Anda di halaman 1dari 6

Doa Merawat Kayap

Posted by Mohd Selim Zainal on Tuesday, February 18, 2014 at 4:00 PM

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga


jenis iaitu kayap melukut, kayap jagung
dan kayap ular atu nama saintifi knya
herpes zoster atau disebut shingles
berpunca daripada serangan virus
Varicella zoster (VZB) iaitu kelompak
virus herpes. Apabila virus ini berada
dalam badan. mangsa akan berasa
demam ,tekak loya dan pening
berpanjangan. Badan pesakit pula akan
dijangkiti ruam panas, badan sengal dan
hilang selera makan. Bagi pesakit kayap
yang lebih serius, pesakit akan
dijangkiti gelembung air pada bahagian
tertentu di badan.

Jika anda ada simtom-simtom penyakit kayap, silalah


berjumpa doktor atau mencuba rawatan tradisional
atau petua yang difikirkan bersesuaian dengan
penyakit kayap ini.
Petua 1 : Asah kulit pokok kerayong dan
disapukan di tempat yang dijangkiti . Kayap
tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan .
Petua 2 : Potong batang keladi candik dan ambil
airnya lalu disapukan ke tempat sakit.
Besoknya kayap boleh dikoyakkan dan pulih.
Petua 3 : Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan
asahkan duri itu sehingga keluar cecair yang agak
pekat. Tadahkan dalam satu bekas, kemudian
sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada
bahagian anggota badan anda yang ada kayap itu.
Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap
anda kering dan sembuh.
Petua 4 : Daun cili boleh mengubati
penyakit kayap . Ambil beberapa daun cili dan kapur
makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun
cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan.
Sapukan di bahagia yang terkena kayap . Lakukan
sehari 2 kali . Kayap akan pudar dan baik dalam
masa beberapa hari.

Untuk rawatan secara islamik pula anda


boleh guna kombinasi doanya ini :
1- Surah al-Fatihah

2- Bismillah Lima

3- Surah al-Hasyr ayat 21-24

4- Selawat Syifa

5- Doa Barah ( surah al-qalam 1~2)

Sumber :
Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab

Anda mungkin juga menyukai