Anda di halaman 1dari 34

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Bermasalah Pembelajaran
Bermasalah Pendengaran
Bermasalah Penglihatan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berfokus kepada kebolehan dan potensi
individu murid.

SIAPA MURID
BERMASALAH
PEMBELAJARAN?

MURID YANG
KETINGGALAN
2 TAHUN DARI UMUR
KRONOLOGI RAKAN
SEBAYA.

Masalah

Pembelajaran
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran

Kategori Kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran
Sindrom Down
Terencat Akal
Autisme
ADHD(Attention Defict Hyperactivity
disorder)
Slow Learner
Disleksia
Cerebral Palsy

SINDROM
Apakah Sindrom Down?
DOWN
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada
seseorang kanak-kanak.

Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down:


*
*
*
*
*

Tubuh yang pendek


Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang
pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
* Pertumbuhan yang lambat.
* Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

AUTISME
Kanak-kanak yang
suka bersendirian
dalam dunianya
sendiri.
Kelihatan normal
tetapi berbeza dari
segi tingkah laku
dan pola
perkembangan

Ciri-ciri kanak-kanak Autisme


Pola perlakuan yang unik
Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling
Mengalami masalah pertuturan
Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal
Intelek yang luar biasa
Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah

untuk mengubah sesuatu rutin.

PENGHIDAP AUTISME YANG BERJAYA


Albert Einstein
Seorang saintis fizik teori.
Dia dianugerahi Penghargaan
Nobel dalam Fizik pada tahun
1921

Nabil Lutfi
Pelajar SMK Abdul
Rahman Talib 9A
dalam SPM

Satoshi Tajiri
Pencipta karakter fenomenal
Pokemon

DISLEKSIA
Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar, dan bercakap.
Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan
pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam
sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia :


Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
Keliru dengan nombor-nombor.
Keliru dengan arah kiri dan kanan.
Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan
tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
Sukar memahami arahan yang panjang
Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan
sukar bergaul.
Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.

HASIL KERJA MURID

ATTENTION DEFICIT
HYPERACTIVITY DISORDER
(ADHD)

Satu keadaan seseorang itu sukar untuk duduk


diam, mengawal tingkah lakunya dan
menumpukkan perhatian

Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD :


Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.

Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.


Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat
serta gemar meniru perlakuan orang lain.
Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.

Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.

SLOW LEARNER
Slow learner bermaksud lembam, tidak cergas, lemah
(kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau
menerima pelajaran).
Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek
sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid
normal.

Ciri-ciri Kanak-kanak Slow Learner :


Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
Bermasalah mengenal bentuk huruf.
Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
Lambat sewaktu menulis.
Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
Mempunyai konsep kendiri rendah.
Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan
perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.

CEREBRAL PALSY
Cerebral Palsy (CP) adalah
satu penyakit kanak-kanak
yang mengganggu
pengendalian fungsi motor
disebabkan kerosakan pada
otak yang sedang
berkembang.
Kanak-kanak Cerebral Palsy
(CP) adalah kecacatan anggota
disebabkan oleh cacat
hubungan saraf di antara
bahagian otak dengan
bahagian badan semasa
dilahirkan atau pada awal usia.

Ciri-ciri Kanak-kanak CP
1.
2.
3.

4.
5.

Tidak mampu mengontrol gerakan tubuhnya dengan baik. Misalnya,


tidak dapat berdiri tegak, tidak dapat mengangkat kepala.
Mengalami kesulitan saat bernafas, buang air, bahkan saat makan.
Kemampuan kognitif rendah. Namun sebahagian bayi dengan riwayat
Cerebral Palsy dapat tumbuh dewasa dengan tingkat intelektual
normal.
Kaki kaku seperti kejang.
Mengalami kelambatan pertumbuhan.

TERENCAT AKAL
Murid-murid terencat akal merupakan kefungsian inteleknya di bawah
tahap normal.
Usia mental mereka tidak sama dengan usia sebenar. Tahap pencapaian
pemikiran seseorang lebih rendah daripada usia sebenar seperti pada
umur sebelas tahun usia mental mereka masih lagi pada berumur
sembilan tahun.
Fungsi intelek biasanya diuji melalui ujian kecerdasan (IQ Test).

Tahap kerencatan akal terbahagi kepada :


Terencat Akal Ringan (Mild) 69-55 (IQ)
Sederhana (Moderate) 54-40 (IQ)
Teruk (severe) 39-25 (IQ)
Amat Teruk (Profound) IQ di bawah 25

Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal


1. Kadar pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan
sebaya.
2. Kemajuan dalam bidang akademik amat terhad.
3. Kesukaran dalam membuat generalisasi.
4. Kemahiran bahasa yang rendah berbanding rakan sebaya.
5. Kelemahan dalam pemindahan pembelajaran.
6. Masalah ingatan. Mudah lupa jika tidak diberi latihan yang
konsisten.
7. Menunjukkan tingkah laku sosial yang kurang matang.

MASALAH
PENGLIHATAN

Dari aspek pendidikan, Masalah Penglihatan


bermaksud, cacat separuh atau kurang
nampak ialah mereka yang berkemampuan
untuk membaca dan melihat huruf biasa.

Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat


melihat dan perlu menggunakan kod Braille
untuk membaca

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah


1. Bebola mata berputar Penglihatan
2. Mata sensitif terhadap cahaya
3. Memusingkan kepala pada sebelah arah ketika melihat objek
4. Selalu mengerut atau mengecilkan mata
5. Kerap mengerdipkan mata
6. Selalu terlanggar objek
7. Menonton TV atau membaca dengan jarak yang dekat
8. Kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri
9. Selalu menutup sebelah mata
10.Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
11.Daya pengamatan tentang jisim amat lemah dan terbatas
12.Keliru dengan huruf

MASALAH
PENDENGARAN

Mereka yang mengalami Masalah


Pendengaran ini tidak dapat
mendengar bunyi dengan jelas.
Gangguan seperti ini boleh
diperolehi pada tahap sedikit di
mana bunyi pertuturan didengar
lebih perlahan, sehingga pada tahap
kepekakan yang sangat teruk.

Peringkat Masalah Pendengaran


i. Ringan: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara
25dB - 40 dB.
ii. Sederhana: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara
41 dB - 60dB.
iii. Sederhana Teruk: : Keupayaan untuk mendengar
bunyi antara 61 dB - 70 Db
iv. Teruk : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 71
dB - 90 dB.
v. Amat Teruk: Keupayaan untuk mendengar bunyi 91 dB
dan ke atas .

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pendengaran


1. Kurang memberi perhatian.
2. Susah mengikut peraturan.
3. tidak aktif dalam perbincangan.
4.Selalu berkhayal.
5.Perlukan bantuan rakan.
6.Cara percakapan yang ganjil.
7.Ada masalah kesihatan.

Renungan Bersama.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada
golongan ini amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima
dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan ini
wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan
pontensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat
gologan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada
kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan ini.
Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai