Anda di halaman 1dari 7

3 Kelebihan Amalan Salam

Posted by BELOG SANTAI on SUNDAY, JANUARY 5, 2014 AT 4: 00 PM


Salam Untuk Semua Pembaca Blog Santai,


Kelebihan Memberi Salam

Amalan Salam Dalam Islam

Amalan memberi dan menjawab salam berada pada posisi yang sangat istimewa
dalam kehidupan umat Islam.
Rasulullah SAW pernah menyatakan hal ini melalui sebuah hadis riwayat Abdullah
bin Salam yang bermaksud: Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan,
hubungkanlah silaturrahim dan bangunlah solat malam pada masa manusia sedang
nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamatnya.

Hukum Memberi Salam

Hukum memberi salam adalah sunat, manakala menjawabnya adalah wajib.
Seseorang Islam yang tidak menjawab salam dianggap sebagai satu penghinaan
kepada orang yang memberi salam. Menjauhkan diri daripada perbuatan hina
adalah wajib di sisi Allah SWT.


Kelebihan Memberi Salam
Kebaikan Memberi Salam


Orang-orang yang memberi dan menjawab salam akan diberi pahala dan
kebajikan daripada Allah swt.


Bukan saja pahala kebajikan, malah rahmat pun dapat.
"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta
berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi
yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh"
(Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)

Tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan
membalas salam sebanyak 70 kali!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu
dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul
Firdaus daripada Abu Hurairah)

Bukan saja malaikat yang mendoakan mereka yang memberi dan menjawab salam,
bahkan Allah juga mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!
"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan
dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-
Tarmizi dan Ibnu Majah)

Begitu besarnya, fadhilat salam. Hanya sekadar memberi dan menjawab salam,
pelbagai keistimewaan yang Allah bagi pad kita. So jom semua kita sama-sama
meringankan mulut untuk memberi dan menjawab salam. Semoga hidup kita akan
lebih berkat dan sempurna. Aminnnn!!!!
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2014/01/3-kelebihan-amalan-
salam.html#sthash.qtAEUWkU.dpuf
1. Iblis menangis bila orang memberi salam

Sabda Nabi: Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan
tinggi diri

Sabda Rasulullah saw: Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah
diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah SAW.:Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-
macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di
dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum
didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.

Lalu bertanya pula sahabat: Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?

Sabda Rasulullah saw: Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg
memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam
ketika orang lain sedang tidur.

Bertanya para sahabat: Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

Sabda Rasulullah saw.:Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam
kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka
sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam
bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang
tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah
mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah
kamu jawab.

Ibnu Abbas ra berkata: sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang
mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah
keduanya melainkan diampuni dosanya.

Adab memberi dan menjawab salam

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi
salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah
dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
(an-Nisa: 86)

Huraian

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam
daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam
yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri
masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang
amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama
muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam
tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa
menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam
itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.

Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik
daripada orang yang memberi salam.

Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin
persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang
belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin
hubungannya.

Kesimpulan

Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu
walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding
perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan
umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.


http://sillaturahim.wordpress.com/20...memberi-salam/


Nota tambahan

ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Begitulah per mulaan percakapan seorang Muslim, sunat
diawali dengan salam.

Makna 'Assalaamualaikum' ialah semoga Allah menye lamatkan dan memberikan kesejahteraan atas
kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk
memperkenalkan diri atau menyapa orang lain.


Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya
adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan
melambaikan tangan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, mak sudnya: Dialah Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan
Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah
dari segala yang mereka sekutukan."

Di dalam ayat ini, as-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t.
Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan lain, seperti 'Hayakallah'
yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup.

Kemudian Islam memperkenalkan ungkapan 'Assalamu alaikum, ertinya semoga kamu terselamat
daripada segala duka, kesulitan dan nestapa.

Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya 'Al-Ahkamul Quran' mengatakan, salam adalah satu ciri Allah s.w.t
dan bererti "Semoga Allah menjadi pelindungmu.'

Jangan pandang remeh pada ucapan salam. Disebabkan tidak memahami kedudukan ucapan
"Assalamualaikum", ucapan selamat pagi dan good morning lebih selesa di ungkapkan.

Betapa besarnya makna salam dan ungkapan "Assala amualaikum". Elok kita dalami makna salam,
antaranya:

Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat
daripada segala macam duka derita.

Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang
sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga
mendoakan agar hidup kita bukan saja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.

Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak satu pun makhluk yang boleh
mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapapun, juga tanpa per kenan Allah s.w.t.

Perhatikanlah, ketika seseorang mengatakan kepada anda: "Aku berdoa semoga kamu sejahtera."
Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan (perla kuannya), lidahnya (lisan)
dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.

Maknanya, orang yang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan yang kamu tidak terancam
dan aman sepenuhnya daripada diriku. Kesimpulannya salam bererti mengingatkan (zikir) Allah dan
mengingatkan diri.

Ungkapan kasih sayang antara sesama Muslim adalah doa yang istimewa dan pernyataan atau
pemberitahuan yang anda aman daripada bahaya tangan dan lidahku.

Mulai sekarang, jangan berpisah dengan ucapan "Assa lammualaikum" sebab kelebihannya sangat
hebat.

Abdullah bin Masud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Salam
adalah salah satu asma (nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah
salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah.
Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari
merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam." (Musnad Al Bazar, Al Mujam Al
Kabir oleh At Tabrani).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda, maksudnya: "Orang kikir yang
sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam."





Menjaga kebersihan dituntut oleh Islam kerana kekotoran akan membawa banyak
kemudaratan.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud : Allah
baik, Dia suka yang baik-baik, bersih, Dia suka kebersihan: luhur Dia sukakan keluhuran;
pemurah Dia sukakan kemurahan. Maka kamu (orang Islam) hendaklah selalu
membersihkan kampung halaman kamu dan jangan kamu menyerupai kaum Yahudi.

Antara sebab suka membuang sampah:


Tidak takut pada Pencipta Alam.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud : ...Ihsan itu
ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihanya, tetapi jika
engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihat engkau...

Manusia tidak ada takut kepada Pencipta Alam kerana nipisnya iman mereka. Rasa takut
atau malu mereka hanya pada rakan di pejabat, jiran dan pihak berkuasa. Oleh itu, kalau
buang sampah sikit pun tidak mengapa - bukannya orang nampak pun!

Allah mengambil kira amalan kita walaupun sekecil mana. Allah berfirman bermaksud:
Dan siapa yang mengerjakan perbuatan baik seberat atom, akan dilihat-Nya, Dan siapa
yang mengerjakan kejahatan seberat atom, akan dilihat-Nya. (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah bersabda bermaksud: ...setiap
langkah yang dijalaninya olehnya kerana hendak menunaikan sembahyang adalah baginya
pahala sedekah dan membuang daripada jalan benda yang boleh menyakiti lalu-lintas
adalah amalan pahala sedekah.


Tidak beramal dengan etika yang baik dalam semua aspek kehidupan.

Orang yang suka membuang sampah, pada kebiasaannya kawasan persekitaran tempat
tinggalnya pun boleh dikatakan tidak kemas dan terurus.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Barang siapa yang menyakiti orang Islam pada jalan yang mereka lalui wajiblah ke atasnya
laknat.


Sentiasa menyalahkan pihak lain.

Mereka yang tidak beretika seperti suka membuang sampah, kerap menyalahkan pihak lain.
Contohnya, pihak berkuasa tempatan tidak menyediakan tong sampah dan pekerja Majlis
Daerah tidak buat kerja.

Kita sering mendengar orang berilmu berkata: Hendaklah kita selalu menyalahkan diri
sendiri dulu, sebelum menuding jari pada orang lain.


Pentingkan diri sendiri.

Mereka yang bertabiat suka mengotorkan persekitaran sebenarnya hanya mementingkan
diri sendiri.

Mereka selalu lupa bahawa perbuatan mereka menyakitkan hati dan mata orang lain.

Tuhan menjadikan alam ini untuk dinikmati oleh makhluk-Nya. Manusia seharusnya
memikirkan apakah sumbangan mereka untuk memastikan kenikmatan itu akan terus
dikecapi oleh manusia sepanjang zaman.

Semua pihak bertanggungjawab memastikan kawasan persekitaran di dalam dan di luar
rumah bersih dan cantik. Kebersihan bukan saja indah dipandang tetapi juga mendamaikan
hati.

Rakyat perlu diingatkan dan dididik untuk sentiasa membudayakan akhlak mulia di mana
saja mereka berada.

Pihak berwajib juga harus memainkan peranan mereka. Program kesedaran kebersihan
boleh dilaksanakan dengan kerjasama kelab, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai