Anda di halaman 1dari 3

Definisi Lukisan

Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja


antaranya:
Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua
bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old
English iaitu dragan yang bermasud to drag dan aktiviti yang berhubung dan
tubuh badan.
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus
yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya,
bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia.
Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan
pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam
pelbagai cara dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan

pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi,


keintelektualan dan juga spiritual.
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas
permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan
keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa pelukis perlu
mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi
dan daya estetika.

Teknik lukisan
> Garisan
> Lorekan
> Titikan
> Campuran

Anda mungkin juga menyukai