Anda di halaman 1dari 2

KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan


perkongsianmakna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama
ada secara bertulis,simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan
secara bersemukamahupun menggunakan media massa.
Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu
seniyang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada
seorangyang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada
seseorangindividu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi
kadangkala digantikandengan perkataan interaksi atau perhubungan.
Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan
untukmengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu
pasti adamatlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks
tertentu.Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh
di lihat dariberbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan
penerima, tujuan sertamaksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan,
pengertian komunikasi bolehdilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan
komunikasi itu dijalinkan.(i)
Takrifan oleh Wood (2001)
Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai
proses yang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol
tertentu untuk membentuk dan menginterpretasi makna.

Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yang Ditakrifkan oleh Wood

i.

Proses

Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalamiperubahan. Sukar ditentukan bila


ia bermula dan berakhir.Dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
ii.

Sistemik

Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat.Ia saling mendatangkan
kesan kepada satu sama lain. Sistemwujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti
sebuahkeluarga sehinggalah sistem yang lebih besar sepertiorganisasi, komuniti
dan bangsa serta budaya yangdiamalkan.

iii.

Simbolik

Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yangberbentuk abstrak, arbitrari,


dan kabur maksudnya.(iv)
iv.

Makna

Makna amat penting dalam komunikasi dan untukmenerangkan sesuatu fenomena.


Makna juga dapat dilihatmenerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat
dari duatahap iaitu:
(i)tahap kandungan makna dalam mesej, dan
(ii)tahap hubungan makna apa yang dinyatakan tentanghubungan komunikator dan
mesej.(ii)

Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)


Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan
tidakformal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu
melibatkankomunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan
maklumbalas.

Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002)


Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara
sengajaatau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang
diperhatikan dantanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang
diperhatikan itu.

Anda mungkin juga menyukai