Anda di halaman 1dari 13

23 Oktober 2008 by abyelsyam

Salam….adalah amalan kemuliaan di sisi Allah apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara
ini merupakan ajaran Islam ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya
atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.” (Al-
Nisa': 86)
Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu
dengan saudara sesama Islam bagi menjaga kesejahteraan. Dengan demikian umat Islam hendaklah
sentiasa memberi salam setiap kali bertemu saudara-saudara Islam sama ada kenal ataupun tidak.
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a:
‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan
dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang
memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal”
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Ganjaran memberi dan menjawab salam
Dalam satu riwayat:
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah
menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang
yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab
salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata
‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus
duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.
(Hadis Hasan :Riwayat Abu Daud Tarmizi)
Hukum Memberi Salam
Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan
pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salam itu adalah “sunat” dan
Rasulullah s.a.w. melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam.
Manakala hukum menjawab salam pula adalah “wajib” iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya
berdosa berdasarkan firman Allah :
“Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik
daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di
perhitungkan.” (Surah Al-Nisa': 86)
Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam
atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian
tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin
kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui
amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.
Cara memberi salam
Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk,
yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar”.
(Riwayat Al Bukhari)
Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada
orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga
boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan sedikit hon kenderaan ketika memandu.
Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan
waktu dan tempat.
Hukum Bersalaman Lelaki Perempuan Bukan Mahram
Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak ada
pertalian mahram kecuali dengan berlapik, tetapi tidak digalakkan kerana akan menimbulkan fitnah.
Apa yang dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh Sheikh
‘Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan kaedah mazhab Syafie:
‘Tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan dengan berlapik.’
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk maka hendaklah
karnu tayammum dengan tanah yang suci.”
(Surah Al-Nisa': 43)
Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan remeh di kalangan orang
Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih
lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala-gejala
sosial yang lebih buruk. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalan-
jalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini ditegaskan berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar telah menceritakan bahawa
Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:
‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari
menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’ (Riwayat Baihaki)
Moga memberi manfaat kepada semua…
Memuat...

[Tazkirah] Sebarkan Salam

dengan namaMU ya ALLAH..


selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

-seperti inikah penyebaran salam antara kita? -

Ada panggilan masuk, lalu dijawab.

“Hello, siapa ni?”

“Oo.. Ihsan..”

Perbualan berterusan sehingga beberapa minit. Kemudian masuk pula panggilan kedua selepas tamat
yang pertama tadi. Lalu dijawab..

“Hello, ya ada apa?”

“Hmm, tak kot..”


Panggilan berterusan juga sehingga ke sekian minit lamanya. Setelah itu masuk pula panggilan yang
ketiga, lalu diangkat.

“Hello, siapa ni?”

Perbualan berterusan juga sehingga beberapa minit selepas itu.

Faham tak dengan apa yang ingin disampaikan di sini? Kamu yang menggangguk faham ya? Kalau
faham baguslah. Kamu pula? Masih kabur-kabur? Masih mencari-cari apa maksud dialog di atas. Mari
sini kita bincangkan bersama.

Dialog di atas adalah contoh perbualan seharian kita melalui telefon. Ya, itu semua kamu sudah tahu,
tapi apa yang ingin disampaikan di sini ialah, lafaz utama yang perlu kita keluarkan sebagai seorang
muslim sebaik saja menjawab panggilan telefon. Ucapan “Assalamualaikum” itulah yang perlu disebut
terlebih dahulu, berbanding “hello”, “hai”, “oit” dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim, kita telah pun dihidangkan dengan pelbagai adab dalam segenap aspek
mahupun keadaan. Dengan adab-adab inilah akan menjadikan peribadi kita lebih teratur dan berbeza
berbanding dengan yang lain-lainnya.

Berbalik kepada situasi perbualan di telefon, amalkanlah mengucap salam terlebih dahulu. Ini
merupakan sunnah, sekaligus merupakan salah satu adab apabila kita bertemu seseorang, ataupun
untuk memulakan perbualan. Tapi tidak ramai yang mempraktikkannya. Lebih ramai yang
menggunakan “hello”, “selamat pagi”, “hai” dan sebagainya. Tidak tahukah kita bahawa ucapan
“Assalamualaikum” itu adalah satu doa? Bermaksud kita mendoakan kesejahteraan untuk orang lain.
Dan apabila kita mendoakan kesejahteraan orang lain, apakah itu satu perbuatan yang sia-sia? Sudah
pasti tidak. Malah ada pahala/ganjaran yang menanti di situ. Tetapi ramai saja lagi mahu mengamalkan
“hello”, yang padanya lansung tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diri sendiri, apatah lagi
kepada orang lain.

Hikmah Memberi Salam


Sesuatu yang disuruh dalam Islam itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Lalu diantara hikmahnya
ialah dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia sekaligus dapat menambahkan sifat saling
sayang menyayangi antara satu sama yang lain. Jika diantara suami isteri, makin bertambahlah rasa
cinta itu setiap masa. Jika diantara anak murid dan guru, rasa hormat itu akan berlipat kali ganda. Jika
sesama sahabat, ukhuwah itu pastinya bertambah erat dan hebat. Lihat! Betapa banyaknya hikmah
perbuatan mengucapkan salam ini. Cuma terpulang pada kita semua, sama ada mahu
mempraktikkannya atau tidak.

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu sekalian tidak akan masuk syurga
sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling sayang menyayangi. Mahukah
aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan pasti kamu sekalian akan saling sayang
menyayangi? Iaitu sebarluaskanlah salam diantara kamu sekalian”.
–Riwayat Muslim

Dari Abu Yusuf ‘Abdullah bin Salam ra. berkata: “Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Wahai
sekalian manusia, sebarluaskanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persahabatan, dan
solatlah sewaktu manusia lain sedang tidur; nescaya kamu sekalian akan masuk syurga dengan
selamat”.– Riwayat Tirmizi
Kelebihan Memberi Salam
Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Salam bahagia dan berjaya di pagi Jumaat yang indah ini. Pagi ni izinkan Mokchik share satu
tazkirah ringkas yang Mokchik dengar semasa mendengar radio sambil memandu semalam.
Ustaz yang bagi tazkirah tu pesan, amalkan selalu memberi salam dan usahakan menjadi orang
yang pertama memberi salam.. :)

(salam = Assalamualaikum w.b.t.)

KELEBIHAN MEMBERI SALAM


Ucapan Assalamualaikum itu bermakna kita mendoakan orang tersebut.. dan bila orang tu jawab
salam kita dengan Waalaikumsalam bermakna dia mendoakan kita kembali.. Subahanallah,
cantik susunan yang Allah s.w.t. ..Dan sesungguhnya orang yang selalu mendoakan orang lain
ni banyak pahala dan kelebihannya.. malah disayangi oleh Allah s.w.t. dan RasulNya serta
hidupan di langit dan di bumi... Kita doakan orang, berganda-ganda pula yang mendoakan kita..
Alhamdulillah... :)

ADAB MEMBERI SALAM


Hendaklah kita memberi salam dengan rasa hormat dan tertib. Ucapkan salam yang penuh iaitu
sekurang-kurangnya "Assalamualaikum" dan sebaik-baiknya "Assalamualaikum
warahmatullah" yang membawa maksud ; Sejahtera ke atas kamu dan dirahmati oleh Allah..
Begitu juga bila adab menjawab salam, hendaklah kita menjawab salam dengan hormat malah
jawablah salam dengan penuh iaitu "Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh" yang
bermaksud "Sejahtera lah juga ke atas kamu dan dirahmati serta diberkati oleh Allah..

Janganlah kita memperkecil-kecilkan orang yang memberi salam kepada kita.. Wajib bagi kita
menjawabnya dengan sebaik-baik jawapan kecuali jika kita tidak mampu atas sebab-sebab
keuzuran dan sebagainya. Dan janganlah kita mempermain-mainkan ucapan salam itu walaupun
dengan tujuan bergurau. Contohnya ; memberi salam dengan perkataan "Samekomm.."
"Acamekom.." "Assssssssssssssssalam ya habibi ya maulana.." dan sebagainya.. Adalah tidak
diwajibkan kita menjawab salam yang olok-olok ini.

Sekian, tazkirah Mokchik ye.. bacaan lanjut boleh lah dapatkan buku-buku atau artikel berkaitan.
Mokchik cuma menyampaikan apa yang teringat sahaja lah ye.. Semoga bermanfaat... :)

Pagi ni juga Mokchik nak ajak anak-anak sekalian renungkan gambar print screen di bawah..
baca dan cuba hadamkan apa yang ingin disampaikan.. Sama-sama lah kita merancang dan
memperbaiki kehidupan dan masa depan kita dan keluarga.. In Sya Allah...

Wallahua’lam.
sunnah Rasullullah s.a.w
Baginda memberi salam dengan lafaz"Assalamualaikum"dan menjawab dari para sahabat dengan salam yang
penuh"waalaikumsalam warahmatullahhi wabarakatuh"

beri salam:assalamualaikum
jawab salam:waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

Apabila kita nak kirim salam pada orang lain,hendaklah kita kata macam ni"kirim salam assalamualaikum dekat
Salmah ya"ini contoh je..Dan jangan kata macam ni"kirim salam dekat Salmah ya"

Bukannya"kirim salam maut"


sebab statement cam ni adalah berdosa walaupun sekadar gurauan

Jangan menggantikan "assalamualaikum"dengan"akum"dalam sms dan sebaliknya melalui tulisan...


Perkataan "AKUM" adalah gelaran untuk orang2 yahudi yang bermaksud" BINATANG" dalam bahasa ibrani.

Mulai sekarang ni ,jangan gunakan "AKUM" dalam sms,email atau selainnya.Guna "As salam" atau lebih afdal
"assalamualaikum'..

sekian,
renungan bersama..

p/s:jika terdapat sebarang kemuskilan dan kesilapan,sya memohon maaf dan bejumpalah yang pakar dalam
bidang ni...

Nabi saw bersabda:


َ ‫يءٍ إ ِ َذا َفع َ ْلتُ ُم ْوه ُ تَ َحابَ ْبتُ ْم؟ َأ ْفشوا ال َّس‬
‫الم بَ ْينَ ُك ْم – رواه مسلم‬ ْ ‫ال َأ ُد ُّل ُك ْم عَلىَ َش‬ َ ‫ال تَ ْد ُخ ُل ْونَ ْال َج َّن َة َح َّتى تُؤْ ِمن ُْوا َو‬
َ ‫ َأ َو‬،‫ال تُؤْ ِمن ُْوا َح َّتى تَ َحاب ُّْوا‬ َ ‫ي بِيَ ِد ِه‬ ْ ‫وا َّل ِذ‬
ْ ‫ي نَ ْف ِس‬
Maksudnya: ‘Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, kamu tidak masuk syurga selagi kamu
tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu aku
ajarkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya akan membawa kasih sayang di antara kamu ?
Tebarkanlah salam sesama kamu’.

Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:


‫ تدخلوا الجنة بسالم – رواه ابن ماجه‬،‫ وصلوا والناس نيام‬،‫ وصلوا األرحام‬،‫ وأطعموا الطعام‬،‫ أفشوا السالم‬،‫يا أيها الناس‬
Maksudnya: ‘Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan (kepada orang yang
memerlukan), hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak
kamu akan masuk syurga dengan sejahtera’.

Marilah sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam. Mengucapkan salam
merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang itu memasuki syurga Allah yang diimpi-impikan.
Akan tetapi, amat malang sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang memandang
remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya, sedangkan pahala di sisi allah bagi orang
yang mengucapkan salam amatlah besar. Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi,
sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh Allah ini dengan kita
mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan
kepada orang kaya mahu pun miskin.

Ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat
mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan. Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang
juga mengucapkan salam, tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk ditangga iaitu dengan
tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya.
Oleh kerana ingin cepat, ada yang sekadar menyatakan ‘samaikum’, samakum’, ‘haikum’, hakum’ dan
sebagainya. Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak mengandungi ucapan salam sebagaimana
yang dikehendaki oleh syara’. Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu sekurang-
kurangnya ‘assalamu ‘alaikum’. Oleh kerana ucapan salam yang telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan
dengan kehendak syara’, maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta tidak dapat
menjalinkan kasih sayang di antara sesama muslim.

- sumber dari ustazshauqi.com

Konsep salam dan cara melafaznya


(satu penerangan ringkas)

Oleh USTAZ HAJI MOHAMAD BIN SHAFIE


Penasihat Agama,
Masjid Nurul Yaqin SS 7,
Kelana Jaya, Petaling Jaya.

MUQADDIMAH

SALAM ialah cara Allah mengajar kita menghormati sesama makhluk malah
memerintahkan supaya tatacara ini dibudayakan. Justeru “SALAM”, walaupun nampak
mudah dan ringan, namun ia bersangkutan/mengcakupi aspek ‘aqidah, ibadah dan akhlak.
Ia merangkumi ucap selamat, doa, tawaran persahabatan, pengenalan keagamaan, ikatan
keagamaan dan sebagainya.

“Salam” itu sendiri adalah nama daripada nama “asma alhusna” yang membawa konotasi
makna yang sungguh besar dan bererti. Ia menjadi alat/wasilah kasih sayang yang
menggambarkan nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjurus ke syurga.

CARA MEMBERI SALAM

Allah mengajar manusia bagaimana cara memberi salam (melalui al Quran) dengan Allah
sendiri memberi salam kepada Nabi-nabi dengan lafaz: (rujuk ayat-ayat berkenaan):

“ salamu alaika”
“ salamu ‘ala ………..”
Ini diulang lebih daripada 10 kali.

Allah pula mengajar manusia memberi salam dengan lafaz “ assalamu alaikum ……..). Ini
diulang lebih dari 7 kali.

Malah memerintah manusia jangan masuk ke rumah melainkan selepas memberi salam.
(Surah An Nur ayat 27 dan 61). Dan dalam surah Huud ayat 73, menambah dengan “wa
rahmatullahi wa barakatuh”.

Ketika Allah menghormati Rasulullah (saw) di malam Mikraj, maka Allah menyebut
“Assalamu Alaika Aiyuhann Nabii wa Rahmatulahhi wa Barakatuh”. Ini jelas
menunjukkan tidak ada perkataan “Taala” selepas warahmatulah. Salam dalam Solat,
jelas menjadi contoh terbaik yang Rasulallah (saw) ajarkan. Inilah salam yang menjadi
rukun ibadat dan bermutu sebagai ibadat.

Salam mendahului perkataan/kalam lain dalam ucapan atau perbualan. Baginda


Rasulallah (saw) tidak memulakan perkataan lain sebelum memberi salam, maka ulama
merumuskan bahawa makruh memulakan/mendahulukan ucapan lain seperti menyebut
nama gelaran, status dan sebagainya sebelum salam, malah tidak disunatkan juga
“Basmalah” sebelum salam.

Kitab “at Targhib wat Tarhib” ada menyebut 26 hadits mengenai dan cara memberi salam
dan ditambah 17 lagi hadits dalam bab (almusofahah) berjabat tangan.

Lafaz yang betul mengikut sunnah/hadits/para sahabat/tabi’in/ tabi’in at tabi’in dan ulama
adalah:

“ assalamu alaika/assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh”

dan elok kita berhenti pada “assalamu alaikum wa rahmatullah” supaya memberi peluang
yang lebih baik kepada sahabat kita yang menjawabnya, selaras dengan maksud firman
Allah di ayat 86, surah An Nisa’.

Selaras dengan hadits Rasullullah (saw) riwayat Abu Daud, at Tirmizi, al Baihaqi dan an
Nasaii, daripada ‘Imran ibni Husain yang bermaksud, “telah datang seorang lelaki kepada
Rasulullah (saw) lantas berkata “assalamu alaikum”, lalu baginda menjawab salam dan
bersabda “sepuluh”. Kemudian datang seorang lagi memberi salam “assalamu alaikum wa
rahmatullah” maka baginda menjawab lalu bersabda “dua puluh”. Maka datang seorang
lagi lalu memberi salam “assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh”, maka
baginda menjawab dan bersabda “tiga puluh”

Dan daripada Suhail bin Muaz daripada bapanya “kemudian datang seorang lagi memberi
salam “assalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuhu wa maghfiratuh”, maka baginda
menjawab dan bersabda “empat puluh” (iaitu kelebihan fadhilatnya). Hal yang sama ada
diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Maka mafhum daripada hadits ini, ulama mengatakan bahawa kita bolehlah menambah di
akhir salam dengan kalimat yang bersesuaian, tetapi bukan di tengah, seperti kalimah
“ta’ala” selepas wa rahmatullah”. Rahmatullah ialah satu frasa yang bersifat tersendiri,
dan bukan nama Allah atau gantinama ZatNya.

CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH

Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan
salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian
masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan
cara yang salah. Mereka menyebut:
“Assalamu alaikum wa rahmatullahi ta’ala wa barakatuh”

Kalimat “TA'ALA” tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah
(saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw).
Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna
mengenai cara memberi salam.

Kita menyebut “Allahu Taala” atau “Suhanahu wa Taala” ketika memuja dan
mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut “Rahmatullahi Taala” kerana rahmat itu
pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah “Taala” pada sifat Allah
seperti “Rahman/Rahim”. Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan
sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan “Taala”. Jika ditambah, ia menjadi
salah di segi konsep aqidah.

Disegi tata bahasa Arab pula “Rahmatullah” itu ialah “mudaf dan mudafu ilaih”.
Perkataan Allah disitu berfungsi sebagai pengkhususan atau pembeza jenis “rahmat” itu.
Yang terpenting, rangkapan “Rahmatullah” itu menyatakan rahmat itu “makhluk” Allah
dan bukan zatNya.

Perkataan “Allah” selepas rahmat dalam rangkapan “Rahmatullah” itu berfungsi sebagai
Makrifah (firmative) kepada rahmat yang pada dasarnya Nakirah (defirmative).

Meletakkan perkataan “TAALA” pada bukan nama zat Allah, bererti kita
mempersekutukan Allah dengan makhlukNya. Ini sudah pasti salah disegi kesucian
Aqidah; jika disengajakan maka ia menjadi syirik.

Terdapat pandangan yang mengatakan boleh di gunakan “TAALA” selepas Rahmat,


Ridwan, Maghfirah dan sebagainya dengan merujuk kepada Huraian kitab Tafsir al
Qurtubi dan Hadith yang dimuatkan dikitab Tafsir al Alusi. Yang terdapat dalam al
Qurtubi itu hanya pada pandangan ulama sahaja tanpa sandaran dalil. Ia bertentangan
dengan ajaran al Quran dan Hadith Rasulullah serta amalan ulama muktabar. Manakala
hadith dalam kitab al Alusi jelas cetakan yang salah kerana tidak sama dengan hadith yang
sama riwayat Muslim dan Bukhari.

Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya
adalah mendustakan hadits/sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja,
maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits raiwayat Bukhari dan Al
Tirmizi daripada Abdullah bin ‘Amru bin al ‘Aas), bermaksud : “… dan sesiapa yang
sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka.”

Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya
dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta
berhenti.

Amalan salam yang salah ini, malangnya, hanya berlaku di Malaysia sahaja.

Amalan yang salah ini, sewajarnya diperbetulkan segera bagi mengelakan masyarakat
Islam daripada terkeliru. Para Pendakwah/ Ustaz yang selama ini tersasul atau tersilap,
mestilah membetulkan diri demi kesucian ajaran Allah dan RasulNya.

MENGAPA TERJADI SALAH?

Kebanyakan umat Islam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam
masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi
salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam
menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.

Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak
selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan , tanpa
teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian
ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam
yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari
maksudnya yang suci dan mulia..

“Salam” melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan ‘aqidah,
‘ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat
dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.

Wallahu A’lam

 HOME
 PIDATO
 CERAMAH
 DAKWAH
 KHUTBAH
 MUQADDIMAH
 PENUTUP
 ERROR 404
Home » Contoh Ceramah » Contoh Ceramah Tentang Keutamaan Salam

Contoh Ceramah Tentang Keutamaan Salam


Diposkan oleh Tri Ajeng

Contoh Ceramah tentang Keutamaan Salam | Salam merupakan suatu kewajiban bagi seorang

muslim apabila berjumpa dengan muslim lainnya. Nah disini saya akan berbagicontoh ceramah

tentang keutamaan salam. Berikut con trks ceramah tersebut :

Assalamu’alikum Wr Wb

Yang saya hormati bapak/ibu hadirin sekalian


Dan yang saya sayangi anak-anak penerus bangsa sekalian

Alhamdulillah ucapan rasa syukur kita atas berkat limpahan karunia berupa kesehatan dan juga

keselamatan sehingga kita bisa berkumpul ditempat yang kita cintai ini.

Selanjutnya ucapan shalawat yang tidak ada bosan-bosanya kita hadiahkan kepda roh junjungan

alam, yakni nabi besar Muhammad SAW. Dengan banyaknya shalawat semoga kita akan

mendapatkan safaatnya diyaumul akhir nanti.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah SWT

Sebagai seorang umat Islam maka jika kita menyapa saudara muslim haruslah diawali dengan

kalimat “Assalamu Alaikum”. Kalimat yang terlihat sederhana tersebut sepertinya tidak memiliki

makna apa-apa, namun sebenarnya hal tersebut tidaklah benar. Salam didalam agama Islam

mempunyai keutamaan yang sangat besar, dan termasuk sebagian dari beribadah kepada Allah

SWT dan tentu saja mempunyai nilai dan juga pahala yang besar di sisi-Nya. Ucapan salam

merupakan sebuah doa.

Sedangkan doa sendiri merupakan inti dari sebuah ibadah dan akan diberikan pahala bagi siapa

yang mengucapkannya.

Hak orang muslim terhadap muslim lainnya ada 6, yaitu :

1. Ucapkanlah salam ketika kamu bertemu dengannya

2. Datanglah apabila dia mengundangmu

3. Berilah nasihat jika dia meminta nasihat

4. Do’akanlah dia, jika dia memuji Allah saat bersin

5. Jenguklah jika dia sakit

6. Antarkanlah jenazahnya jika dia meninggal

Salam merupakan sebuah hak seorang muslim yang berada di peringkat pertama terhadap orang

muslim lainnya. Hal ini menunjukkan akan pentingnya mengucapkan salam dalam kehidupan

orang muslim.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang artinya : “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT

adalah mereka yang memulai memberikan salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud)
Nabi SAW ditanya oleh sahaba, apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Lalu Beliau bersabda

yang artinya : “Memberi makan kepada yang sedang lapar dan memberi salam kepada orang yang

kamu kenali dan juga yang tidak kamu kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

Manfaat dari salam :

Setiap perintah dan juga larangan dalam agama Islam tentunya akan membawa manfaat bagi

umatnya. Namun diantara manfaat itu ada yang dijelaskan secara jelas ada juga yang tidak

dijelaskan, kita sebagai umat-Nya hanya wajib percaya bahwa semua itu untuk kebaikan. Adapun

manfaat memberi salam di antaranya :

1. Doa

Salam merupakan sebuah doa kepada Allah SWT, jadi apabila kita memberi salam ataupun

salam kita dibalas oleh orang muslim yang lain itu artinya kita telah mendoakan dan juga

telah didoakan. Bayangkan apabila kita memberi salam kepada para majelis ilmu dan

mereka membalasnya, berapa doa yang kita dapatkan?

Doa itu sendiri termasuk ke dalam ibadah dan ibadah esensi dari kehidupan. Dengan

memberi dan menjawab salam, kita telah menjalankan esensi dari kehidupan.

2. Memperbaiki hubungan

Terkadang kita ada berselisih pendapat dengan orang muslim lainnya, pernah

mengecewakan ataupun pernah dikecewakan hingga hubungan kita dengan saudara

muslim lainnya menjadi kurang enak.

Untuk memperbaiki hubungan tersebut, maka salam merupakan jembatan agar

terbangunnya kembali komunikasi positif. Muslim yang memulai salam ialah muslim yang

lebih baik, seperti hadist : "Tidak halal bagi seorang muslim apabila mendiamkan

saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya bertemu namun yang satu berpaling dan yang

lain juga berpaling. Dan yang paling baik di antara keduanya adalah yang mula-mula

terlebih dahulu memberi salam". [HR. Bukhari, dalam Fathul Bari 11:21]

Masih banyak manfaat-manfaat lainnya dari mengucapkan salam, namun berhubung waktu yang

singkat, maka saya akhiri sampai disini saja, mohon maaf atas segala hilaf dan salah

wassalamu’alaikum Wr Wb.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan
memberi salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud)

Nabi SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Baginda bersabda: “Memberi makan kepada yang
lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (HR Bukhari dan
Muslim)

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

1.Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir .a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu
mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas
salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-
Tirmizi)

1.Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut
bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan
apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-
Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:


Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2.Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam
kepada kelompok yang lebih ramai.
Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali
seandainya ada orang yang sedang tidur.
Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

3.Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

4.Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

5.Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.

6.Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang
mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.” Disunatkan memberi salam kepada
sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

7.Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

8.Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak
yang agak jauh.

9.Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

10.Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang
besar disisiNya.

Anda mungkin juga menyukai