula.

Untuk memenangi suatu set
Suatu set ( set 1 - 4 ) dimenangi oleh pasukan pertama yang memperoleh 25 mata
dengan kelebihan 2 mata. Dalam kes mata terikat 24 24 permainan diteruskan
hingga kelebihan mata diperoleh iaitu 26 24, 27 26, dan seterusnya tanpa had.
Dalam set penentuan (set ke 5), permainan dimainkan sehingga 15 mata sahaja
dengan kelebihan 2 mata.

Untuk memenangi satu perlawanan
Sesuatu perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi 3 set perlawanan
daripada 5 set. Jika kedudukan seri 2 2, set penentu iaitu set ke 5 akan dimainkan.








Kesalahan-kesalahan dalam memainkan Bola Tampar

Pukulan Empat Kali
Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak empat
kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya semula ke
pihak lawan.

Bola Dipegang
Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas
atau memegang dan melambung bola.

Sentuhan Dua Kali
Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali berturut-
turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut
(kecuali pukulan penerimaan bola pertama).

Menyeberangi Jaring
Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan
tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan
membuat pukulan serang.













http://ikramsu.blogspot.com/2010/12/apa-itu-permainan-bola-tampar.html
Sejarah Bola Tampar

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama
yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah
sukan YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan
ini ialah minoneete dan kemudian digantikan dengan nama volleyball oleh Dr. A.
Halstead pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus
menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi
yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan
perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah
seperti berikut:

1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

1912 - system bergilir (rotation)diperkenalkan.

1916 - Undang undang permainan diterbitkan.

1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.

1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan
pada ketinggian 2.4 meter.

1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa
ini.

1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa ditubuhkan
di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.

1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di
Prague.

1964- Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara
sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.

Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kongdan
Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan
danpertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu
danSingapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud
pada masaitu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola
Tampar Amatur

Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada
tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh
pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia
(MSSM). Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan
bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat
dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola
yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan
bukan cara natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola.
Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.

http://www.scribd.com/doc/46804896/Kemahiran-Asas-Bola-Tampar
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
PENGENALAN

Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang mempelopori
permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan YMCA di Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada
tahun 1916.
Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan negeri
China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar amatur
Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun
1959.
Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran
18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi.
Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Permainan
boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya.
Kemahiran Asas Bola Tampar
i) Menyangga
ii) Servis
iii) Merejam
iv) Menghadang
v) Mengumpan

MENGHADANG
Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan.
Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang pihak yang
membuat rejaman.
Cara-cara Menghadang
a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas
b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan

MEREJAM
Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata
dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu
bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh
rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke
udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam
gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan
badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain
pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.
Mengumpan
Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter'
akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi
membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan
yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam
mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah
dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua
perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang
harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari
jari lain mengucup
Hantaran Servis
Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola
dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk
melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang
terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:
(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam
kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki
pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan
servis.
(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain
tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu
servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan
lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola,
membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Menyangga
Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai kemahiran asas
ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke
pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'.
Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a
two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam
permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu
dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk
menggunakan hantaran atas kepala.
Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan
hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola
atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan
hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk
menyelamatkan pukulan tersebut.
Teknik-teknik Menyangga:


Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan
untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
Kendurkan bahagian atas tubuh.
Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik
oleh ahli pasukan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai