Anda di halaman 1dari 3

MODUL Sejarah TINGKATAN 4

KERTAS 3

Tema 7 : Tamadun Awal Manusia

Berdasarkan tajuk yang diberi calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :


i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah,
internet dan lain-lain.
ii. Calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
iii. Calon boleh merujuk bahan-bahan tersebut ketika menjawab soalan.
Soalan:
Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam tamadun awal dunia dan hubung kaitkannya dengan kemajuan negara Malaysia pada
hari ini.
Peringatan :
Calon dikehendaki menjawab soalan berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
PERINCIAN

MARKAH
PENUH

Memahami
Kedatangan pengaruh Hindu dan
Buddha ke Asia Tenggara

1. Pengenalan

Jelaskan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia
Tenggara.

Memahami
Aspek kehidupan yang menerima
pengaruh Hindu dan Buddha

2. Aspek-aspek kehidupan yang menerima pengaruh Hindu


dan Buddha

Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam aspek-aspek
kehidupan:

(i) Sistem pemerintahan
(10 markah)

(ii) Bahasa dan kesusasteraan
(10 markah)

(iii) Kesenian
(10 markah)

30

Menganalisis
Pengaruh Hindu dan Buddha
dalam penghasilan Candi
Borobudur dan Angkor Wat

3. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam penghasilan Candi


Borobudur dan Angkor Wat

Huraikan pengaruh:

(i) Buddha dalam pembinaan Candi Borobudur (10 markah)

(ii) Hindu dalam pembinaan Angkor Wat
(5 markah)

15

Mengaplikasi
Matlamat Malaysia sebagai sebuah
negara kaya dengan warisan
pelbagai budaya

4. Pengaruh Hindu dan Buddha menjadikan Malaysia


sebagai destinasi pelancongan

Cadangkan cara-cara memanfaatkan warisan pelbagai budaya
di negara kita untuk menarik Malaysia sebagai destinasi
pelancongan dari seluruh dunia.

15

Menilai
Kejayaan yang dicapai oleh
Malaysia sehingga kini

5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kepelbagaian


kebudayaan

Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang
dicapai oleh negara kita yang terkenal dengan pelbagai warisan
kebudayaan tertua di dunia.

10

Mencipta/Menjana idea
Cabaran masa hadapan bagi
mentadbir negara yang berbilang
agama

6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara


yang aman dan harmoni

Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia dalam
mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang
berbilang agama dan kepercayaan.
(5 markah)

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di
atas.
(5 markah)

10

Menghayati nilai-nilai murni/


iktibar/patriotisme daripada
pengaruh agama luar

7. Nilai-nilai murni daripada pengaruh agama



Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat
diterapkan daripada pengaruh agama luar.

10

Merumus
Secara keseluruhan isi yang telah
dibincangkan

8.


FORMAT

BAB 3

Pengenalan

Isi dan Huraian

Kesimpulan

ASPEK

Nilam Publication Sdn. Bhd.

Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh tentang budaya kaum lain
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan rakyat Malaysia boleh terus
hidup dengan harmoni

62

MODUL Sejarah TINGKATAN 4


Kertas 3
1 Cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia
Tenggara
Golongan Ksyatria atau tentera
Golongan penakluk dari India
Golongan pedagang atau Vaisya
Golongan Brahmin atau pendeta
Aspek-aspek tertentu disesuaikan dengan budaya tempatan

dan bahasa lain di Asia, seperti dukkha (duka), dorhaka


(derhaka), rupa, sengsara dan manusia
(iii) Kesenian (seni bina) (10m)
Peninggalan tersebut dikenali sebagai monumen
Monumen ialah binaan bangunan daripada batu bata
Monumen ini dibina untuk memperingati orang ternama
atau peristiwa penting
Antara contoh binaan monumen yang terkenal ialah
patung, kuil, stupa dan arca
Candi juga merupakan salah satu monumen yang wujud
pada zaman ini yang mempunyai beberapa peranan tertentu
Dijadikan sebagai rumah ibadat
Merupakan lambang kehebatan raja
Dijadikan tempat menyimpan jenazah abu raja dan keluarga
serta tempat menyimpan patung dewa utama
Antara contoh candi yang mahsyur ialah Candi Borobudur,
Candi Angkor Wat, Candi Yarang, Candi Dieng Candi
Chaiya, Candi Lembah Bujang dan Candi Prambanam
Candi dan patung yang dijumpai di Asia Tenggara boleh
dikategorikan kepada beberapa jenis dan gaya
Jenis dan gayanya melambangkan zaman penciptaannya
Gaya seni bina tersebut menunjukkan adunan dua tamadun,
iaitu India dan Asia Tenggara

2 Aspek-aspek kehidupan yang menerima pengaruh Hindu


Buddha
(i) Sistem pemerintahan (10m)
Kerajaan awal di Asia Tenggara mengamalkan sistem
pemerintahan yang diketuai oleh seorang ketua
Keadaan ini berubah setelah kedatangan pengaruh Hindu
Buddha
Sistem pemerintahan beraja kerajaan awal dipengaruhi oleh
agama Hindu dan Buddha
Pemerintah mula menggunakan gelaran raja, menjadi ketua
kerajaan dan berkuasa mutlak
Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, ahli agama dan
golongan Brahmin
Raja mempunyai kuasa dalam aspek pentadbiran, hubungan
luar, ketenteraan dan khazanah negara
Raja harus menjalankan pemerintahan yang adil untuk
rakyatnya
Raja berkuasa membuat undang-undang untuk
mengukuhkan kedudukan dan rakyat tidak berhak
mempertikaikan dan perlu mematuhi setiap undangundang tersebut
Sesiapa yang melanggar perintah akan dianggap
menderhaka dan dikenakan tindakan tertentu
Konsep dewa-raja, rakyat percaya bahawa raja ialah
bayangan tuhan di muka bumi
Raja dipercayai mempunyai kuasa kesaktian sehingga
menyebabkan lahirnya unsur mitos dan lagenda tentang
asal usul raja
Pelbagai adat istiadat yang dijalankan oleh golongan brahmin
Membezakan kedudukan raja dengan golongan rakyat jelata
Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan
konsep alam semesta atau orde kosmos
Raja dianggap sebagai suatu alam dan menguasai seluruh
alam semesta
Raja bertanggungjawap mengatur kesejahteraan negara dan
rakyat selaras dengan prinsip Dharma
(ii) Bahasa dan kesusasteraan (10m)
Pengaruh Hindu dan Buddha telah dikesan sejak abad ke-4
M. dan ke-5 M.
Dibuktikan dengan penemuan batu bersurat yang
mengandungi maklumat tentang pemerintahan, undangundang, agama dan raja
Penemuan batu bersurat di Palembang dan di Kutei yang
menjelaskan keturunan raja
Tulisan bahasa Sanskrit dipahat pada batu bersurat
Mencatatkan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar
tidak menderhaka kepada raja
Tulisan tersebut ditulis dalam bahasa Sanskrit kuno yang
memerlukan kemahiran yang tinggi
Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam
bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit mempunyai kepentingan yang sangat tinggi
Pencapaian intelek dalam masyarakat menjelaskan
keturunan raja dan agama Buddha
Bahasa pemerintahan seperti amaran raja kepada rakyat
dan pembesar supaya tidak menderhaka yang ditemui pada
batu bersurat di Lembah Bujang
Bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa ilmu dan
komunikasi dalam kerajaan awal Asia Tenggara
Bahasa Sanskrit juga merupakan bahasa kesusasteraan dan
keagamaan dalam Hindu, Buddha dan bahasa Tamil
Banyak perkataan tersebut dikekalkan dalam bahasa Melayu
Nilam Publication Sdn. Bhd.

3 Pengaruh Hindu dan Buddha dalam penghasilan candi


(i) Candi Borobudur (10m)
Dibina pada zaman Kerajaan Sailendra di Jawa Tengah
Pengaruh agama Buddha
Candi ini mewakili agama Buddha Mahayana
Terbahagi kepada tiga tingkat dan setiap tingkat mewakili
satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung dan stupa
Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama
Buddha
Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan,
iaitu Sila (moral), Samadhi (penumpuan) dan Panna
(kebijaksanaan) seperti dalam ajaran Buddha
Nama candi ini berasal daripada nama
Bhumisambarabhudana yang bermaksud Gunung
timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva
Candi ini terdiri daripada sembilan tingkat dengan pagar
langkan (pagar yang tidak berdinding)
Mempunyai relief lukisan Buddha
Bahagian atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang
pencapaian tahap nirwana, iaitu tahap manusia
membebaskan diri daripada nafsu
(ii) Candi Angkor Wat (5m)
Terdapat di Kemboja
Merupakan binaan untuk agama Hindu
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II
Terletak enam kilometer ke utara Siem Reap yang
melambangkan orde kosmos
Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengah yang
tingginya sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
Setiap sudut mempunyai menara
Pintu besar Angkor Wat mengarah ke barat yang dikaitkan
dengan tuhan Vishnu
Bahagian luar terdapat tembok yang dibina daripada batu
laterit dan batu pasir dengan ukuran 850 meter lebar dan
1000 meter panjang
Mempunyai ukiran yang menggambarkan epik Ramayana
dan Mahabhrata
Angkor Wat merupakan monumen keagamaan terbesar di
dunia
Melambangkan ketinggian nilai seni dan kepakaran
pengukirnya
4 Pengaruh kedatangan Hindu dan Buddha menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Pengaruh ini telah menjadi salah satu daripada warisan
kebudayaan yang terdapat di Malaysia pada hari ini
Warisan bersejarah ini berupaya menarik kedatangan pelancong
dari dalam dan luar negara

MODUL Sejarah TINGKATAN 4


Malaysia menetapkan matlamat untuk muncul sebagai sebuah
negara destinasi pelancongan
Ingin terkenal hingga ke peringkat antarabangsa
Pelbagai usaha harus diambil untuk memanfaatkan warisan
pelbagai budaya di negara kita
Tinggalan sejarah serta pengaruh yang dibawa oleh Hindu dan
Buddha
Tinggalan sejarah di Lembah Bujang, Kedah
Semua warisan ini harus dijaga dengan sempurna
Berusaha mengekalkan nilai sejarahnya
Pihak kementerian dan pihak-pihak berkaitan harus bijak
mengambil keistimewaan yang negara kita ada
Mempromosikannya hingga ke peringkat antarabangsa
Usaha untuk meneroka dan cari gali lebih banyak tinggalan
sejarah harus diperluas
Meningkatkan tujuan komersil yang terdapat di negara
Meningkatkan kesedaran akar umbi kemasyarakatan
Menjejaki asal usul serta mendalami lebih jelas salasilah
masyarakat yang terdapat di negara kita
(Jawapan lain yang relevan daripada pelajar)

mendatangkan tanggapan negatif yang akhirnya merugikan


rakyat dan negara sendiri
Langkah-langkah mengatasi (5m)
Menyemai semangat cinta akan negara
Pelbagai promosi berkaitan kepentingan menjaga keharmonian
sesama rakyat yang berlainan bangsa dan agama
Pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan harus berusaha
untuk mengelakkan niat jahat, sabotaj atau fitnah dari pihakpihak yang bertujuan memecahbelahkan rakyat
Rakyat disemai dengan nilai kasih sayang, bersatu padu dan
menghargai agar keamanan dan ketenangan yang kita nikmati
sekarang ini akan berkekalan
Kesedaran dan penghargaan terhadap keamanan dan
keharmonian yang dikecapi kini akan menjadikan rakyat
Malaysia sebagai rakyat yang memiliki semangat nasionalisme
yang tinggi
(Jawapan lain yang relevan daripada pelajar)
7 Nilai-nilai murni daripada penerimaan agama
Toleransi
Bertanggungjawab
Hormat-menghormati
Kerjasama
Semangat kekitaan
Bersatu hati
Cinta akan negara/nasionalisme Bijaksana
Menghargai
Amanah
Inovatif dan kreatif
Berdaya saing
(Mana-mana nilai lain yang munasabah)

