Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI MATEMATIK

Subjek Matematik Asas ( MTZ1024) ialah salah satu subjek wajib yang perlu diambil
untuk PPISMP semester satu. Subjek ini diajar oleh Puan Shamsiah. Subjek ini
mempunyai tiga tajuk besar iaitu Nombor, Persamaan dan Ketaksamaan Linear dan
Kuadratik serta Pemprograman Linear, dan tajuk ketiga ialah Jujukan dan Siri.
Kekuatan semasa mempelajari subjek matematik ini ialah keseronokan untuk
mengenali nombor. Puan Syamsiah telah mengadakan satu permainan untuk kami lebih
mengenali jenis nombor. Hal ini menjadikan kelas lebih seronok dan tidak
membosankan. Selain itu, kami diminta untuk membuat satu kad tanda nama di atas
meja masing-masing. Ini membolehkan Puan Shamsiah untuk mengenali nama kami.
Kekuatan yang lain pula ialah saya suka dengan cara pengajaran Puan Shamsiah.
Beliau menerangkan sesuatu topik dengan jelas dan terang supaya kami dapat
memahaminya. Madam Ho juga menggunakan marker pen yang berbeza warna. Contoh
soalan juga diberi untuk setiap kaedah. Seterusnya, Puan Sham akan memanggil
beberapa orang pelajar untuk menyelesaikan soalan di papan putih. Cara ini sangat
bagus kerana pelajar dapat lebih memahami dan Puan Sham juga dapat membetulkan
terus jika terdapat kesilapan dalam penyelesaian soalan tersebut.
Kelemahan saya semasa mempelajari subjek ini ialah kurang mahir dalam tajuk
surd dan konjugat dan pemprograman linear. Kadang kala, soalan yang diberi dapat
dijawab, kadang kala boleh tidak dapat diselesaikan sehingga lengkap. Selain itu, kelas
matematik pada waktu tengah hari juga mengundang rasa mengantuk dalam kelas. Hal
ini menyebabkan saya kurang tumpuan dalam kelas.
Cara untuk membaiki kelemahan ini ialah dengan sering membuat latihan
berkenaan topik yang sukar difahami. Saya perlu menyiapkan latihan yang diberi oleh
Puan Sham membuat soalan latihan dalam buku rujukan dan mencari soalan-soalan di
internet. Selain itu, saya hendaklah mengunjungi perpustakaan untuk mencari dan
meminjam buku rujukan matematik. Buku ini sangat berguna untuk saya lebih
memahami tajuk tersebut dengan melihat contoh-contoh yang diberi. Saya juga boleh
berjumpa dengan Puan Sham di biliknya sekiranya masih belum dapat memahami
sesuatu topik tersebut. Saya juga boleh meminta bantuan rakan-rakan yang lebih mahir
untuk memberi tunjuk ajar.

Anda mungkin juga menyukai