Anda di halaman 1dari 12

Buletin LAN Vol 1 No.

02/2002

L e m b a g a

A k r e d i t a s i
http://www.lan.gov.my

N e g a r a

KANDUNGAN
Mesej Dari Editor (Dwi Bahasa) m/s 1 m/s 2-3 Kelayakan Outcomebased: Era Baru Dalam Pendidikan Tinggi Negara (Dwi Bahasa) Book Review Strategi Motivasi Pelajar Seminar Kajian Kelayakan Pendidikan Tinggi Seminar Penerangan Garis Panduan IPTS m/s 4 m/s 5 m/s 6

Peningkatan Kualiti Pendidikan Tinggi


Penyediaan pendidikan tinggi yang berkualiti adalah satu keperluan dalam pembangunan negara hari ini. Untuk itu, LAN sebagai sebuah badan jaminan kualiti pendidikan tinggi negara diamanahkan untuk merumus, menyelia dan mengawasi standard dan kualiti kursuskursus pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) agar berada pada tahap terbaik. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, LAN telah membangunkan sistem penilaiannya sendiri berdasarkan norma antarabangsa di samping menyediakan garis panduan standard dan kriteria bagi kursus pengajian yang ditawarkan. Kini, setelah hampir lima tahun LAN beroperasi, boleh dikatakan IPTS semakin faham terhadap keperluan penyediaan pendidikan tinggi yang berkualiti. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan selama ini. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera. IPTS perlu lebih memberi perhatian kepada latihan pembangunan kakitangannya, sistem pengurusan yang efisien terutama dalam pengemaskinian rekod akademik yang membolehkan maklumat didapati dengan tepat dalam jangka waktu singkat. Selain itu, penyediaan guru terlatih untuk mengajar satu-satu subjek, ruang kelas yang menepati standard yang ditetapkan dan perpustakaan yang lengkap serta memiliki bahan rujukan mencukupi juga perlu ditekankan. LAN menjangkakan, setelah tempoh lima tahun ini, aspek-aspek di atas telah mampu disediakan oleh IPTS dengan sebaik-baiknya.

m/s 7

m/s 8-9 Perakuan Akreditasi LAN: Penjelasan Kepada Beberapa Kekeliruan (Dwi Bahasa) Kursus Tidak Diiktiraf: Dilema Pelajar IPTS (Dwi Bahasa) Senarai Kursus Perakuan Akreditasi m/s 10

m/s 11

SIDANG REDAKSI EDITORIAL BOARD


Penaung (Patron) Penasihat (Advisor) : Dr. Mohamed b. Suleiman Pengerusi/Ketua Eksekutif (Chairman/CEO) : En. Nik Mahmud Nik Yusof Setiausaha/Pengurus Besar (Secretary/General Manager)

Strengthening the Quality of Higher Education


Today, higher education of the highest quality is one of the most important requirements in national development. For this purpose, LAN, as a body which guarantees the quality of higher education, is entrusted with setting, coordinating and monitoring standards and quality of courses of study of Private Higher Educational Institutions (PHEIs).. To fulfill this responsibility, LAN has developed its own evaluation system, based on international norms, and prepared guidelines for standards and criteria for courses of study being offered by PHEIs. Since LAN has been operating for about five years, it can be stated that PHEIs better understand the needs of higher education of quality. We appreciate their cooperation. However, there a several issues which need urgent attention. PHEIs should give greater emphasis to staff development, and to an efficient academic record management system, which can provide correct, up-to-date information. Also attention should be given for improvement and availability of trained teachers for different subjects, standard size of classrooms and a library with reference materials. LAN hopes that the PHEIs can prepare the above needs as soon as possible.

Penasihat : Puan Zita Hj. Mohd. Fahmi Bersama (Co-Advisor) Ketua Editor : Dr. Mohd. Razeen Jainudeen (Editor-in-Chief) Editor (Editor) Penyunting (Reviewer) Setiausaha (Secretary) Wartawan (Reporters) : En. Abdul Aziz Hitam En. Muhammad Muammar Gadaffi Omar : En. Helmi Sebaweh Cik Irayati Iram : En. Abdul Saman Taip : En. Abdul Saman Taip En. Mohd. Azley Ahmad Cik Puteri Noorlili Bahrun Cik Fauziah Hanim Idris

Jurufoto : En. Kamaruddin Shah (Photographer) Pengurus : En. Muhammad Muammar Pentadbiran Gadaffi Omar (Business Manager) Pengurus : En. Zamrin Salim Pemasaran (Marketing Manager)

EDITOR-IN CHIEF razeen@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

KELAYAKAN OUTCOME-BASED: Era Baru Dalam Pendidikan Tinggi Malaysia


Di Malaysia, penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi hari ini dibuat berdasarkan kepada sistem jam kredit Amerika Syarikat sedangkan kelayakan di United Kingdom, Australia dan New Zealand adalah berdasarkan kepada outcome dari gelaran pengkhususan kelulusan (descriptor). SISTEM KREDIT Sejak awal tahun 1970-an, Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah menggunakan sistem jam kredit. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) juga telah mengamalkan sistem yang sama. Penganugerahan diploma/ ijazah adalah berdasarkan kredit CGPA dan lulus dalam setiap mata pelajaran. KELULUSAN BERBENTUK OUTCOME-BASED Sistem kelayakan berasaskan outcome-based adalah satu inovasi dalam teknologi pendidikan yang dibentuk di UK, Australia dan New Zealand di pertengahan tahun 1990an. Ia diwakili oleh gelaran kelulusan pengkhususan (descriptor) dan tidak bergantung kepada penggunaan kredit. Walau bagaimanapun, penilaian adalah penting dalam pelaksanaan kerangka kelayakan ini. Kelayakan outcome-based ini terbahagi kepada dua : Pertamanya ialah pencapaian yang ditunjukkan oleh seorang pelajar bagi satu-satu anugerah kelayakan. Manakala yang kedua adalah kebolehan yang lebih meluas yang dijangka mampu diperolehi oleh seorang pelajar. Gelaran kelulusan pengkhususan memberi hasil kelayakan utama di setiap peringkat (diploma dan ijazah) dan menunjukkan perbezaan antara peringkat tersebut. Contohnya: Pemegang kelayakan yang memiliki pengetahuan, konsep dan kemahiran Pemegang kelayakan yang berkebolehan menggunakan teknik penyelesaian masalah dan memiliki kualiti dan kemahiran yang diperlukan bagi sektor pekerjaan dari segi tanggungjawab dan membuat keputusan. Gelaran kelulusan pengkhususan ini mungkin berbeza bagi setiap peringkat; diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Sebagai contoh: Ijazah (bukan kepujian) dianugerahkan kepada pelajar yang memiliki: Pengetahuan dan pemahaman yang kritikal terhadap prinsip bidang pengajian; Kebolehan untuk menilai pendekatan yang berlainan dalam penyelesaian masalah secara kritikal; Memahami batasan pengetahuan mereka dalam menganalisis dan menginterpretasi. Ijazah (kepujian) dianugerahkan kepada pelajar yang berkebolehan : Menggunakan teknik yang sedia ada; Mengesyorkan kepada penyelesaian masalah; Berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai keadaan, kepada pakar dan bukan pakar; Memiliki kecekapan terkini untuk mengendalikan tanggungjawab signifikan dalam satu-satu organisasi; Memiliki kualiti dan kemahiran yang boleh dipindahkan kepada pekerja yang memerlukan tanggungjawab personal dan membuat keputusan. IMPLIKASI IPTA dan IPTS di Malaysia menganugerahkan kelayakan berdasarkan kepada sistem jam kredit, yang berbeza dengan sistem outcome-based di UK, Australia dan New Zealand. Ini menimbulkan ketidakanjalan di peringkat diploma dan ijazah dalam menyesuaikan dengan kursuskursus pengajian outcome-based universiti tempatan dan luar negara. Ini adalah kerana penganugerah kelayakan tidak menyatakan apa yang telah dilakukan atau apa yang boleh dilakukan oleh pemegang kelayakan. STRATEGI CADANGAN UNTUK INTERVENSI1 Walaupun belum dilaksanakan sekarang, namun ia adalah baik bagi IPTS untuk menilai bagaimana sistem sekarang boleh berinteraksi dengan sistem oucome-based ini. Oleh itu, bagi setiap kursus pengajian, IPTS perlu menyediakan; (a) objektif pendidikan sesuatu kursus pengajian, dan (b) outcome (hasil) yang dikehendaki bagi setiap kursus pengajian dengan jelas. Panel penilai LAN perlu mengesahkan bahawa outcome tersebut dinyatakan dengan jelas dan objektif outcome tersebut saling berkaitan. Selepas kelulusan LAN, IPTS boleh memasukkan outcome kursus pengajian yang telah diluluskan di dalam kelayakan yang akan dianugerahkan. KEPENTINGAN KELAYAKAN OUTCOME-BASED AKAN MENGUNTUNGKAN : Pelajar dan bakal pelajar untuk memahami outcome yang dijangkakan bagi satu-satu kursus pengajian; Pihak majikan untuk mengetahui kemahiran dan lainlain kebolehan pemegang kelulusan; Pemerhati akademik dan penilai luar untuk memahami matlamat dan outcome dari satu-satu kursus pengajian; Mereka yang merekabentuk, meluluskan dan menilai semula program akademik.
1

Pandangan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan LAN


Oleh: Mohamed Razeen Jainudeen razeen@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

OUTCOME-BASED QUALIFICATIONS: A New Era In Malaysian Higher Education


In Malaysia, higher education qualifications are currently awarded on the American Credit hour system, whereas in the United Kingdom, Australia, and New Zealand are based on Outcomes of the major qualifications titles. CREDIT SYSTEM Since the early 1970s, Malaysian Public Universities (HE) adopted the Credit Hour System. Private Higher Education Institutions (PHEIs) have followed the same system. The awarding of a diploma/degree is based on credits, Cumulative Grade Point Average (CGPA) and passes in all subjects. OUTCOME-BASED QUALIFICATIONS The outcome-based qualification system is an innovation in educational technology, developed in the UK, Australia and New Zealand in the mid-1990s. The outcomes are represented by the major qualification titles (Descriptors). It is not dependent on the use of credits. However, assessment is essential to the operation of outcome-based qualifications in a Framework. An outcome-based qualification consists of two parts: The first is a statement of the outcomes (achievements) a student can demonstrate for the award of the qualification. The second is a statement of the wider abilities a typical student could be expected to have. Descriptors give the outcomes of the main qualification at each level (diploma, bachelor) and demonstrate the nature of difference between levels. For example: Holders who have demonstrated knowledge, concepts, and skills Holders will be able to use establish techniques to solve problems, and possess qualities and transferable skills necessary for employment requiring the exercise of personal responsibility and decision-making. These descriptors may vary for different levels: diploma, bachelor, master or doctorate. For example: Degree (non-Honours) is awarded to students who have demonstrated: knowledge and critical understanding of principles of their area(s) of study; ability to evaluate critically different approaches to solving problems; understanding the limits of their knowledge, in analyses and interpretations. Degree (Honours) is awarded to students who will be able to: use established techniques; to propose solutions to problems; effectively communicate in a variety of forms, to specialist and non-specialist audiences; acquire new competencies to assume significant responsibility within organisations; will have qualities and transferable skills for employment requiring the personal responsibility and decision-making.

IMPLICATIONS Malaysian HE and PHEI institutions award qualifications on a credit hour system, which differs from the outcome-based systems of UK, Australia and New Zealand. This leads to inflexibility at the diploma and degree levels to accommodate new outcome-based courses of study from local and foreign universities. This is because the awarding qualification does not state what the holder of a qualification has demonstrated... and will be able to do... SUGGESTED STRATEGY FOR INTERVENTION1 Although not implemented as yet, it is to the advantage of PHEIs to examine how the current system could interact with the outcome-based system of awarding qualifications. Therefore for every course of study, PHEIs should prepare (a) educational aims of the course of study, and (b) the intended outcomes of course of study clearly specified (PHEIs). LANs expert panel need to verify that outcomes are clearly demonstrated and that the aims and outcomes of the course are in harmony. After LANs approval, a PHEI can embed the approved outcomes of the course of study in the qualification to be awarded. WHO BENEFIT FROM OUTCOME-BASED QUALIFICATIONS: students and future students to understand the expected outcomes from a course study; employers to know the skills and other intellectual abilities of holders of the qualifications; academic reviewers and external examiners to understand the aims and intended outcomes of courses of study; useful for those designing, approving and reviewing academic programmes.

Opinions expressed here do not necessarily reflect the views of LAN

By: Mohamed Razeen Jainudeen

razeen@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

Book Review TASK FORCE ON HIGHER EDUCATION AND SOCIETY (2000): HIGHER EDUCATION IN DEVELOPING COUNTRIES: PERIL AND PROMISE. PP 135. WORLD BANK, WASHINGTON, D.C
Higher Education in Developing Countries: Peril and Promises reports on 18 months of research, debate and discussions by leading educators from 13 countries. The report poses three questions to the developing world Africa, much of Asia, Latin America and most of Russia. 1. What role does higher education plays in economic and social development? 2. What major issues confront higher education (HE) in developing countries? and 3. How can these obstacles be overcome? The report is directed towards policy makers, government ministers, the academic community and stakeholders financiers, parents and students. Each of the six chapters explores a major issue confronting HE in developing countries. Chapter 1 reviews the current status of HE in the developing countries. The main issues are quality of teachers, increasing student numbers, insufficient resources, financial constraints and the demand for distance-learning institutions. Lack of quality of programmes makes it difficult for students to plan their careers. Unless budgetary constraints are removed, there can be no improvement in quality of HE in many developing nations. Chapter 2 highlights the need for government policies to protect and promote public interest in HE. However, the policies should provide sufficient autonomy to facilitate advancement of HE. Chaper 3 outlines the desirable features of HE system: stratified structure, adequate and stable long-term funding, flexibility, and well-defined standards of HE. Chapter 4 discusses the major principles of good governance, then examines the obstacles with governance and suggests options for good governance in developing countries. Chapter 5 focuses on science and technology. The Task Force recommends: improved physical and technical resources, human resources; local, regional and international cooperation; strategies for scientific development; and university-industry relations. Chapter 6 stresses the importance of a flexible general education to facilitate learners can continue to contribute as the knowledge economy advances. The statistical appendix consists of 6 tables covering 178 countries. The data include enrolment, attainment, expenditure, research output and several other items of HE. Conclusions The reports findings cut across the above chapters to reach two conclusionssignificant obstacles and what needs to be done. MAJOR OBSTACLES The obstacles facing HE in developing countries are many and diverse. Among them are quality of teachers, increasing student numbers, problems faced by students, insufficient resources, financial constraints and the demand for distance-learning institutions. Lack of quality makes it difficult for students to decide their career. Unless budgetary constraints are removed, there can be no improvement in quality of HE in most of the developing nations. Besides the obstacles mentioned above, private and public HE in most developing countries have grown haphazardly. Therefore the Task Force suggests clear guidelines for reforming higher education through effective integration of both systems as part of a system that achieves national goals. WHAT TO DO The Task Force recommends increasing resources and better utilization of these resources as follows: improving educational infrastructure particularly computer and internet access, science laboratories and equipment, libraries, classrooms and facilities such as accommodation, recreation and cultural activities; implementing new curricula and academic programmes, and introduction of general education; long-term development of well qualified teaching staff; better opportunities for economically disadvantage populations; and expanding science education and research both basic and applied. COMMENT: This Task Force report is written in simple language and easily understood. All stakeholders of HE in Malaysia should read this report to appreciate the peril and promise of HE. It is worth mentioning that in 1996 the Malaysian government, threatened by an exploding private HE market, created the Private Higher Educational Institutions Act 1996 and the National Accreditation Board Act 1996 to be the sole accreditation body for private HE in Malaysia. Readers will note that most measures recommended in the Task Force Report are already found in Standards & Criteria and LAN TC-01-02 documents, which all too familiar to vendors in the private education industry in Malaysia.

Reviewed by: M.R. Jainudeen August 2002 razeen@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

Peranan guru adalah sangat penting untuk merangsang dan mengekalkan minat pelajar dalam proses pembelajaran. Guru yang berkesan perlu sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Keinginan pelajar untuk belajar banyak sekali bergantung kepada pengajar untuk memberi dorongan, semangat, cabaran dan rangsangan kepada mereka. Effective learning in the classroom depends on the teachers ability to maintain the interest that brought students to the course in the first place (Ericksen, 1978). Walau apapun, tahap motivasi pelajar yang dibawa ke dalam kelas boleh berubah kepada lebih baik atau lebih buruk akibat dari apa yang terjadi di dalam kelas Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada motivasi pelajar. Antara lain ialah minat terhadap kandungan mata pelajaran, persepsi terhadap kegunaannya, keinginan untuk mencapai sesuatu, keyakinan diri dan self-esteem, kesabaran serta ketekunan. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar boleh didorong dengan nilai, keperluan dan keinginan yang serupa. Pelajar adalah individu yang berlainan dari segi sikap, latar belakang, kecerdasan dan pengalaman. Ada pelajar yang dapat dimotivasikan oleh sokongan orang lain dan ada pula oleh kejayaan mengatasi cabaran. Justeru itu, untuk menggalakkan pelajar supaya menjadi pelajar yang mempunyai motivasi diri, guru-guru boleh mengambil langkah-langkah berikut : Memberi maklumbalas dengan cepat dan positif yang menyokong kepercayaan pelajar bahawa mereka boleh melakukannya dengan baik. Guru haruslah memulangkan kertas ujian dan tugasan secepat mungkin dan memberi pujian di dalam kelas atas hasil kerja mereka dan memberitahu cara untuk memperbaikinya lagi. Maklumbalas yang positif akan mempunyai kesan kepada pelajar. Pujian akan membina keyakinan diri dan self-esteem kepada pelajar. Memastikan pelajar mempunyai peluang untuk berjaya dengan memberi tugasan yang tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah. Berilah soalan atau tugasan yang senang di peringkat awal semester untuk menimbulkan keyakinan di kalangan pelajar dan mendorong mereka untuk terus belajar. Tingkatkan tahap kesukaran soalan atau tugasan secara beransur-ansur. Menggunakan kekuatan dan minat pelajar. Cubalah mendapatkan maklumat mengapa pelajar mengambil mata pelajaran anda, apakah yang mereka rasakan tentang kandungan pelajaran dan apakah yang mereka inginkan atau harapkan. Oleh itu sediakanlah contoh-contoh, kajian kes atau tugasan kursus supaya berkaitan dengan minat dan pengalaman pelajar. Mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kepelbagaian akan membangkitkan motivasi pelajar untuk terlibat. Buatlah kelainan dalam aktiviti dan kaedah pengendalian kursus seperti: main peranan, bahas, brainstorming, perbincangan, demonstrasi, kajian kes, persembahan audiovisual, ceramah jemputan, atau tugasan dalam kumpulan kecil.(Forsyth and McMillan, 1991) Dalam keadaan tertentu berilah peluang kepada pelajar untuk memilih tajuk kajian atau assignment. Berilah pelajar memilih tajuk kertas semester atau lain-lain assignment (bukan bagi ujian). Beri peluang kepada pelajar untuk memilih tempat untuk lawatan atau kajian kes. Mewujudkan suasana terbuka dan positif. Hubungan yang mesra antara guru dan pelajar akan menimbulkan suasana yang memberangsangkan bagi pelajar. Guru boleh memberitahu