5 Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kepelbagaian


kebudayaan
Malaysia telah berjaya muncul sebagai sebuah negara destinasi
pelancongan yang terkenal hingga ke peringkat antarabangsa
Malaysia mempunyai banyak daya tarikan pelancongan
Tinggalan dan warisan sejarah dari kerajaan terdahulu
Di Lembah Bujang, Kedah misalnya telah didirikan sebuah
muzium, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang dibuka
pada tahun 1980
Telah dibina semula candi-candi tinggalan sejarah seperti candi
seperti yang dapat dilihat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu
Pahat, di Pendiat dan di Pangkalan Bujang
Terdapat warisan sejarah yang berasal dari pengaruh Hindu dan
Buddha
Berkembang dalam anutan agama Hindu dan Buddha
Antara yang terkenal ialah seni bina berunsurkan agama Hindu,
iaitu Kuil Batu Caves, Selangor
Batu Caves terkenal dengan perayaan Thaipusam
Menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia,
tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India,
Australia, Singapura, Thailand dan Eropah
Sambutan Hari Thaipusam menyumbang dalam peningkatan
pelancongan Malaysia hingga diisytiharkan sebagai cuti umum
di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor
dan Negeri Sembilan
Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta
penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar
dalam sejarah dunia
Pengaruh Buddha yang terkenal pula termasuklah Kuil Kek Lok
Si (Pulau Pinang) dan Tokong Thean Hou (Kuala Lumpur)
Tokong yang dibina oleh suku Hainan di Kuala Lumpur
didedikasi kepada Dewi Tian Hou (Bonda Kayangan)
Kuil-kuil ini tidak pernah lengang kerana sentiasa dikunjungi
oleh pelawat dari dalam dan luar negara
Meningkatkan jumlah pendapatan negara dengan aliran
kemasukan wang asing
Menjadi dana untuk memajukan negara
(Jawapan lain yang relevan daripada pelajar)

8 Rumusan
Malaysia sebuah negara yang unik dengan warisan yang tersendiri
Mempunyai sifat keterbukaan terhadap mereka yang berlainan
agama dengan kita
Pengetahuan yang diperoleh daripada semua ini ialah Malaysia
mempunyai pelbagai kebudayaan dan warisan yang harus dijaga
bersama
Harapan semua rakyat Malaysia terus memilih untuk
mengekalkan keharmonian hidup dalam masyarakat yang
berbilang kepercayaan, adat istiadat dan agama
Menjaga kesejahteraan hidup bersama dalam negara yang tercinta
(Jawapan lain yang relevan daripada pelajar)
BAB 4
Kertas 1
1 C 2 B 3 C 4 C 5 A
9 C 10 D 11 B 12 D 13 B

6 A

7 B

8 C

Kertas 2
1 (a) Muhammad bin Abdullah
(b) (i) Amanah
(ii) Bijaksana
(c) (i) Siddiq (bercakap benar)
(ii) Amanah (dipercayai)
(d) Berlaku persengketan dalam kalangan kabilah Quraisy.
Hajar Aswad ialah batu hitam yang terletak di penjuru Kaabah
yang telah beralih tempat akibat banjir semasa pembinaan
semula Kaabah. Timbul masalah untuk meletakkan semula
Hajar Aswad ke tempat asalnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah
berjaya menghindarkan perang saudara. Baginda mengambil
langkah meletakkan Hajar Aswad di atas sehelai serban dan
mengangkatnya bersama-sama. Setiap ketua kaum diberi
peluang meletakkannya semula di tempat asal. Hajar Aswad
telah diletakkan di tempat asalnya, iaitu penjuru timur
Kaabah.
(e) Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan urusan dagangan
bagi Khadijah binti Khuwailid. Baginda telah menguruskan
perniagaan Khadijah bersama dengan hamba Khadijah yang
bernama Maisarah. Sifat baginda yang berbudi pekerti,
amanah dan bijaksana dalam menjalankan perniagaan telah
menyebabkan Khadijah memberi kepercayaan kepadanya
dengan memberikan modal yang lebih besar untuk
berniaga. Sifat Baginda yang lembah lembut serta pandai

6 Cabaran Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan


harmoni
Cabaran-cabaran yang dihadapi (5m)
Menjaga keamanan dan keharmonian dalam negara
Mungkin berlaku perpecahan dalam perpaduan
Jika rakyat tidak bersatu hati, keharmonian akan terjejas dan
boleh mengoyahkan kestabilan negara
Pihak-pihak tertentu yang berusaha memecahbelahkan
kesatuan rakyat dengan tuduhan dan fitnah hingga berlakunya
kekacauan
Imej Malaysia di mata dunia juga turut terjejas hingga

Nilam Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai