Anda di halaman 1dari 3

INFORMATION of ELAKSAMANA

IBU BAPA RASULULLAH SAW


 
       Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin
Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah
bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.
         
         Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja,
ke atasnya menjadi perselisihan. Tetapi sepakat pula ahli tarikh mengesahkan
bahawa Adnan itu keturunan Nabi Ibrahim al-Khalil. Yang jadi perselisihan ialah
berapa orangkah nenek-nenek Baginda di antara Ismail dengan Adnan itu. Kata
setengahnya banyaknya 40 orang, setengahnya pula mengatakan hanya 7
orang.
         
         Berkata Abu Abdullah al-Hafiz : "Tentang berapakah bilangan nenek-nenek
moyang Rasulullah SAW sejak dari Adnan menjelang Ismail dan Ibrahim itu
tidaklah ada suatu riwayat yang muktamad."
 
         Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul
Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya
dengan nasab ibunya.

PERKAHWINAN 'ABDULLAH DENGAN AMINAH


 
          Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih
tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah. Ketika itu
umur  anaknya, 'Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba
masanya dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab
bin 'Abdul Manaf bin Zuhra - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai
pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.
 
          Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra.
'Abdul Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya.
Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab,
bapa saudara Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia
di bawah asuhan bapa saudaranya.
 
          Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh
keluarga Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi
kedua-dua pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari
perkawinan 'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan
Hala, sepupu Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara
Rasulullah SAW.

          'Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah,
sesuai dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

rumah keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka pindah bersama-


sama ke keluarga Abdul Muthalib.

PEMERGIAN 'ABDULLAH KE SYAM DAN KEWAFATAN


 
          Tidak berapa lama kemudian, 'Abdullah pun pergi dalam suatu usaha
perdagangan ke Syam (Syria pada hari ini) dengan meninggalkan isteri yang
dalam keadaan hamil.

          Dalam perjalanannya itu, 'Abdullah tinggal di Syam selama beberapa


bulan. Dalam pada itu beliau pergi juga ke Gaza dan kembali ke Makkah. Di
tengah-tengah perjalanannya, 'Abdullah singgah ke tempat saudara-
saudara ibunya, Bani Adiy bin Najjar di Madinah, sambil beristirehat sesudah
merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu beliau akan kembali pulang
dengan kafilah ke Makkah. Akan tetapi kemudian beliau
menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Kawan-kawannya
pun pulang terlebih dahulu meninggalkannya. Dan merekalah yang
menyampaikan berita sakitnya itu kepada ayahnya, 'Abdul Muthalib setelah
mereka sampai di Makkah.

          Apabila berita itu sampai kepada Abdul Muthalib, beliau mengutus
anaknya yang sulung, Harith, ke Madinah, supaya membawa kembali 'Abdullah
apabila beliau sudah sembuh. Tetapi  sesampainya Harith di Madinah, dia
mengetahui bahawa 'Abdullah sudah pun meninggal dunia dan juga dikuburkan,
sebulan selepas kafilahnya berangkat ke Makkah. Kembalilah Harith kepada
keluarganya dengan membawa perasaan pilu atas kematian adiknya itu. Rasa
duka dan sedih menimpa hati Abdul Muthalib, lebih-lebih lagi Aminah, kerana dia
telah kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan
hidupnya. Demikian juga 'Abdul Muthalib sangat sayang kepadanya sehingga
penebusannya terhadap berhala yang sedemikian rupa belum pernah terjadi di
kalangan masyarakat 'Arab sebelum itu.

          Peninggalan 'Abdullah sesudah wafat terdiri daripada lima ekor unta,


sekelompok ternak kambing dan seorang budak perempuan, iaitu Ummu Aiman,
yang kemudiannya menjadi pengasuh Rasulullah SAW. Boleh jadi peninggalan
serupa itu bukan bererti suatu tanda kekayaan; tetapi tidak juga merupakan
suatu  kemiskinan. Di samping itu, umur 'Abdullah yang masih dalam usia muda
belia, sudah mampu bekerja dan berusaha mencapai kekayaan. Dalam pada
itu beliau memang tidak mewarisi sesuatu dari ayahnya yang masih hidup itu.

KEWAFATAN AMINAH, IBU RASULULLAH SAW


 
       Setelah Rasulullah SAW berada di bawah jagaan Halimatus Sa'diyyah
selama empat tahun lamanya, anak itu dikembalikan kepada ibunya, Aminah.
Menurut adat Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya
dekat kota Madinah itu. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah,

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

tidak berapa lama kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu
bersama-sama dengan anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama
pula dengan budak pusaka ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi
Aiman.
         
         Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu
menemui ajalnya. Dia meninggal dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa', suatu
dusun di antara kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu pindahlah
ke dalam gendungan Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke
Makkah. Anak itu kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh
datuknya 'Abdul Muttalib.
 
          Berkata Ibnu Ishak : "Maka adalah Rasulullah SAW itu hidup di dalam
asuhan datuknya 'Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu
hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka'bah. itu. Anak-anaknya
semuanya duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada
seorang pun anak-anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat
kepada orang tua itu.
 
          Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia
duduk saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu
hendak mengambil tangannya menyuruhnya undur. Demi kelihatan oleh 'Abdul
Muttalib, dia pun berkata : "Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya.
Demi Allah sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.' Lalu
anak itu didudukkannya di dekatnya, dibarut-barutnya punggungnya dengan
tangannya, disenangkannya hati anak itu dan dibiarkannya apa yang
diperbuatnya."

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai