Anda di halaman 1dari 3

Saya dari kelas PPISMP MT1 semester1 bagi tahun 2013 telah berjaya

melaksanakan tugasan mengenai segitiga dan transformasi. Dalam matematik, ada


beberapa nombor yang penting seperti e, log dan . Nombor-nombor ini digunakan
dalam banyak bidang. Pengetahuan yang lebih mendalam tentang nombor-nombor ini
adalah menguntungkan saya untuk meningkatkan pengetahuannya. Pensyarah saya
telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada saya tentang
nombor-nombor tersebut.

Dalam tugasan ini, saya telah mencari informasi daripada pelbagai sumber
seperti buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber
internet. Secara jujurnya, saya juga telah mengalami pelbagai rintangan untuk mencari
buku-buku tentang eksponen(e),pi() dan nisbah keemasan(). Saya berusaha untuk
mencari buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus saya di Perpustakaan Awam
Shah Alam, Petaling Jaya tetapi saya tidak mendapat maklumat yang secukupnya.
Saya tidak berputus asa dan terus cari informasi daripada pelbagai seperti surat khabar,
majalah, internet, buku-buku dan sebagainya.Akhirnya, saya berjaya mendapat
maklumat daripada sumber buku-buku dan juga sumber internet.

Selain itu, saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan sekelas saya
tentang tugasan ini. Saya berkongsi maklumat dengan rakan sekelas saya. Saya dan
kawan-kawan saya mencari kaedah penyelesaian Kuadratik sehingga lewat malam.
Disini saya belajar betapa pentingnya komunikasi antara satu sama lain. Kita berdua
berganding bahu dan tolong menolong antara satu sama lain untuk menyempunakan
kerja kursus ini. Menerusi ini, saya dapat meningkatkan kemahiran berfikir,
berkomunikasi antara satu sama lain. Kami dapat mewujudkan satu perhubungan yang
sihat.

Secara jujur saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan. Ini kerana, saya mempunyai banyak tugasan lain yang perlu
disiapkan dalam masa yang singkat. Walaubagaimana pun, saya tidak berputus asa
dan mencari maklumat yang berkait tentang eksponen(e),pi() dan nisbah keemasan()
sehingga lewat malam. Saya melalui pelbagai cabaran semasa membuat kerja kursus.
Tetapi cabaran - cabaran tersebut mengajar saya untuk tidak mudah berputus asa jika
hendak mencapai hasrat.

Antara kelebihan yang saya dapat melalui kerja kursus ini ialah saya sedar
bahawa komunikasi dengan senior sangat penting dalam melaksanakan sesuatu kerja
dan komunikasi juga membantu mengeratkan hubungan antara saya pelajar guru yang
tidak sama kelas dengan saya. Saya mendapat bantuan daripada pelajar guru senior
yang bernama Neesha yang sama blok dengan saya untuk menyiapkan kerja kursus
saya dengan baik.Tunjuk ajar beliau membantu saya untuk menghasilkan hasil kerja
kursus yang baik. Sesungguhnya sebagai guru pelatih saya harus mempunyai teknik
berkomunikasi yang berkesan supaya saya dapat memberikan mesej yang efektif
kepada semua anak murid saya.

Saya lebih mengenali tentang nombor yang penting seperti e, log dan . Saya
mengetahui e dipanggil sebagai nombor Euler. Simbol E mula digunakan oleh ahli
matematik Leonhard Euler Switzerland (1707-1783). Tambahan pula,nombor e telah
diterbitkan pada tahun 1618 dalam jadual lampiran daripada kerja John Napier.
Logaritma adalah konsep algebra yang melengkapkan "bulatan berganda" (yang
digambarkan ke kanan), metafora untuk tiga pembolehubah dalam ungkapan berganda
generik. Logaritma merupakan suatu bilangan eksponen yang telah ditetapkan nilainya.
Nisbah keemasan adalah pemalar matematik tak nisbah, bernilai lebih kurang
1.6180339887. Sebutan lain yang sering digunakan untuk nisbah keemasan adalah
seksyen keemasan dan purata keemasan. Kerja kursus ini memberika kesan baik untuk
meningkatkan pengetahuan saya.

Lebih-lebih lagi, saya mempelajari perbezaan diantara nombor e, log dan .


Dengan menyempurnakan kerja kursus ini saya dapat memupuk nilai
disiplin dalam diri saya. Saya berasa takut semasa menerima kerja kursus daripada
pensyarah saya kerana inilah kerja kursus yang pertama saya menerima selepas
menjejak kaki di IPGKPP. Oleh itu saya berhasrat untuk menyiapkan kerja kursus
dengan baik. Sebelum ini saya meluangkan masa untuk melayari Facebook apabila
menerima kerja kursus matematik saya menumpukan sepenuh perhatian saya dalam
membuat kerja kursus. Saya juga mengenali kebolehan dan kemahiran diri semasa
membuat kerja kursus ini. Saya berasa gembira semasa melihat hasil kerja saya iaitu
folio kerja kursus matematik kerana hasil kerja kursus saya dipuji oleh ahli keluarga
saya sendiri dan kawan-kawan saya. Barulah saya mengenali kebolehan dan
kemahiran diri saya. Saya juga memupuk nilai semangat , toleransi, jitu, kemas,
sistematik dan kerjasama semasa membuat kerja kursus ini.

Akhirulkalam, saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pensyarah


matematik saya yang membantu saya dalam banyak aspek. Beliau tidak bemasam
muka semasa saya bertemu beliau. Beliau meluangkan masa untuk membantu saya
dalam menyelesaikan masalah matematik. Kasih saying pensyarah matematik
membuatkan saya meneruskan perjalanan saya dalam menyiapkan kerja kursus
dengan jaya.Akhir sekali, tugasan ini dapat membantu saya untuk menguasai nombor
e, log dan secara mendalam dan secara langsung meningkatkan daya pemikiran
terhadap tajuk ini.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai