Anda di halaman 1dari 47

SINOPSIS

MODUL ini ditulis untuk kegunaan para guru dan pendidik untuk mengajarkan karangan
atau penulisan. Mengarang merupakan satu proses yang rumit menggunakan daya
imaginasi dan bayangan dalam minda seseorang.

Proses mengarang memerlukan

ketelitian dalam semua aspek; pemilihan tajuk, tema, tidak melakukan kesilapan
tatabahasa, penggunaan bahasa yang sesuai dengan larasnya, fakta dan contoh yang
tepat. Oleh itu kandungan modul ini cuba member panduan kepada pelajar atau penulis
untuk menulis sesebuah penulisan. Sebanyak 11 topik dibincangkan dalam modul.
Diharap modul ini dapat membantu mempertingkat kemahiran dan keterampilan
menulis.

OBJEKTIF

PADA akhir penggunaan modul ini, anda dapat:


a. Menulis karangan dengan baik dan betul
b. Meningkatkan keupayaan menulis
c. Menggunakan beberapa tip mengarang
d. Menggunakan beberapa latihan kendiri untuk mengarang
e. Kepada para pendidik, modul ini dapat membantu menyelesaikan kesukaran
para pelajar mengarang,

1.0

MUAKADIMAH

MANUSIA secara fitrahnya berhubung antara satu sama lain. Hubungan tersebut
menggunakan medium bahasa. Ada dua cara komunikasi berlaku. Secara lisan dan
bertulis. Hal ini bermakna komunikasi berlaku apabila ada pengucap dan ada
pendengar yang dikenali sebagai komunikasi lisan. Sebaliknya ada penulis ada
pembaca, berlakulah proses komunikasi bertulis.
Kedua-dua komunikasi tersebut mesti mempunyai premis utama iaitu sumber bahan
komunikasi. Kedua penyampai atau alat komunikasi. Dan ketiga penerima komunikasi.
Dalam hal karang-mengarang, komunikasi bertulis mengambil sifat utama proses
komunikasi. Penulisan karangan bermakna seseorang individu ingin menyampaikan
idea, perkara, hasil daripada yang dijanakan dalam pemikiran kemudian ditulis secara
formal atau tidak formal.
Emery, Ault dan Agee (1965) menyatakan komunikasi ialah seni memindahkan
maklumat, idea dan sikap seseorang kepada seseorang. Pada Rajah 1.1 ditunjukkan
proses komunikasi bermula apabila mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur,
penulis, guru dan seumpama) dipindahkan menerusi alat atau wahana khas kepada
penerima (pembaca, pendengar, pelajar dan seumpamanya), yang kemudian memberi
maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut, dan lantas mengembalikan
isyarat dalam bentuk sama ada mesej tersebut sudah diterima atau belum diterima.
Hingar atau gangguan dalam komunikasi berkemungkinan mampu menghalang mesej
disampaikan secara jelas dan berkesan.
2

Alat

Pengirim
(penutur, penulis dan
dokumen)

Mesej

Penerima
(pendengar, pembaca,
penonton)

Hingar

Maklum balas

Rajah 1.1
Model Komunikasi Emery, Ault, Agee (1965)
Rajah 1.1 menunjukkan komunikasi yang berkesan, umpamanya surat, dapat dicapai
apabila mesej (bahasa) yang sampaikan oleh pengirim (penulis) kepada penerima
(pembaca) menggunakan medium bahasa bertulis. Ini bermakna proses mengarang isi
surat (rasa hati) disampaikan secara bertulis. Proses komunikasi dua hala berlaku.
Mesej penghantar dengaan mesej penerima. Penulis dengan pembaca. Penulis
menyampaikan idea dalam bentuk wahana minda melalui wadah tertentu sebagai
saluran penulisan buku, penulisan fiksen, penulisan komentar, penulisan sorotan,
penulisan rencana, penulisan novel, cerpen, puisi, penulis-penulis dalam akhbar,
majalah, media eletronik bercetak atau maya, grafik,lukisan, visual dan seumpamanya,
kesemua yang dinyatakan di atas adalah proses komunikasi langsung antara penulis
dengan pembaca.
3

Begitu juga halnya dengan penulisan karangan. Karangan yang telah siap ditulis oleh
pelajar, ketika penulisan karangan waktu pembelajaran dalam bilik darjah,

mata

pelajaran bahasa Melayu, setelah siap akan disemak oleh gurunya. Hasil penulisan
karangan tersebut merupakan proses imaginasi daripada idea pelajar. Imaginasi idea
sebagai satu set minda yang ada dalam penerokaan merupakan elemen komunikasi.
.
2.0

KARANGAN : PENGERTIAN KARANGAN :

DEFINISI karangan secara lewatnya menyatakan bahawa aktiviti menulis (mengarang)


melibatkan rangkaian perkataan dan ayat. Komposisinya ialah susunan perkataan yang
asalnya terpisah, menjadi gabungan unsure bahasa yang bermakna dan lebih tepat.
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor (2004), menyatakan bahawa penulisan
merupakan cara atau alat untuk mencatatkan kehendak atau idea secara tulisan pada
kertas atau wahana seumpanya. Kebolehan menulis bermaksud menggunakan
perkataan mudah dan boleh difahami oleh pembaca, dieja dengan betul, dengan
susunan ayat yang gramatis di samping menggunakan tanda baca yang sesuai. Teks
(huruf) yang disusun menjadi perkataan dan terbinanya ayat yang dihasilkan boleh
memudahkan kefahaman dan seterusnya mendapat maklumat balas yang positif
daripada pembaca.
Pendeta Bahasa Melayu, Zaba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan
Rumi Baharu (dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar: 2002) menghuraikan
pengertian karangan adalah hasil dari kepandaian atau mengubah atau menyusun
kata-kata untuk dijadikan rangkai-kata(frasa) dan seterusnya untuk dijadikan ayat.
4

Sesebuah karangan mengandungi ayat-ayat yang telah digubah dan disusun untuk
dijadikan suatu cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Tambah beliau, tujuan
mengarang itu sebenarnya ialah hendaklah supaya oaring yang membaca faham dan
tahu akan fikiran dalam hati pengarang.
Pada aras komunikasi berbahasa, wacana mempunyai elemen pengirim, penerima, dan
mesej yang diikat dengan maksud tertentu. Pada aktiviti komunikasi, kefahaman dan
karangan merupakan kemahiran membaca-menulis yang menjadi asas semua media
komunikasi. (Sulaiman Masri, Mashudi Bahari dan Juliliyana Mohd Junid: 2007)
Dalam pengajaran pembelajaran menulis karangan, mengajarkan karang mengarang
merupakan satu proses yang penuh cermat, teliti, prihatin dan kesensitifan. Hal ini
demikian kerana proses mengarang menggunakan minda yang berimaginasi secara
abstrak. Apa yang ada dalam pemikiran sukar digambarkan, dengan sebab itu
perjalanan proses menulis kadang-kadang berbeza antara apa yang difikirkan dengan
apa yang ditulis. Hal ini berlaku kerana:
Proses silang minda>> imaginasi>>>tangan menulis saling serentak dengan pemikiran

Sebagai rumusan, karangan ialah satu bentuk penulisan yang merangkumi pendapat,
idea, buah fikiran dalam satu set mind tentang sesuatu isu, topik, tajuk permasalahan
dan yang ditulis oleh pengarang atau penulis

berkenaan. Cakupan tersebut

menggunakan bahasa yang boleh ditatap, dibaca secara mekanis, mentalis, dan oleh
pembaca. Bermakna hasil karangan seseorang boleh disebarluas dalam bentuk grafik
tulisan, lambang, pada helaian kertas secara bertulis tangan, taipan computer atau
5

mesin. Karangan yang lengkap membetuk satu wacana. Dalam kemahiran bahasa,
terdapat tiga kemahiran; kemahiran

menulis adalah tata tingkat yang paling tinggi,

sebelum kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) serta kemahiran membaca.


3.0

BAHASA IKATAN KOMUNIKASI DALAM KARANGAN

Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran


supaya dapat diketahui orang dengan
mendengar atau membacanya. Maka jika
bahasa yang dipakai itu tidak dapat
menepati betul-betul seperti maksud yang
di dalam hati, tentulah orang tersalah
faham atau tiada dapat oleh mereka
tujuan yang dikehendaki (Za`ba:2002)

UNTUK menulis karangan dalam bahasa Melayu, penulis perlu menguasai Bahasa
Melayu, selok-belok, susun atur, ragam dan laras bahasa. Di samping itu tatabahasa
Melayu perlu dikuasai. Ayat-ayat yang digunakan hendaklah yang gramatis, berkesan,
menunjukan keintelektualan pemikiran, penghujahan yang rasional, tertib, ada keheren
dan kohensi, pemilihan kosa kata yang tepat.
Pembinaan ayat penulis hendaklah membawa kepada pembaca:

i.

Dapat menjelaskan sesuatu yang belum diketahui kepada diketahui oleh


pembaca

ii.

Menjadikan satu pengalaman baharu kepada pembaca

iii.

Menjadikan dorongan kepada pembaca

iv.

Dapat mempengaruhi pembaca setelah membaca hasil penulisan tersebut

v.

Menterjemahkan sesuatu yang pada asalnya tidak logik kepada logik

vi.

Penulisan boleh bersifat menghibur kepada pembaca

vii.

Memberi ruang untuk berpolemik antara penulis dengan pembaca

viii.

Memberi nilai tambah, contohnya penulisan ilmiah, politik, ekonomi,


kebudayaan, pendidikan, social, sukan dan keagamaan.

Sebaris

ayat yang ditulis oleh penulis, boleh memberi kepelbagaian pengertian,

andaian, ramalan, dan penilaian tersendiri. Oleh sebab itu setiap perkataan, frasa, kosa
kata, diksi, dalam ayat mesti dipilih secara tepat, tanpa ambiguiti atau metafora yang
keterlaluan. Cantuman penyusunan perkataan, kosa kata, frasa akan membentuk ayat
yang

mantap, tersusun jalinan butir pernyataan, lengkap dan mudah difahami,

diketahui oleh pembaca atau khalayak. Harus diingat bahawa semua khalayak terdiri
daripada berbagai-bagai darjat, umur, tahap pemikiran, budaya dan persekitaran.

4.0

CIRI BAHASA MELAYU MODEN DAN DINAMIK

ENAM ciri Bahasa Melayu (BM) moden dan dinamik yang dipopularkan oleh Sulaiman
Masri dan Ahmad Khair (2004). Menurut mereka, BM penulisan pada alaf ini mampu
mencapai tahap moden dan dinamik sekiranya komponen bahasa mempunyai enam
ciri berikut, iaitu; betul, mudah, jelas, santun, koheren dan tidak keinggerisan.
Seterusnya, dihuraikan enam ciri tersebut BM yang moden dan dinamik.
(i)

Betul, iaitu betul pada ejaan, imbuhan, pemilihan perkataan, istilah, ayat, tanda
baca, singkatan, akronim dan penulisan aspek lain seperti penomboran, nama
orang, nama tempat dan tarikh;

(ii)

Mudah, iaitu penggunaan yang ringkas dan padat, menggunakan perkataan


umum dan kata bantu yang berpatutan dan sesuai, di samping bentuk,
susunan frasa dan ayat, serta persembahan yang mudah dibaca dan difaham;

(iii)

Jelas, iaitu binaan ayat dan perenggan yang jelas, termasuk mengandungi
tujuan yang jelas di pihak pembaca sama ada untuk memberitahu tentang
persoalan

yang

menjelaskan,

dihuraikan,

untuk

mempengaruhi,

meminta

perhatian,

atau meminta sokongan. Jelas juga bermaksud pengolahan

karangan, jalan bahasa dan penyampaian isi yang baik dan berupaya menjadi
kenangan di pihak pembaca;

(iv)

Koheren, bermaksud hubungan padu antara unsur yang membina perenggan


seperti perkataan, ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan huraian, dan

kepaduan wacana yang turut dibina oleh peralihan atau penanda wacana yang
menggabungjalinkan antara perenggan;
(v)

Santun, bermaksud jenis penulisan yang terhasil menggunakan kosa kata,


ungkapan dan ayat yang sesuai,

tidak emotif atau tidak menyinggung

perasaan pembaca, atau merangsang pembaca untuk bertindak agresif


selepas menatapnya, dan
(vi)

Tidak

keinggerisan,

bermaksud

karangan

yang

dihasilkan

tidak

memperlihatkan penggunaan kata serapan dariapda perkataan bahasa


Inggeris (BI) sekiranya kosa kata BM sudah menepati, di samping tidak
mempunyai lenggok, gaya ayat BI dan konsep kala (tenses) sebagaimana
semestinya dalam BI. Contohnya, diskusikan, (bincangkan lebih baik),
informasi (maklumat lebih baik), kedua-dua ibu bapa (ibu dan bapa),
Mengucapkan terima kasih di atas (Mengucapkan terima kasih kerana, ),
penggunaan kata tugas atau frasa BI yang tidak sesuai malah tidak perlu
diwujudkan dalam BM, seperti

di mana (where) , dan dalam mana (in

which), dan penggunaan konsep kala yang tidak perlu dalam BM, seperti
akan (future tense), telah (past tense). Contoh, Dia akan datang esok
(memadai, Dia datang esok); Kami telah bermesyuarat pagi tadi, (memadai
Kami bermesyuarat pagi tadi).

Betul

Tidak
keinggerisan

Mudah
CIRI BM
MODEN DAN
DINAMIK

Koheren

Jelas
Santun

Rajah 2
Ciri BM Moden dan Dinamik (sumber Mashudi Bahari, 2006)

Dengan demikian, untuk menulis karangan landasan ciri bahasa Melayu Moden dan
dinamik perlu diterapkan, dijadikan panduan supaya hasil karangan bahasa Melayu
menjadi mantap, indah, mempengaruhi, menghibur, dan akhirnya pembaca merasakan
satu kepuasan mendapat ilmu apa yang dibaca.

5.0

CIRI-CIRI UMUM PENULISAN KARANGAN

10

PENULISAN yang baik sewajar merangkumi perkara seperti yang berikut;


i.

Sebuah penulisan karangan merupakan hasil komunikasi penulis kepada


pembaca secara literal. Oleh itu, sebuah karangan merupakan suatu
wacana iaitu satu gagasan idea yang mantap, disusun secara kronologi,
mempunyai

kesatuan

berdasarkan

tajuk

atau

tema,

isu

atau

permasalahan yang ditulis.


ii.

Karangan

harus

dibina

dalam

bentuk

pemerengganan.

Tujuan

pemerengganan untuk memudahkan pembaca membaca daripada satu


idea kepada satu idea. Di samping itu konsep pemerengganan juga
menyatakan fakta utama diikuti elemen sokongan atau subtema.
iii.

Ayat yang bermakna akan mempunyai kuasa. Oleh itu pilihlah kosa kata,
frasa yang boleh menjadi inti ayat. Sebagai contoh, ungkapan slogan,
kata-kata hikmah, peribahasa, bidalan, dan seumpanya. Penggunaan
frasa tersebut boleh menarik perhatian pembaca.sebagai contoh, lihat dan
bacalah tajuk-tajuk akhbar harian. Ayat atau frasa tajuk boleh menarik,
mempengaruhi pembaca untuk membaca hasil tulisan tersebut.

iv.

Penulis karangan wajar mendapatkan sumber rujukan dan sokongan


untuk memantapkan hasil karangan yang baik. Sumber karangan boleh
didapati daripada pembacaan buku teks, buku rujukan, novel, cerpen,
puisi, akhbar, jurnal dan berbagai jenis buku rujukan di perpustakaan,
menonton siaran televisyen, mendengar siaran radio, perbincangan
11

dengan rakan sebaya, perdebatan, melayari sesawang di internet dan


sebagainya. Pendek kata sumber mesti dicari! Kemudian adunkan fakta
dan isi dalam karangan yang ditulis.
v.

Kita boleh mengambil idea orang lain secara terus (dijadikan bahan
rujukan) atau menghujah kembali idea orang lain mengikut tanggapan kita
sendiri yang dikenali sebagai polemik. Yang penting kita menulis untuk
menyampaikan pendapat dalam bentuk komunikasi antara kita dengan
orang lain melalui bentuk grafik, lambang secara bercetak (tulisan tangan,
menggunakan mesin taip, menggunakan komputer). Hubungan pembaca
mesti dikekalkan dari awal penulisan sehinggalah nokhtah akhir apa yang
kita tulis.

6.0

ORAGANISASI PENULISAN KARANGAN


12

TERHASILNYA sesebuah karangan diibaratkan sebagai sebuah organisasi. Organisasi


karangan terdiri daripada tiga elemen utama. Pertama bahagian pendahuluan
karangan. Kedua bahagian isi karangan dan ketiga ialah penutup karangan.

PENGENALAN
ISI 1
ISI 2
ISI 3
ISI 4
PENUTUP

RAJAH 3: ORAGANISASI ATAU BADAN KARANGAN

Sebelum karangan ditulis sepenuhnya, sebuah kerangka atau badan sewajar


disediakan terlebih dahulu. Kerangka memandu atau memperlihat bagaimana pengisian
idea yang hendak digarap.
Pembinaan kerangka penulisan karangan memudahkan penulis, terutama pelajar
peringkat sekolah rendah, menengah dan menengah tinggi untuk menyiapkan sebuah
karangan dalam batas waktu yang terbatas. Untuk tujuan menjawab soalan
peperiksaan kertas Bahasa Melayu Kertas 1, Penulisan (karangan) maka kerangka ini
amat berguna sebagai tip untuk menulis dan menjawab soalan.
13

7.0

STRUKTUR PENULISAN KARANGAN

PENDAHULUAN KARANGAN
Satu Peranggan
Pengenalan kepada tajuk, tema, atau isu. Baca kata kunci tajuk. Isu, permasalahan.

ISI KARANGAN
Idea utama diserta dengan contoh sebagai penegasan, maklumat yang tepat.
Dihuraikan secara kronologi. Bagi sekolah rendah tiga hingga empat perenggan,
sekolah menengah lima hingga enam perenggan. Namun begitu dalam situasi
menjawab soalan peperiksaan, jumlah perkataan mestilah mengikut arahan yang
diberi.

KESIMPULAN/PENUTUPAN KARANGAN
Satu Perenggan
Penutup ialah rumusan keseluruhan isi yang telah dibincang. Perenggan ini sebagai
pengikat kepada keseluruhan karangan.

8.0

MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN

PERENGGAN pendahuluan melambangkan kekuatan idea tesis penulis. Hal ini kerana
pendahuluan akan menjakakan audien/khalayak iaitu pembaca (umum), penilai (untuk
peperiksaan) tahu apa yang hendak disampaikan oleh pengarang/penulis. Pendahuluan
14

memberi kesan sama ada meneruskan ke perenggan seterusnya atau menyahkan hasil
karangan tadi.
Pilih tajuk, isu atau topik yang difahami. Imaginasikan. Ilhamkan. Kaitkan pengalaman
sedia ada dengan pengalaman daripada sumber yang dibaca, dilihat, didengar,
ditonton.

Pendahuluan karangan bergantung kepada tajuk, isu yang dikemukakan. Ada beberapa
jenis pendahuluan antaranya;
i.

Pendefinisian atau takrifan

ii.

Memberi gambaran secara umum dan gambaran konkrit

iii.

Menceritakan latar belakang- latar tempat, situasi, geografi, masa, watak


dan perwatakan.

iv.

Medepankan fakta tertentu sebagai pendahuluan

v.

Memulai dengan ungkapan, slogan, cogan kata, peribahasa, bidalan,


perumpamaan

vi.

Memulakan karangan dengan tajuk berita akhbar, majalah, media


eletronik

vii.

Memetik pendapat, pandangan tokoh tertentu

viii.

Memetik frasa, ayat, daripada buku yang telah dibaca


15

ix.

Menggunakan puisi biasanya pantun

x.

Merujuk kepada isu, tajuk, atau hal semasa

Perenggan pendahuluan hendaklah mengandungi satu pernyataan atau ayat utama


atau ayat tesis dalam satu perenggan sahaja.Lalu mulai dengan menulis pendahuluan
berdasarkan kerangka yang telah dibina.
1. Pedahuluan jenis pendefinisian/ tafsir/konsep
Untuk pendahuluan jenis ini, tajuk atau isu yang dikemukan bersifat huraian,
penjelasan, perbahasan. Contohnya

Kesedaran berbudi

bahasa

dalam

kalangan masyarakat kini kian pudar. Bincangkan.


Tesis

: kesedaran berbudi bahasa

Kata kunci

: kian pudar

Contoh pendahuluan:
Budi bahasa bermaksud amalan mulia, terpuji yang dilakukan sepanjang
kehidupan kita bermasyarakat. Budi bahasa melambangkan hati nurani yang
luhur seseorang. Budi itu perbuatan dan bahasa itu perkataan. Berbudi bahasa
bermakna

antara

perbuatan

dengan

perkataan

hendaklah

seimbang.

Sehubungan dengan itu budi bahasa merupakan amalan yang mesti kita
amalkan sepanjang masa. Hal ini kerana sebagai masyarakat timur, kita kaya
kaya dengan nilai budi bahasa.

16

Latihan: 1

Sila tulis perenggan pendahuluan bentuk pendefinisian berdasarkan tajuk


berikut:

17

1. Makanan ringan menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu,

memakan makanan ringan boleh menimbulkan kesan sampingan.


Berikan pendapat anda.
2. Jimat cermat amalan terpuji. Huraikan
3. Kenal sejarah, kenallah bangsa.
4. Kaunselor berperanan sebagai pemudah cara, bukan penyelesai
masalah dalam kalangan pelajar bermasalah. Berikan pendapat anda.
5. Majulah sukan untuk negara. Sejauh manakah kenyataan tersebut
dapat memajukan sukan di negara kita ke peringkat antarabangsa?

2. Pendahuluan jenis bentuk gambaran, situasi atau keadaan.


Biasanya pendahuluan jenis ini, menceritakan keadaan persekitaran, keadaan
tempat, tinjauan masa kini dan masa hadapan. Contohnya, Kuasa-kuasa besar
dunia memiliki senjata nuklear. Sekiranya berlaku peperangan, kuasa besarlah
yang untung berbanding dengan negara miskin dan negara membangun.
Bincangkan.

18

Ayat tesis

: kuasa besar ada senjata nuklear

Kunci kata

: apa akan terjadi dengan negara miskin dan membangun


sekiranya berlaku peperangan.

Contoh:
Pada zaman sains dan teknologi, penggunaan senjata nuklear hanya dimonopoli
oleh kuasa besar atau negara kaya sahaja. Senjata ini boleh memusnahkan
bumi dan kehidupan alam dalam sekelip mata sahaja. Negara miskin dan
membangun khuatir sekiranya berlaku peperangan, mereka tidak mampu
melawan. Negara miskin dan membangun menjadi mangsa kemusnahan akibat
penggunaan senjata tersebut. Contohnya, apa yang berlaku di Hiroshima dan
Nagasaki ketika Perang Dunia Kedua.Senjata nuklear hanya mampu dibina oleh
negara kuasa besar sahaja.

Latihan: 2

Sila tulis perenggan pendahuluan bentuk gambaran, situasi atau keadaan


berdasarkan tajuk berikut:

19

1. Pencemaran alam kian giat berlaku dewasa ini. Ramai pencinta alam
berpendapat bahawa pemanasan dunia global berlaku kerana
kegiatan komersial lebih diutamakan daripada menjaga alam. Berikan
hujah anda.
2. Penunggang motosikal yang sering melakukan kesalahan wajar
digantung lesen memandunya sehingga lima tahun sekiranya didapati
mereka bersalah. Sejauh manakah kesan hukuman tersebut sekiranya
dilaksanakan. Bincangkan.
3. Saya inginkan dunia sejahtera pada abad mendatang. Tulis sebuah
karangan mengikut perasaan dan kehendak anda daripada tajuk di
atas.

3. Pendahuluan jenis slogan, cogan kata, peribahasa, bidalan, perumpaan


Pendahuluan jenis di atas, biasanya digunakan untuk memulakan karangan
berdasarkan tajuk yang ada kaitan dengan slogan, cogan kata, peribahasa atau
perumpaan yang bersifat interinsik (dalaman). Bahasa bersifat ambiguity dan
metafora sering

digunakan sebagai

daya

penarik sesebuah karangan.

Adakalanya bahasa retorik juga digunakan. Misalnya Negara Malaysia


mempunyai penduduk berbilang bangsa, agama, kebudayaan, fahaman politik
dan subetnik. Namun begitu negara kita aman damai dan keharmonian dapat
20

dikecapai

sehingga

kini

Sebagai

ketua

pelajar,

anda

dikehendeaki

menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar dari luar negara yang


sedang melawat

Malaysia. Kumpulan tersebut singgah di sekolah anda..

Sediakan teks ucapan tersebut.


Contoh:
Ungkapan yang pilih: Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua
Air dicincang tak akan putus,
Tuan-tuan dan puan-puan tetamu majlis hari ini.
Izinkan saya menggunakan premis perumpamaan di atas untuk menjelaskan
sejauh manakah ikatan perpaduan rakyat Malaysia pada hari ini sentiasa utuh,
harmoni, toleransi dan muhibah bak kata pepatah ibarat air dicincang tak akan
putus

Latihan 3
Tulis sebuah karangan yang berpendahuluan jenis cogan kata atau peribahasa
di bawah.

