Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

BENGKEL CUCI KERETA


CCSC SEMBRONG, AADK DAERAH KLUANG
1.0 PENDAHULUAN
Mewujudkan Penempatan Latihan Dalam Pekerjaan kepada residen di CCSC
ataupun Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan adalah merupakan salah
satu dari tujuh komponen program dalam rawatan dan pemulihan. Program ini
bertujuan agar residen akan dapat meneroka bidang pekerjaan selain mendapat
kemahiran hidup yang berguna untuk digunakan dalam kehidupan selain bergaul
dengan masyarakat dan semestinya memberi manfaat yang positif kepada mereka.
Selain itu ia mampu memberikan sumber pendapatan kepada mereka dan juga
mampu memberikan imej yang positif kepada mereka. Adalah diharapkan
pelaksanaan projek ini mampu memberikan impak yang positif kepada residen dan
hasil yang diperolehi adalah sebagaimana yang diharapkan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan kepada residen dalam latihan penempatan
pekerjaan.
2.2 Dapat mempertingkatkan harga diri serta menjadi anggota masyarakat
yang produktif.
2.3 Mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
2.4 Mempertingkatkan sumber ekonomi residen dan keluarga.
2.5 Bersama-sama menyumbangkan tenaga bagi menjana pembangunan
negara.
3.0 MATLAMAT
Untuk membantu penagih-penagih dadah dan bekas-bekas penagih dadah berdikari
dan meningkatkan status diri sebagai individu yang insaf, produktif dan berguna
kepada masyarakat.
4.0 PERJALANAN PROJEK
4.1 Pusat Khidmat / CCSC Sembrong menyedia infrastruktur seperti tapak
projek, keperluan asas bengkel cuci kereta dan memilih seorang dari
residen yang mempunyai ciri kepimpinan untuk menjadi Ketua Projek
dengan dibantu oleh 3 ke 4 orang residen lain. Akan tetapi keseluruhan
projek akan dipantau oleh seorang Pegawai AADK Daerah Kluang. Pihak
AADK akan membayar gaji berdasarkan kepada kuantiti kerja yang
dilaksanakan dengan kadar bayaran 40:60; dimana 40% dibayar kepada
residen dan 60% kepada CCSC Sembrong.

5.0 WAKTU URUSNIAGA


Urusniaga akan dijalankan pada waktu siang sahaja seperti ketentuan berikut:
MASA

8.00 pagi 5.00 petang

HARI

ISNIN AHAD (Sepanjang minggu)

LOKASI

Bahagian hadapan
CCSC Sembrong
Jalan Lingkaran 5
Taman Sri Lambak
Kluang, Johor.

6.0 KUMPULAN SASAR


6.1 Residen CCSC Sembrong
7.0 ANGGARAN PEKERJA
Bergantung kepada kemampuan bengkel dan sambutan pasaran. Pada peringkat
awal seorang Ketua dan 3 ke 4 orang pekerja.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
KEPERLUAN ASAS BENGKEL CUCI KERETA
BIL.

JENIS BARANG

1.

COMPRESSOR

2.

RUBBER HOST & CAPLING


8.5mm
PAM AIR FUJI
MOTOR 2 hp
1 Gulung Host
VACCUM CLEANER 40 liter
(Double blower)
POLYTANK 500 gelen (tapak
bulat)
WASHING GUN
BAHAN PENCUCI
BLADE PENGELAP
CERMIN
KAIN TUALA

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

KABINET BESI
(untuk menyimpan peralatan
seperti compressor, vaccum
cleaner, pam air dan motor

MODEL
Benma 3A
HP 2.5

HARGA
SEUNIT
RM700.00

FJ 30

GOOD
MORNING
Di tempah

JUMLAH

JUMLAH

RM700.00

40 kaki

RM150.00

1
1
70 kaki
1

RM1200.00

RM1000.00

RM100.00
RM100.00
RM25.00

1
12 beg
6 unit

RM100.00
RM100.00
RM150.00

RM1.50

36 unit

RM54.00

1 unit

RM1200.00

RM1200.00
Standard
size
DG 10-EC

KUANTITI

RM1200.00

RM5854.00

KEPERLUAN ASAS TAPAK BENGKEL DAN KEMUDAHAN


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.

KEPERLUAN
KUANTITI
BAHAN
Sambungan
1
Air
Sambungan
1
Elektrik
Ramp cuci
Lump sum
kereta
Perparitan
Lump sum
(saiz 9 inci)
Khemah (20
2 unit
kaki x 20 kaki)
Kerusi Plastik
10 unit
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN

JUMLAH

CATATAN
RM750.00
RM750.00

RM3500.00

RM3500.00

RM1000.00

RM1000.00

RM4600.00

RM4600.00

RM1000.00

RM1000.00
RM11,600.00
RM17,454.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya Bengkel Cuci Kereta ini akan menjadi satu projek
yang berjaya dan menjadi pemangkin kepada projek-projek yang lain. Sebagai
projek permulaan bagi CCSC Sembrong, Kluang, ianya akan memberikan manfaat
dan peluang pekerjaan kepada residen serta akan memberikan imej yang positif
kepada CCSC Sembrong umumnya dan AADK Negeri Johor khasnya.
Disediakan oleh,

(MOHD DZULKIFLI BIN ISNAIN)


Penolong Pegawai Antidadah, S 32
AADK Daerah Kluang

Disemak oleh,

(RODIAH BTE. TAUFIK)


Ketua AADK Daerah
Kluang.

Anda mungkin juga menyukai