Anda di halaman 1dari 5

SKAD 3463 PEMBANGUNAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP (DR HAMZAH)

1) Apakah yang anda faham tentang pembangunan lestari ?


2) Apakah pandangan anda tentang pembangunan lestari di Malaysia ?

Apakah yang anda faham tentang pembangunan lestari ?


Pembangunan lestari atau pembangunan mampan ialah pembangunan yang
memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara
pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa
menjejaskan keperluan generasi sepenuhnya. Menurut Brundtland Report (1987)
pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa
sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa hadapan.
Terdapat juga definisi lain mengenai pembangunan lestari iaitu satu idea
pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal sesuatu sumber
di sesebuah kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan
datang. Pembangunan lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber
semulajadi digunakan secara berhemah bagi memastikan sumber yang ada tidak
menjejaskan keperluan generasi akan datang.
Selain itu, pembangunan lestari akan memastikan keseimbangan pembangunan
ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Bagi meningkatkan
pembangunan ekonomi di sesebuah negara maka ia perlu mengambil kira sebanyak mana
pembangunan tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat namun pada
masa yang sama perlulah menggunakan sumber alam sekitar dengan hemat dan tidak
secara rakus. Penggunaan sumber alam secara berhemah dan berkala iaitu tidak secara
berterusan dapat mengelakkan berlaku pebagai kemusnahan dan bencana alam yang akan
berlaku disamping dapat mencapai pembangunan moden.

Apakah pandangan anda tentang pembangunan lestari di Malaysia ?


Pembangunan lestari
Pandangan yang dapat diberikan mengenai pembangunan di malaysia ialah masih
kurang lestari iaitu kebanyakan pihak masih memandang ringan mengenai sumber alam
sekitar. Kebanyakan pihak hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa
mengambil kira kemusnahan alam sekitar yang berlaku akibat membangunankan
sesebuah bangunan. Contohnya di Cameron Highlands, pihak pemaju berterusan
membangunkan pelbagai bentuk kemudahan penginapan seperti hotel untuk pelancongan
namun tidak mengambil kira kemusnahan hutan yang berlaku di cerun-cerun bukit. Hal
ini seterusnya mengakibatkan Cameron Highlands semakin kehilangan identiti iaitu
keadaan cuaca tidak lagi dingin dan sejuk malahan ia akan bertambah panas.
Keadaan cerun yang kekurangan sistem sokongan akibat daripada kemusnahan
pokok akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Selain itu, pembinaan
bangunan yang semakin bertambah menyebabkan pertambahan penggunaan simen dan
tanah tidak lagi berfungsi sebagai penyerap takungan air jika berlakunya hujan. Apabila
banyak kawasan bandar dan perumahan yang diturap meggunakan simen dan tar maka ia
akan mengakibatkan banjir kilat di kawasan tersebut sekiranya hujan lebat berlaku. Selain
itu, pembinaan bangunan tanpa penanaman semula pokok di kawasan bandar akan
menyebabkan berlakunya pemanasan global yang tinggi berbanding dengan kawasan di
pinggir bandar.
Hal ini menunjukkan pembangunan lestari di Malaysia masih lagi berada di tahap
yang rendah di mana kebanyakan pemaju tidak memikirkan dan mengambil tindakan
mengenai kemusnahan alam sekitar yang berlaku.

SKAD 3453 PEMBANGUNAN PELANCONGAN DAN IMPAK (DR KADIR)


1) Secara umumnya, apakah pandangan anda tentang kawasan alam sekitar yang
menjadi kesukaan anda untuk melancong ?
2) Bagaimana anda melihat prospek pembangunan pelancongan berasaskan alam sekitar
di Malaysia ? Semakin maju, statik atau merosot.

Secara umumnya, apakah pandangan anda tentang kawasan alam sekitar yang
menjadi kesukaan anda untuk melancong ?
Kawasan alam sekitar yang menjadi kesukaan untuk melancong ialah kawasan pantai
dan kawasan tanah tinggi. Kawasan pantai yang dikelilingi dengan air laut yang
jernih, pasir yang bersih, chalet yang menarik dan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti
di dasar laut akan lebih menarik minat pelancong. Air laut yang jernih serta terdapat
teduhan pokok di pantai akan memberikan ketenangan kepada pelancong. Selain itu,
tarikan yang terdapat di pantai ialah pemandangan matahari terbit dan terbenam turut
menjadi tumpuan para pelancong. Kawasan tanah tinggi pula dapat memberikan

ketenangan dan kedinginan ketika berada di kawasan pelancongan contohnya di


Cameron Highlands. Kegiatan yang terdapat di pelancongan tanah tinggi ialah
kebanyakannya penanaman. Tanaman strawberi, sayur-sayuran, bunga dan teh yang
segar serta sukar ditanam di kawasan rendah akan menjadi tarikan pelancongan.
Keadaan yang dingin serta bangunan yang menarik dapat memberi gambaran seolaholah pelancong berada di luar negara. Kawasan pelancongan pantai dan tanah tinggi
seringkali menjadi tumpuan para pelancong untuk menikmati keindahan alam sekitar.

Bagaimana anda melihat prospek pembangunan pelancongan berasaskan alam sekitar


di Malaysia ? Semakin maju, statik atau merosot.
Prospek pembangunan pelancongan berasaskan alam sekitar di Malaysia dilihat
semakin merosot. Hal ini kerana, dari pandangan saya pembinaan pelbagai bangunan
hotel dan kawasan perniagaan yang semakin meningkat menghilangkan identiti
sesebuah kawasan pelancongan tersebut. Jika di pantai, laut ditambak dengan pasir
dan tanah untuk pembinaan bangunan dan seterusnya menyebabkan keadaan air laut
semakin dalam dan seterusnya menyebabkan pelancong tidak dibenarkan untuk
mandi air laut. Selain itu, karakusan menebang hutan menyebabkan kawasan tanah
tinggi tidak lagi berasa dingin padahal keadaan cuaca tersebut yang memberikan
tarikan utama kepada pelancong.

SKAD 3373 PENGURUSAN DAN PENILAIAN PROJEK PEMBANGUNAN (DR AZIMA)


1) Group
Sediakan kajian pasaran berkaitan dengan trend harta hartanah yang diteliti oleh
kumpulan anda
2) Jelaskan pemahaman anda tentang projek pembangunan.

Pantai Seberang Marang merupakan tempat pelancong yang menarik. Saya lebih tertarik dengan
kehidupan penduduk di sekitar kawasan pantai Seberang Marang yang masih lagi mengamalkan
aktiviti tradisional dalam kehidupan mereka. Hal ini merupakan salah satu tarikan pantai
Seberang Marang kepada pelancong bagi merasai kehidupan bermasyarakat dan mencuba aktiviti
tradisional di kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai