Anda di halaman 1dari 2

ciri-ciri komunikasi berkesan

Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang mencapai matlamatnya.


Apabila tercapai matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si
pendengar . Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah
komunikasi boleh dianggap sebagai berkesan.
Personaliti
Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan
menarik untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan
pedengar mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut.
Dengan ini, kerja penutur untuk mearik para pendengar akan menjadi lebih
mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah motivasi pelajar sekolah perlulah
mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian pelajar
sekolah. Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika dia
berjaya menambat hati para pelajar .
Mendengar dengan aktif
Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi
pendegar yan aktif. Hal ini berlaku kerana jika seseorang individu menjadi
pendengar yang teliti,dia akan memahami apa yang disampaikan oleh penutur.
Dengan ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan
mahupun pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh penutur.
Dengan mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat mencerna informasi
dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku
jika penerima mesej faham isi kandungan mesej dan member komen yang baik.
Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat tidak endah
dengan penyampaian isi maklumat .
Bahasa badan
Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana
dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang
sederhana , seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap.
Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan
yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi , seorang penutur yang
akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang
menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang
penting.
Bahasa yang mudah difahami
Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai
penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain , penutur
perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada tahap sekolah , mahasiswa
mahupun orang-orang tua. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai
mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak
disampaikan oleh penutur. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami,
para pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan

penyampaian isi kandungan penutur atau penceramah. Dengan ini, komunikasi


yang berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan
positif antara pengirim dan penerima mesej.
Kejelasan maklumat

Perkara ini penting bagi seorang penutur dan juga penerima. Penutur
haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat
dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan
tercapai untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana
komunkasi yang berkesan mampu member pengaruh kepada penerima
maklumat tersebut. Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku
penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir. Misalnya , apabila
seseorang itu mendengar pidato mengenai nilai integrity dan faham maklumat
yang disampaikan, pendengar itu akan mengaplikasikan nilai integrity dalam
kehidupan sehariannya. Selain itu, bimbingan yang positif dan berterusan dari
seorang guru juga mampu meransang anak-anak murid seorang guru untuk
menjadi insan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai