Anda di halaman 1dari 17

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

UNIT 2
KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda di harap dapat :
1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan
2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan
3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah

PETA KONSEP TAJUK

KONSEP ASAS PENGURUSAN


PROGRAM KESIHATAN

Perkembangan
Pendidikan Kesihatan di
Malaysia

Sistem Pendidikan Asal


Zaman Penjajahan
Zaman Pendidikan
Moden

Fungsi Pendidikan
Kesihatan

Perancangan Program
Pendidikan Kesihatan

Persekitaran Pengajaran
Latar Belakang Guru
Latar belakang Pelajar
Fungsi dan Tugas
Pendidik Kesihatan

19

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 2.1 : Salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin memahami salah satu
bentuk Pendidikan Kesihatan seperti dalam rajah 2.1 di atas. Berikan 3 contoh program yang
boleh dilaksanakan melalui Pendidikan Kesihatan di sekolah?

Pelajar perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain itu, tanggung
jawab ini perlu disemai dari alam kanak-kanak. Pelajar punya banyak tugas dan perkara yang
perlu dilakukan. Pelajar juga akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari ini
akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.
Pendidikan Kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti subjeksubjek yang lain. Dalam Pendidikan Kesihatan yang sering digabungkan dengan Pendidikan
Jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. Ini seterusnya
memberikan manfaat yang jelas kepada pelajar yang terlibat.
Pendidikan Kesihatan merupakan kurikulum yang dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan
dicapai kerana Pendidikan Kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada kurikulum

20

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

yang telah ditetapkan. Bila mana berlaku perubahan positif seperti yang diharapkan maka ianya
akan mengubah dan melahirkan pelajar yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan
berketerampilan.
Selain itu, Pendidikan Kesihatan berperanan menjadikan aktiviti budaya sekolah untuk mengalami
perubahan serta memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang
kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya positif
seperti budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang
kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau
mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial
yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya
menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan
gaya hidup sihat sepanjang hayat.
Oleh yang demikian, pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat
mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat.

Dengan adanya Pendidikan

Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat
sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Adakah anda sudah memahami bagaimana Pendidikan Kesihatan berfungsi di


sekolah? Selepas anda memahaminya, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:

Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh berfungsi dengan baik di sekolah?

Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh membantu pelajar mencapai aspek jasmani,


emosi, rohani dan intelek? Terangkan.

21

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

ISI KANDUNGAN
Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia
Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan
Pendidikan Jasmani. Perkembangan Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan di
Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar.
1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan
pengaruh Barat.
2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan
pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan
hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.
Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak
formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak
memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani
dan Kesihatan. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan
Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris.
Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan
dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah ini di
bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal
walaupun pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mula diajar secara tidak
formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa
pengaruh penjajahan Inggeris. Pendidikan Kesihatan pula diajar melalui ceramah bebas dan
perbincangan secara terbuka oleh guru dan penasihat kesihatan yang dilantik. Tahun 1924
dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani dan kesihatan untuk negeri-negeri Selat.
Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan belum
tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
ditugaskan mengajar pelajaran tersebut. Tahun-tahun 1930an barulah usaha rancangan
pendidikan jasmani dan subjek Pendidikan Kesihatan untuk sekolah-sekolah dimulakan.

22

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Sukatan pelajaran tersebut merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah
Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris
di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To
Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tahun
1932 telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.
Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan
yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah dihasilkan. Sukatan ini diterbitkan oleh
Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Sistem latihan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilancarkan secara berperingkatperingkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam
perkembangan Pendidikan Jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama merupakan bahagian
program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah
menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negaranegara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah
popular tetapi permainan badminton merupakan permainan yang paling popular.
Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan
pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani dan meluaskan lagi skop bagi Pendidikan Kesihatan.
Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dimasukkan sebagai satu mata pelajaran
bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan
kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani
diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa
Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan
dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan IPSI
dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.
Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah
Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula
dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk kanakkanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani

23

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

dan Kesihatan diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti
dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961.
Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan
dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana
memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Di masukkan juga aspek-aspek moden
seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Apa Itu Fungsi Pendidikan Kesihatan?


Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan dan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara
mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan
komuniti. Dari aspek pendidikan kepada murid, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat
untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan
masyarakat melalui:

Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk


bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi


kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan
kaedah tersebut.

Di peringkat sekolah Pendidikan Kesihatan lebih berfokus kepada:


i.

Kesihatan diri dan keluarga

ii. Gaya hidup sihat


iii. Kebersihan dan keselamatan persekitaran

24

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan,


memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif
Pendidikan Kesihatan dirancang dan digubal agar pelajar boleh mencapai perkara-perkara seperti
berikut:
i.

mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan
dengan kesihatan.
iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman.
iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian
v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, 1999)

Rajah 2.2 : Senario apabila mereka memahami fungsi Pendidikan Kesihatan


Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, bagaimana fungsi Pendidikan Kesihatan boleh
mempengaruhi orang di sekeliling anda?

25

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Apakah Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Mengetahui
keperluan
indidvidu dan
komuniti
Keperluan
komunikasi
dan sumber

Perancangan
program
secara efektif

Tanggungjawab
Pendidik
Kesihatan
Menyelaraskan
perkhidmatan

Perlaksanaan
program

Bertindak
sebagai ejen
rujukan

Penilaian
keberkesanan
program

Rajah 2.3 : Tanggungjawab utama pendidik kesihatan


(Sumber: National Commission for Health Education Credentialing [NCHEC], 1980 )

Tanggung jawab 1: Menilai keperluan individu dan masyarakat untuk Pendidikan


Kesihatan

Dapatkan data yang berkaitan dengan kesihatan tentang persekitaran sosial dan budaya,
faktor pertumbuhan dan perkembangan, keperluan dan kepentingan.

Bezakan antara tingkah laku yang memupuk dan apa yang menghalang kesejahteraan.

Membuat kesimpulan keperluan untuk Pendidikan Kesihatan berdasarkan data yang


diperoleh.

26

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Tanggungjawab 2: Perancangan program Pendidikan Kesihatan yang berkesan

Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan mengenal pasti potensi peserta


atas sokongan dan bantuan dalam perancangan program.

Membangunkan skop yang logik dan pelan untuk program Pendidikan Kesihatan.

Merumuskan objektif program yang sesuai dan boleh diukur.

Mereka bentuk program pendidikan selaras dengan objektif program yang dinyatakan.

Tanggungjawab 3: Perlaksanaan program Pendidikan Kesihatan

Membuat pameran berdasarkan program pendidikan yang telah dirancang.

Membuat kesimpulan membolehkan objektif yang perlu untuk melaksanakan pengajaran

Memilih kaedah dan media yang paling sesuai untuk melaksanakan perancangan
program kepada pelajar tertentu.

Memantau program pendidikan, menyelaraskan objektif dan aktiviti mengikut kesesuaian.

Tanggungjawab 4: Menilai keberkesanan program Pendidikan Kesihatan

Membangunkan rancangan untuk menilai pencapaian objektif program.

Menjalankan pelan penilaian.

Mentafsir keputusan penilaian program.

Membuat kesimpulan implikasi dari hasil perancangan program masa depan.

Tanggungjawab 5: Menyelaras perkhidmatan Pendidikan Kesihatan

Membangunkan rancangan untuk menyelaraskan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan.

Memudahkan kerjasama di antara kakitangan program.

Menggubal mod praktikal kerjasama di kalangan agensi-agensi kesihatan dan organisasi.

Mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan untuk


sukarelawan dan kakitangan lain yang berminat.

guru-guru,

27

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Tanggungjawab 6: Bertindak sebagai pegawai sumber maklumat dalam Pendidikan


Kesihatan

Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semula maklumat kesihatan yang berkesan.

Mewujudkan hubungan perundingan yang berkesan dengan orang-orang yang


memerlukan.

Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat kesihatan.

Memilih bahan-bahan yang berkesan sebagai sumber untuk menyebarkan maklumat


kesihatan.

Tanggungjawab 7: Menghubungkan kesihatan dengan keperluan Pendidikan Kesihatan,


keprihatinan dan bahan sumber.

Mentafsir konsep, tujuan dan teori Pendidikan Kesihatan.

Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat pada program Pendidikan Kesihatan.

Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi dalam menyediakan maklumat


kesihatan.

Menyalurkan komunikasi yang berkesan antara penyedia penjagaan kesihatan dan


pengguna.

Rancang satu program Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah.


Kemudian, huraikan dengan terperinci tugas Pendidik Kesihatan berdasarkan rajah 2.3. Kaitkan
antara tugas Pendidik Kesihatan dengan program yang ingin dirancang.

28

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Rajah 2.3 : Salah satu program yang boleh dilaksanakan di sekolah

Sebagai seorang guru, apakah program yang boleh dirancang yang boleh
dilaksanakan berdasarkan gambar dalam rajah 2.3. Senaraikan 5 program yang boleh dijalankan
di sekolah dalam bentuk rajah di bawah.

29

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelbagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang
berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan
pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai
subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini
termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program
Kokurikulum.
Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi
budaya. Perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana
murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara
pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah akan
pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu
peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan
Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya
kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya
penjagaan kesihatan.
Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi
perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan
kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan
baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
Faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut:
1. Persekitaran pengajaran
Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz
kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk
memastikan kejayaan kelas Pendidikan Kesihatan. Jika saiz kelas itu besar, maka
masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.

Justeru itu,

perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan


kecil boleh dibentuk untuk tujuan di atas.

30

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

2. Latar belakang guru


Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.
Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Keupayaan guru
mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Ianya adalah dengan latihan yang
diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa
mereka memang mampu untuk mengajarkan Pendidikan Kesihatan di sekolah. Dalam
persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
3. Latar belakang pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang
memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah
untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan
aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang
mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap Pendidikan Kesihatan.

RUMUSAN
1. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan
tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh,
mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan
fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program
Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan
kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.
2. Pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya
hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat
membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.
3. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat
untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri
dan masyarakat melalui:

31

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk


bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi


kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan
kaedah tersebut.

4. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia
menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau
diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza,
sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh
ibu bapa di rumah mengenai pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat
yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkaraperkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu
rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai
masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.
5. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi
perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan
kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas
dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian
yang serius.

32

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

33

PETA KONSEP
Mengetahui keperluan individu dan komuniti
Dapatkan data yang berkaitan

Bezakan antara tingkah laku

Perancangan program secara efektif


Membangunkan skop yang logik dan
pelan

Merumus objektif dan merekabentuk


program pendidikan

Perlaksanaan program
Membuat pameran

Membuat kesimpulan

Penilaian keberkesanan program


Mentafsir keputusan
penilaian program.

Membangunkan rancangan

Bertindak sebagai ejen rujukan


Mewujudkan hubungan
perundingan

Mentafsir dan bertindak


balas terhadap permintaan

Menyelaraskan perkhidmatan
Menggubal mod praktikal
kerjasama

Mengadakan programprogram latihan

Keperluan komunikasi dan sumber


Meramalkan kesan sistem nilai
masyarakat

Menyalurkan komunikasi yang


berkesan

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

KATA KUNCI
1. Sejarah Pendidikan Kesihatan
2. Fungsi Pendidikan Kesihatan
3. Tugas Pendidik Kesihatan
4. Perancangan Program
5. Perlaksanaan Program
6. Penilaian Program

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi
Pendidikan Kesihatan?
2. Senaraikan tugas-tugas utama pendidik kesihatan dan huraikan tanggungjawab mereka
secara terperinci?
3. Bagaimanakah program kesihatan boleh dilaksanakan secara berkesan di sekolah?
4. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan begitu serius dalam merancang program
kesihatan di Malaysia?

RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran
Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.(1998)
Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Atas Talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan
%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan
World Health Organization (WHO) (1998). Health education: Theoretical concepts, effective
strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development
of health educators.

34

Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

35

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Mengetahui keperluan individu dan komuniti
Dapatkan data yang berkaitan

Bezakan antara tingkah laku

Membuat kesimpulan

Perancangan program secara efektif


Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan
masyarakat

Membangunkan skop yang logik dan


pelan

Merumus objektif dan merekabentuk


program pendidikan

Perlaksanaan program
Membuat pameran

Membuat kesimpulan

Memilih kaedah dan media


yang paling sesuai

Memantau program
pendidikan

Penilaian keberkesanan program


Membangunkan rancangan

Menjalankan pelan penilaian

Mentafsir keputusan
penilaian program.

Membuat kesimpulan
implikasi

Bertindak sebagai ejen rujukan


Gunakan ICT sebagai sistem
dapatan semua maklumat

Mewujudkan hubungan
perundingan

Mentafsir dan bertindak


balas terhadap permintaan

Memilih bahan-bahan yang


berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan
Membangunkan rancangan

Memudahkan kerjasama di
antara kakitangan

Menggubal mod praktikal


kerjasama

Mengadakan programprogram latihan

Keperluan komunikasi dan sumber


Meramalkan kesan sistem nilai
masyarakat

Memilih pelbagai kaedah dan teknikteknik komunikasi

Menyalurkan komunikasi yang


berkesan

Anda mungkin juga menyukai