21

1. Sejauh manakah slogan iklan jualan murah dan harga runtuh menepati
sasaran kepada pengguna. Bincangkan
2. Jauh

berjalan

luas

pemandangan.

Tuliskan

sebuah

karangan

berdasarkan peribahasa tersebut.


3. Cintailah sungai kita. Sempena kempen menyintai sungai di negara
kita, amalan menjaga alam sekitar diberi penekanan sejak dari sekolah
lagi. Tuliskan sebuah rencana berdasarkan tajuk tersebut.
4. Tulis sebuah karangan tentang kejayaan negara kita dalam pelbagai
bidang berdasarkan slogan Malaysia Boleh.
5. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tuliskan karangan
berdasarkan pengalaman anda.

4. Pendahuluan jenis yang mendepankan fakta sebagai pendahuluan.


Teks yang ditulis berdasarkan fakta khusus yang terkini atau yang lepas.
Pendahuluan penulisan fakta biasaanya karangan jenis perbincangan seperti
elemen ekonomi, sejarah dan geografi.
Umpanya masalah ekonomi yang merudum buat masa kini, masalah tanah
runtuh yang sering melanda negara kita dan kejadian tsunami.
Contoh:
Tajuk :

Keadaan ekonomi negara kita buat masa ini boleh dikatakan


22

kurang berkembang akibat dan kesan ekonomi global dunia.


Bincangkan.

Ketika ini, keadaan ekonomi negara boleh dikatakan agak gawat. Kegagawatan
ekonomi melanda negara disebabkan beberapa faktor. Ekonomi dunia juga
gawat. Negara maju juga mengalami keadaan yanag sama. Hal yang demikian
menyebabkan keadaan ekonomi negara kita juga gawat. Rakyat memainkan
peranan untuk berjimat cermat ketika berbelanja. Kerajaan pula sedang giat
mengatur strategi memulihkan keadaan ekonomi supaya pulih.

Latihan 4:

Karangkan sebuah karangan berdasarkan tajuk di bawah dengan menggunakan


pendahuluan jenis fakta pada perenggan pertama.

1. Sebagai ahli korporat, anda dikehendaki membentang kertas kerja


bertajuk Menangani kelesuan ekonomi secara mikro untuk ahli
Persatuan Usahawan Muda.

23

2. Tsunami kedua mungkin berlaku di kawasan Asia Tenggara. Sebagai


ahli geologi, anda dikehendaki membentang kertas kerja, langkahlangkah awal bagi mengelakkan tragedi tsunami kedua.
3. Golongan belia pembina negara bangsa pada masa hadapan.
Bincangkan.
4. Penggunaan kad kredit sebagai ganti wang tunai ketika berbelanja
boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Sila
berikan hujah anda dan bagaimana mengatasinya.

5. Pendahuluan jenis puisi


Karangan jenis kreatif, sering menggunakan puisi untuk memulakan karangan
dalam perenggan pendahuluan. Puisi tersebut sinonim dengan maksud tersurat
dan tersirat kerana ada unsur metafora, ambiguiti dan gaya bahasa sastera
digunakan secara ketara. Bermakna pendahuluan karangan jenis ini ayatayatnya agak berbunga-bunga, indah dan menarik.
Contoh:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
24

Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun di atas saya nukilkan kerana saya sangat menghargai jasa pengorbanan
guru saya. Beliau telah mendidik, mengajar, mengasuh dan membimbing saya
ketika saya di tingkatan lima. Ketika itu saya belum matang untuk melihat masa
depan saya. Guru tersebut sering mengungkapkan berguru kepalang ajar, bagai
bunga kembang tak jadi Masih terasa suara keprihatinan beliau mengambil
berat ketika saya masih di tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)..

Latihan: 5

Berdasarkan pilihan tajuk karangan di bawah, mulakan karangan anda dengan


pendahuluan mengunakan beberapa jenis puisi yang sesuai.

1. Kenangan yang tidak saya lupakan. Tulis karangan berdasarkan


pengalaman yang pernah anda alami.

25

2. Anda dikehendaki menyampaikan syarahan motivasi kepada pelajar


yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) di sebuah sekolah pedalaman. Tulis teks syarahan tersebut.
3. Usah ditanya apakah sumbangan negara kepada kamu, tapi tanyalah
apakah baktimu untuk negara. Tulis karangan tersebut untuk
kakitangan baharu dalam sebuah jabatan kerajaan.
4. Remaja kini lebih ke arah menjalin percintaan walaupun sedang di
bangku persekolahan lagi. Tuliskan hal demikian.

6. Pendahuluan jenis gabungan


Pendahuluan jenis ini menggabungkan beberapa jenis pendahuluaan yang
dibincangkan di atas. Tujuan pendahuluan jenis ini untuk mempelbagaikan
rentak penulisan pada perenggan pertama. Pendahuluan jenis ini lebih mirp
kepada karangan berbentuk rencana atau karangan berformat.

Tajuk:

Perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab kerajaan. Namun


begitu ada ura-ura perkhidmatan ini akan diswastakan.
Setujukan anda?
26

Contoh:
Semua manusia ingin hidup sihat, cergas sepanjang masa. Kesihatan rakyat
hari ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pemakanan, amalan senaman
yang tidak tekal, gangguan alam sekitar dan sebagainya.. Hal tersebut
menyebabkan kualiti kesihatan semakin menurun. Oleh itu berbagai-bagai jenis
penyakit mudah menyerang. Apabila rakyat sakit tentunya mereka ke pusat
kesihatan seperti klinik dan hospital. Buat masa ini kadar caj tidaklah
membebankan rakyat. Sekira pihak swasta mengambil peranan, ramailah
golongan miskin dan berpendapat rendah menerima kesan apabila rawatan dan
ubat-ubatan yang diterima terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

Latihan 6

Tulis perenggan karangan pendahuluan jenis gabungan berdasarkan tajuk di


bawah.

