Anda di halaman 1dari 1

ASSALAMUALAIKUM!!!!

(TUNGGU HINGGA SEMUA JAWAB SALAM)


Kawan-kawan, pernah tengok cerita ALI BABA BUJANG LAPUK??
Ada satu adegan ketika Marjinah dan Aloyah berada di belakang rumah, isteri Ali
Baba datang memberi salam, ASSALAMUALAIKUNNA. Maka, dijawab dengan
ucapan, WAALAIKUNNASALAM. Ingat tak????
Apa itu SALAM? Apakah makna ASSALAMUALAIKUM?
Ucapan salam merupakan suatu lambang yang mulia bagi umat islam.Tanda agama
seseorang pun dapat dinilai daripada ucapan salam. Hari ini, ucapan
"Assalamualaikum", sering menjadi bahan mainan bukan sebagai kata-kata doa atau
ibadat bagi sesetengah orang. Malangkan...
Bismillahirrohmanirrahim...
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti
memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik
daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah
sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa: Ayat 86)
Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik
ketika bertemu dengan saudara sesama Islam bagi menjaga kesejahteraan. Dengan
demikian umat Islam hendaklah sentiasa memberi salam setiap kali bertemu
saudara-saudara Islam sama ada kenal ataupun tidak.
Rasulullah SAW menegaskan dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar
Radiallahuanha: Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW
yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu
memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke
atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Kawan-kawan, bagaimana cara memberi salam dengan baik?
Kita sering mendengar orang memberi salam, dengan lafaz ASAMEKUMMM.... atau
sengaja dipanjangkan harakatnya seperti ASSALAMUALAIKUMMMMM.....
Cara ini adalah salah.
Rasulullah SAW memberi salam dengan lafaz, "ASSALAMUALAIKUM" yang
bermaksud Sejahtera ke atas kamu semua. Dan baginda menjawab salam dari
para sahabat dengan lafaz salam yang penuh "WAALAIKUMUSSALAM
WARAHMATULLAHI WABAROKATUH."
Apabila kita berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam
dengan ucapan ASSALAMUALAIKUM pada AZIZAH ye...
Bukannya, "Kirim salam kat AZIZAH ye..."
Maka, marilah kita bersama-sama mempraktikkan dan mengamalkan budaya
memberi salam dengan betul. Akhir kata dari saya, Pendakwah Cilik ____________,
ASSALAMUALAIKUM!!!!

Anda mungkin juga menyukai