Anda di halaman 1dari 19

Bacaan Solat Perkata

BACAAN SOLAT
PERKATA

PENYUSUN
AMIR BIN HJ. YEM
12 SAFAR 1433H (6 JAN 2012)
e-mail : amirmohyem@gmail.com

Bacaan Solah Perkata


Kata Pengantar
Syukur dan pujian yang tidak terhingga banyaknya dan sebaik-baik pujian dengan segala
keberkatan adalah hak mutlak Allah SWT, Pemilik dan Pentadbir sekalian alam. Semoga Allah
melimpahkan selawat dan salam serta keberkatannya kepada kekasihNya Muhammad SAW.
Akhirnya dengan usaha yang kerdil ini dapatlah disiapkan susunan Bacaan Solat Perkata
dengan izin Allah jua. Adapun tujuan Bacaan Solat Perkata ini disusun bukan untuk
membincangkan berkenaan hukum-hakam baru berkaitan solat. Iannya adalah kesinambungan
daripada rujukan daripada kitab-kitab (buku) ulama silam dan terkini yang muktabar. Hanya
penyusun menyelitkan semula dalam bentuk atau persembahan yang baru supaya lebih mudah
difahami mengikut trend masakini.
Niat yang iklhas dipanjatkan kepada Allah SWT semata-mata dengan kudrat yang tak
seberapa ini. Penyusun menyedari akan kelemahan diri di dalam mendapatkan kekhusyukan di
dalam solat dan terpanggil untuk menyajikan suatu panduan ilmiah setelah membaca buku tafsir
Al-Quran Perkata yang ada di pasaran. Bacaan Solat Perkata pada asalnya adalah catatan
peribadi penyusun disamping sebagai bahan sajian ilmu untuk anak-anak tercinta melalui usrah
keluarga yang biasa diadakan pada pagi hujung minggu.
Allah berfirman yang bermaksud Dan Dirikanlah Solat Untuk Mengingati-Ku hendaklah
dipatuhi oleh semua umat Islam kerana solat itu merupakan zikir fardu yang perlu
dilaksanakan secara tunai dalam waktu yang ditetapkan. Tumpuan atau penyertaan
hati (Hudhurul Qalb) dan mengerti atau memahami makna bacaan (Tafahhum) adalah
dua unsur penting dalam hati batin semasa solat sepertimana yang diutarakan oleh
imam Al-Ghazali.
Tidak memahami bacaan wajib mahu pun sunat yang dibaca semasa solat boleh
menyebabkan tumpuan hati (Hudhurul Qalb) dan fikiran kita melayang dan khayal
terhadap apa yang dibaca semasa melaksanakan solat. Memahami maksud dan
makna daripada bacaan (Tafahhum) yang dibaca di dalam solat adalah gandingan
yang penting disamping tumpuan hati dan fikiran. Dua unsur ini bagi diri penyusun
adalah sesuatu yang perlu sebagai suatu usaha membantu ke arah mencapai solat yang
khusyuk dan sempurna disamping menitikberatkan syarat dan rukun solat itu sendiri.
Alhamdulillah, penyusun terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini disamping
memanjangkan serba sedikit ilmu yang tak seberapa ini bersandarkan sabda baginda
Nabi SAW : Sampaikanlah daripadaKu walaupun satu ayat. Mudah-mudahan dengan
usaha yang kecil ini dapat menyahut seruan Baginda Nabi SAW dan dinilai sebagai
kebajikan di sisi Allah SWT jua, Insya Allah. Maha suci Allah Tuhan Yang Maha Besar
Yang Tiada Tuhah Berhak Disembah Selain-Nya. Dan selawat serta salam untuk
kekasih-Nya. - Amin -

PENYUSUN
AMIR BIN HJ. YEM
JUMAAT - 12 SAFAR 1433H (6 JAN 2012)

e-mail : amirmohyem@gmail.com

Bacaan Solah Perkata

A. RUKUN SOLAT
MENURUT MAZHAB SYAFII Ada 13 Rukun

ms 1

Bacaan Solah Perkata

A. RUKUN SOLAT BERGAMBAR


MENURUT MAZHAB SYAFII Ada 13 Rukun

Tidak Terbuka Luas

1. BERDIRI TEGAK

2. TAKBIRATUL IHRAM

Tidak Terlalu Tergenggam

Berserta

3. NIAT

4. MEMBACA FATIHAH (Berdiri)

5. RUKUK + Tamakninah
BERDIRI QUNUT
DAN
DOA QUNUT
BUKAN RUKUN
SOLAT
(Sunat abadh)

6. IKTIDAL + Tamakninah

6(b). BERDIRI + Membaca Qunut Subuh

7 ANGGOTA SUJUD
1. Dahi
2. Dua Tapak Tangan
3. Dua Lutut

4. Dua Perut Jari Kaki

7. SUJUD PERTAMA + Tamakninah


ms 2

Bacaan Solah Perkata

A. RUKUN SOLAT BERGAMBAR


MENURUT MAZHAB SYAFII Ada 13 Rukun

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD + Tamakninah

8(b). SUJUD KE-2 + Tamakninah

9. DUDUK TASYAHUD AKHIR + Tamakninah,

10. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR,

11. MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI

12. MEMBERI SALAM PERTAMA, DAN

13. TERTIB

12(b). Memberi Salam Ke-2


Sunat Haiah
ms 3

Bacaan Solah Perkata

B. SUNAT ABADH
MENURUT MAZHAB SYAFII Disunatkan Sujud Sahwi Jika Tertinggal /
Ditinggalkan Dengan Sengaja.
1. Duduk Tahiyyat Awwal (Duduk Iftirasy)
2. Membaca Tahiyyat Awwal
3. Membaca Selawat Dalam Tahiyyat Awwal
4. Berdiri Qunut
5. Membaca Doa Qunut
6. Membaca Selawat Dalam Qunut
7. Membaca Selawat Ke Atas Keluarga Nabi Dalam Tahiyyat Akhir

C. SUNAT HAIAH
Selain Daripada Yang Rukun Dan Sunat Abadh

D. SYARAT UMUM BACAAN WAJIB DALAM SOLAT


MENURUT MAZHAB SYAFII
1. Bacaan Dalam Bahasa Arab
2. Bacaan Didengari Sendiri
3. Bacaan Dibuat Pada Tempatnya, Seperti Fatihah Semasa Berdiri
4. Bacaan Dengan Makhraj (Sebutan) Huruf, Sabdu dan Sukun Yang Betul.
5. Membaca Dengan Tertib
Syarat umum di atas adalah bagi mereka yang mampu(tidak uzur) dan perlu
kepada Belajar dengan guru yang mursyid.

ms 4

Bacaan Solah Perkata

1. BERDIRI TEGAK

2. NIAT

Hukumnya : RUKUN WAJIB


Hukum Membacanya : SUNAT HAIAH Dilafazkan Dengan Lidah.
Tempat/Waktu Niat :
1. MAZHAB SYAFII - SEMASA Berdiri Dalam
Takbiratul Ihram
. Hendaklah
Memasukan NIAT(Disertakan/Dilalukan Dengan
Sengaja) Serentak Semasa Takbiratul Ihram.
2. Mazhab Maliki Sama Seperti Mazhab
Syafii.
3. Mazhab Hanafi Harus Niat Terdahulu
Sedikit Sebelum Takbiratul Ihram.
Asas ISI Niat (Mazhab Syafii):
1. Al-qasad menyengaja bagi membezakan dari amalan yang lain
2. Al-taradh menentukan (solat) fardu atau sunat Wajib bagi solat
fardu
3. Al-tayin menghadkan jenis solat samada Zuhur Atau Asar, dsb.
CONTOH :

Sengaja Aku
[Qasad]

Solat Fardu
[Taradh]

Zuhur
[Tayin]

JIKA BERJEMAAH HENDAKLAH DITAMBAH ;


1. IMAM :

1.

2. MAKMUM :

Sahaja Aku Solat Fardu


Zuhur.

ms 5

Bacaan Solah Perkata

3. TAKBIRATUL IHRAM + NIAT SOLAH


Hukumnya : RUKUN WAJIB
Hukum Membacaanya : RUKUN WAJIB
Tempat Membacanya : SEMASA berdiri bagi orang yang tidak uzur bagi
memulakan solah . NIAT Hendaklah Disertakan Semasa Takbiratul Ihram.
SYARAT TAKBIRATUL IHRAM
1. Berdiri Yang Tetap JIKA Tidak Uzur
2. Menghadap Qiblat
3. Lafaz Bahasa Arab
4. Didengari Oleh Telinga Sendiri
5. Disertakan NIAT Solah

Maksudnya

Allah Maha Besar

Allah Yang Maha Besar

Atau

Tidak Terbuka
Luas

Atau

Tidak Terlalu
Tergenggam
ms 6

Bacaan Solah Perkata

4. DOA IFITAH
1. Allah Yang Maha Besar
Lagi Maha Agung.
2. Segala pujian yang
banyak bagi Allah.
3. Maha Suci Allah di waktu
pagi dan petang.
4. Sesungguhnya aku
menghadapkan mukaku
kepada zat yang
menciptakan langit dan bumi
dengan keadaan lurus dan
berserah diri dan bukannya
aku termasuk dalam
golongan musyrik.
5. Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku, dan
matiku, semuanya untuk
Allah, Tuhan sekalian alam.
6. Tiada sekutu baginya
kerana itu aku rela
diperintah dan aku ini adalah
golongan orang Islam.

ms 7

Bacaan Solah Perkata

5. FATIHAH
1. Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang
2. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan yang
Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Penyayang.
4.Yang Menguasai
pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah
dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon
pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang
lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai
dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.

ms 8

Bacaan Solah Perkata

6. RUKUK
Hukum Perbuatan : RUKUN WAJIB - WAJIB Tumakninah *
Hukum Membacanya : SUNAT HAIAH
Tempat Membacanya :

1. SELEPAS takbir intiqalat * daripada membaca surah / Al-Fatihah


2. Semasa RUKUK (membongkok) bagi orang yang tidak uzur
3. SEBELUM iktidal (bangkit dari rukuk)
* Tuma'kninah Berhenti sebentar setelah tetap anggota badan sekadar lama bacaan tasbih.
* Takbir intiqalat Takbir kerana berpindah rukun/perbuatan kepada rukun/perbuatan berikutnya.

Maksudnya
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar lagi Maha Terpuji
1. Maha Suci Tuhanku yang
Maha Besar lagi Maha
Terpuji

ms 9

Bacaan Solah Perkata

7. IKTIDAL
Hukum Perbuatan : RUKUN WAJIB - WAJIB Tumakninah *
Hukum Membacaanya : SUNAT HAIAH
Tempat Membacanya :

1. SEMASA DAN SELEPAS bangun daripada rukuk


2. SETELAH berdiri tegak dan tetap bagi orang yang tidak uzur
3. SEBELUM turun sujud pertama rakaat berkenaan
* Tuma'kninah Berhenti sebentar setelah tetap anggota badan sekadar lama bacaan tasbih.

1. Bacaan Semasa Bangkit Dari Rukuk Rajah 1


Bacaan ini menggantikan takbir intiqalat

Maksudnya
Maha Maha Mendengar Allah akan sesiapa
yang memujiNya.
2. Bacaan Semasa Berdiri Tegak(Iktidal) Rajah 2

Rajah 1

Rajah 2

Maksudnya
Wahai Tuhan kami, dan kepada Engkaulah
segala pujian.

1. Maha Mendengar Allah


akan sesiapa yang memujiNya.
2. Wahai Tuhan kami, dan
kepada Engkaulah segala
pujian.
ms 10

Bacaan Solah Perkata

8. DOA QUNUT
1. Ya Allah tunjukkan aku
sebagaimana mereka yang
telah Engkau tunjukkan.
2. Berikan kesihatan
kepadaku sebagaimana
mereka yang telah Engkau
berikan kesihatan.
3. Dan peliharalah aku
sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau
peliharakan.
4. Berilah keberkatan bagiku
pada apa-apa yang telah
Engkau kurniakan.
5. Dan selamatkan aku dari
bahaya yang telah Engkau
tentukan.
6. Maka sesungguhnya,
Engkaulah yang menghukum
dan bukannya yang kena
hukum.
7. Dan sesungguhnya tidak
hina orang yang Engkau
pimpin.
8. Dan tidak mulia orang
yang Engkau musuhi.
9. Maha Suci Engkau wahai
Tuhan kami dan Maha Tinggi.
10. Maka bagi Engkaulah
segala pujian di atas apa
yang Engkau hukumkan.
11. Aku memohon ampun
dari-Mu dan aku bertaubat
kepada-Mu.
ms 11

Bacaan Solah Perkata

8. DOA QUNUT (Samb.)


12. Dan semoga Allah
mencurahkan rahmat dan
sejahtera ke atas junjungan
Nabi Muhammad dan ke
atas ahli keluarganya dan
sahabatnya.
BERDIRI (Iktidal)
MEMBACA DOA
QUNUT

GAMBAR SUJUD
7 ANGGOTA SUJUD

1. Dahi
2. Dua Tapak Tangan
3. Dua Lutut
4. Dua Perut Jari Kaki

4
1

KEDUDUKAN ANGGOTA SUJUD

9. SUJUD
Hukum Perbuatan : RUKUN WAJIB - WAJIB Tumakninah *
Hukum Membacanya : SUNAT HAIAH

Tempat Membacanya :

1. Semasa SUJUD bagi orang yang tidak uzur

2. SEBELUM Duduk Antara Dua Sujud


Tuma'kninah Berhenti sebentar setelah tetap anggota badan sekadar
lama bacaan tasbih.

KEDUDUKAN JARI KAKI YANG


SALAH KETIKA SUJUD
ms 12

Bacaan Solah Perkata

9. SUJUD

(Samb.)

1. Maha Suci Tuhanku yang


Maha Tinggi lagi Maha
Terpuji

10. DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Hukum Perbuatan : RUKUN WAJIB - WAJIB Tumakninah * . Sunat Duduk Iftirasy.
Hukum Membacanya : SUNAT HAIAH
Tempat Membacanya :

Selepas SUJUD Dan SEMASA Duduk Antara Dua Sujud


Tuma'kninah Berhenti sebentar setelah tetap anggota badan sekadar lama bacaan tasbih.

1. Ya Allah, ampunilah dosaku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku dan angkatlah


darjatku dan cukuplah segala
kekurangan- ku dan berilah
rezeki kepada- ku , dan
berilah aku petunjuk dan
sejahterakanlah aku dan
berilah keampunan padaku.

RAJAH - DUDUK ANTARA DUA SUJUD / DUDUK TAHIYYAT AWWAL


ms 13

Bacaan Solah Perkata

11. TAHIYYAT AWWAL


Hukum Perbuatan : SUNAT ABAD Duduk Tahiyyat Awwal (Duduk Iftirasy)
Hukum Membacanya : SUNAT ABAD Termasuk Selawat Nabi Dalam Tahiyyat
Awwal
Tempat Membacanya :

Selepas SUJUD KEDUA Dan SEMASA Duduk Tahiyyat Awwal (Duduk Iftirasy)
1. Segala penghormatan,
keberkatan, rahmat dan
yang baik adalah bagi Allah.
2. Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat
Allah serta berkat-Nya.
3. Sejahtera ke atas kami
dan hamba-hamba Allah
yang soleh
4. Aku mengaku bahawa
tiada Tuhan (yang berhak
disembak) melainkan Allah.
5. Dan aku mengaku bahawa
Muhammad itu pesuruh Allah.
6. Ya Allah, berilah
rahmatMu ke atas Nabi
Muhammad

12. TAHIYYAT AKHIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI


Hukum Perbuatan : RUKUN WAJIB
Hukum Membacanya : RUKUN WAJIB
Tempat Membacanya :
1.

Selepas SUJUD AKHIR Dan SEMASA Duduk Tahiyyat Akhir (Duduk Tawaruk) Serta Tumakninah.

2.

SEBELUM Membaca selawat Ibrahimiyah / Memberi Salam.


ms 14

Bacaan Solah Perkata

12. TAHIYYAT AKHIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI (Samb.)

1. Segala penghormatan,
keberkatan, rahmat dan yang
baik adalah bagi Allah.
2. Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat Allah
serta berkat-Nya.
3. Sejahtera ke atas kami dan
hamba-hamba Allah yang
soleh
4. Aku mengaku bahawa
tiada Tuhan (yang berhak
disembak) melainkan Allah.
5. Dan aku mengaku bahawa
Muhammad itu pesuruh Allah.
6. Ya Allah, berilah rahmatMu
ke atas Nabi Muhammad.
ms 15

Bacaan Solah Perkata

13. SELAWAT KE ATAS KELUARGA NABI & SELAWAT


IBRAHIMIYYAH SELEPAS TAHIYYAT AKHIR

1. Dan (rahmatilah) ke atas


keluarga Nabi Muhammad
seperti Engkau berikan
rahmatMu ke atas Nabi
Ibrahim dan keluarga Nabi
Ibrahim.
2. Dan berilah berkat ke atas
Nabi Muhammad dan
keluarga Nabi Muhammad
seperti Engkau telah berikan
berkat ke atas Nabi Ibrahim
dan keluarga Nabi Ibrahim di
seluruh alam ini.
3. Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha
Mulia.

ms 16

Bacaan Solah Perkata

14. MENGUCAPKAN SALAM


Hukum Membacaanya :
1. RUKUN WAJIB Memberi Salam Pertama
2. SUNAT HAIAH Memberi Salam Kedua
Tempat Membacanya : SELEPAS Membaca Tahiyyat Akhir Dan Selawat Nabi.

Salam ke-1

Salam Ke-2

1. Sejahtera ke atas kamu


dan (dengan) rahmat Allah.

15. TERTIB
Hukumnya : RUKUN WAJIB
Iaitu Dilakukan Menurut Urutannya Samada Niat, Perbuatan Dan Bacaan

Alhamdulillah Selesai Sudah Di Bab Ini, Insya Allah Akan Menyusul Bab Lain Pula.

RUJUKAN :
1.

Formula Solat Sempurna Ust. Zaharuddin Adb. Rahman, Telaga Biru Sdn Bhd, Cetakan Pertama-April 2008.

2.

Indahnya Hidup Bersyariat - Dato Ismail Kamus Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid, Telaga Biru Sdn Bhd, Cetakan
Mac 2009.

3.

Ensiklopedia Solat Rohidzir Rais Fuad Ismail Mohd Wahid Abd Hanif, Telaga Biru Sdn Bhd, Cetakan
Pertama-April 2011.

ms 17

Anda mungkin juga menyukai