Anda di halaman 1dari 14

HAKIKAT SHAHADAT

HAKIKAT SAHADAT...
---------------------------------------------------------------------------------Sesungguhnya sahadat adalah merupakan rukun islam yang pertama dimana seseorang itu
ingin menjadikan islam sebagai cara hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua
kalimah sahadat i itu: ...
Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah sahadat maka
selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam.
Dalam pengertian syariat,dua kalimah sahadat itu ialah "aku menaik saksi bahawa tiada
tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menaik saksi bahwa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah.
Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua kalimah sahadat
itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau sekurang2nya menyoal diri
sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya sahadat itu sendiri,kita lihat ibu bapa
kita melafazkan sahadat maka kita pun turut berbuat demikian,namun begitu tak pernah
bertanya kenapa kita
harus melafazkanya.??

Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang lain daripada
dua kalimah sahadat.
Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita bertanya kenapa LA ILA HA IL
LAALLAH itu boleh membawa pengertian "tiada tuhan yang di sembah melainkan
Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah terdapat perkataan tuhan
(RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah (PAK BUDUU HU) tetapi di dalam
pentafsiran erti baik bahasa oleh para ulama syariat ada perkataan "tuhan" dan "sembah"
dan kenapa pula sahadat tersebut tidak boleh dikatakan begini......


yang mungkin lebih sesuai untuk diberi erti "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah"
tetapi islam tetap mengunakan lafaz sahadat dengan..
yang membawa pengertian kepada tiada yang nyata hanya Allah.

TIADA

NYATA

HANYA

ALLAH

Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa pengertian yang dibuat oleh para alim ulama
syariat adalah jauh,tidak menepti daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan
oleh sahadat itu sendiri disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam sahadat
itu boleh di samakan kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu..??
Begitu juga apabila kita melafazkan ..
itu apakah benar membawa satu pengertian kepada "Nabi Muhammad itu persuruh Allah"
jika benar begitu kenapa Nabi Adam Alaihimusallam bapa sekalian manusia juga
mengucap sahadatnya dengan mengkhabarkan sahadatnya itu dengan lafaz Muhammad
Rasulullah dan seterusnya Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan rasul2,wali2 Allah sebelum
zahir Nabi Muhammad saw mengucap dengan ucapan yang sama atau dalam hal yang
lain ada dikalangan kita akan berkata nabi2 sebelum zahirnya Nabi Muhammad
mengucap dengan cara lain, jika benar begitu apakah mereka difahamkan bahawa islam
itu hanya baru ujud pada zaman Muhammad saw dan benarkah islam tidak pernah ujud
sebelumnya,dan jika benar ucapan Muhammad RasuluLlah itu fahaman kepada Nabi
Muhammad,kenapa pula Nabi Muhammad juga mengucap seperti kita mengucap
sekarang,dan kenapa pula RasuluLlah tidak mengucap begini...

yang lebih sesuai membawa kepada pengerian "aku naik saksi tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa akulah persuruh Allah"
Pendek kata banyaklah lagi persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita
melangkah dan berusaha mencari dan menggali pengertian sahadat yang benar,justeru itu
marilah kita membincangkan bersama2 akan hakikat sahadat mengikut pandangan
hakikat dan makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh sahadat itu
sendiri agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang
dengan pemahaman kita itu.

Adapun kalimah sahadat itu adalah:


dan sesungguhnya
adalah dinamakan sahadat tauhid dan..

adalah pula sahadat rasul.
Sebab kalimah..LAILAHAILLALLAH.. dinamakan sahadat tauhid adalah didalam
kalimah tersebut kita bersaksi dengan penuh rasa bahawa tiada yang lain hanya Allah
semata2 tiada bersekutu baginya dalam segala2 hal dan tiada sesuatu pun yang bercampur
aduk denganya kecuali DIA sendiri,oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada
yang nyata pada kita hanya Allah semata2,kita nafi tubuh kita dan kita isbatkannya
kepada Allah semata2 (diri batin kita)

Adapun kalimah
itu dinamakan sahadat rasul,sebab pada kalimah ini kita melafazkan bersaksi bahawa
yang menyampaikan dan menanggung diri rahsia Allah adalah Muhammad iaitu diri zahir
kita,dan dengan melafazkan kalimah tersebut maka berikrar dan bersaksilah kita dengan
diri kita sendiri bahawa diri zahir kita tetap akan menanggung rahsia Allah dan akan
menjaganya buat selama2nya.

Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (ruhani),


dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (jasmani)
Diri batin adalah sebenar2 diri yang menyatakan rahsia tuhan dan untuk menyatakan diri
rahsia Allah tersebut adalah diri zahir kita...jadi diri zahir kitalah yang menyatakan rahsia
ketuhanan Allah Taala,oleh yang demikian diri zahir kita digelar HAKIKAT RASUL.

APABILA KITA MELAFAZKAN:


TIADA

NYATA

HANYA

ALLAH

MAKNAYA: tiada nyata hanya Allah....dari sini jelaslah kalimah LAILAHALILLAH itu
sudah terang diri batin kita,bila saja kita melafazkan kalimah tersebut dengan jelas kita
memperakui dengan sesungguhnya bahawasanya tiada nyata hanya DIAlah Allah yang
dikandung oleh tubuh zahir kita.

ADAPUN KALIMAH: MUHAMMADRASUL ALLAH pula menyatakan diri kasar kita


kerana hakikat bentuk manusia itu berhakikat dengan huruf M U H A M M A D ,
justeru itu menakala kita melafazkan kalimah.

Maka kalimah yang telah dilafazkan itu adalah meliputi pada menyatakan diri batin dan
diri zahir kita (ruhani dan jasmani) iaitu kita menyaksikan bahawa yang dikandung oleh
diri kasar ini adalah diri rahsia Allah Taala dan diri kasar inilah merupakan sarung, seperti
firman Allah yang bermakna :MANUSIA ITU ADALAH RAHSIAKU DAN AKULAH
RAHSIANYA"

Allah Taala telah mengurniakan manusia untuk memegang dan bertangungjawab


terhadap rahsia yang ditanggung oleh manusia itulah Allah Taala memberi satu
penghormatan besar terhadap kejadian manusia...seperti firman-Nya....

sesungguhnya Aku kurniakan akan manusia itu satu kejadian yang sebaik2nya.

Kejadian manusia adalah satu2 kejadian yang paling rapi,elok tersusun pada zahir dan
batin,duduknya kemuliaan manusia adalah kerana manusia sahajalah kejadian Allah yang
sanggup memegang rahsianya,sedangkan sebelumnya Allah sendiri pernah menawarkan
rahsia ini kepada langit,bulan,bukit untuk menanggungnya tetapi semuanya makhluk
kejadian tersebut tidak mempunyai kesanggupan untuk menanggungnya:- seperti firman
Allah yang bermaksud:" sesungguhnya rahsia aku ini pernah aku taruhkan kepada
langit,bumi,gunung-ganang tetapi mereka enggan menerimanya kerana takut
mengabaikannya,tetapi yang sanggup menerima adalah manusia".
Dari itu apabila kita mengucap akan kalimah

maka bererti kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita
hanya Allah semata2 dan tubuh zahir kita ini adalah tukang penyata rahsia Allah semata2.
Adapun solat itu adalah berdiri menyaksikan diri kita sendiri,kita menyaksikan bahawa
diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah Taala dan tiada sesuatu pada
diri kita hanya rahsia Allah semata2,tiada satu jua pun yang kita punya kecuali hak Allah
semata2,jika diibaratkan kita ini hanya sebagai sebuah kotak radio yang hidup dengan
mengharapkan siaran dari stastion besar semata2,dan perlu di ingat bahawa berfungsinya
radio tersebut kerana dapat menerima gelombang siaran dari station besar,yang demikian
jika habislah siaran atau rosaknya penerimaan siaran maka sudah tentu kotak radio
tersebut akan dibuang menjadi sampah,maka begitulah kita.
Kita akan berguna di sisi Allah jika kita dapat menanggung amanah rahsia itu serta dapat
berfungsi dan bertindak mengenal diri kita sendiri,kerana apabila kita berjaya dapat
mengenal diri kita,maka dengan itulah pula kita dapat mengenal diri Allah itu
sendiri...firman Allah dalam hadis qudsi.....

ertinya,barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah tuhannya.
Oleh itu jika kita tidak mengenal diri kita,maka kita adalah lebih hina daripada sampah di
sisi Allah.

Adapun sembahyang/solat itu bukanlah sekali ertinya menyembah kerana apabila disebut
sembah,maka sudah tentu membawa pengertian bahawa ada yang menyembah dan ada
pula yang kena sembah dan tiap tiap yang disembah sudah pasti ada di hadapan yang
menyembah.
Justeru itu bagaimana halnya dengan Allah yang bersifat bersalahan dengan benda-benda
itu ujud,ujud dihadapan untuk di sembah,dan jikalau Allah di hadapanya maka ertinya
Allah bertempat,jika ini iktikad kita maka kafirlah kita jadinya.Lagi pun bagaimana
boleh dikatakan sembahyang itu boleh disifatkan menyembah sedangkan manusia itu
sendiri pun adalah diri rahsia Allah seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi;
" ertinya : manusia itu adalah rahsiaKu dan diri Akulah rahsianya".
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa sembahyang itu sebenarnya adalah satu istiadat
menyaksikan diri sendiri dan sesungguhnya diri kita itu adalah kepunyaan Allah sematamata.Dan sugia di ingatkan bahawa keadaan yang dinyatakan di atas bukanlah sekali kita
boleh beriktikad bahawa Allah Subhanahuwatallah itu duduk di dalam diri kita,jika kita
beranggapan bergitu maka kafirlah jadinya dan keadaan yang diterangkan di atas juga
bukan sekali-kali boleh beriktikad bahawa diri batin kita (ROH) itu tuhan dan
bertuhankan diri,maka berbuat demikian kafir pula jadinya.
Perlu di ingatkan bahawa kita adalah sebagai kotak radio yang menerima gelombang
radio dan rahsia radio,maka untuk menyatakan rahsia radio tersebut adalah station yang
memancar siaranya ke kotak radio,maka berbunyilah radio seperti mana asalnya di station
besar.Bergitu dengan Allah,Dia memuji diriNya dengan diri rahsiaNya yang dikandung
oleh manusia.Seperti firman Allah didalam Hadis Qudsi yang bermaksud:
AKU SUKA MENGENAL DIRIKU SENDIRI,
LALU AKU JADIKAN MAKHLUK INI,
LALU AKU PERKENALKAN DIRI AKU,
KEPADA MEREKA DAN LALU MEREKA,
PUN MENGENAL AKU.
Bermula yang dimaksudkan dengan makhluk di dalam hadis qudsi di atas adalah
manusia.
Adapun yang dikatakan sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kerana semasa
sembahyang kita wajib berkata :"" . ertinya bersaksilah
aku bahawa tiada yang nyata kecuali Allah (diri batin) dan bersaksilah aku bahawa
Muhammad (diri zahir) itu adalah penyaksian Allah (diri batin).

Di sini terang dan jelaslah bahawa kalimah penting itu di lafazkan oleh kita bagi tujuan
supaya menilik diri kita dengan matahati kita,bahawa akulah yang membawa rahsia
Allah,dan kita menilik dengan mata zahir dan batin kita bahawa kita adalah Allah sematamata tiada sesuatu pada kita hanya Allah semata-mata.
Ucapan penyaksian ini bukanlah sahaja dilafazkan oleh lidah malahan dikatakan bersama
oleh semua anggota zahir dan batin kita,masing-masing serentak berdiri menyaksikan diri
ini adalah Allah semata-mata,()
Maka di saat melafazkan sahadah tersebut maka gementarlah seluruh tubuh jiwa raga
orang arifin billah,maka disaat itu terasalah oleh mereka satu kelazatan yang amat
sangat,tiada bahasa yang boleh diterangkan di sini kecuali diketahuilah sendiri oleh
mereka yang mengalami dan sampai pula ke martabatnya.
Untuk menegaskan hal di atas Allah Subhanahuwatallah telah berfirman di dalam AlQuran : :
ertinya" sesungguhnya bagi mereka yang beriman apabila sahaja disebut Allah nescaya
gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambah iman mereka
kepada Allah mereka bertawakal.
Adapun ertinya bersaksilah aku tiada yang nyata hanya Allah,iaitu
bersaksilah aku dengan telingaku,mataku,otakku,kulitku,dagingku,kakiku, dan seluruh
tubuhku yang zahir dan batin aku,tiada yang nyata kecuali Allah jua.Aku melihat dan
mendengar dengan penglihatan Allah dan pendengaran Allah,tiada aku merasa ,Allah lah
merasa,tiada aku berkehendak,Allah lah yang berkehendak, tidak aku berkuasa,Allah lah
yang berkuasa...tidak....tidak...tidakkkk...HANYA ALLAH SEMATA-MATA.
Seperti firman Allah; ..."Dimana sahaja kamu berhadap di situlah
wajah Allah".
Cara ini adalah dengan kita menafikan diri kita yang zahir ini dan mengisbatkan diri kita
yang batin (Allah).

Adapun ertinya "dan bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini
adalah menanggung diri rahsia Allah semata-mata.
Di dalam kalimah ini kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa diri kita jasmani inilah
yang menanggung dan membawa rahsia Allah (diri batin) dan diri kita yang zahir inilah
juga yang menjadi dalil awal akan ujudnya Allah Tuhan semesta alam.
Dengan yang demikian fahamlah kita bahawa kalimah sahadat itu adalah kalimah hakikat
yang menyatakan penyambungan diantara badan jasmani dengan badan ruhani kita,ianya
tidak boleh dipisahkan dan diceraikan diantara satu dengan lain.

Oleh kerana kita faham dengan hujung jatuhnya kalimah sahadah itu adalah hakikat
penyambungan diantara ruhani dengan jasmani,maka setengah ulama' berpendapat
bahawa tidak wajar bagi kita untuk melafazkan kalimah sahadah tersebut secara
mewakafkan bacaan dimana-mana bahagian kalimah dua kalimah sahadah
tersebut,adalah tidak kita mewakafkan di kalimah ALLAH seperti yang diamalkan oleh
kebanyakan orang jahil di dalam hakikat dua kalimah sahadah,kerana pada hakikatnya
kita telah mengetahui bahawa tubuh kalimah dua sahadah tersebut adalah gabungan
ruhani dan jasmani kita.
Adapun ucapan dua kalimah sahadah yang hanya disebut dilafazkan dimulut tampa
mengerti apakah sebenar hakikat sahadah tersebut adalah dinamakan sahadah
tanda,hujung jatuh akan hakikat sahadah tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu
masyarakat yang mengaku diri mereka islam,turut sama mengiktiraf bahawa manusia
yang mengucap dua kalimah sahadah semacam tadi adalah berugama islam seperti
mereka juga. tetapi sebenarnya sahadah sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi
erti apa-apa serta tidak bermaya, ertinya jika di ibaratkan besi maka besi seperti inilah
besi tawar yang tidak pernah mengerti apa makna tajam,ia hanya bergelar besi tetapi
tidak berguna untuk apa-apa jua pun kerana perlu di tegaskan bergunanya besi bagi
sebilah pisau adalah kerana tajamnya.Tajam itulah sebenar benar tubuh pisau itu,oleh
sebab itu bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah sahadah tetapi jahil
daripada mengerti hakikat sahadah maka manusia begini adalah manusia islam minannas
dan ianya bukan sekali kali islam minallah,oleh itu untuk menjadi islam minallah maka
seseorang itu haruslah mengerti dan mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada
hakikat sahadah sebenarnya.

HURUF2 KALIMAT SAHADAT 24 HURUF MELAMBANGKAN 24 JAM SEHARI


SEMALAM.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adapun kalimah sahadat ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam
selama 24 jam ertinya hidup kita,mati kita,bangkit kita dihari kiamat nanti adalah dengan
kalimah sahadat :

ertinya:hidupku didalam dunia ini,matiku dan bangkitku dihari akhir nanti didalam
kalimah (sahadat) dan insallah aku menjadi orang yang amin.

disamping itu diingatkan bahawa didalam kalimah tauhid jiga mengandungi 24 huruf
semuanya bagi menandakan kehidupan manusia 24 jam dalam sehari semalam
sebagaimana yang dinyatakan dalam bab yang lalu bahawa kalimah sahadat itu adalah
pada menyatakan perihal diri ruhani dan jasmani kita.Kalimah ini adalah tersangat
penting didalam penghidupan kita untuk menuju kepada Allah Subhanahu wataala.

Oleh itu janganlah dipisahkan manusia samasekali dua kalimah sahadat didalam
kehidupan kita,jika ingin menjadi manusia yang diredhai di dunia dan diakhirat dan
jangan sekali2 kita mati tampa kalimah sahadat.

( 24 huruf)

(bagi mengisyaratkan kehidupan/penghidupan manusia 24 jam sehari semalam.)

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala
sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah
iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.

"Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)

"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka
di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan
semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).

Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan
Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan
Wujud makhluk.

Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya
kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki
termasuk dalam "illaLlah". Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan
semua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah".

Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda
mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam
mengatakan Muhammadun RasuluLlah).

"Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.


Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang
dengan deria(senses).

Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan
rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan
Yang Qadim.
Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya
terpancar pengertian dan tanggapan.

"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia
tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka
binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam
ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi
batinnya ia adalah khalifah Allah.

Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi
tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami
dari "Muhammadun RasuluLlah".

Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui pada
hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah.
Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah
yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini
bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah
sebagaimana Ia sebenarnya.

"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu
jua".

Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang
tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan
berkata; "Allah, Allah, Allah". Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya
lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah
penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan
lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang
paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan
lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum
Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan
kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian
anda tidak ada langsung hujungnya............

Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah
sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan
lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini
adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan
yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.

Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan
ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang
lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni
"Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", dan
ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan
selain Allah".

Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah
berkata; "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini adalah pengetahuan
orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orangorang Sufi?.

Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan
orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari
bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak
yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan
keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa
halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.

Rujuklah mereka yang arif billah..

Anda mungkin juga menyukai