STRATEGI
STRATEGI MEWUJUDKAN MOTIVASI PELAJAR
pelajar bahawa mereka boleh datang bertanya dan berbincang selepas kelas untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul atau tidak faham semasa dalam kelas. Keadaan ini akan dapat membantu pelajar supaya merasa sebagai ahli komuniti pembelajaran yang dihargai. Untuk menimbulkan motivasi di kalangan pelajar, guru perlulah mengelakkan dari memberi maklumbalas negatif terhadap diri pelajar. Walaupun maklumbalas negatif boleh menimbulkan motivasi, namun ia tidak banyak memberi manfaat. Berhati-hatilah apabila memberi maklum balas yang negatif, tumpukan kepada prestasi dan tugasan, bukan kepada orangnya. Tegaskan kekuatan yang ada dalam tugas itu selain dari kelemahan. Elakkan mengancam pelajar dengan menggunakan gred sebagai senjata. Gred bukanlah segala-galanya di dalam proses pembelajaran. Kelemahan atau kesalahan boleh digunakan sebagai titik tolak bagi pelajar memperbaiki kesalahan. Kesalahan adalah sesuatu yang boleh diterima, pelajar boleh belajar melalui kesalahan. Kebanyakan pelajar akan bertindak balas secara positif terhadap kursus yang diajar oleh pengajar yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pelajar dan apa yang dipelajari. Justeru itu aktiviti yang dilakukan oleh guru yang meningkatkan pembelajaran akan mendorong motivasi pelajar. Pelajar akan lebih bersungguh-sungguh belajar jika ada keperluan untuk memenuhi sesuatu tujuan. Di antara keperluan yang dibawa ke dalam kelas ialah untuk mempelajari sesuatu demi menyiapkan tugas atau aktiviti tertentu, keperluan mencari pengalaman baru, keperluan memperbaiki kemahiran, keperluan mengatasi cabaran, keperluan untuk berjaya, keperluan untuk terlibat dan berinteraksi dengan orang lain. Memuaskan keperluan ini adalah sesuatu yang membanggakan dan satu kepuasan yang akan mengekalkan pembelajaran. Guru seharusnya merekabentuk tugasan, aktiviti pembelajaran dalam kelas dan soalan perbincangan dengan mengaitkan kepada bentuk keperluan yang sebegini. Jadikanlah pelajar-pelajar aktif semasa belajar. Pelajar akan merasa puas dan seronok belajar dengan cara membuat, menulis, merekabentuk, membina, menyelesaikan. Janganlah beritahu sesuatu kepada pelajar jika kita boleh dapat maklumat dari pelajar dengan bertanya kepada mereka. Guru harus menggalakkan pelajar memberi cadangan dalam kaedah menyelesaikan masalah, memberi jangkaan terhadap ujikaji, membuat contoh dan sebagainya. Gunakanlah kumpulan-kumpulan kecil untuk kerja kumpulan supaya semua pelajar dapat berpeluang melibatkan diri. Kajian (Sass, 1989) yang banyak dilakukan telah menunjukkan ciri-ciri yang sama dalam menyumbang kepada motivasi pelajar iaitu: Kesungguhan pengajar Bahan-bahan yang relevan Pengorganisasian kursus Tahap kesukaran bahan yang sesuai Penglibatan pelajar secara aktif Kepelbagaian Perhubungan guru dan murid Penggunaan contoh-contoh yang sesuai, konkrit dan difahami Langkah-langkah ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar akan dapat meningkatkan kesungguhan, kesabaran dan minat mengikut kadar kecekapan masing-masing.
Oleh: A. Aziz Hitam

aziz@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

SEMINAR
KAJIAN KELAYAKAN PENDIDIKAN TINGGI
Sektor pendidikan negara ketika ini berupaya menawarkan peluang pembelajaran dan latihan yang meluas dalam pelbagai bidang sama ada kepada penuntut di dalam negara mahupun dari negara asing. Kewujudan berbagai-bagai cabang pendidikan yang mengadunkan unsur-unsur asing dan tempatan ini memberikan peluang pembelajaran yang hampir tidak terhad kepada calon pelajar. keserataan dan perhubungan yang jelas dari segi tahap, standard dan kualiti di antara kelayakan-kelayakan tersebut. Menyedari hakikat bahawa kelayakan-kelayakan yang ada tidak seragam dan konsisten dari segi tahap dan nilai maka Seminar Kajian Awal Kelayakan Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 27 28 Februari 2002 bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Antara objektif yang digariskan ialah: i) Mengenali dan mengumpul maklumat mengenai struktur pendidikan tinggi negara. ii) Menyediakan maklumat yang jelas berhubung dengan kelayakan-kelayakan dalam aspek kemahiran dan kemampuan. iii) Menjadi teraju kepada usaha-usaha untuk mengenalpasti bentuk kerangka kelayakan dalam sistem pendidikan tinggi yang umum serta menyelaras kedudukan kelayakan-kelayakan tersebut. iv) Kajian ini juga adalah satu persediaan bagi menghadapi kesan globalisasi dan World Trade Organization (WTO) dalam soal pasaran buruh dan juga perkhidmatan profesional. Sepanjang seminar berjalan, sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar yang diundang khas daripada institusi-institusi yang terlibat dalam pendidikan tinggi seperti LAN, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), IPTA, MLVK dan Malaysian Association of Private Colleges (MAPCO). SEMINAR SUSULAN Susulan dari seminar awal ini, satu lagi Seminar Susulan Kajian Kelayakan-Kelayakan Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 27 Jun bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya anjuran LAN. Seminar kali ini merupakan rentetan kepada seminar terdahulu yang berkisar tentang persoalan arah kajian dan pemahaman terhadap kedudukan kelayakan-kelayakan yang dianugerahkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi dan Institusi Latihan Kemahiran yang terdapat di dalam negara.

Peserta seminar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi membincangkan kerangka kelayakan negara.

Dalam pada itu, pendidikan multi-sistem yang diamalkan negara secara langsung telah menyebabkan kewujudan pelbagai jenis anugerah kelayakan. Ia dikeluarkan sama ada oleh pihak IPTS, universiti-universiti dan juga badan peperiksaan luar negara. Terdapat pelbagai jenis kelayakan yang dianugerahkan oleh pihak terbabit. Ia merangkumi peringkat sijil hingga ke peringkat ijazah samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang-bidang teknikal, kemahiran dan juga latihan. Namun begitu, ada antara kelayakan-kelayakan yang dianugerahkan ini tidak seragam dan konsisten dari segi tahap dan nilai masing-masing. Buat masa ini, pihak IPTA akan melalui proses selfaccreditation dan proses penilaian peringkat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan untuk tujuan menentukan tahap kelayakan yang bakal mereka anugerahkan. Dalam proses tersebut, IPTA perlu memenuhi kriteria dan standard tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian. Sebagai tambahan, kelayakan-kelayakan tersebut adalah tertakluk kepada satu lagi proses pengiktirafan lanjutan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai syarat bagi membolehkan pemegang kelayakan-kelayakan tersebut memasuki bidang perkhidmatan awam. Sementara itu, kelayakan lain pada peringkat sijil, diploma dan ijazah yang berasaskan kepada kelayakan vokasional/teknikal juga turut tertakluk kepada standard dan penilaian tertentu yang ditetapkan oleh badan-badan lain yang berkaitan. Dengan kewujudan sejumlah besar kelayakan akademik, teknikal, vokasional dan sebagainya itu, timbul beberapa persoalan tentang apakah terdapat sebarang

Pengerusi/Ketua Eksekutif LAN, Dr. Mohamed Suleiman sedang berucap di Seminar Kerangka Kelayakan Pendidikan Tinggi.

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

Melalui seminar ini beberapa kriteria asas kelayakan iaitu definisi, objektif, ciri-ciri dan outcome yang mampu dicapai bagi setiap peringkat kelayakan yang meliputi sijil, diploma dan ijazah telah dibincangkan. Persoalan tentang sejauh manakah kelayakan-kelayakan tersebut mencerminkan struktur kelayakan yang diperlukan oleh negara dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat pekerja berasaskan pengetahuan (knowledge base worker) bagi menyahut cabaran globalisasi turut disentuh. Sepanjang seminar berjalan, sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar yang diundang khas daripada institusi-institusi yang terlibat dalam pendidikan tinggi termasuk dari LAN sendiri, wakil persatuan IPTS, wakil IPTA dan wakil IPTS. Kertas kerja pertama yang bertajuk Kajian Kelayakankelayakan Pendidikan Tinggi: Peringkat Sjil dibentangkan oleh Dr. Razeen Jainudeen dari LAN. Manakala Dr. Hj Mohamad Thalha yang mewakili Persatuan Kebangsaan Institusi-institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) membentangkan kertas kerja kedua bertajuk Kajian Kelayakan-kelayakan Pendidikan Tinggi: Peringkat Diploma dan Dr. Syed Sheikh al-Mashoor dari LAN membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Kajian Kelayakan-kelayakan Pendidikan Tinggi: Peringkat Ijazah yang disediakan oleh Profesor Madya Dr. Zainal Abidin dari UPM.

Seminar Susulan Kajian Kerangka KelayakanKelayakan Pendidikan Tinggi anjuran LAN pada 27 Jun 2002 di Kolej Singgahsana, Petaling Jaya.

Kertas kerja terakhir bertajuk Kajian Kelayakankelayakan Pendidikan Tinggi: Peringkat Pasca Ijazah dibentangkan oleh Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dari Unitar. Menurut Pengarah program, Puan Zita Mohd Fahmi, Pengurus Kanan Korporat LAN, seminar ini merupakan satu langkah awal mengkaji kelayakan-kelayakan pendidikan tinggi yang akan dijadikan asas kepada kumpulan task force yang bakal dibentuk kelak dan membentuk struktur kelayakan pendidikan tinggi negara yang seragam dan sistematik. Hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut.
Oleh: Mohd Azley Mohamed azley@lan.gov.my

PENERANGAN GARIS PANDUAN IPTS


Menerusi siri seminar ini juga, pihak LAN telah mengedarkan PETALING JAYA Siri Seminar Penerangan Garis Panduan tiga naskah buku keluaran edisi terbarunya untuk rujukan IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dianjurkan LAN berjudul Garis Panduan Kriteria sepanjang Julai 2002 yang lalu telah dan Standard Kursus Pengajian dapat menarik penyertaan kira-kira IPTS, Tatacara Penyediaan 509 orang peserta yang mewakili Dokumen Permohonan Kursus sejumlah 285 IPTS seluruh negara. Pengajian IPTS (Kelulusan, StanAntara lain, seminar ini dijalankan dard Minimum dan Perakuan dengan tujuan untuk memberikan Akreditasi), dan Garis Panduan penerangan dan kefahaman sebaik Prosedur dan Proses Mendapatkan mungkin di kalangan IPTS terhadap Kelulusan, Standard Minimum perubahan-perubahan terkini yang Dan Perakuan Akreditasi Kursus berlaku dalam garis panduan dan Pengajian IPTS. Buku-buku edisi standard kursus pengajian yang perlu terbaru ini telah dikemaskini dan digunapakai bagi ketiga-tiga bertepatan dengan dasar-dasar peringkat permohonan Kelulusan, Standard Minimum dan juga Seminar Garis Panduan Kriteria dan Standard Kursus Pengajian pendidikan terbaru yang IPTS bagi negeri Selangor dirasmikan oleh Pengurus Kanan diumumkan oleh pihak Majlis Perakuan Akreditasi. Pendidikan Tinggi Negara Umumnya, seminar kali ini Korporat LAN, Puan Zita Mohd Fahmi. (MPTN). merupakan lanjutan daripada siri Selain daripada itu, aktiviti sebegini turut memberikan pertama seminar seumpamanya yang telah diadakan pada April peluang kepada LAN untuk mengadakan penyelarasan dan 2000. Atas kerjasama dan sambutan menggalakkan daripada kerjasama yang lebih erat dengan pihak Jabatan Pendidikan pihak terbabit, seminar ini berjaya dilaksanakan di seluruh negara meliputi sembilan zon utama iaitu Zon Tengah I (KL), Zon Tengah Negeri (JPN) terbabit yang turut diundang dalam setiap sesi semiII (Selangor), Zon Utara I (Kedah, Perlis, Penang), Zon Utara II nar. Ini sememangnya dapat membantu meningkatkan kefahaman (Perak), Zon Selatan I (Melaka, NS), Zon Selatan II (Johor), Zon di pihak JPN tentang fungsi dan peranan LAN, selain daripada Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), Zon Sarawak dapat memberikan pandangan dan maklumbalas terhadap isu-isu dan Zon Sabah. yang dibangkitkan oleh peserta untuk perbincangan.
Oleh: Helmi Sebaweh @ Ahmad helmi@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

PERAKUAN AKREDITASI LAN:


PENJELASAN KEPADA BEBERAPA KEKELIRUAN
Mengikut laporan kolum Pendidikan, Berita Harian bertarikh 1 Ogos 2002 dua wakil kesatuan IPTS, Malaysian Association of Private Colleges Organisation (MAPCO), National Association Of Education Institutions (NAPEI), mendakwa bahawa antara sebab IPTS gagal mendapat pentauliahan adalah berpunca dari kelewatan LAN memproses permohonan tersebut. Manakala di dalam ruangan Pendidikan, Utusan Malaysia bertarikh 5 Ogos 2002, sekali lagi NAPEI melemparkan dakwaan yang sama bahkan lebih tajam lagi iaitu kelemahan sistem kita ialah mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan permohonan terutama di Lembaga Akreditasi Negara (LAN) iaitu dari enam bulan hingga dua tahun. Pentauliahan dalam dakwaan tersebut difahami oleh LAN sebagai proses perakuan akreditasi iaitu satu pengiktirafan rasmi kepada IPTS bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh LAN. Sudah pasti dakwaan di atas memberikan satu imej yang sangat negatif kepada LAN. Orang awam yang berada di luar sana tentunya tertanya-tanya dengan tahap kecekapan LAN menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Prestasi Bagaimanapun, LAN menegaskan bahawa dakwaan tersebut kurang tepat. Mengikut statistik permohonan yang diterima oleh LAN, bermula Februari 1998 hingga September 2002, LAN telah menerima sebanyak 654 permohonan kursus pengajian bagi peringkat perakuan akreditasi. Daripada jumlah besar di atas, sebanyak 378 permohonan telah diselesaikan dengan sama ada mendapat perakuan akreditasi, ditolak atau diberi pertimbangan dengan syarat-syarat tertentu. Lima permohonan ditarik balik oleh IPTS dan selebihnya masih dalam proses penilaian. Untuk menilai prestasi dan kecekapan LAN pula, marilah kita merujuk Piagam Pelanggan LAN (sila lihat Buletin Lan vol. 1, m/s 4), 90% dari jumlah permohonan tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh piagam pelanggan yang dijanjikan oleh LAN malah 50% darinya selesai diproses kurang dari lima bulan. Baki 10% lagi yang gagal diselesaikan mengikut piagam pelanggan berpunca daripada masalah teknikal seperti Ahli Panel Penilai (APP) yang terdiri dari pakarpakar di IPTA, IPTS dan pihak industri lewat memberi laporan mereka. Ada juga APP yang menarik diri di saat akhir hingga menyebabkan LAN terpaksa menyerahkan tugas kepada APP baru. Selain itu, kelewatan juga berpunca dari permohonan pihak kolej yang mahu menangguhkan lawatan ke premis masing-masing atas alasan mereka kurang bersedia. Tetapi setelah mereka bersedia, tempoh yang ditetapkan untuk proses kelulusan terbabit telah pun melewati tarikh sasaran. Malangnya, pihak LAN pula dipersalahkan atas kelewatan tersebut. Terdapat juga permohonan yang diterima oleh pihak LAN yang masih mengandungi maklumat yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki. Oleh itu, LAN terpaksa meminta pihak IPTS melengkapkan permohonan mereka terlebih dahulu sebelum permohonan tersebut diproses untuk kelulusan. Di sinilah seringkali timbul kekeliruan antara pihak IPTS dan LAN bila mereka beranggapan bahawa tempoh tersebut bermula sejak LAN menerima satu-satu permohonan, sedangkan LAN hanya akan dapat memulakan proses penilaian sebaik sahaja permohonan yang diterima telah disertakan dengan maklumat selengkapnya.

Sesi dialog antara LAN dengan wakil-wakil persatuan IPTS bertempat di Bilik Bestari, LAN.

Hubungan Dua Hala Banyak ruang untuk kerjasama boleh digunakan oleh kesatuan IPTS dengan LAN. Bahkan, pada tahun ini sahaja LAN telah menganjurkan sesi dialog beberapa kali dan kesemua kesatuan IPTS yang terdiri dari Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Swasta Bumiputra (PKIBM), MAPCO, NAPEI, Persatuan Institusi Tinggi Sarawak (PERINTIS), Persatuan Kolej Swasta Bumiputra (PINTAR) dan Persatuan Kolej Swasta Melaka telah dijemput hadir. Persepsi IPTS dan orang ramai bahawa LAN lembab adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Mungkin, dari satu sudut LAN kelihatan sedemikian, bukan kerana tidak cekap tetapi disebabkan oleh masalah di atas. Jika timbul sebarang kemusykilan, pegawai bertugas di LAN bersedia untuk membantu IPTS. LAN juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-7968 7002 atau email: akreditasi@lan.gov.my
Oleh : Muhammad Muammar Gadaffi Omar muammar@lan.gov.my

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

LANS ACCREDITATION CERTIFICATE:


EXPLANATION ON SEVERAL ISSUES
According to an interview published in Berita Harian dated 1st August 2002, two representatives from private college associations Malaysian Association of Private Colleges Organisation (MAPCO), National Association Of Education Institutions (NAPEI), had accused LAN of being slow in delaying IPTS from getting approval to conduct courses of study. In the Utusan Malaysia dated 5th August 2002, NAPEI repeated the same accusation, even bitter, that kelemahan sistem kita ialah mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan permohonan terutama di Lembaga Akreditasi Negara (LAN) iaitu dari enam bulan hingga dua tahun. LAN understands that Pentauliahan in the text refers to the accreditation process which is a formal recognition awarded to PHEIs as an acknowledgement that their certificates, diplomas and degrees are in accordance with the standards set by LAN. Undoubtedly, the above accusations will paint a bad image on LAN. The public will be questioning the efficiency of LAN in performing its functions. Performance LAN strongly denies these accusations. Application statistics from February 1998 to September 2002, show that LAN received 654 applications for accreditation. LAN has decided on 378 applications; has issued the accreditation certificates, rejected or given consideration with specified conditions. Five PHEIs withdrew their applications whereas 271 are being processed. In order to judge LANs performance, let us look out Clients Charter (please refer to Buletin LAN vol. 1, p4). About 90% of the applications have been processed within 6 months, and beginning 2002, 50% of applications have been settled within 5 months . About 10% of IPTS failed to provide additional information within the period stipulated in the clients charter. Also there were technical problems such as delay of the Panel of Assessors (PoA) in submitting their reports. You cannot blame these experts who are from public universities, PHEI and industry; they are also busy with their own work. Moreover, there are cases where PoAs disagree or to finish their job forcing LAN to seek another PoA. Beside the above issues, there are applications that do not meet LANs requirements. So, LAN will ask for additional information before the process can proceed. This is the main issue between LAN and PHEI because PHEIs assumes that processing of applications starts when LAN received the application. This is not true; LAN can only start the process when a PHEI submits an application that is complete. Co-operation There are many channels for dialogue between PHEI associations and LAN. Throughout the year LAN has conducted dialogues and invited Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Swasta Bumiputra (PKIBM), Malaysian Association of Private Colleges Organisation (MAPCO), National Association Of Education Institutions (NAPEI), Persatuan Institusi Tinggi Sarawak (PERINTIS), Persatuan Kolej Swasta Bumiputra (PINTAR) and Persatuan Kolej Swasta Melaka. That LAN is SLOW is the impression prevailing in PHEIs and in the minds of the public; this is unacceptable. In some instances, LAN might seem to be slow not due to its inefficiency but reasons explained above. LANs officers on duty are prepared to assist PHEIs by telephoning 037968 7002 or e-mail: akreditasi@lan.gov.my.
By: Muhammad Muammar Gadaffi Omar muammar@lan.gov.my

EDARAN KELUARAN PERTAMA BULETIN LAN (CIRCULATION OF THE FIRST ISSUE OF BULETIN LAN) Jenis (Category) Sekolah Menengah Kebangsaan (National Secondary Schools) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Private Higher Educational Institutions) Institusi Pendidikan Tinggi (Higher Educational Institutions) Kementerian (Ministries) Perpustakaan (Libraries) Jumlah / Total No. 1637 640 52 52 14 2383

AKTIVITI LAN MEI-SEPTEMBER 2002 Aktiviti Pembentangan Dasar Dialog / Taklimat Sehari Bersama Pelanggan Seminar / Bengkel / Klinik Lawatan Penilaian - Kelulusan, Standard Minimum, Perakuan Akreditasi Jumlah 3 6 5 17 48

10

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

KURSUS TIDAK DIIKTIRAF: DILEMA PELAJAR IPTS


Hello! Saya lulusan dari kolej Encik, saya telah dua tahun graduate tapi hingga kini masih belum mendapat sebarang kerja yang sesuai dengan kelayakan saya. Sekarang ini saya hanya bekerja di petrol pump sebagai pump attendant sedangkan saya adalah pemegang diploma. Tapi diploma saya tidak diiktiraf oleh kerajaan. Jadi susah saya nak dapat kerja. Pada masa yang sama, saya terpaksa membayar balik pinjaman pelajaran berjumlah RM10,000.00. Dialog di atas adalah aduan atau lebih tepat lagi luahan rasa kecewa yang sering saya terima dari bekas pelajar-pelajar kolej swasta. Setelah bertungkus-lumus selama dua atau tiga tahun di kampus, mereka akhirnya menamatkan pengajian dengan penuh gembira dan perasaan bangga yang tidak mungkin dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bagaimanapun, apabila cuba menjejak kaki ke alam kerjaya, menongkah satu demi satu anak tangga untuk mencari pekerjaan, menghantar berpucuk-pucuk surat berisi borang permohonan, menghadiri berbagai-bagai temuduga, jawapan yang diterima dari pihak majikan amat mengecewakan. Maaf encik, kami tidak dapat melantik anda untuk mengisi jawatan tersebut kerana kelulusan anda tidak diiktiraf oleh kerajaan!. Siapa yang hendak dipersalahkan bila keadaan di atas berlaku? Diri sendiri, IPTS atau LAN? Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati pelajar yang sedang belajar di kolej swasta, semaklah status kursus pengajian yang sedang anda ikuti. Secara umumnya terdapat tiga status bagi setiap kursus pengajian iaitu kelulusan, standard minimum dan perakuan akreditasi. Dua peringkat pertama adalah wajib manakala akreditasi bersifat pilihan kepada sesebuah IPTS. Kelulusan adalah kebenaran untuk mengendalikan sesuatu kursus manakala standard minimum pula adalah syarat untuk membolehkan sesebuah IPTS menganugerahkan sijil, diploma atau ijazah kepada para pelajar bagi tujuan bergraduat. Dengan status tersebut, para pelajar layak untuk mencari pekerjaan di dalam sektor swasta. Bagaimanapun, jika berhasrat untuk bekerja dalam sektor awam, para pelajar mesti mengikuti kursus yang telah diakreditasi. Kepada para pelajar juga, cuba pastikan terlebih dahulu status kursus yang hendak dipohon sebelum mendaftarkan diri dengan sesebuah IPTS. Ini untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Semakan boleh dibuat kepada LAN pada bila-bila masa sama ada melalui telefon, email atau datang sendiri ke pejabat kami. Jangan malu atau takut demi kebaikan masa hadapan anda sendiri.

COURSE NOT RECOGNIZED: THE PHEIS STUDENTS DILEMMA


Hello! Im from Sir, I graduated two years ago, but still do not have a suitable job until right now. Now Im working at the petrol station as a pump attendant instead of my diploma that I have. But, the government does not recognize my diploma. Thats why I am still unemployed. At the same time, I have to repay my loan of RM 10,000. The above dialogue is common complaint that I usually receive from private college graduates. After studying so hard for two or three years at the campus, they finally end up with joy. But, when they are trying to find jobs, they always get a disappointment answer. Sorry sir, we cant appoint you to that position because the government does not recognize your diploma. In these circumstances, the finger should be point at whom the student or, the private colleges or LAN? I would like to advice students who are still studying in private colleges. Immediately, check the status of your course from the private college itself. Is the course approved/achieved minimum standard/accredited. The firs two steps are compulsory while the third depends on policy of the private college. Approval is permission for a PHEI to conduct a course whereas minimum standard allows private colleges to award qualifications such as a certificate, diploma or degree. With these qualifications, graduates can seek employment in the private sector. But if you wish to be employed in government service, the student must have graduated from an accredited course. For future students, please check the status of the course that you wish to apply before registering your name in a particular private college. You can contact LAN through telephone, email or walk-in to verify status of your a course of study in a private college. Please dont be shy or scared. Your future is in your own hands.

Oleh: Muhammad Muammar Gadaffi Omar muammar@lan.gov.my

SENARAI KURSUS PENGAJIAN IPTS YANG TELAH MENDAPAT PERAKUAN DAN SIJIL AKREDITASI DARI BULAN MEI HINGGA OGOS 2002
Nama Kursus Pengajian Tempoh Sah Laku Mula Tamat
16/07/2002 12/01/2001 12/01/2001 12/01/2001 20/11/2001 14/05/2002 19/06/2002 19/06/2002 14/05/2002 01/07/1999 01/07/1999 01/07/1999 17/08/2002 17/08/2002 17/08/2002 17/08/2002 17/08/2002 09/12/1999 09/12/1999 09/12/1999 09/12/1999 15/10/2001 15/10/2001 22/03/2000 22/03/2000 14/05/2002 17/08/2002 24/10/2000 22/01/2002 18/06/2002 19/06/2002 22/05/2001 22/05/2001 22/05/2001 19/06/2001 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 14/05/2002 19/02/2002 19/06/2002 12/03/2001 12/03/2001 12/03/2001 16/07/2002 17/08/2002 15/07/2007 11/01/2006 11/01/2006 11/01/2006 19/11/2006 13/05/2007 18/06/2007 18/06/2007 13/05/2007 30/06/2004 30/06/2004 30/06/2004 16/08/2007 16/08/2007 16/08/2007 16/08/2007 16/08/2007 08/12/2004 08/12/2004 08/12/2004 08/12/2004 14/10/2006 14/10/2006 21/03/2005 21/03/2005 13/05/2007 16/08/2007 23/10/2005 21/01/2007 17/06/2007 18/06/2007 21/05/2006 21/05/2006 21/05/2006 18/06/2006 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 13/05/2007 18/02/2005 18/06/2007 11/03/2006 11/03/2006 11/03/2006 15/07/2007 16/08/2007

Buletin LAN Vol. 1 No. 2(2002)

Nama IPTS Yang Memohon

Help Institute Institut Teknologi Maklumat Cosmopoint Institut Teknologi Maklumat Cosmopoint Institut Teknologi Maklumat Cosmopoint Institut Teknologi Sedamai KDU College Kolej Chermai Jaya Kolej Chermai Jaya Kolej INTI Antarabangsa Pulau Pinang Kolej INTI Malaysia Kolej INTI Malaysia Kolej INTI Malaysia Kolej Islam Antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa Kolej Islam Anatarabangsa Kolej Islam Darul Ehsan Kolej Islam Darul Ehsan Kolej Islam Darul Ehsan Kolej Islam Darul Ehsan Kolej Metropolitan Kolej Metropolitan Kolej Nilai Kolej Nilai Kolej Sunway Kolej Taylor Kolej Teknologi Bestari Kolej Teknologi Cybernetics Kolej Teknologi IKRAM Kolej UNITI L&G Twintech Institute of Technology L&G Twintech Institute of Technology L&G Twintech Institute of Technology Pusat Teknologi Dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu Taylors College Taylors College Universiti Multimedia, Cyberjaya Universiti Multimedia, Cyberjaya Universiti Multimedia, Cyberjaya Universiti Multimedia, Melaka Universiti Multimedia, Melaka Universiti Multimedia, Melaka Universiti Multimedia, Melaka Universiti Multimedia, Melaka Universiti Perubatan Antarabangsa Universiti Perubatan Antarabangsa Universiti Teknologi Curtin Universiti Teknologi Curtin Universiti Teknologi Curtin Universiti Tun Abdul Razak Universiti Tun Abdul Razak

Master in Business Administration Secara Kerjasama Dengan Charles Sturt University, Australia. Diploma Teknologi Maklumat Diploma Aplikasi Multimedia Diploma Komputer dan Senireka Diploma in Information Technology (IT) Bachelor of Commerce (Marketing and Management) Secara Berkembar 3+0 dengan Murdoch University, Australia. Diploma Teknologi Multimedia Sijil Sains Komputer Diploma in Accounting Secara Kerjasama Dengan The Open Training and Education Network, New South Wales Technical and Further Education Commision (TAFE) Australia B. A. (Hons) in Business Information Technology - Secara 3+0 Dengan University of Hertfordshire, UK. B. A. (Hons) in Business Administration - Secara 3+0 Dengan University of Hertfordshire, UK. B. A. (Hons) in Marketing - Secara 3+0 Dengan University of Hertfordshire, UK. Sijil Asas Pentadbiran Perniagaan Diploma Sains Komputer Sijil Teknologi Komputer Diploma Teknologi Maklumat Diploma Pentadbiran Perniagaan Diploma Perakaunan Diploma Pengurusan Sumber Manusia Diploma Pengurusan Perniagaan Diploma Perbankan Islam Bachelor of Business (Accountancy) Francais 3+0 Dengan RMIT University, Melbourne, Australia Bachelor of Business (Economics & Finance) Francais 3+0 Dengan RMIT University, Melbourne, Australia Bachelor of Arts (Hons) in Business & Management 3+0 Secara Francais Dengan Oxford Brookes University, U.K. Bachelor of Business 3+0 Secara Francais Dengan La Trobe University, Australia. Cambridge GCE Advanced Level Bachelor of Business - Secara Francais 3+0 Dengan University of Technology, Sydney, Australia Sijil Sains Komputer Diploma Teknologi Maklumat Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Diploma Pengajian Perniagaan Secara Francais Dengan UiTM Diploma Sains Komputer (Multimedia) B. Sc. (Hons) in Computing Secara Berkembar 3+0 Dengan University of Wales, UK B. Sc. (Hons) in Business Information Technology Secara Berkembar 3+0 Dengan University of Wales, UK Sijil Pengurusan Perniagaan American Degree Transfer Program (Engineering) American Degree Transfer Program (Business) Bachelor of Information Technology (Hons) Multimedia Technology Management Bachelor of Business Administration (Hons) Economics with Multimedia Bachelor of Information Technology (Hons) Multimedia Systems Bachelor of Information Technology (Hons) Information Technology Management Bachelor of Information Technology (Hons) Business Information Systems Bachelor of Information Technology (Hons) Software Engineering Bachelor of Information Technology (Hons) Information Systems Engineering Bachelor of Business Administration (Hons) Banking and Finance Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS) Master of Pharmacy (Honours) - Berkembar Dengan Strathclyde University, Glasgow, U.K. Bachelor of Commerce (Finance And Marketing) Bachelor of Commerce (Accounting And Finance) Bachelor of Administration Bachelor of Management (Hons) Foundation Course

RALAT:

1. Senarai Kursus Pengajian Yang Telah Mendapat Perakuan Akreditasi dan Sijil Akreditasi untuk keluaran isu pertama adalah bagi tahun 1998 hingga April 2002
Nama Kursus Pengajian Tempoh Sah Laku Mula
24/06/2001 14/08/2001

2. Bagi kursus pengajian dibawah, tempoh sahlaku akreditasi adalah seperti berikut:
Tamat
23/06/2006 14/08/2006

Nama IPTS Yang Memohon

Kolej Bersatu Sarawak Kolej JAIPETRA

Diploma in Business Management Diploma Teknologi Maklumat

Oleh: Puteri Noorlili Bahrun puteri@lan.gov.my


11

Lembaga Akreditasi Negara Tingkat 14, Menara PKNS-PJ, No. 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Darul Ehsan, Malaysia Tel : 603 - 7968 7002 Fax : 603 - 7956 9496
Designed and printed by: Izshen Associate Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai