Anda di halaman 1dari 3

Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan
yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku
atau insiden dengan perkataan atau gambar.Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian
kertas yang diletakkan ditempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot
adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan
guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan
bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian ini
terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan t idak
terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian
yang tidak diduga tidak kira dimana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya
kemudian. Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan melupakan
perkara atau tingkah laku lain
Keburukan rekod anekdot:
Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkankejadian yang
diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati
kerana rekod inidibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah
kurangmendalam. Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi
kurangtepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai
digunakan dalam kajian saintifik

Model top-down
Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa
bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan
pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah
jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda
pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi
memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan teks itu wujud.
Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafikyang terdapat
dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model
ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi panduan. Antaranya ialah :
a) Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks
yang dibaca.
b) Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna.
c) Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang
akhirnya mewujudkan makna.
d) Dikenali juga sebagai model Dalam ke Luar, Berpandukan Konsep
atau Keseluruhan ke Bahagian.
Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan model
membaca ini iaitu :
a) Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan
b) Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata.
c) Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya
mengeluarkan makna daripada teks bacaan

Matlamat model membaca ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak balas
daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan menggunakan
grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna.
Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif iaitu seseorang yang
menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai hasil. Di samping itu, pembaca
juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks

Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah

Fungsi

dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi
aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

1. Penilaian melalui pemerhatian :


digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu
proses pembelajaran
dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran
dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang
sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan


meningkatkan motivasi pelajar
mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan
serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan


peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.
4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :
Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang
mendorong/menolak minat tersebut
Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan
sebaya dan terhadap diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai