Anda di halaman 1dari 9

NOTA EDU3108

5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL


BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU
PROFESION
1) Pengenalan;
- Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan
yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu
pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting.
2) Ciri-ciri Profesion;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan
penting dengan matlamat yang jelas untuk
masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan
kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam
sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut
satu tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa
menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran
dalam menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi
yang berkuasa menentukan kemasukan,
mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion
3) Konsep Profesional;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam
suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan diertikan sebagai pengajaran
(Kamus Dewan,1989)
- Keguruan diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas
dan kelayakan sebagai guru (K.Dewan,1989).

Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan
Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah
mengajar dalam bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod
etika sebagai panduan dalam segala aktiviti
profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang
penting kepada indidvidu dan negara.
Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth:
guru sandaran, guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan
tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk
memecat guru sekiranya guru tersebut tidak
mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli
kesatuan
6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor
Abdullah,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan
kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan
tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid
belajar dalam bilik darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya
murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan,
bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);


- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8) Model Guru Profesional -Mohamad
Sani,1998) ;
Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu
Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi
Bahan
Kaedah
Teknologi
9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspekaspek berikut:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI


KEGURUAN
1.Konsep Etika
- sistem tingkah laku kumpulan manusia /
organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
- guru perlu menjaga kod etika demi status,
akhlak dan maruah.
2) Kod Etika Keguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
- mengutamakan kebajikan dan dan
keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa
sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan
tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan
kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi
ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka.
- Mengelakkan daripada
menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan
sosial/ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan
diterima masyarakat.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan


profesion
- Mengelakkan diri daripada membuat
kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik
rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam
profesion perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3) Akauntabiliti Guru;
Konsep
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
- Tanggungjawab kepada profesion perguruan
- Leslie Kaplan & William Owings (2001),
akauntabiliti guru sebagai;
kualiti guru
kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan


- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran
menyampaikan maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu
bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan
murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan
sebarang bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada muridmurid.
Akauntabiliti terhadap profesion
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada muridmurid.
- Membantu rakan sejawat
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang
mencemarkan profesion perguruan.

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara


- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan
matlamat FPN dan RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan
masyarakat berbilang kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas
dalam kalangan ibu bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
4) Integriti Guru
- Integriti bermaksud wholeness atau
completeness- kesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan
kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud
secara keseluruhan dan padu kepada individu
dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika
dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion
dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan
budaya kerja organisasi yang bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan
tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada
pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas
mampu merancang p&p yang terbaik

BAB 3 ISU ETIKA GURU


Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan
adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
- Suatu sistem yang diatur sebagai panduan
untuk diikuti oleh guru supaya guru saling
menghormati, mempunyai kesantunan,
kepedulian terhadap profesionnya serta boleh
menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah
menjaga kepentingan masyarakat yang

berhubung dengan mereka


- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat
kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan
dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
Fokus Etika Guru :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan
1.0 ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat
atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara
kita sahaja.
2.0 ISU KEPEDULIAN GURU
- Definisi ; perwakilan komposit perasaan,
pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang
diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.
- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian
yang diberi oleh guru terhadap isu yang
dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan
menggerakkan suatu proses perubahan
(Havelock 1995)
- Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan
mengganggu tugas

- Kepedulian terhadp tugas pengajaran


: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan
beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap
guru
- Kepedulian terhadap impak pengajaran
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan
penambahbaikan

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak
Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang
saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid
saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan
dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang
tinggi?
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki
pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality
sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas
pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas
guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep
dan elemen dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan
masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi
polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti
bercakap dalam bidang profesionalnya.

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan


Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan
matlamat membawa sistem pendidikan kearah
kecemerlangan seiring dengan slogan
membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif,
yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran,
bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai
mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan minda sihat dan
terbuka.
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap
dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar,
membuat persediaan dan beri murid semangat
belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama

- Bakti disemai bukti dituai


- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari
menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif
Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid
sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar
dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi
mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya,
memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,
bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan berwatak
supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti
sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian
khusus dalam bidang keguruan sehingga ia
mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai
guru dengan kemampuan maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu,
yang akan mendorong diri mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang
sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir
berkomunikasi dengananak muridnya akan
mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah
dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT,
mengekalkan guru berkualiti dengan cara
sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu
kemahiran aplikasi computer.
Kesimpulan :

Kemahiran guru yang perlu ada :


- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai
kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi
dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan
etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata
pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah
pelajar
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan
berupaya menyampaikan idea dan mesej yang
berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan
negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan dan
berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan Negara.
Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan
selepas tamat kursus perguruan di IPG atau
university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling
mempengaruhi antara individu dalam konteks
sosial sekolah selepas penempatan baru.

3) Guru baru sering berhadapan dengan


masalah sosialisasi.
Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar
bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin
sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
1) Peranan Guru
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran
2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran
- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan
mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan
meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca,
berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea
baru.
3) Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata
pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada
alam persekolahan & amalan seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang
mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi &
kesihatan.

4) Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur
pemikiran bagi menguasai aspek kandungan
pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan
mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis &
kreatif.
5) Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang
berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji
keberkesanannya melalui kajian penyelidikan
tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa
menggunakan kaedah kes, soal selidik,
pemerhatian & temubual.
6) Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan
pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah,
sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya
masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan
masyarakat.
7) Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar
kepada tanggungjawab guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan
ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan
meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan
8) Pengganti Ibu BapA
- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya
anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan
dan perubahan sikap & tingkah laku murid.

- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan


tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau
diskriminasi.
9) Pembentuk Tingkah Laku
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama,
nilai terminal & nilai instrumental bagi
membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan
pembentuk tingkah laku (kesungguhan,
kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi
dan kesabaran).
10) Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian
pelajar dalam bidang akademik dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan
sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan
kerjasama yang baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan
diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama,
toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin
aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur
dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat
rujukan pada bahan lain yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk
prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN


4 bentuk jangkaan:
VISI DAN MISI KPM
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI TERBILANG
- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada
di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan
akademik dan kokurikulum mahupun siasah,
prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.
- Misi KPM: Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang
mampu membina masyarakat yang progresif,
berdaya tahan, mampu berdepan dengan
perubahan-perubahan di peringkat global tetapi
pada waktu yg sama mendukung identiti negara
berlandaskan Rukun Negara
2) carta
organisasi(http://www.moe.gov.my/?id=143)

- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan


hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus
sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin
dengan penuh amanah, berintegriti dan
bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti
e.g merancang strategi bg membina jambatan
yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti
dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g
meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang
yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif
dari sudut kebajikan

BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME


GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian


Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan
iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap
kurikulum dan pentadbiran
- PK2 bertanggungjawab dlm HEM
- PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum

1) Pembelajaran Sepanjang Hayat


- Seorang guru harus meneruskan
pendidikannya sepanjang hayat kerana
pendidikan sendiri mengalami pelbagai
perubahan.
- Senaraikan perubahan-perubahan yang
dimaksudkan di atas.

4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;


- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk
- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa
5) Jangkaan Guru;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg
sangat kuat untuk memperoleh sesuatu
ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu
tugasan

2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan


Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan
- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik
3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud
motivasi kendiri ke arah pencarian dan
peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan
keperluan personal atau profesional.

4) Pembelajaran Peribadi
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat
dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (
learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui
perlakuan dan tindakan guru sendiri.
5) Senaraikan kaedah atau bentuk
pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahu
Sebagai contoh
- Program secara on-line merupakan
perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh
mendapatkan segala maklumat tentang
pengajaran dan pembelajaran secara on-line.
- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center)yang dibina dan menjadi satu
landasan untuk merangsang gurudalam
perkembangan professional guru Bahasa
Inggeris (Mohamed Amin Embi,
6) Budaya Membaca;
- Guru perlu mengamalkan budaya membaca
bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini
dengan ilmu pengetahuan.
- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru
melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak
terpinggir daripada kelompok profesional yang
lain.
7) Mengapa dan bagaimana?
Budaya Menyelidik
Kajian Tindakan
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan
guru Kem. Pelajaran Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada
perancangan, tindakan, penilaian terhadap
tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu
aspek pengajaran yang guru perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka
dan mampu menambah baik amalan kendiri.
8) Amalan Reflektif;
Antaranya amalan refleksi melalui :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we
must know it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is a constant

process of change. Every single time you


teach something to someone, it is ingested,
something is done with it,and new human being
emerges (Leo Buscaglia).
9) Kolaborasi dan Musyawarah
- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang
lain dlm projek bersama yang mempunyai
matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang
berlangsung dan mencapai kata sepakat
terhadap sesuatu tindakan yang diambil
10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha
berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha
berterusan tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam
Perkhidmatan KDP)
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini
12) Pembelajaran Autentik
- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti
dalam suasana sebenar yang membolehkan
seseorang pelajar menumpukan pada
pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber
- Program Adobe
- Program ERIC
- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal

Anda mungkin juga menyukai