Anda di halaman 1dari 27

Beberapa contoh tingkah laku yang menghalang

kejayaan akademik / bukan akademik di sekolah.

1. Motivasi kendiri yang rendah


2. Penumpuan perhatian yang rendah
3. Tidak mesra dan sukar menerima arahan
guru
4. Menarik diri dari aktiviti kelas
5. Agresif, melanggar peraturan dan sentiasa
mempunyai perasaan negatif.
6. Kelakuan hyperaktif / resah
7. Kurang kemahiran mengawal emosi
8. Ponteng
9. Bergaduh
10. Merosakkan harta benda sekolah
11. Membuli
12. Merokok
13. Peras ugut
Definisi Tingkah laku:

Tingkah laku adalah sebahagian daripada


elemen sikap bagi seseorang individu.
Menurut Azizi (2005), tingkah laku
merupakan penampilan dan hasil
terjemahan atau ekspresi terhadap
perubahan emosi, perasaan dan pemikiran.

Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal


yang boleh dilihat dengan mata kasar
 Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus @ tidak, secara sedar @ separa
sedar.

 Sebarang tingkah laku dianggap tidak sesuai


kepada sesuatu tempat @ keadaan di mana ia
berlaku.
PENGURUSAN TINGKAH LAKU

SOALAN 1:
i) Berikan beberapa contoh tingkah laku yang
menghalang kejayaan akademik / bukan akademik di
sekolah

Sehubungan dengan itu, berikan contoh-contoh tingkah

laku yang membantu / meningkatkan kejayaan di


sekolah.

ii) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah


laku manusia
CONTOH-CONTOH TINGKAH LAKU YANG
MEMBANTU / MENINGKATKAN KEJAYAAN DI SEKOLAH
 Penumpuan perhatian secara konsisten
 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan
di luar kelas
 Tidak terlalu bergantung kepada seseorang
(harus bersikap independent)
 Sikap hormat dan mesra dengan guru
 Sabar dan tidak gopoh
 Motivasi kendiri yang tinggi
 Patuh pada perintah dan sentiasa mempunyai
perasaan positif
 Memberikan jawapan yang munasabah
 Mempunyai kemahiran mengawal emosi
 Tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar
peraturan sekolah
 seperti makan di dalam kelas, banyak bercakap,
sentiasa berlari-lari,
 bising dan membuang sampah di merata-rata tempat.
 Tidak ponteng sekolah
 Tidak melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri,
membuli, peras
 ugut, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah
(unsur-unsur
 Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan sendiri
 vandalisma)
 Tidak merokok atau minum minuman keras
 Tidak melakukan gangguan seksual
1. Faktor Biologikal/Genetik @ Baka
2. Faktor Diri Murid
3. Faktor Keluarga
4. Faktor Masyarakat
5. Faktor Sekolah
6. Faktor Rakan Sebaya
7. Faktor Pengaruh Media
Faktor Biologikal

Genetik ialah unit unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa
kepada anak anak.

Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang


mengandungi gen. Kerosakan gen ini akan membawa
kepada masalah jiwa.

Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu


adrenalina dan noradrelin yang boleh menyebabkan
manusia sentiasa tegang dan tertekan.
Minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi
melalui baka
genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka
genetik tidak
dapat dikawal sepenuh nya.Setiap individu mempunyai
kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa
yang diwarisinya. Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman
( 1964 )
 

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga


boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di
sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal
berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa
dan hilang minat untuk belajar.
 
Faktor Diri Murid

ii. Faktor Psikodinamik:

Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman diri


yang wujud dalam bentuk tidak disedari seperti proses
represi, ingatan memilukan dan keinginan yang tidak
dapat dipuaskan.

Menurut Duke ( 1980 )


Setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya
sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak
berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri
mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu
apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence
of student’s free will “.

 
 
Mengikut Rabven ( 1977 )

apabila murid-murid tidak berminat dalam mata


pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat
mereka maka murid-murid tersebut akan hilang
semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang
terlintas dalam fikiran mereka.
 Faktor Keluarga

Rumah adalah kilang menghasilkan peribadi


manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak
mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak
yang tidak bermoral. Parsona ( 1964 )

Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan


rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir
dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan
generasi muda.

Menurut Dunhill ( 1965 )


mendapati keadaan dalam kelas yang tidak
dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin
kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak
yang kurang baik di kalangan murid.
 Kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan
Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa
perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan
salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di
sekolah

 Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 )


 mengenai “ Jevenile Delinquency ‘ mengesahkan bahawa
hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah
datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

 Menurut Hussein Mahmood ( 1980 )


 mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu
tinggal juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan
pendidikan dan tingkah laku kanak-kanak.

Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau


dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan
jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang ,
dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka
mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi
emosi dan sosial

Di mana ianya boleh membantutkan perkembangan dan


kemajuan kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku sempurna.
 Faktor Masyarakat

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 )


mengatakan apabila salah laku itu sudah
menjadi kebudayaan kecil
( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu
maka individu-individu di dalamnya akan
menyesuaikan diri
Dengan keadaan itu.
Faktor Sekolah
 
Hasil dari pembelajaran yang tidak
sesuai,sama ada secara langsung tau tidak
langsung akan menyebabkan fobia dan
kemurungan

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid.


Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak
mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah
tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Menurut Dunhill ( 1965 )


mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan
dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan
demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di
kalangan murid.
Mengikut Rabven ( 1977 )
apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, maka
murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja
yang terlintas di dalam hati mereka.
 
Mengikut Waller ( 1939 )
asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di
antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana
masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih
buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang
apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). 

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan


Gordon ( 1974 )
berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya
akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan
menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti
tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga
yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.
2. Pengaruh Rakan Sebaya

Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan


yang sama umur dari segi perlakuan dan
percakapan.

Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat


mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
3. Pengaruh Media
Media masa turut menyumbang dan memberi
kesan terhadap perkembangan tingkah laku
kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh
dengan aksi atau lakonan apabila mereka
menonton atau membaca .

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan


apa yang mereka lihat sama ada melalui
suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan
oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang
ditonton. ( Bandura, 1986 )
Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah :-

1. Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa


saiz rumah,
kedudukankawasan,bilanganahli,kemudahan,suasana
persekitaran sekolah yang kurang konduksif
berhampirankawasan pembinaan, jauh dari bandar,terpencil,tiada
kemudahan asas

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat


bantu mengajar yang tidak menarik, cara penyampaian guru
yang monotone dan sukar difahami oleh murid- Dunhill
( 1965 )

3. Keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan


baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat
menumpukan perhatian
dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Faktor-faktor yang menyebabkan
tingkah laku
bermasalah dalam bilik darjah :-

4. Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif


Bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang kotor,
tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid

5. Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang


terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu
menggunakan kaedah hukuman atau dendaan,
perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi
6. Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat
perhatian sekolah
murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan,
maslah murid tidak
didengari atau diambil perhatian, tiada kompromi
dari guru

7. Penilaian negatif
mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas
dendam
8 BIOKIMIA

9. KESIHATAN

MURID YANG KURANG SIHAT MENGALAMI KEMURUNGAN DAN IANYA


MENGGANGGU PROSES P&P DI DALAM BILIK DARJAH

10. PEMAKANAN

BAGI KANAK-KANAK HYPERAKTIF, MAKANAN MERUPAKAN ANTARA FAKTOR


YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU. CONTOHNYA MAKAN
MAKANAN YANG TERLALU PEDAS AKAN MENJADIKAN MEREKA LEBIH AKTIF
Oleh :
Siti Maimunah bt Kosnun
Noorashikin bt Arifin
Dhazita binti Ab Rahman

Anda mungkin juga menyukai