1. Kualiti udara di negara kita terjejas akibat jerebu melanda ruang udara
negara. Bincangkan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia dapat
membantu mengurangkan kadar indeks pencemaran udara.
27

2. Walaupun gula itu manis, tetapi gula adalah racun. Jelaskan


pernyataan tersebut.
3. Gejala sosial semakin menjadi-jadi. Banyak diperkatakan kesalahan itu
berpunca daripada kegagalan guru mendidik anak murid. Sejauh
manakah kenyataan tersebut benar atau sebaliknya.
4. Aktiviti pembalakan yang dijalankan di negara kita perlu dikawal
supaya kemusnahan hutan tidak berlaku. Bincangkan.

9.0

MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN

SELEPAS penulisan perenggan pendahuluan, perenggan kedua, ketiga, keempat,


kelima, keenam dan seterusnya merupakan perenggan yang amat penting. Penting
kerana dalam perenggan ini, segala isi yang sudah didraf, akan ditulis sepenuhnya
dalam bentuk ayat lengkap, gramatis, mengandungi ayat tesis, ayat topik dan tanda
baca yang betul. Di samping itu, setiap isi utama disokong dengan contoh atau fakta.
Isi karangan yang baik bersifat analitikal perlu dikembangkan secara bersahaja. Ayat
tidak terlalu panjang, tidak terlalu banyak kata hubung sehingga sukar mencari inti pati
isi. Ayat tidak lewah, penggunaan kosa kata terhad. Susun atur ayat ada
kesinambungan daripada satu idea kepada satu idea.
28

Secara umumnya terdapat tiga jenis perenggan isi iaitu perenggan deduktif, perenggan
induktif, dan perenggan gabungan induktif dan deduktif atau elektik.
i.

Kaedah Deduktif

Perenggan ini dimulai dengan menyatakan isi karangan, kemudian diikuti penghuraaian
atau penjelasan isi. Huraian tersebut mengandungi ayat sokongan berserta bukti atau
contoh.untuk memantap idea utama.
Idea utama ------------ huraian + contoh + data ------- rumus
(isi karangan ---------- dihuraikan bersama-sama contoh, data ---dirumus

Contoh:
Tajuk: Masalah ponteng sekolah
Skop : Punca ponteng dan langkah atau cara mengatasinya
Isi:

i.

Suasana di sekolah yang tidak kondusif

ii.

Lemah mata pelajaran

iii.

Tidak mendapat perhatian guru semasa di sekolah

iv.

Masalah keluarga

v.

Pengarauh rakan sebaya yang negative


29

vi.

Cara mengatasi : kaunseling, motivasi, beri perhatian

vii.

Rumusan keseluruhan karangan

ii.

Kaedah Induktif

Perenggan induktif dimulai dengan penghuraian, keterangan, hujah, berserta contoh


dan bukti, diakhiri dengan pernyataan isi utama. Ini bermakna idea utama
dikemudiankan diikuti kesimpulan kecil dalam satu perenggan.

Huraian ----------- contoh + bukti + data -------- idea utama

Contoh:
Tajuk: Masalah ponteng sekolah
30

Skop : Pelajar ponteng ada sebab dan sekolah perlu mencari jalan untuk mengatasinya
Isi:

i.

Rasa bosan dengan pembelajaran yang tidak menarik

i.

Makin dihukum makin ponteng- protes

ii.

Lebih selesa berpeleseran sebab tiada siapa yang mengawalnya

iii.

Kejadian tersebutlah yang menyebabakan murid ponteng sekolah.

iv.

Pihak mencari alternative mengatasi masalah tersebut.

v.

Idea utama sebagai rumusan: gelaja ponteng sekolah rumusan.

iii.

Kaedah Elektik (deduktif-induktif)

Perenggan gabung jalin unsure deduktif dengan induktif iaitu isi mestilah didahulukan
dengan idea utama, diikuti dengan huraian, contoh bukti. Terdapat kesimpulan kecil
sebagai penutup perenggan,

Idea utama-------- huraian + contoh + bukti + data ------ Kesimpulan/Idea utama

Contoh:
Tajuk: Pencemaran air sungai
31

Skop : Air sungai semakin kotor. Air sungai punca air (paip)
Isi:

i.

Pembuangan sampah-sarap dalam sungai

i.

Pembuangan sisa toksid daripada kilang perusahaan

Masalah pencemaran air sungai berlaku apabila masyarakat tidak peduli tentang
tanggunggjawab menjaga alam sekitar. Membuang sampah-sarap, membuang bahan
toksid ke dalam sungai secara sewenang-wenangnya, menyebabkan iar sungai kotor.
Air sungai punca utama air yang di rawat untuk disalurkan ke rumah-rumah.
---------- mengapa sikap sedemikian terjadi? --------- huraian + rumusan

10.0

MENULIS PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

BERAKHIRNYA penulisan perenggan pendahuluan dan perenggan isi dalam sesebuah


karangan, bermakna karangan tersebut sudah ditamatkan perbincangannya. Idea
keseluruhan mesti diikat dengan rumusan sebagai satu kesimpulan.
Perenggan penutup ini ditulis dalam bentuk:
i.

Menyimpulkan dan merumuskan kesemua isi.

ii.

Menegaskan pendirian penulis sama ada bersetuju dan menerima atau


membantah, menolak isu atau tajuk atau topik yang dibincangkan.

32

Penanda wacana bagi menutup karangan seperti berikut;

i.

Sebagai kesimpulan perbincangan di atas ..

ii.

Dirumuskan bahawa.

iii.

Kesimpulannya.

iv.

Daripada perbincangan di atas

v.

Lantaran daripada itu

vi.

Oleh hal yang demikian

vii.

a. Hujah yang saya kemukakan adalah menyokong (setuju) dengan isu


yang dikemukan (tajuk karangan)..
b. Hujah yang saya kemukakan adalah menolak sama sekali (tidak
bersetuju dengan tajuk/isu)

viii.

Saya merumuskan

ix.

Harus diingat bahawa .. oleh itu janganlah sama sekali kita terjerumus
dalam lembah kehidupan tanpa .

Dalam perenggan penutup ada tip untuk ditulis iaitu;

33

i.

rumusan dan kesimpulan

ii.

cadangan

iii.

harapan

iv.

pendirian tentang isu

v.

pemujukan atau kuasa mempengaruhi

Contoh perenggan penutup.


Tajuk: Jauhi najis dadah
Sebagai kesimpulan, ketagihan dadah menyebabkan jiwa, jasad, emosi, minda dan
sifat kemanusia hilang. Maka anak-anak muda jangan sesekali menagih dadah. Sudah
tahu peria itu pahit, janganlah nak dirasa. Sudah tahu dadah itu berbahaya, jangan
hendak dicuba-cuba

Tajuk: Dunia masa hadapan yang saya idamkan

Hidup kita di dunia fana ini hanya sebentar. Sebelum saya meninggalkan dunia, saya
inginkan dunia ini aman damai, semua penghuninya hidup selesa. Tumbuhan dan

34

haiwan terpelihara. Oleh hal yang demikian kita perlu menjaga alam ciptaan Tuhan
dengan sebaik-baiknya.

Tajuk: Masa itu emas


Orang yang pandai menghargai masa, hidupnya teratur. Masa digunakan sepenuhnya
dengan untuk kerja yang berfaedah untuk diri sendiri, untuk masyarakat. Hargailah
masa umpama emas yang sangat berharga. Kesimpulannya, orang yang berjaya ialah
orang yang pandai mengurus masa hidupnya.

Latihan 7
Sila tulis sebuah perenggan penutup berdasarkan isu atau tajuk yang diberi.
Tajuk:
1. Masalah disiplin pelajar hari adalah tanggung jawab sekolah kerana masa
pelajar di sekolah lebih lama. Bincangkan.
2. Hidup berjiran amalan kita. Tanpa jiran siapalah kita. Tulis sebuah karangan
berdasarkan tajuk tersebut.

35

3. Sejak akhir-akhir ini, masalah merokok kian menjadi-jadi dalam kalangan remaja
sekolah.

Bincangkan

dan

berikan

cadangan

bagaimana

anda

boleh

mengurangkan gejala tersebut.


4. Belajar di dalam negara sendiri lebih baik, daripada belajar di luar Negara.
Setujukah anda dengan pandangan tersebut?
5. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Sila
karangkan sebuah karangan berdasarkan peribahasa yang diberi.

11.0

JENIS KARANGAN

KARANGAN dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu karangan berformat dan karangan
tidak berformat.
11.1

BERFORMAT

Karangan berformat ialah sebuah karangan yang mempunyai tata cara dan bentuk
penulisan yang mesti diikuti sepenuh.
Contoh karangan berformat ialah karangan berbentuk wawancara, karangan berita,
karangan surat kiriman rasmi, karangan laporan, karangan minit mesyuarat, karangan
iklan, karangan pengucapan awam; pidato, syarahan, bahas, ceramah, debat, dan
forum.
36

11.2

TIDAK BERFORMAT

Karangan tidak berformat ialah sebuah karangan yang tidak mempunyai gaya peraturan
tertentu. Karangan jenis ini boleh ditulis mengikut gaya penulis. Namun begitu, bukan
bermakna karangan sedemikian bebas daripada kaedah penulisan karangan. Dengan
perkataan lain karangan tidak berformat ialah karangan cerakinan minda atau idea
pengaran yang dikemukakan secara bersahaja.
Contoh karangan tidak berformat

ialah karangan berbentuk rencana, karangan

peneranagan, karangan sejarah, karangan kreatif, karangan berbentuk perbincangan,


karangan berbentuk peribahasa, karangan berbentuk cogan kata dan karangan
penceritaan,

12.0

STRATEGI PENULISAN

SEBELUM karangan ditulis, satu set

perancangan hendaklah disusun rapi

membolehkan seseorang meneruskan usaha mengarang. Satu strategi memulakan


langkah awal sebelum pena meneruskan tulisan mengikut rentak si penulis. Si penulis
menggunakan minda berimaginasi menulis daripada satu perkataan kepada satu
perkataan, daripada satu frasa kepada ayat yang lengkap. Antara strategi penulisan
seperti berikut:
1. Kata kunci
Kata kunci ialah kehendak soalan, contoh kata kunci:
i.

Bincangkan..
37

ii.

Beri ulasan tajuk tersebut

iii.

Beri pendapat/pandangan anda tentang

iv.

Huraikan dan bagaimana cara mengatasinya

v.

Tulis sebuah teks ucapan/syarahan/pidato

vi.

Tulis sepucuk surat tentang (lihat konteks soalan)..

vii.

Gambarkan .(karangan cereka) menghabiskan cereka

viii.

Perihalkan kisah .

2. Analisis tajuk
Analisis tajuk yang dipilih mesti sesuai dengan pengetahuan yang sedia ada.
Tajuk yang bagimana hendak dikarang. Lihat kata kuncinya.
3. Rangka karangan
Membuat draf atau kerangka karangaan yang mengandungi butiran seperti
berikut:
i.

Pendahuluan

ii.

Isi penting

iii.

Penutup

4. Draf dan penyemakan

38

Draf yang telah siap semak sekali lagi. Masukkan butir, data, contoh yang sesuai
sebagai menyokong hujah. Membuat draf sebelum karangan ditulis merupakan
langkah yang bijak. Tanpa draf, sukar untuk meneruskan penulisan karangan
kerana tiada panduan.
5. Penyemakan dan penerbitan
Semak semakan akhir sangat penting. Semak jumlah isi, contoh yang sesuai,
jumlah perkataan yang dikehendaki (untuk peperiksaan), semak ejaan dan ayat.
Dan akhir sekali proses penerbitan sekiranya karangan itu untuk diterbitkan.

13.0

PANDUAN RINGKAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENULISAN KARANGAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menjelaskan tujuan karangan
ditulis, bagaimana karangan ditulis dan bagaimana pemarkahan diberi.
Perancangan menulis karangan meliputi beberapa elemen yang perlu diberi perhatian
kepada pelajar, antaranya:
13.1

Persiapan awal mengarang

39

i.

Telitikan tajuk yang hendak dikarang. Pelajar dikehendaki memilih tajuk


yang mudah, yang ada dalam pengetahuan pelajar. Pelajar dikehendaki
membuat rujukan.

ii.

Peristiwa yang benar-benar berlaku, pernah dilihat, ditonton, didengar


atau dirasai oleh pelajar memudahkan proses mengarang. Gannguan
komunikasi akan berlaku sekiranya pelajar belum bersedia untuk
mengarang.

iii.

Penyenaraian nota tentang kosa kata, istilah, maklumat terkini. Pelajar


dikehendaki menyenarai seberapa banyak maklumat untuk memudahkan
pembinaan ayat dan struktur bahasa yang baik.

iv.

Tip: Pelajar dikehendaki membaca berbagai-bagai buku, majalah, akhbar,


novel, cerpen, puisi, buku-buku teks yang khusus dan buku rujukan.
Dengan membaca bermakna segala maklumat, pengetahuan ada dalam
minda sepanjang masa.

v.

Penghujahan: pelajar digalakkan berhujah dengan nada tegas, ada prisip,


ada bukti, dan dapat diberi kesimpulan khusus mengikut fahaman dirinya.

13.2

Memilih tajuk karangan. Pelajar harus memilih tajuk yang:


i.

Tajuk yang relevan (khusus untuk penulisan karangan dalam peperiksaan)

ii.

Semasa peperiksaan, tajuk yang hendak dipilih mesti jelas. Pilih satu
sahaja. Jangan benarkan pelajar memilih lebih daripada satu tajuk. Hal
demikian boleh member tumpuan seratus peratus tajuk yang dipilih.
40

iii.

Baca keseluruhan tajuk. Pelajar hendaklah menanda kehendak tajuk atau


pokok perbincangan secara khusus.

iv.

Tip: berikan tip kepada pelajar untuk memilih tajuk yang diminati. Lihat
frasa tertentu yang menjadi pokok perbincangan. Baca ayat akhir, kerana
ada frasa ayat akhir itu adalah kehendak penulisan karangan.

Contoh:

Bincangkan ...
a) Bincangkan bagaimana anda boleh merancang
pembangunan di sesebuah kawasan untuk pembangunan
perumahan.
Huraikan
b) Huraikan mengapa dan cara mengatasi masalah

Pembuangan sampah daalam sungai.


13.3

Merangka karangan
i.

Ingatkan pelajar supaya membuat draf karangan terlebih dahulu sebelum


penulisan karangan sebenar itu di tulis, proses menulis kerang perlu
dibuat.
41

ii.

Rangka karangan (draf), mengandungi


a. Pendahuluan karangan
b. Isi karangan antara empat hingga lima isi dengan contohnya sekali.
Bergantung kepada panjang atau pendek (jumlah perkataan yang
dikehendaki)
c. Penutup karangan. Gunakan frasa penutup.

13.4

Penjumlahan perkataan

i.

Jumlah perkataan bergantung kepada arahan soalan (sekiranya dalam


peperiksaan). Penulisan umum (untuk majalah, akhbar, jurnal) berbeza
jumlah perkataan yang perlu ditulis)

13.5

Laras bahasa
Aspek laras bahasa dalam karangan berbeza-beza mengikut displin seperti

displin sejarah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, agama, sukan, kesusasteraan dan


sebagainya. Setiap disiplin mempunyai laras tersendiri. Pelajar perlu menggunakan
laras yang tepat.

42

14.0

ASIDIBAMBI

ASIDIBAMBI, satu singkatan bagi perkataan Apa, Siapa, Di mana, Bagaimana,


Mengapa dan Bila
Apa -------------------- apa yang berlaku, apa bendanya, apa yang dikehendaki..
Siapa ----------------- siapa yang terlibat, siapa yang menyuruh/mengarah/meminta
Di mana ------------- di mana peristiwa berlaku, tempat, lokasi
Bagaima ------------ bagaimana peristiwa itu berlaku, bagaimana keadaannya,
Mengapa ----------- mengapa peristiwa itu berlaku, apa sebab musabab
Bila ------------------- bila, masa, tarikh, waktu

Contoh:
Tajuk: Melancong ke Melaka Bandar Bersejarah
Apa ------------ apa yang dimaksudkan melancong?
43

Siapa --------- pelancong dalam negara , pelancong luar negara.


Di mana --- di negeri Melaka. kawasan (geografi)
Bagaimana ---- menaiki teksi, bas, kereta persendirian.
Bagaimana suasana Bandar Melaka? Cantik, menarik. Tempat yang
perlu dilawati
Mengapa --------- dinamakan Bandar bersejarah kerana ada penemuan sejarah
zaman kerajaan Melaka Melaka, dan peninggalan sejarah penjajahan Portugis, Belanda
dan Inggeris ke atas negeri Melaka.
Bila ----------- musim cuti sekolah, lawatan pakej daripada sekolah, lawatan
persendirian.

Latihan 8

44

Dengan menggunakan strategi ASIDIBAMBI,


daripada tajuk berikut:

sila karangkan sebuah karangan

1. Pengalaman melancong ke luar negara.


2. Sukan memartabatkan nama negara.
3. Kerja gotong-royong perlu diamalkan.
4. Hari perayaan di Malaysia boleh menyatupadukan rakyat.
5. Kejayaan hari esok bermula hari ini.

BIBLIOGRAFI
Abdul Jalil Othman (2001). Analisis tautan ayat dari segi kohesi, nahuan dan leksikal
dalam penulisan karangan. Tesis M.Ed. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Komunikasi di tempat kerja. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Amat Juhari Moain (1992). Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1988). Penggunaan bahasa dalam surat rasmi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (1990). Konsep kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala
33.
Emery, R., Ault, P. & Agee, W.K. (1965). Introduction to mass communication.
Bombay
Bombay : Valkis, Feefer & Simons Printer Ltd.
Flower, L.S. (1985). Problem-solving strategies in writing. San Diego: HBJ.
Isahak Haron (1979). Panduan pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah menengah:
45

Pembinaan satu `conceptual framework dalam penulisan karangan. Dewan


Bahasa,
23(2), 9-26.
Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1989). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu


kurikulum
bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khatijah Abdul Hamid (1998). Analisis kohesi dan koheren dalam karangan Bahasa
Melayu pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah. Tesis Ph.D.,
Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Koh Boh Boon (1981). Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Marohaini Yusoff (1997). Kemahiran menulis karangan di kalangan pelajar
tingkatan empat. Tesis Ph.D., Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Mashudi bin Bahari (2006). Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan
Karangan:
Analisis Kesilapan Komponen Bahasa dalam Surat Kiriman Rasmi Tulisan
Pelajar.
Tesis Ph.D., Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Jonit Mohd. Johari (1993). Pengajaran kemahiran menulis dalam mata
pelajaran
46

Bahasa Melayu pada peringkat menengah atas. Tesis Ph.d. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1986). Kuala Lumpur: Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu/Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri (1997). Komunikasi berkesan jilid II (Penulisan memo, surat,
laporan,
minit mesyuarat). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd. Nor (2004). Seni mengarang. Shah Alam:
Sulaiman Masri, Mashudi Bahari dan Juliliyana Mohd Junid: 2007) Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ahmad (Za`ba) (1953). Pelita Bahasa Melayu penggal II. Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (1999). Pelita bahasa jilid I, II, III (Edisi Baharu). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

47

Anda mungkin juga menyukai