Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ PERDANA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA

KURSUS PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOLEJ


MAHASISWA KOLEJ PERDANA SESI 2014/2015

TARIKH
4-6 DISEMBER 2014
8-10 JANUARI 2015

TEMPAT
KEM DIMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE, MUAR
KOLEJ PERDANA, UTM.

ANJURAN
KOLEJ PERDANA
UNIVERSIT TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA
KURSUS PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA
KOLEJ PERDANA, 2014/2015
1.0

NAMA PERSATUAN / IPTA


Kolej Perdana, UTM.

2.0

TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan kelulusan dan
peruntukkan kewangan daripada Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA)
bagi mengadakan program Kursus Pembentukan Jawatankuasa Kolej
Mahasiswa Kolej Perdana Sesi 2014/2015.

3.0

PENDAHULUAN
Kursus Pembentukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana
2014/2015 adalah satu program wajib yang dijalankan oleh pentadbiran Kolej
Perdana dengan kerjasama Pejabat HEMA UTM pada setiap sesi pengajian
bertujuan mengadakan pemilihan untuk membentuk barisan JKM KP yang
baharu bagi menggantikan barisan JKM KP yang telah tamat tempoh
kepimpinan.

4.0

NAMA PROGRAM
KURSUS PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA
KOLEJ PERDANA, 2014/2015.

5.0

TEMA
KEPIMPINAN UNGGUL, SAHSIAH TERPUJI.

6.0

MATLAMAT
Program ini adalah bertujuan membentuk barisan kempimpinan JKM KP bagi
Sesi 2014/2015

7.0

OBJEKTIF
7.1

Membina ikatan yang erat sesama ahli JKM KP sesi yang baharu.

7.2

Membina keyakinan dan sifat kepimpinan dalam diri peserta.

7.3

Membina motivasi diri peserta.

7.4

Mendedahkan peranan JKM KP kepada peserta.

7.5

Membina daya saing dalam diri peserta dalam membentuk kepimpinan


yang unggul.

7.6

Memberi peluang kepada peserta merangka program-program kolej.

7.7

Memberi bimbangan dan panduan tadbir urus organisasi.

7.8

Memberi bimbingan dan panduan dalam hal ehwal pentadbiran dan


pengurusan.

8.0

PENGANJUR
Pejabat Kolej Perdana dengan kerjasama Pejabat HEMA UTM.

9.0

TARIKH PELAKSANAAN
Fasa I 4 hingga 6 Disember 2014
Fasa II 8 hingga 10 Januari 2015

10.0

TEMPAT PELAKSANAAN
Fasa I Kem DImpian Resort & Training Centre (DRTC), Muar.
Fasa II Kolej Perdana

11.0

TEMPOH PELAKSANAAN
3 Hari

12.0

PENGISIAN PROGRAM
Bagi tujuan pemilihan, terdapat beberapa bentuk program bagi tujuan
penilaian diri peserta:
12.1

Latihan dalam kumpulan (LDK)


LDK akan dilaksanakan bagi menilai kreativiti dan komunikasi peserta
dan melihat kebolehan penyelesaian masalah peserta.

12.2

Dynamic Games
Program ini menilai kemampuan bekerja dalam kumpulan, berfikir
secara kritis dan kreatif, kebolehan menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

12.3

Aktiviti Luar/Lasak
Penilaian keperibadian

peserta, membina keyakinan diri

membentuk kemampuan diri peserta.

dan

12.4

Kuliah
Memberi

pendedahan

secara

teori

kepada

peserta

mengenai

kepimpinan dan tanggungjawab pemimpin.

13.0

PENYERTAAN
Penyertaan adalah daripada kalangan mahasiswa Kolej Perdana yang
memohon untuk menjadi ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana.
Bagi memastikan barisan JKM KP adalah yang paling kompeten, beberapa
kriteria pemilihan telah ditetapkan iaitu:
13.1

Tahap pencapaian akademik yang baik.

13.2

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

13.3

Tahap penglibatan yang baik dalam aktiviti anjuran persatuan


mahasiswa, kolej dan universiti.

13.4

Mempunyai

minat,

kesungguhan

dan

kesanggupan

mengorbankan masa dan tenaga bagi menganggotai JKM KP.

14.0

15.0

BILANGAN PESERTA
14.1

40 pelajar

14.2

10 pegawai

JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran A

16.0

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran B

17.0

ATURCARA PROGRAM
Rujuk Lampiran C

18.0

ULASAN PENASIHAT
Rujuk Lampiran D

19.0

RINGKASAN EKSEKUTIF
Rujuk Lampiran E

untuk

20.0

PENUTUP
Pihak Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia berpendapat program ini
seharusnya diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat agar matlamat
program ini dapat dicapai bersama. Penyertaan yang benar-benar menceburkan
diri secara optimum seharusnya dijadikan iltizam dan inspirasi dalam
membina kepimpinan mahasiswa yang unggul, cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam segala aspek.

Disediakan oleh

(DR. MOHAMMAD NAZIR AHMAD)


Felo
Kolej Perdana
Universiti Teknologi Malaysia

Disahkan oleh:

..
(DR. MOHD MURTADHA MOHAMAD)
Pengetua
Kolej Perdana
Universiti Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai