Anda di halaman 1dari 4

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

Alhamdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah.

Terjemahan mukasurat 147 bab : Al-Istizan (meminta izin)


7- Jika rumah tersebut bukan rumahnya, dan dia ingin memasukinya,
maka hendaklah sewajibnya dia meminta izin, dan adalah tidak halal
baginya untuk memasuki rumah tersebut sebelum meminta izin
terlebih dahulu secara ittifaq (persetujuan) para ulama walaupun pintu
rumah tersebut terbuka atau tertutup sekalipun, 1 walaupun ada
penghuni atau tidak berpenghuni, berdasarkan ayat Allah :
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke
dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga
kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada
penghuninya (An-Nuur : 27)
Ini kerana setiap rumah mempunyai kehormatanya dan adalah
tidak harus kita mencemarkan kehormatan tersebut, meminta izin
adalah bukan kerana diri penghuni rumah tersebut sahaja, bahkan ia
adalah untuk diri penghuni rumah tersebut dan harta-hartanya, kerana
jika seseorang itu memiliki rumah sebagai penghadang kepada dirinya,
begitu

juga

ia

bertujuan

untuk

menghadangi

harta-hartanya,

sepertimana dia tidak ingin sesiapa melihat kepada dirinya, begitu juga
dia tidak ingin sesiapa melihat kepada harta-hartanya.2
As-Syafiieyyah berpandangan, jika rumah yang bukan rumahnya itu
adalah rumah salah seorang mahramnya, mereka membezakan di
1 Badaie As-Sonaie 5/124 dan As-Syarh As-Saghir 4/762
2 Badaie As-Sonaie 5/124

antara rumah tersebut jika pintunya terbuka atau tertutup dengan


berkata :
Jika pintu rumah tersebut tertutup maka dia tetap tidak
boleh masuk ke dalam rumah tersebut selagi belum meminta
izin

dan

mendapat

keizinan

masuk,

tetapi

jika

pintunya

terbuka maka ada dua pilihan, (samada masuk sahaja atau


meminta

izin

terlebih

dahulu)

dan

yang

terbaik

adalah

meminta izin terlebih dahulu3


Dikecualikan daripada kewajiban meminta izin untuk memasuki rumah
secara umum adalah :
8- Pertama : Memasuki rumah yang tidak berpenghuni yang
mempunyai barang-barang yang bermanfaat kepada manusia, maka
diharuskan memasukinya tanpa meminta izin, berdasarkan kepada
keizinan umum untuk memasukinya, dan terdapatnya khilaf di dalam
menentukan keadaan rumah-rumah tersebut.
Berkata Qatadah, Mujahid dan Ad-Dhahhak dan Muhammad Ibn
Al-Hanafiyyah : Ia adalah rumah-rumah yang dibina di tepi
jalan,

yang

dijadikan

oleh

para

musafir

sebagai

tempat

persinggahan untuk bermalam dan contohnya ialah seperti


rumah tumpangan/hotel
Berkata Al-Hasan Al-Basri dan Ibrahim An-Nakhaie dan Ali
ASyabi : Iaitu kedai-kedai yang berada di pasar, dan Ali bin Abi
Talib pernah menumpang teduh daripada hujan di satu khemah
milik Parsi di pasar tanpa meminta keizinan tuanya
Diriwayatkan

daripada

Ibnu

Umar

bahawa

beliau

pernah

meminta izin untuk masuk ke dalam kedai-kedai di pasar, lalu


3 Mughnil Muhtaj 4/199 cetakkan mustafa Al-Baabi Al-Hallabi

diberitahukan kepada Ikrimah tentang hal


Siapakah

yang

mampu

tersebut dan berkata :

melakukan

perkara

tersebut

sepertimana yang mampu dilakukan oleh Ibnu Umar?


Berkata Al-Jassas : Perbuatan Ibnu Umar tersebut tidaklah
menunjukkan bahawa beliau berpandangan masuk ke dalam
kedai tanpa izin adalah suatu dosa, tetapi ia hanyalah suatu
sikap berhati-hati beliau, dan perbuatan tersebut adalah harus
bagi setiap orang
Berkata Atho : Iaitu rumah-rumah yang telah roboh yang
mana manusia masuk ke dalamnya untuk membuang air kecil
dan air besar
Diriwayatkan

daripada

Muhammad

Ibn

Al-Hanafiah

Maksudnya ialah rumah-rumah di Mekah4


Al-Imam Malik rahimahullahu taala menerangkan pandangan ini
dengan berkata : Asal kepada pandangan Muhammad Ibn AlHanafiah ialah beliau mengharuskan memasuki rumah-rumah
di Mekah tanpa keizinan adalah berdasarkan kepada kata-kata
bahawa rumah-rumah di Mekah adalah tidak dimiliki oleh
sesiapa dan sesiapa pun boleh memasukinya5
Jabir Ibn Zaid menambah dengan berkata : Setiap tempat yang
memberikan manfaat kepada manusia dan dia (orang yang
memasuki rumah tersebut) mempunyai sesuatu hajat6

4 Ahkam Al-Jassas 3/387, At-Tabari 18/113, Al-Qurthubi 12/221-222 dan


Umdatul Qari Syarh il Bukhari 22/131 cetakkan Al-Muniriah
5 Tafsir Al-Qurthubi 12/221
6 Tafsir Al-Qurthubi 12/221

Al-Malikiah pula berpandangan berdasarkan urf (adat setempat)


dengan berkata : Diharuskan untuk masuk tanpa meminta
keizinan pada semua tempat yang boleh diketuk seperti
masjid, bilik air, hotel, rumah orang alim atau qadi, doktor
iaitu

tempat

yang

banyak

menerima

kunjungan

manusia

kerana kewujudan izin yang umum untuk memasukinya 7

7 Al-Fawakih Ad-Dawani 2/426, Syarhul kafi 2/1134, Syarhu As-Saghir 4/762

Anda mungkin juga menyukai